Isnin, 19 Mei 2008

saat paling best dlm bercinta bila.. hanya berdua..


Ketahuilah setiap detik dan saat itu terlalu bernilai untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja.. setiap detik dan saat akan dihisab di depan Allah nanti. Allah akan menanyakan perihal masamu itu. Ramai yang menunggu apabila uban memutih untuk mula menghabiskan masa duduk bermunajat dan menghidupkan ibadah. Malangnya ketika uban mulai memutih, kudrat mereka sudah terlalu lemah. Baru solat sunat enam rakaat sudah sakit pinggang dan sendi-sendi badan. Paling menyedihkan tidak sempat beruban lagi, umurnya sudah ke penghujung ataupun sehingga uban memutih keseluruhan masih bertangguh..

Saya belajar dari wanita-wanita solehah di sekeliling saya. Saya melihat bagaimana mereka menghargai masa mereka. Masa yang paling bernilai ialah masa yang diperuntukkan khas untuk yang teristimewa yang bertakhta di hati. Masa yang paling bahagia untuk pasangan kekasih tentulah ketika berdua bersendirian sambil mengucapkan kata-kata pujian dan pujukan serta mengulang-ulang lafaz sayang berkali-kali.. tiada jemu.. hakikatnya cinta yang bertakhta kepada Allah berkali-kali ganda nikmatnya ketika bersendirian bersama Allah.. kerana itulah dalam kesibukan menguruskan rumahtangga dan urusan-urusan kehidupan, wanita-wanita solehah mencari dan mencuri masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah.. hanya berdua.

Di saat abah dah tidur lena, kami adik beradik pun nyenyak dibuai mimpi, mak akan bangun untuk bersolat malam.. untuk mengelakkan abah terjaga di tengah malam, mak akan bersolat di luar bilik.. Masa itu mak akan menangis dan kadang-kadang kelihatan berzikir tidak bergerak hinggalah hampir subuh..

Nenek saya,ibu mak saya. Uwo~ nama panggilan kepadanya. Uwo menjadi janda sebelum usianya 40 tahun. Selepas arwah tok meninggal, Uwo menunaikan haji yang pertama. Di hadapan Allah, uwo berdoa agar diberi peluang untuk beribadah solat tanpa haid. Pada usia 40 tahun uwo pun putus haid. Semenjak itu setiap malamnya sibuk dengan Allah. Apabila anak-anak membesar, ibu tunggal ini semakin banyak menghabiskan masa hanya dengan Allah. Rumah diubahsuai agar ruang ibadahnya tidak terganggu oleh cucu-cucu yang ramai. Untuk menziarahi uwo, kami kena patuhi peraturan uwo. Dia sangat marah jika jadual ibadahnya terganggu. Misalnya, dia kena tidur awal supaya dapat bangun 3 pagi nanti. Jadi janganlah bersembang dengan dia hingga lewat malam. Dia kena habiskan beberapa ribu zikir pada waktu pagi, dan petang. Jadi jangan nak bersembang dengan dia masa dia sedang berzikir. Dia akan ke duduk di luar rumah sendirian dan adakalanya duduk di sofa berdiam diri.. sebenarnya dia sedang berzikir. Jangan ditegur. Bersembang hanya bila dia yang memulakan cerita sahaja. Dan dia memang ramah, bila nampak orang nak menegur sapa.. jadi kenala buat-buat sibuk~ masak ke, mengemas rumah ke, study ke.. sebab kalaupun dia yang mulakan sembang tu, dia akan menyesal bila zikir tak habis.. Kalau nak dibawa ke hotel~ kena bagi bilik sendirian sebab dia nak masa uzlah. Kalau nak dibawa berjalan, kena fikirkan faktor jangan sampai dia penat dan tak larat nak beribadah. Bila Raya Aidilfitri, kami dibenarkan balik kampung pada raya kedua. Ramadhan~ DO NOT DISTURB. Malam akhir Ramadhan adalah kemuncak ibadah. Kami panggil ~ malam FINAL~ malam PENENTU.. uwo ada anak murid yang datang mengaji tetapi tu pun masanya uwo dah kurangkan.. katanya dia nak fokus untuk dirinya yang dah nak mati..

Along~ patutnya saya panggil Maklong. Kakak sulung mak saya. Mak long ni jenis yang boleh bersolat malam di mana-mana sahaja. Dia tak kisah ada orang atau tak. Kebanyakkan masanya diguna untuk membaca Al-Quran dan menghafal. Pagi~dia mengaji. Petang~kelas mengaji untuk kanak-kanak. Malam~menghafal Al-Quran.. Dia ada 3 orang anak. 2 daripadanya hafaz Al-Quran. Sekarang Along pun sedang menghafaz juga. Along dan uwo berlumba-lumba menghafal. Along tidak setegas uwo. Jadual ibadahnya lebih fleksibel. Dia suka orang menziarahi rumahnya. Dia sangat suka memasak. Kelebihan dia yang sangat ketara ialah dia ni sangat pemurah. Bila bersedekah selalu lupa diri. Sampai tak cukup nak belanja diri sendiri. Tapi along tak takut dan bimbang, dia tak kisah dengan semua tu. Rumah dia ada banyak buku-buku agama dan buku-buku kaunseling dan dia ada simpan buku-buku adik beradik saya juga.. Walaupun dia suka menerima tetamu, dia tetap make sure kan yang dia ada masa alone~ khas untuk amal ibadah yang tanpa gangguan.. kesimpulannya~ masa berdua dengan Allah tetap kena ada walau macam mana busy dengan urusan hidup..

MakNgah Kalsom~kakak abah. makcik saya ni still single.. Kerana dia masih single, bila dia nak melancong saya akan dibawa untuk teman dia. Rutin dia, zikir sentiasa.. bila stop je bersembang, nanti dia berzikir perlahan.. lepas solat maghrib dia akan duduk berwirid sampai isyak. Lepas subuh pula akan wirid sampai pukul 7 pagi. Dia tinggal dengan atuk nenek dan bekerja di bandar. Katanya, kalau sedih, duduk la wirid lama-lama sampai hati tenang.. Tentang makngah, dia sangat tegas tentang bab kesucian dan halal dari bab makanan hinggalah air wudhuk dan mandi wajib. Rumah atuk saya ada ramai budak kecil, mak ngah saya ni kiranya unit kebersihan la.. Bila dia nak ambil sesuatu keputusan, dia akan fikir habis-habisan dan tak berubah pendirian. Ketika zaman kebangkitan bertudung era 80an, dia mula bertudung labuh. Kemudian era 90an dan 2000, ramai yang tudungnya mengecut.. tapi makngah maintain. Mak Ngah kata kita kena faham apa yang kita buat baru kita tak terikut-ikut orang lain. Dia juga menghabiskan banyak masa bersendirian di sejadah.. lepas dah settel urusan dengan Allah, baru dia keluar bilik untuk settelkan urusan rumah dan kerja.

MakNgah Fauziah~ipar mak saya. Saya mengenali masthurat di rumah makngah ni. MakNgah sibuk dengan anaknya 9 orang dan usaha dakwah tabligh. 3 orang anaknya sudah menghafaz Al-Quran. Yang lain insya’Allah coming soon.. Sebelum mak kahwin dulu, mak tinggal dengan mereka.. masa tu lah mak mula berpurdah.. Mak Ngah sangat rajin dan tak boleh duduk diam. Ada sahaja yang nak dibuatnya~ kuih, kek, jahitan, berkebun.. mendapat tempahan yang sangat banyak.. Dan ketika sesi taklim(majlis ilmu), ucapan dari makngah sangat sedap masuk ke dalam hati.. Dia full time kan hidup secara Islam.. Sambil masak, membasuh, berkebun berzikir.. berzikir.. dan berzikir.. mana pergi, kerja hati ialah berzikir.. itu cara kita nak uzlahkan hati dari dunia..

Acu~ adik bongsu mak saya. Acu sekarang ni janda tak ada anak.. Sekarang sepenuh masa fokus untuk membina hidup baru dan perniagaannya ~ busana muslim.. dan menjaga uwo dan along di kampung.. Di rumahnya, di situlah tempat dia beribadah dan bekerja.. dan menjaga kucing yang baru beranak. . Acu ni pun orang kuat tabligh, cuma sekarang semenjak single ni, dia tak boleh selalu keluar ikut program masthurat sebab program tu kena ada muhrim.. Saya doakan supaya acu dapat lelaki soleh suatu hari nanti..amin..

Kesimpulannya, marilah kita hargai setiap detik dan saat agar sentiasa dalam zikrullah dan hidupkanlah amal ibadah malam kita dengan sungguh-sungguh.. sibuk macam mana sekalipun, usah bimbang.. untuk beribadah khas untuk Allah, Allah sendiri yang akan memberi tenaga dan kekuatan itu.. jika rasa tak larat je nak buat ibadah, atau rasa susah nak buat ibadah.. kenalah peiksa hati semula.. mungkin karat-karat hati telah menyebabkan Allah tak nak pandang kita.. Sebab bila kita ingat pada Allah, tu tanda Allah mengingati kita.. Moga kita semua dikurniakan kemanisan dalam ibadah dalam setiap nafas kita ini.. dan mencapai keredhaan Allah dalam ibadah yang khusyuk, ikhlas dan tawadhuk sehingga nafas terakhir.. Insya’Allah... :’-)

5 ulasan:

  1. subhanaALLAH...alhamdulilah..sejuk hati bila baca artikel ini lillah...insyaALLAH semoga hati ini sentiasa berzikir kepadaNYA.. dulu selalu jugak ikut mak zikir sama2..zaman kecik2 dulu..sekrang dah bsar semakin berkurang berzikir secra kosisten..masa kecik dulu mmg rasa iman manis sangat2..nk kembalikan zaman kanak2..amin..

    BalasPadam
  2. aah..btul la..sjuk ati bca artikel ni lillah..alhamdulillah

    -kambing-

    BalasPadam
  3. destinasi_nurjihad28 Mei 2008 pada 1:18 PTG

    Subhanallah...bagusnye org2 yg di nyatakan tu..byk yg bleh di ambil sbgi pengajaran..lebih2 lg untuk di jadikan amalan..moga hati2 kita semua sentiase bersih & selalu mengingati Allah..amien

    BalasPadam
  4. Ya Allah jadikan lah aku dan famili tergolong macam yg di ceritakan ini...amin.

    BalasPadam
  5. moga kita semua dapat mencontohi mereka.. tak banyak pun sikit jadilah..yg penting kita usahakan yang terbaik..

    hidayah milik Allah

    iman adalah mutiara
    Di dalam hati manusia
    Yang menyakini Allah
    Maha Esa Maha Kuasa

    Tanpamu iman bagaimanalah
    Merasa diri hamba padaNya
    Tanpamu iman bagimanalah
    Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

    Iman tak dapat diwarisi
    Dari seorang ayah yang bertaqwa
    Ia tak dapat dijual beli
    Ia tiada di tepian pantai

    Walau apapun caranya jua
    Engkau mendaki gunung yang tinggi
    Engkau merentas lautan api
    Namun tak dapat jua dimiliki
    Jika tidak kembali pada Allah

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....