Rabu, 23 April 2008

marah pada diri sendiri!!

Tatkala hati ni tiba-tiba dijajah rasa malas~ sedangkan esok ada exam.. dah 2 minggu lebih exam..macam tak larat dah.. ramai dah balik rumah.. saya memaksa diri menulis posting kali ni, dengan niat nak memaksa diri membaca dan menghayati!! Jangan manjakan diri ni, ikut hati mati.. ikut nafsu lesu!! Mengapa malas? Sebab tak sedar diri.. Mengapa tak sedar diri? Sebab lupa diri.. mengapa lupa diri? Sebab tak cari santapan rohani..padan muka. (marah pada diri sendiri, bukan marah pembaca2.. )

Dalam kesempatan ini kita berkongsi tentang beberapa gambaran unggul

yang telah ditempah oleh sebilangan pemimpin dan para da’ei dalam

menghadapi kezaliman tirani. Dari gambaran tersebut kita dapat mengetahui

betapa cekal dan tabahnya para leluhur tersebut dalam perjuangan mereka.

Semoga catitan sejarah mereka dapat menjadi eksir penawar bagi kita dalam

menempuh suka-duka dan pedih-perit perjuangan. Angkatan al-Rahman

hendaklah meneruskan perjuangannya sehingga datang ketentuan Allah. Tidak

ada apa pun yang dapat menghalang kelangsungannya.

Antara para pemuka yang boleh menjadi contoh ialah Sa’id bin Al-

Musayyab radiyAllahu’anhu. Beliau enggan menjadi pendokong rejim Abdul

Malik bin Marwan, walaupun puas Abdul Malek bin Marwan memujuk beliau

supaya menjadi penyokongnya. Meskipun Sa’id Bin Al-Musayyab adalah Sayyid

Al-Tabi’in, namun Abdul Malik bin Marwan tergamak menghukum beliau

dengan hukuman dera 50 kali. Beliau diusung mengelilingi bandar Madinah di

samping orang ramai ditegah untuk menghampiri majlis pengajian beliau.

Dalam menempuh dugaan ini beliau kadangkali mengingatkan orang supaya

jangan menghadiri majlis pengajiannya. Dengan demikian mereka tidak akan

menanggung apa-apa kesulitan kerananya. Sikap beliau yang tegas itu

menyebabkan beliau terus menerima siksaan demi siksaan, sehinggalah beliau

pulang menemui tuhan Rabbul Jalil.

Selain daripada beliau ialah Sa’id bin Jubair. Beliau telah dimurkai oleh

Hajjaj bin Yusuf, penguasa fasiq dan Banu Thaqif. Beliau menanggung

penyeksaan dan kezaliman dari Hajjaj, akan tetapi segala-galanya itu

dihadapinya dengan penuh keberanian dan keras hati. Ancaman-ancaman ganas

tidak sedikit pun melenturkan keazaman waja Sa’id bin Jubair; sehinggalah

beliau akhirnya dibunuh. Ketika Hajjaj bin Yusuf mengeluarkan arahan supaya

beliau disembelih. Sa’id bin Jubair berkata:—

“Kataku ialah —Aku naik saksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah

sahaja. Tidak ada sekutu baginya dan bahawa Muhammad adalah hambaNya

dan RasulNya. Ambillah kata-kataku ini sehinggalah engkau menemuiku di

akhirat kelak. Ya, Allah! janganlah engkau benarkan dia membunuh sesiapa pun

jua selepas aku.” Beliau lantas disembelih dan urat leher kanan ke kiri

sedangkan lidahnya terus menerus mengingati Allah. Ketika menganggapi

peristiwa ini Imam Ahmad Ibn Hanbal menyatakan:-

“Hajjaj telah membunuh Sa’id bin Jubair padahal tiada sesiapa pun ketika

itu di dunia ini kecuali ia sangat-sangat memerlukan kepada ilmu Sa’id bin

Jubair. (petikan dan Wafayatul a’yan).

Abu Hanifah an-Nu’man juga suatu contoh yang relevant dalam konteks

ini. Beliau tidak bersetuju dengan tindak tanduk politik Abi Ja’far Al-Mansur.

Menurut Daud b. Rashid Al-Wasiti:—

“Aku pernah menyaksikan Imam Abu Hanifah disiksa. Tiap kali beliau

dikeluarkan dan bilik tahanan, beliau dipukul 10 kali. Penderaan itu berulang

hingga sebanyak 110 pukulan. Kemudian apabila ia merasakan pukulan itu akan

berterusan Imam Abu Hanifah pun berdoa dengan suara yang rendah — Ya!

Allah! jauhkanlah aku dari bencana mereka dengan kudrat Mu.” Melihatkan

beliau masih terus dengan sikapnya maka akhirnya beliaupun diracuni.

Sesungguhnya Imam Abu Hanifah adalah seorang yang tabah dan gigih dalam

jihad dan perjuangannya; walaupun ketika hendak menghembuskan nafas yang

terkhir, beliau sempat berwasiat supaya beliau ditanam di tanah perkuburan

yang baik yang tidak pernah berlaku rompakan di atasnya ataupun dirompak

oleh penguasa.

Diriwayatkan apabila kisah Imam Abu Hanifah sampai ke pengetahuan

Abi Ja’far yang memerintah ketika itu, ia mengeluh dan berkata:—

“Siapakah gerangan yang dapat membebaskan aku dari dakwaan Abu Hanifah semasa

hidup dan matinya.”

Termasuk dalam kalangan ini ialah Imam Ahmad Ibn Hanbal. Sebagai

seorang tokoh ilmiawan yang berkaliber besar, beliau telah menanggung

penderitaan yang sukar untuk dilukiskan, amat berat untuk ditanggung oleh

manusia. Imam Ahmad menceritakan:—

“Apabila Al-Mu’tasim meradang, setelah beberapa lama berbincang, dia

(Al-Mu’tasim) pun berkata:— ‘Kutukan Allah kepadamu, sebelum ini aku

mengharapkan engkau bersetuju’. Tangkap dia! bentak Al-Mu’tasim:

‘Tanggalkan bajunya dan heret’, maka aku (Imam Ahmad) pun ditangkap dan

diheret oleh orang-orang Al-Mu’tasim.” Kemudian Al-Mu’tasim memerintahkan

“Bawa ke mari tukang cemeti dan tukang siksa, lalu diarahkan kepada

salah seorang algojo itu; Ayuh! pukul dia bedebah! Algojo tersebut memukul

aku 2 kali, kemudian ia berundur. Ketika Imam Ahmad dipukul pada kali

pertama beliau mengucap perkataan:

باسمالله..

pada kali keduanya pula, beliau membaca

لاحول ولا قوة الاالله

Selepas pukulan ketiga beliau mempersaksikan:

القران آلام الله غير مخلوق

(Al-Qur’an adalah kata-kata Allah dan bukan makhluk).

Setelah dipukul pada kali ke-4, Imam Ahmad membaca:

قل لن یضيبنا الاما آتب الله لنا

lantas pukulan itu diteruskan

sehingga mencapai 110 kali.

Demikianlah siri penderitaan yang ditanggung oleh Imam Ahmad.

Akhirnya beliau kembali kerahmatullah dengan segala penanggungan tersebut.

Apabila orang ramai menasihatkan beliau (Imam Ahmad) supaya segera

meninggalkan negeri menyelamatkan diri daripada tangkapan penguasa, beliau

berkata:—

“Demi Allah saya tidak akan lari dan tidak akan bersembunyi. Kami sebenannya

baru dipermulaan jihad. Kami masih belum melakukan apa-apa. Aku telah bertekad

untuk menanggung apa saja dalam penjuangan ini. Sesungguhnya Allah tidak mensiasiakan

amalan orang yang sabar.”

Selain daripada Imam Ahmad ada seorang ulama besar yang bernama Al-

Iz bin Abdul Salam. Beliau terkenal sebagai seorang yang tegas menyatakan

kebenaran, tidak takut kepada cacian dalam menegakkan risalah Allah. Apabila

Ismail (Sultan yang memerintah ketika itu) menggunakan pembantu dari

kalangan orang-orang kafir salibiyyah dan membenarkan mereka memasuki

Damsyik membeli senjata dan meminta pertolongan dan mereka dalam

memerangi saudaranya Nejmuddin pada tahun 138 Hijrah, maka tindakan

khianat ini telah ditentang keras oleh Al-Iz bin Abdul Salam. Beliau lalu

mengeluarkan fatwa mengharamkan penjualan senjata kepada orang kafir

salibiyyah tersebut. Dalam khutbah beliau dari atas mimbar masjid Umawi,

beliau menjelaskan pendapat beliau dengan lantang dan membidas tindakan

politik serta pengkhianatan Sultan Ismail. Beliau berdoa dengan doa berikut:—

“Ya Allah! engkau takdirkanlah bagi ummat ini sesuatu yang waras; di mana

penyokong-penyokongMu beroleh kemuliaan dan musuh-musuhMu ditimpa kehinaan.

Dalam kewarasan tersebut Engkau dipatuhi dan segala maksiat dicegah.”

Lepas habis baca.. habis taip.. Ya Allah.. ampunkan hambaMu yang lalai dan selalu lupa ni.. Begitu ramai dah bekorban demi agama Islam yang saya anuti ni.. sedangkan saya? Sempat lagi tanya ’mengapa malas?’ Sedarlah lillah, kalau kau leka dan lalai, kau bakal menyesal di hari Kemudian..(dah semangat balik dah!! Nak sambung belajar..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....