Isnin, 21 April 2008

ubatilah hati 3 ~dukaCita mEmikiRkan yanG akaN daTang

ini adalah sambungan posting ubatilah hati dan ubatilah hati 2.. ada 3 penyebab utama manusia berdukacita.. ini adalah sebab ketiga~ dukaCita mEmikiRkan yanG akaN daTang

jika orang berdukacita memikirkan masa yang akan datang, tentu perkara yang dibayangkan cuma dua perkara iaitu yang benar-benar akan terjadi dan yang mungkin berlaku..dalam erti kata lain mungkin tak akan berlaku lansung..

apa yang pasti..sah..conform.. ialah tua dan mati, mustahil menolaknyya..hal ini tak payah kita nak bising-bising..

perkara-perkara yang mungkin akan datang pula harus kita selidiki, janganlah bersedih sia-sia kerana setiap titisan air mata akan dipersoalkan di hari hisab.. setiap detik di hati akan ditanya di mahkamah Allah swt.. mengapa berprasangka buruk terhadap Allah swt?

andai sesuatu perkara itu masih boleh ditolak, lebih baik jangan dihabiskan hari dalam bersedih, sebaliknya cepat-cepatlah sediakan segala usaha untuk menolak perkara yang ditakuti itu..

kalau hanya bersedih sahaja, tentu lambat laun datang juga perkara yang disedihkan.. dan membiarkan diri sedemikian juga adalah lambang kita tidak yakin adanya kudrat dan iradat Allah swt. di sinilah perlunya persediaan 'tawakal' , serahkan keputusan kepada Allah swt.

Firman Allah swt :
Tiadalah menimpa suatu musibah di dalam bumi ini, atau di dalam dirimu sendiri, melainkan semuanya itu telah tertulis di dalam Kitab, sebelum ia terjadi dahulunya. Semuanya itu bagi Allah mudah sahaja. Supaya janganlah kamu sekalian berdukacita mengingat barang yang telah hilang dan jangan pula bersukacita atas barang yang datang kepadamu, dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membanggakan diri.
Al-Hadid : 22-23

orang sangat takut bahaya yang akan datang, kerana hatinya terpaut pada dunia dan sombong lantaran nikmat dunia.

topik 'kita ni nanti nak kerja kat mana?' sering menjadi bualan sahabat-sahabat saya.. apatah lagi selepas minggu peperiksaan.. kebimbangan ini bukan sahaja kerana rasa kurang berpuas hati dengan jawapan yang dihantar dalam peperiksaan.. malah kerana bidang yang diambil tidak cukup meyakinkan peluang masa depan..

sahabatku.. fokus-fokus!! kalian tak akan mampu memberi sepenuh hati dalam perjuangan study kalian andai hati kalian berbelah bahagi.. sahabatku.. walau apapun bidang yang kita ceburi, atau diceburkan (kes lelong ), ingatlah bahawa bidang itu adalah yang terbaik untuk kita.. Allah tak pernah suka-suka main letak kita di sesuatu tempat, kerana Dia Maha Mengetahui segala kelemahan dan kelebihan kita.. kita seringkali tersilap menilai,andai aku punya itu.. andai aku punya ini.. sedangkan perkara itu tak pernah terjadi..

sahabatku.. senyumlah.. ubatilah hatimu.. berhadapan dengan hati yang dukacita, tegakkanlah perasaan redha.. kita semua pejuang.. yang berjuang.. kaedah kita belajar bersungguh-sungguh.. peperiksaan sebagai cara untuk menentukan tahap kita.. bukan tahap kita sahaja.. tetapi tahap umat Islam secara keseluruhannya.. memang benar terlalu pesimis menilai umat islam dengan keputusan beberapa orang pelajar Islam, namun itulah realiti umat manusia hari ini.. mereka menilai tinggi atau rendahnya manusia melalui akademik, sahsiah dan wang ringgit..

adakah kita harus menjauhi manusia kerana penilaian kejam ini? ke mana hendak lari?

terimalah seadanya bumi Allah swt ini. tak kan mampu manusia hidup sendirian dan kalian punya amanah dan tanggungjawab terhadap mereka..

sahabat-sahabatku..
renungilah sedalam-dalamnya..
untuk saat dan ketika ini, tanggungjawab dan amanah kita untuk belajar bersungguh-sungguh demi meningkatkan martabat agama~ bukan untuk kerjaya semata-mata..

andai kalian mengikat niat demi kerjaya, ketahuilah betapa ramai insan-insan yang kecewa dalam hidupnya kerana kerjaya mereka menekan jiwa mereka..

Soal kerjaya~ soal rezeki sebenarnya.. itu terletak di tangan Allah swt.. Yakinilah Dia.. Apa yang penting, sekarang kita belajar bersungguh-sungguh..!

Wahai Yang Mengetahui..Ya Allah.. kurniakan aku dan keluargaku rezeki yang halal dan berkat.. limpahkan kami keberkatan hingga dapat kami berkongsi dengan hamba-hambaMu yang lain.. Jadikanlah segala usaha dan urusan kami sebagai jalan mendekatkan diri kami kepadaMu.. Lepaskanlah kami dari hisab.. terimalah amal ibadah kami wahai Tuhanku.. amin Ya Rabbal alamin..

gambar ni.. em..dulu cita-cita nak jadi veteriner~ nak kerja di sepilok.. skrg ni amik major bioresource paper coating, minor management, opsyen psikologi.. kita merancang, Allah pun merancang.. namun perancangan Allah adalah yang terbaik... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....