Isnin, 28 April 2008

dia pendengar setia..dia pengubat luka..dia penyejuk hati..bagaimana pula luka dan duka di hatinya?


dalam hidup kita sentiasa mencari kawan..
sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yg hanya bercerita..
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan..
kerana dia juga seorang manusia.. dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan..jadilah kita kawannya itu. kita selalu melihat dia ketawa, tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.. di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu..

kata Saidina Ali kwj. sahabat adalah yang slalu bersamamu, yg bersedia mengorbankan dirinya utkmu. & org yg apabila zmn berganti, tidak memutuskan hbgn dgnmu, skalipun bercerai dgnmu, rasa persahabatan ttp utkmu.

adakalanya kawan jadi lawan.. adakalanya lawan jadi kawan.. jangan bersedih kerana Allah adalah teman setia di sisi kita pada setiap detik dan masa.. :'-) Alhamdulillah..

Sahabat2ku yang disayangi.. untuk kalian terus teguh dalam menjadi pendengar, pengubat dan penasihat manusia (para da'ie sekalian).. janganlah kalian bergantung pada makhluk.. mereka tak mampu mengubat hatimu.. Mengadulah pada Allah, merintihlah pada Allah.. Cukuplah Allah utk kita pada setiap saat manis dan pahit.. Insya'Allah..Kuatkan kami yang lemah ini Ya Allah.. :'-(

Ahad, 27 April 2008

STOP kejap!! periksa niat semula..!!


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada hari
kiamat Allah akan menghukum semua
makhluk dan semua makhluk tertekuk
lutut. Pada hari itu orang yang
pertama sekali akan dipanggil ialah
orang yang mengerti Al-Quran, kedua
orang yang mati fisabilillah dan
ketiga ialah orang kaya.
Allah akan bertanya kepada orang yang
mengerti Al-Quran: "Bukankah Aku telah
mengajar kepadamu apa yang Aku
turunkan kepada utusan-Ku?. Orang itu
menjawab: "Benar Ya Tuhanku. Aku telah
mempelajarinya di waktu malam dan
mengerjakannya di waktu siang." Allah
berfirman: "Dusta! Kamu hanya mau
digelar sebagai Qari dan Qariah,
malaikat juga berkata demikian."
Datang orang kedua, lalu Allah
bertanya: "Kenapa kamu terbunuh?."
Jawab orang itu: "Aku telah berperang
untuk menegakkan agama-Mu." Allah
berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin
disebut pahlawan yang gagah berani dan
kamu telah mendapat gelaran tersebut,
malaikat juga berkata demikian."
Kemudian datang orang ketika
pula: "Apa kamu buat terhadap harta
yang Aku berikan kepadamu?." Jawab
orang itu: "Aku gunakan untuk membantu
kaum keluargaku dan juga untuk
bersedekah." Lantas Allah
berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin
disebut dermawan dan kamu telah
dikenali, malaikat juga berkata
demikian." Sabda Rasulullah s.a.w.
lagi: "Ketiga-tiga orang inilah yang
pertama-tama akan dibakar dalam api
neraka."

p/s:thankQ kpd M.Fadhil~

Sabtu, 26 April 2008

Adikku sayang.. maafkan kakak dik.. :’-(

Kembalinya saya ke rumah, saya dihujani hujan sms dari adik2 dari macam2 sekolah..
ada yang sudah pun habis sekolah..
kebanyakkannya semua adik2 yang pernah menjadi anak didik program2 yg lillah handle, anak buah persatuan dan anak2 murid tuisyen..

kemudian dihujani pula hujan sms daripada teman2 lama bertanyakan free tak cuti ni..
lillah tahu, stiap sms ni perlu dibalas krn mereka yg menghantar tu mengharapkan jawpn..

Cuma tak tahu macam mana nk jawab~ ayat terbaik yang berhikmah, yang tidak menghampakan dan menyedihkan hati sahabat2ku ini..

bagaimana boleh ku susun ayat2 sms ni.. (jadual cuti sangat2 penuh dengan tugasan2 yang memerlukan komitmen saya 7 hari semiggu)

Tiba-tiba teringatkan seorang adik, N iaitu bekas junior dari sekolah lama saya..
semenjak saya berpindah sekolah ketika di form 4, kami lost contact..
saya kenal dia masa jadi pengerusi Puteri Islam di sekolah ketika form 3. N ni lain dari adik2 yg lain.. sangat misteri dgn rahsianya. Tidak spt anak2 buah lain yg mudah bercerita kisah hidup mereka.

Namun krn kenaifannya, sangat menarik hati saya utk mendekati dia.. nyata tak mudah. Betapa saya begitu ingin mengenali N, hingga pernah mengekori dia pulang dari sekolah secara rahsia~

saya gila?

Sahabat2 akan faham dgn kegilaan saya jika sahabat2 menjadi pelajar di sekolah saya~.. usaha saya tidak sia2..

selps mengetahui beberapa pkra terpenting dlm hidup N, dia begitu manja dgn saya.

Saya? Saya terima semua adik2 saya tanpa syarat.. kakak sayangkan adik2 semua..! kakak nak yang terbaik untk adik2 semua..! saya yakin sentuhan hati saya Berjaya dirasai oleh mereka, tak banyak pun takpe, sikit pun jadilah..

N anak yatim.. miskin.. kurang sedikit bijak.. sering dibuli.. sedikit kecacatan pada badannya.. sering menanyakan soalan2 yang membuatkan kakak-kakak Majlis Tertinggi Puteri Islam nak pengsan..

sebab soalan2 tu semua tak logik~ macam budak tadika punya soalan.. memang ramai yang hilang sabar.. tapi saya tak tahulah.. saya semakin sayang pada dia.. adakalanya di saat2 saya sangat tertekan, rasa nak nangis sangat2, saya tiba2 ketawa dengan telatah dia. N hairan dan bertanya.. saya cuma jawab yg saya nak dia tahu saya sayangkan dia. Dia senyum..lupa tentang soalannya tadi.

Di sekolah saya ada sebuah kelas tuisyen~ lebih kepada kelas motivasi~ lebih kepada usrah~ lebih kpd tempat adik2 anak buah saya mengadu dan bercerita masalah, sesi kaunseling dan meminjam buku cerita kakak dia.. saya ni ulat buku, sangat2 suka membaca (novel cinta terkecuali~ saya tak faham,pening..) . saya akan bawa buku2 yang saya beli~ duit memang selalu habis di sini, bagi pada budak2 tu baca.. habis kene paksa bebudak tu membaca.. sahabat2 saya pun jadi mangsa.. semua orang kene rajin membaca!! :’-)

Antara soalan seorg adik saya
“akak, kalau kita derma darah.. nanti kita mati ye?”

Sahabat saya menjawab “eh, taklah.. kita bertambah sihat”

Si adik tak puas hati “kakak, mak potong ikan, darah banyak keluar.. ikan pun mati”

Sahabat saya memandang saya memberi kerlingan untuk saya pula menjawab.. bayangkanlah soalan2 lebih kurang ni dari budak2 tiap2 hari.. lalala.. kakak rindukan adik2..

Cuti sem lepas, ketika saya di tahun dua pengajian di USM.. tiba2 N call.. kakak dia ni punyalah terkejut. Puas fikir yg mana satu.. akhirnya pertemuan dibuat.. mak saya escort sekali(ke mana pergi, mak memang selalu ada)..

tatkala bertemu, N dah banyak berubah. Ketika mak solat di surau, saya pula pergi menghidupkn enjin kereta. N datng merapati dan memberi sesuatu.. sebuah buku novel penyiasatan(macam kenal je.. tapi di mana?)..

“Kakak, maafkan N.. N tak pulangkan pada kakak.. N dah tulis nama N.. tapi N dah padam dah” kata N separuh berbisik sambil matanya memastikan mak saya belum keluar dari surau.

Saya nampak satu kesan comot cecair pemadam di buku yang dah kembang tu. Saya senyum..
“adik.. taka pa.. ambil jelah.. kakak tak kisah” Sebenarnya saya memang tak ingat pun tentang buku tu. N gembira sangat2.

“kakak, saya ada curi snek yang kakak jual, ” N sambung.

Snek? Saya jual? Oh.. dulu sbb nak cari dana utuk persatuan, saya buat jualan.. macam2.. makanan, masa tu belajar buat buku akaun, belajar masak, belajar shopping.. belajar bersabar.. belajar tak tidur cukup.. belajar untuk dekat pada Allah..

“Oh takpe adik.. tu upah adik jaga gerai”
N senyum..

“kakak, saya curi juga masa kita pergi rombongan..” .

“tak apa adik.. barang2 yang kita jual tu kakak guna duit kakak.. akak halalkan.. adik jgn bagitau sape2 hal ni..”

Adik tu senyum lagi..

Ya Allah.. saya cuba menahan wajah saya dari berubah air muka..
hati saya dah sebak.. rasa sangat2 bersalah.. saya rasa sangat bersalah krn mengapa saya terlepas pandang utk menyelami keinginan N????

Persatuan saya buat macam2 aktiviti.. saya dan sahabat2 dah buat macam2 supaya tak ada adik2 yang tertinggal..
tak ada buku, kami belikan buku.. tak ada pakaian, kami belikan pakaian, tak tahu membaca, kami ajar membaca, tak makan, kami ajak makan sama, cakaplah apa shj adik2.. kakak akan cuba tolong.. tak banyak, sikit pun jadilah..

masa handle rombongan tu, saya dah carikan dana untuk tiket N, pakaian dan cenderamata.. tetapi terlupa tentang duit poket!!!! Ya Allah, saya rasa sangat2 bersalah.. tak dapat saya bayangkan perasaan si adik pada saat2 itu.. maafkan kakak..

“kakak, saya ada curi duit Puteri”.. kali ni saya semakin lemah.

“yang tu N kene pulangkan pada Puteri semula.. N bagi pada jawatankuasa PPM kat skolah tu.. N tak payah bagitau N curi.. N bagitau je yang tu duit Puteri yang ada pada N, N nak pulangkan” saya memberi cadangan. N mengangguk.

“N kenal bendahari sekarang?” soal saya..
N mengangguk.

“kakak.. N dlu bendahari..” jawapan N membuatkan saya terkejut. Tapi tahan ekspresi muka sebb tak mahu dia tersinggung..

“oh..” jawapan saya yang kehilangan kata2..
tiba2 terfikir siapakah pengerusinya?

Kami kemudiannya pergi makan bersama2..
kemudian pergi shopping.. berjalan2 dan bersembang.. si N tak habis2 membuka satu peersatu kisah2 lama kami bersama..

termasuklah kisah2 saya menangis.. rupa2nya saya ni kakak yang paling banyak menangis.. hahaha..

tapi kakak yang paling semangat dan ceria.. salah satu kisah tu tentang kisah ketika kami semua dianiaya. Perit waktu tu.. saya sangat2 lemah masa tu, saya melarikan diri ke surau kosong dan menangis.. tak sangka ada orang tahu saya menangis waktu tu.. kisah tu sangat perit, difitnah dan dianiaya sangat sakitttt.. nak ingat semula pun sakittt.. jadi dah lama delete dari memori..

tapi bagi N tu merupakan sesuatu yg sangat sweet..
bagi N, saat itulah yang paling dia sayang pada kakak2 dia, saat kakak2 dia bekorban habis-habisan demi adik2 dia..

Terima kasih adikku..
kakak akan ubah persepsi kakak tentang peristiwa tu..
daripada pahit supaya menjadi manis.. kerana baru sekarang kakak sedar, di sebalik penghinaan yang kakak terima pada saat itu, itulah saat2 di mana adik2 jatuh hati pada kakak.. kakak nak ucapkan terima kasih pada mereka yg menyakiti kakak dulu, sebab tanpa mereka.. tentu adik tak tahu betapa sayang kakak pada adik2..

Allah Maha Kaya.. Ya Allah.. kerana aku mendambakan cinta Engkau, aku mencintai mereka.. dan aku mencintai apa sahaja yang Engkau cintai.. bantuhilah aku unt uk menjadi setia padaMu… :’-)

Jumaat, 25 April 2008

nk kahwin? step 1..

Sahabat2ku yg dikasihi..
Ni nk syer dlm usrah lillah je asalnya..
Tp rasanya nak juga syer dgn shbt2 lain..
Memandangkn shbt2 lain dah ramai yg dah cukp umur nk kahwin.. cukup syrt or tak, x tau la lillah.. xpe, x cukup, cukup2kan la.. belajarkan amanah seumur hidup.. ehem! !
nk syer ttg pesan mak..
mak kata bila nk berkahwin, ikutlah cara Islam.. step 1, merisik..
sebaik2nya si lelaki hantar saudara perempuannya pergi bertemu si gadis or family gadis..utk merisik.. tujuannya supaya dpt tahu sft sebenar perempuan.. lg bagus kalau mula2 mrisik tu niat asal dirahsiakn, supaya perempuan tu dan familynya tak berlakon.. tak hipokrit.. sama juga la bila pihak perempuan nk merisik lelaki, hantar saudara lelaki utk jumpa lelaki tu or family dia.. pasal mmg manusia ni dpn blainan jantina akan control abis, tp bila sama2 jantina, keluar segala tembelang.. pastu sblm jumpa.. intai dlu tp sopan2 la.. tgk dia pi sidai kain kat luar umah pakai tudung tak dll.. tgk si lelaki tu kot2 basuh kreta pakai sluar pendek je.. yg mengintai tu pun biar si perisik, bukan calon2.. and alwys remember, kne luruskn niat krn Allah..~andai menerima si dia krn Allah, andai menolak si dia bukn krn rupa n harta..
p/s: ini synopsis usrah..dlm usrah sgt detail dibincangkan.. sisters yg nk join usrah dgn lillah maila.. usrah kita kupas bab2 persoalan hidup je..dont wory~

Rabu, 23 April 2008

dalam Hati... (hati yg kecil tetapi hajatnya besar)


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kekerasan dan tidak akan hilang kecuali melembutkan diri dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan perintah dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta senantiasa sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya.

sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan yang benar kepadaNya. . . . . .

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak dapat membendung hajat hati sihamba itu

Ya Allah.. bersihkan hati kami, lapangkan hati kami, pelihara hati kami, ikhlaskan hati kami, tawadhukkan hati kami, keluarkan dunia dari hati kami, keluarkan makhluk dari hati kami, penuhkan hati kami dengan cinta Engkau dan RasulMu.. Jauhkan syaitan,nafsu dan maksiat dari hati kami.. Sesungguhnya kami tidak berdaya melakukan sebarang kebaikan tanpa kasih sayangMu.. Engkaulah pemilik hati-hati ini.. Peganglah ia sekuatnya.. Janganlah lepaskan ia walau seketika..
Peliharalah ia sehingga kami menghadap Engkau di syurga kelak..



marah pada diri sendiri!!

Tatkala hati ni tiba-tiba dijajah rasa malas~ sedangkan esok ada exam.. dah 2 minggu lebih exam..macam tak larat dah.. ramai dah balik rumah.. saya memaksa diri menulis posting kali ni, dengan niat nak memaksa diri membaca dan menghayati!! Jangan manjakan diri ni, ikut hati mati.. ikut nafsu lesu!! Mengapa malas? Sebab tak sedar diri.. Mengapa tak sedar diri? Sebab lupa diri.. mengapa lupa diri? Sebab tak cari santapan rohani..padan muka. (marah pada diri sendiri, bukan marah pembaca2.. )

Dalam kesempatan ini kita berkongsi tentang beberapa gambaran unggul

yang telah ditempah oleh sebilangan pemimpin dan para da’ei dalam

menghadapi kezaliman tirani. Dari gambaran tersebut kita dapat mengetahui

betapa cekal dan tabahnya para leluhur tersebut dalam perjuangan mereka.

Semoga catitan sejarah mereka dapat menjadi eksir penawar bagi kita dalam

menempuh suka-duka dan pedih-perit perjuangan. Angkatan al-Rahman

hendaklah meneruskan perjuangannya sehingga datang ketentuan Allah. Tidak

ada apa pun yang dapat menghalang kelangsungannya.

Antara para pemuka yang boleh menjadi contoh ialah Sa’id bin Al-

Musayyab radiyAllahu’anhu. Beliau enggan menjadi pendokong rejim Abdul

Malik bin Marwan, walaupun puas Abdul Malek bin Marwan memujuk beliau

supaya menjadi penyokongnya. Meskipun Sa’id Bin Al-Musayyab adalah Sayyid

Al-Tabi’in, namun Abdul Malik bin Marwan tergamak menghukum beliau

dengan hukuman dera 50 kali. Beliau diusung mengelilingi bandar Madinah di

samping orang ramai ditegah untuk menghampiri majlis pengajian beliau.

Dalam menempuh dugaan ini beliau kadangkali mengingatkan orang supaya

jangan menghadiri majlis pengajiannya. Dengan demikian mereka tidak akan

menanggung apa-apa kesulitan kerananya. Sikap beliau yang tegas itu

menyebabkan beliau terus menerima siksaan demi siksaan, sehinggalah beliau

pulang menemui tuhan Rabbul Jalil.

Selain daripada beliau ialah Sa’id bin Jubair. Beliau telah dimurkai oleh

Hajjaj bin Yusuf, penguasa fasiq dan Banu Thaqif. Beliau menanggung

penyeksaan dan kezaliman dari Hajjaj, akan tetapi segala-galanya itu

dihadapinya dengan penuh keberanian dan keras hati. Ancaman-ancaman ganas

tidak sedikit pun melenturkan keazaman waja Sa’id bin Jubair; sehinggalah

beliau akhirnya dibunuh. Ketika Hajjaj bin Yusuf mengeluarkan arahan supaya

beliau disembelih. Sa’id bin Jubair berkata:—

“Kataku ialah —Aku naik saksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah

sahaja. Tidak ada sekutu baginya dan bahawa Muhammad adalah hambaNya

dan RasulNya. Ambillah kata-kataku ini sehinggalah engkau menemuiku di

akhirat kelak. Ya, Allah! janganlah engkau benarkan dia membunuh sesiapa pun

jua selepas aku.” Beliau lantas disembelih dan urat leher kanan ke kiri

sedangkan lidahnya terus menerus mengingati Allah. Ketika menganggapi

peristiwa ini Imam Ahmad Ibn Hanbal menyatakan:-

“Hajjaj telah membunuh Sa’id bin Jubair padahal tiada sesiapa pun ketika

itu di dunia ini kecuali ia sangat-sangat memerlukan kepada ilmu Sa’id bin

Jubair. (petikan dan Wafayatul a’yan).

Abu Hanifah an-Nu’man juga suatu contoh yang relevant dalam konteks

ini. Beliau tidak bersetuju dengan tindak tanduk politik Abi Ja’far Al-Mansur.

Menurut Daud b. Rashid Al-Wasiti:—

“Aku pernah menyaksikan Imam Abu Hanifah disiksa. Tiap kali beliau

dikeluarkan dan bilik tahanan, beliau dipukul 10 kali. Penderaan itu berulang

hingga sebanyak 110 pukulan. Kemudian apabila ia merasakan pukulan itu akan

berterusan Imam Abu Hanifah pun berdoa dengan suara yang rendah — Ya!

Allah! jauhkanlah aku dari bencana mereka dengan kudrat Mu.” Melihatkan

beliau masih terus dengan sikapnya maka akhirnya beliaupun diracuni.

Sesungguhnya Imam Abu Hanifah adalah seorang yang tabah dan gigih dalam

jihad dan perjuangannya; walaupun ketika hendak menghembuskan nafas yang

terkhir, beliau sempat berwasiat supaya beliau ditanam di tanah perkuburan

yang baik yang tidak pernah berlaku rompakan di atasnya ataupun dirompak

oleh penguasa.

Diriwayatkan apabila kisah Imam Abu Hanifah sampai ke pengetahuan

Abi Ja’far yang memerintah ketika itu, ia mengeluh dan berkata:—

“Siapakah gerangan yang dapat membebaskan aku dari dakwaan Abu Hanifah semasa

hidup dan matinya.”

Termasuk dalam kalangan ini ialah Imam Ahmad Ibn Hanbal. Sebagai

seorang tokoh ilmiawan yang berkaliber besar, beliau telah menanggung

penderitaan yang sukar untuk dilukiskan, amat berat untuk ditanggung oleh

manusia. Imam Ahmad menceritakan:—

“Apabila Al-Mu’tasim meradang, setelah beberapa lama berbincang, dia

(Al-Mu’tasim) pun berkata:— ‘Kutukan Allah kepadamu, sebelum ini aku

mengharapkan engkau bersetuju’. Tangkap dia! bentak Al-Mu’tasim:

‘Tanggalkan bajunya dan heret’, maka aku (Imam Ahmad) pun ditangkap dan

diheret oleh orang-orang Al-Mu’tasim.” Kemudian Al-Mu’tasim memerintahkan

“Bawa ke mari tukang cemeti dan tukang siksa, lalu diarahkan kepada

salah seorang algojo itu; Ayuh! pukul dia bedebah! Algojo tersebut memukul

aku 2 kali, kemudian ia berundur. Ketika Imam Ahmad dipukul pada kali

pertama beliau mengucap perkataan:

باسمالله..

pada kali keduanya pula, beliau membaca

لاحول ولا قوة الاالله

Selepas pukulan ketiga beliau mempersaksikan:

القران آلام الله غير مخلوق

(Al-Qur’an adalah kata-kata Allah dan bukan makhluk).

Setelah dipukul pada kali ke-4, Imam Ahmad membaca:

قل لن یضيبنا الاما آتب الله لنا

lantas pukulan itu diteruskan

sehingga mencapai 110 kali.

Demikianlah siri penderitaan yang ditanggung oleh Imam Ahmad.

Akhirnya beliau kembali kerahmatullah dengan segala penanggungan tersebut.

Apabila orang ramai menasihatkan beliau (Imam Ahmad) supaya segera

meninggalkan negeri menyelamatkan diri daripada tangkapan penguasa, beliau

berkata:—

“Demi Allah saya tidak akan lari dan tidak akan bersembunyi. Kami sebenannya

baru dipermulaan jihad. Kami masih belum melakukan apa-apa. Aku telah bertekad

untuk menanggung apa saja dalam penjuangan ini. Sesungguhnya Allah tidak mensiasiakan

amalan orang yang sabar.”

Selain daripada Imam Ahmad ada seorang ulama besar yang bernama Al-

Iz bin Abdul Salam. Beliau terkenal sebagai seorang yang tegas menyatakan

kebenaran, tidak takut kepada cacian dalam menegakkan risalah Allah. Apabila

Ismail (Sultan yang memerintah ketika itu) menggunakan pembantu dari

kalangan orang-orang kafir salibiyyah dan membenarkan mereka memasuki

Damsyik membeli senjata dan meminta pertolongan dan mereka dalam

memerangi saudaranya Nejmuddin pada tahun 138 Hijrah, maka tindakan

khianat ini telah ditentang keras oleh Al-Iz bin Abdul Salam. Beliau lalu

mengeluarkan fatwa mengharamkan penjualan senjata kepada orang kafir

salibiyyah tersebut. Dalam khutbah beliau dari atas mimbar masjid Umawi,

beliau menjelaskan pendapat beliau dengan lantang dan membidas tindakan

politik serta pengkhianatan Sultan Ismail. Beliau berdoa dengan doa berikut:—

“Ya Allah! engkau takdirkanlah bagi ummat ini sesuatu yang waras; di mana

penyokong-penyokongMu beroleh kemuliaan dan musuh-musuhMu ditimpa kehinaan.

Dalam kewarasan tersebut Engkau dipatuhi dan segala maksiat dicegah.”

Lepas habis baca.. habis taip.. Ya Allah.. ampunkan hambaMu yang lalai dan selalu lupa ni.. Begitu ramai dah bekorban demi agama Islam yang saya anuti ni.. sedangkan saya? Sempat lagi tanya ’mengapa malas?’ Sedarlah lillah, kalau kau leka dan lalai, kau bakal menyesal di hari Kemudian..(dah semangat balik dah!! Nak sambung belajar..)

Isnin, 21 April 2008

ubatilah hati 3 ~dukaCita mEmikiRkan yanG akaN daTang

ini adalah sambungan posting ubatilah hati dan ubatilah hati 2.. ada 3 penyebab utama manusia berdukacita.. ini adalah sebab ketiga~ dukaCita mEmikiRkan yanG akaN daTang

jika orang berdukacita memikirkan masa yang akan datang, tentu perkara yang dibayangkan cuma dua perkara iaitu yang benar-benar akan terjadi dan yang mungkin berlaku..dalam erti kata lain mungkin tak akan berlaku lansung..

apa yang pasti..sah..conform.. ialah tua dan mati, mustahil menolaknyya..hal ini tak payah kita nak bising-bising..

perkara-perkara yang mungkin akan datang pula harus kita selidiki, janganlah bersedih sia-sia kerana setiap titisan air mata akan dipersoalkan di hari hisab.. setiap detik di hati akan ditanya di mahkamah Allah swt.. mengapa berprasangka buruk terhadap Allah swt?

andai sesuatu perkara itu masih boleh ditolak, lebih baik jangan dihabiskan hari dalam bersedih, sebaliknya cepat-cepatlah sediakan segala usaha untuk menolak perkara yang ditakuti itu..

kalau hanya bersedih sahaja, tentu lambat laun datang juga perkara yang disedihkan.. dan membiarkan diri sedemikian juga adalah lambang kita tidak yakin adanya kudrat dan iradat Allah swt. di sinilah perlunya persediaan 'tawakal' , serahkan keputusan kepada Allah swt.

Firman Allah swt :
Tiadalah menimpa suatu musibah di dalam bumi ini, atau di dalam dirimu sendiri, melainkan semuanya itu telah tertulis di dalam Kitab, sebelum ia terjadi dahulunya. Semuanya itu bagi Allah mudah sahaja. Supaya janganlah kamu sekalian berdukacita mengingat barang yang telah hilang dan jangan pula bersukacita atas barang yang datang kepadamu, dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membanggakan diri.
Al-Hadid : 22-23

orang sangat takut bahaya yang akan datang, kerana hatinya terpaut pada dunia dan sombong lantaran nikmat dunia.

topik 'kita ni nanti nak kerja kat mana?' sering menjadi bualan sahabat-sahabat saya.. apatah lagi selepas minggu peperiksaan.. kebimbangan ini bukan sahaja kerana rasa kurang berpuas hati dengan jawapan yang dihantar dalam peperiksaan.. malah kerana bidang yang diambil tidak cukup meyakinkan peluang masa depan..

sahabatku.. fokus-fokus!! kalian tak akan mampu memberi sepenuh hati dalam perjuangan study kalian andai hati kalian berbelah bahagi.. sahabatku.. walau apapun bidang yang kita ceburi, atau diceburkan (kes lelong ), ingatlah bahawa bidang itu adalah yang terbaik untuk kita.. Allah tak pernah suka-suka main letak kita di sesuatu tempat, kerana Dia Maha Mengetahui segala kelemahan dan kelebihan kita.. kita seringkali tersilap menilai,andai aku punya itu.. andai aku punya ini.. sedangkan perkara itu tak pernah terjadi..

sahabatku.. senyumlah.. ubatilah hatimu.. berhadapan dengan hati yang dukacita, tegakkanlah perasaan redha.. kita semua pejuang.. yang berjuang.. kaedah kita belajar bersungguh-sungguh.. peperiksaan sebagai cara untuk menentukan tahap kita.. bukan tahap kita sahaja.. tetapi tahap umat Islam secara keseluruhannya.. memang benar terlalu pesimis menilai umat islam dengan keputusan beberapa orang pelajar Islam, namun itulah realiti umat manusia hari ini.. mereka menilai tinggi atau rendahnya manusia melalui akademik, sahsiah dan wang ringgit..

adakah kita harus menjauhi manusia kerana penilaian kejam ini? ke mana hendak lari?

terimalah seadanya bumi Allah swt ini. tak kan mampu manusia hidup sendirian dan kalian punya amanah dan tanggungjawab terhadap mereka..

sahabat-sahabatku..
renungilah sedalam-dalamnya..
untuk saat dan ketika ini, tanggungjawab dan amanah kita untuk belajar bersungguh-sungguh demi meningkatkan martabat agama~ bukan untuk kerjaya semata-mata..

andai kalian mengikat niat demi kerjaya, ketahuilah betapa ramai insan-insan yang kecewa dalam hidupnya kerana kerjaya mereka menekan jiwa mereka..

Soal kerjaya~ soal rezeki sebenarnya.. itu terletak di tangan Allah swt.. Yakinilah Dia.. Apa yang penting, sekarang kita belajar bersungguh-sungguh..!

Wahai Yang Mengetahui..Ya Allah.. kurniakan aku dan keluargaku rezeki yang halal dan berkat.. limpahkan kami keberkatan hingga dapat kami berkongsi dengan hamba-hambaMu yang lain.. Jadikanlah segala usaha dan urusan kami sebagai jalan mendekatkan diri kami kepadaMu.. Lepaskanlah kami dari hisab.. terimalah amal ibadah kami wahai Tuhanku.. amin Ya Rabbal alamin..

gambar ni.. em..dulu cita-cita nak jadi veteriner~ nak kerja di sepilok.. skrg ni amik major bioresource paper coating, minor management, opsyen psikologi.. kita merancang, Allah pun merancang.. namun perancangan Allah adalah yang terbaik... :-)

Khamis, 17 April 2008

you kutuk I..? you lah my best friend.. mekasih..






Setiap orang sangat-sangat takut akan kecacatan dirinya. Di sini jelaslah yang manusia pantang kerendahan, tidak sekali-kali sanggup direndahkan..semua orang inginkan kemuliaan. Jarang sekali ada orang yang mahu tahu keaiban dirinya.. sedangkan orang yang tidak tahu keaiban dirinya sendiri adalah sebuah keaiban yang sebesar-besarnya..





Berkata Jalinus At-Thabib



”Disebabkan semua manusia mencintai dirirnya, tersembunyilah baginya aib diri itu. Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata. Kecil dipandangnya walaupun bagaimana besarnya.”





Jalinus menunjukkan jalan agar kita tahu kecacatan diri sendiri. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan memilih seorang teman yang setia.. J



Seorang teman setia yang sanggup menasihati jika kita berbuat perbuatan yang tercela. Teman yang tidak mahu menyatakan aib kita, yang hanya memuji dan meninggikan, bukanlah sahabat yang setia.





Seorang hakim berkata: ”Temanmu ialah yang berkata benar pada engkau, bukan yang membenar-benarkan engkau.”





Memang benar.. Tentu sekali.. Jika perbuatan atau perkataan kita dicela orang, pasti sakit kita dibuatnya.. geram sangat..! Seperti yang dikatakan Julinus tadi, sakit kerana dicela itu adalah tabiat manusia yang mencintai dirinya..maka berhati-hatilah dan berwaspadalah sebelum celaan itu datang, muhasabah diri selalu, periksalah segala keaiban diri sendiri dan sebelum orang lain mencelanya.. kemudian cepat-cepatlah berusaha dengan sepenuh kegigihan untukk menyingkirkan kelemahan itu..





Sahabatku..senyumlah.. tidak ada yang tidak berguna di alam ini, demikian adalah kata-kata orang budiman. Musuh yang sebesar-besarnya sekalipun ada juga faedahnya. Kerana musuh itupun tahu kekurangan dan keaiban kita, lalu disebarkan dan dicanangnya merata-rata.. kerana itu, janganlah kita enggan mendengar celaan-celaan itu..





Jalinus berkata: ”Manusia yang budiman dapat mengambil manfaat dari musuh-musuhnya.”





Pernah dengar kata-kata ni?



”Hendak tahu baik orang



Tanyakan kepada kawannya



Hendak tahu buruk orang



Tanyakan kepada musuhnya”





Syair Arab:



”Musuh-musuhku itu ada baiknya kepadaku, dan ada pula pemberiannya yang baik tidak bernilai olehku.



Sebab itu, moga-moga Tuhan Yang Rahman tidak menjauhkan daku dari musuh-musuhku.



Mereka korek-korek kesalahanku, lantaran itu aku dapat menyingkirkan diri dari kesalahan.



Mereka berlumba-lumba dengan aku, sebab itu aku dapat mencari kemuliaan dan ketinggian! ”





Berkata Abu Yusuf bin Ishak Ak Kindi, Filosof Islam yang Masyhur:



”hendaklah orang yang ingin mencapai keutamaan menjadikan teman, sahabatnya kaca perbandingan untuk dirinya, tiap datang kepadanya seruan syahwat. Orang lain mengerjakan syahwat dan menurutkan seruan nafsu jahat, terancam oleh bahaya yang ngeri. Maka insaflah si penuntut keutamaan, dinasihatinya dirinya jangan sampai dia terjatuh pula. ”





Kita lihat orang lain tersesat, lekaslah berpesan pada diri kita untuk berlindung kepada Allah swt dan jangan cepat mencela. Mohonlah supaya diri sendiri ditetapkan Allah di dalam taat, kerana diri kita sendiri pun tak tahu bagaimana agaknya perjalanan hidup kita nanti.. :’-(





Al Kindi juga berkata:



“Jangan meniru perbuatan lilin, menerangi orang lain tetapi diri sendiri terbakar. Tetapi contohilah sifat bulan, tiap-tiap kali bertentangan dengan matahari, dia mendapat cahaya baru.”





Maka janganlah tertawa melihat orang lain jatuh, sekalipun musuh kita.. ataupun orang yang sebelum ni tak habis-habis kutuk kita..



Kerana jarang sekali orang jatuh dengan sengaja.. sedangkan bila dia jatuh, dia sakit..



Tetapi bersyukurlah kepada Allah swt, andai kita tidak jatuh dalam perjalanan hidup yang sukar ini..





Cahaya batin berasal dari cahaya Allah swt, sebagaimana cahaya bulan berasal dari cahaya matahari. Bila bulan terbit, kalahlah cahaya bintang-bintang yang banyak. Cahaya batin yang terbit dari iman, mengalahkan cahaya bintang-bintang kecil..





Sebab itulah seorang mukmin memancarkan nur dari dalam batinnya, mengalahkan cahaya yang lain, mengirimkan pengaruh kepada alam ini..





Untuk itu dapatlah kita buat perbandingan bilangan 80,000 dengan bilangan 4000,000,000.. dahulukala, pada permulaan Islam disebarkan,agama ini cuma dianut oleh 80,000 orang sahaja.. kemudian orang yang si 80,000 itu bertebaran ke seluruh tanah Arab, akhirnya mereka menguasai sebahagian besar dunia.. kini, keturunan yang memegang ajaran yang disebarkan oleh 80,000 itu telah berlipat ganda kepada 400,000,000 lebih...tetapi sebahagian besar umat ini terkebelakang, kecuali beberapa negara dan beberapa insan yang Allah pelihara.. Apakah sebabnya?



Sebabnya adalah lantaran cahaya iman, cahaya penjagaan batin, cahaya kesihatan jiwa telah pudar dan telah gelap dari hati yang 400 juta itu.. :’-(





Tapi saya tak akan sekali-kali berputus harap!



Satu saat nanti diharapkan 400 juta bangun kembali!



Insya’Allah!




untukmu teman, bajailah hidupmu.. sirami hatimu dgn ketakwaan dlm mencari keredhaan Allah..

Adakah iman itu dapat ditanam pada hati yg tidak digembur?

adakah amal kebaikan itu dapat tumbuh daripada jiwa yang tidak subur? sahabat2ku..

saya amat2 berharap kalian mengerti.. mengertilah sahabt2ku.. megertilah bahawa

para Da’ei Muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum bersifat “Rabbaniyyin”

Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan

perkembangan dakwah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para Da’ei itu

sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan

mereka di dalam kerja-kerja penyampaian dakwah telah mengurangkan

‘commitment’ mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan

dakwah itu sendiri. Selama belum tercapai interaksi antara Du’at dan Hidayah

yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi

penunjuk dan pembimbing orang lain.

Orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan

apa-apa. OIeh sebab itu, hendaklah para Du’at memberi perhatian yang besar

kepada proses penggarapan; lebih dari usaha penyampaian. Mereka hendaklah

meningkatkan usaha-usaha penjernihan diri sendiri sebagai usaha untuk

meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat

penghormatan dan orang yang mendidik manusia lain.

Sesungguhnya para Du’at dalam konteks menanggung beban perjuangan

untuk menegakkan kebenaran Allah swt dan menyebarkan

panji Allah swt bagi menegak negara Al Qur’an hendaklah

menginsafi hakikat yang fundamental ini. Hal ini telah pun disebut oleh salah

seorang pemimpin harakah semasa yang mendapat petunjuk dari Allah

swt. Beliau berpesan:

“Wahai saudara, dirikanlah negara Al Qur’an di dalam hati sanubari saudara, niscaya Ia

akan terbina pula di tanahair saudara.”

Akhirnya marilah kita berdoa kepada Allah swt agar

memberi taufiq dalam amalan kita serta menganugerahkan keikhlasan dalam

mengerjakannya. Di samping itu kita sentiasa beramal dan istiqamah dalam

hidup.

Allah swt berfirman:

“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, nescaya Allah swt, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian

akan dikembalikan ke alam ghaib dan syahadah lalu Allah Subhahahu Wata’ala

menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”

(Surah Al-Taubah: Ayat 105)

Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah swt pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji

hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an

dengan firmanNya:

“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk

mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?

Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka

sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia

mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah Al Ankabut 1-3)

Di dalam hadith dinyatakan:

*“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya,

kemudian orang yang paling baik selepas itu.”

*Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya

mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka

mereka mendapat kerelaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci

(marah) maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala.

Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan

perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan

sengsara.

*Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh

keghairahan syahwat.

Sahabat2ku..

Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seorang Da’ei

tidak berada di bawah lindungan Allah swt, tidak berhubung

terus dengan Nya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada KitabNya dan tidak pula mengikuti Sunnah NabiNya maka sebenarnya ia

sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar.

Kerana saya kasihkan sahabat2 fillah yang seiring sejalan bersama..

malangnya saya tidak mampu menjadi penyelamat kepada diri sendiri apatah lagi sahabat2 lain.

saya menyerahkan sahabat2 kepada Allah swt semata2, kerana Dialah sebaik-baik pemelihara.

dekatilah Dia.. Peliharalah imanmu pada setiap tindakan yang kalian ingin ambil. sentiasa

berwaspada dan berhati-hati agar setiap sesuatu yang dilakukan hanya kerana Allah. jangan

digadai dirimu, setiap daripada kalian adalah harapan agama.. Kalian bertuah kerana Allah swt

sendiri memilih kalian utk berada di atas jalanNya dan bergerak bersama-sama mereka yang di

atas jalanNya.

Ketahuilah tentu kalian punya keistimewaan hinggakan hati-hati ini Allah pilih untuk bekerja

untukNya.. bukan sebarangan orang mampu memikul beban dakwah~ hanya mereka yang

terpilih yang mendapat petunjukNya sahaja mampu memikulnya..

Sahabat2ku yang dikasihi..

sesudah Allah memberi kemuliaan dan penghormatan yang besar ini kpd kalian, adakah kalian

ingin berpaling? Walau siapaun kalian sebelum ini, itu sudah menjadi sejarah.. bermula pada

detik ini, kalian adalah mata-mata rantai yang menyambung perjuangan.. bangkitlah sahabatku, kalian diperlukan...


Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....