sahabat2ku yg disayangi..
Bila kau bergelar DAI'E.. Kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama menjadi REMAJA.. Bak kata AL BANNA.. 'Tanggungjawab melebihi masa yang ada dan tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat menDEWASAkan kau.. Tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain.. Bangunlah wahai SYABAB.. Sedarlah wahai FATA.. Kalian bukan memulakan perjuangan.. Tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan.. Bangkitlah wahai sahabatku.. Semoga sedikit bakti usaha kita memberi nilai yang besar di sisi Yang Maha Esa..
petikan akhbar UTUSAN:
Persatuan Ulama P. Pinang bimbang
PULAU PINANG 11 April – Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) meminta kerajaan negeri berhati-hati dengan cadangan penubuhan Majlis Silaturahim Antara Agama (IRGC) bagi mengelakkan kontroversi.
Yang Dipertua PUMPP, Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, penubuhan itu dilihat sebagai menyerupai cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang mendapat bantahan daripada pelbagai pihak sebelum ini.
Walaupun pembentukan IRGC bertujuan untuk memberi keadilan pada semua agama, katanya, takrifan keadilan agama daripada perspektif agama-agama yang berlainan adalah berbeza.
“Penubuhan majlis antara agama bukan jalan terbaik untuk mengurangkan perbezaan pandangan, salah faham dan menyelesaikan masalah dalam pelaksanaan undang-undang berkaitan pengamalan atau pelanggaran agama.
“Sebaliknya masalah-masalah tersebut dapat diselesaikan dengan memperbanyakkan dialog antara agama selain pemilihan perwakilan yang tepat dan dipilih daripada kumpulan agama yang utama,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan penubuhan majlis itu bagi meningkatkan kerjasama, perhubungan serta persefahaman di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, majlis itu akan dianggotai oleh pakar dalam bidang agama yang dilantik oleh kerajaan negeri.
Menurut Dr. Wan Salim, sebarang dialog yang diadakan biarlah memberi faedah kepada semua pihak namun ia tidak seharusnya menghalalkan falsafah liberal dan pluralisme agama seperti yang dipopularkan oleh Barat.
“Sebagai contoh, dialog antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim dan penganjur forum yang dilaksanakan selepas kejadian bantahan Forum Artikel 11 di Hotel Cititel pada Mei 2006 serba sedikit meredakan ketegangan,” ujarnya.
Justeru, katanya, PUMPP mengingatkan kerajaan negeri bahawa dialog dan sikap menghormati kebebasan beragama masing-masing adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan ketegangan agama yang kini dirasai sebahagian masyarakat termasuk di Pulau
“Semua agama bebas melaksanakan ibadah masing-masing selagi tidak mengganggu amalan penganut agama lain.
“Namun fahaman kebebasan dan toleransi beragama tidak sama dengan fahaman pluralisme agama yang diterima pakai di peringkat antarabangsa,” katanya.
12 April 2008 / 5 Rabiul Akhir 1429 Utusan
sahabat2ku penyejuk mata dan hatiku...
andai pabila kalian membaca petikan ini kalian dapat memahami isinya.. Alhamdulillah, fikirkanlah pula apa perananmu.. andai pabila kalian membaca petikan ni kalian tidak memahami apa isinya.. sedarlah, Allah ada hak ke atas diri kalian.. dimana Dia telah mengamanahkan kalian sebagai seorang hambaNya dan khalifahNya di muka bumi... Belajarlah.. Kalian insya'Allah mampu memahaminya apabila kalian mempunyai ilmu tentangnya..Belajarlah.. belajarlah.. belajarlah...
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah. (3:110)
Bahawasanya, orang-orang Islam adalah umat yang paling baik dari sekalian umat telah dibuktikan oleh hadis-hadis Rasulullah saw juga. Sudah kita katakan dahulu bahawa ada ayat-ayat Al Quran yang menguatkan maknanya ini. Ayat yang tersebut di atas inipun memberikan kehormatan ‘umat yang paling baik’ ke atas kita,syaratnya kita hendaklah menyampaikan ajaran Islam, menyeru umat ke jalan Allah serta menegah mereka dari berbuat maksiat.
Oleh itu nyatalah bahawa umat islam mesti patuh kepada kewajipan menyampaikan kebenaran yang telah menjadikan mereka unggul dari lain-lain bangsa kalau tidak mereka tidak layak mendapat kehormatan lagi. Hendaklah diingatkan bahawa tidaklah memadai dengan mengerjakan kebajikan dan menjauhi kemaksiatan sekali sekala saja bahkan ‘amalan’ ini hendaklah diteruskan dan diamalkan pada setiap waktu higga kita dihadapkan kepada Allah. Ini bukan tugas sementara waktu. Ini tugas tetap. Anda mahasiswa ke, ex mahasiswa ke, ambil kos apa sekalipun, inilah profesion anda… Kita ditemu duga oleh Allah di alam rohani dulu(sebelum lahir).
‘Bermula dari alam rohani, kita berjanji pada Ilahi..hidup di dunia sbg hamba..menyembah Tuhan buat bekalan..Hari Kemudian..
Biarpun jalan beronak duri..Cubaan Tuhan silih berganti..Kerana iman tetap di hati.. Demi akhirat..Betapa berat..ditempuh jua..
Telah menjadi resam dunia..akan beruntung siapa yang leka..Iman termahal paling berharga..perlu bekorban mendapatkannya..Miskin dan kaya bukan ukuran..iman dan takwa nilaian Tuhan..Ganjaran syurga setia menanti.. Hidup di
salaam..nak tanya.. 'dakwah' dengan 'amal makruh nahi mungkar'tu sama maksud ke? syukron! wassalaam
BalasPadamsalam.. dakwah dari segi bahasa ialah seruan atau ajakan.. dlm konteks Islam, dakwah menyeru kpd ajaran Islam..dari segi istilah pula betul lah tu, dakwah ialah menyeru org buat baik n cegah buat maksiat.. 2 perkataan yg saling berkait.. dakwah lebih merujuk kpd ajak kpd cara ISLAM~ cara makan, minum, tidur, study etc .. ada sgt byk cara nak berdakwah.. dan slh satunya amar makruf nahi mungkar.. kalau mengamalkan shj cara hidup Islam tp x amar makruf nahi mungkar, tak lengkap lah Islam tu.. kalau amar makruf nahi mungkar je tapi tak amalkan cara hidup Islam, sangatlah merbahaya.. takut tersesat, ampunkan kami ya Allah..
BalasPadam