Khamis, 23 Disember 2010

rindu yang berkunjung =)



Gembira bukan main (sangat gembira) sebaik terdengar suara bekas teman sebilik saya semasa menuntut di USM. Nama dia Hidayah. Walaupun cuma melalui telefon, sudah cukup membuatkan hati saya bagai terawang-awang.... hebat kan?

Tak sangka rupanya saya rindu......
Kesibukan diri dengan urusan harian menyebabkan hendak menaip sms pun menjadi 'tak sempat'. Iyelah, kalau setakat sms 'hai...' je buat apa.. paling-paling pun biarla dapat bersembang satu dua topik 'hot' kan..

tengah hari tadi ada berhenti untuk solat dan makan. kemudian hati terasa nak telefon si dia. sebaik menjawab salam, serentak kami bersuara "apa khabar??"... kemudian serentak kami ketawa....

semenjak kaki ini melangkah keluar dari bumi USM, kami tidak pernah bersua... Dia dengan dunianya dan saya dengan dunia saya. sedangkan sepanjang bersama-sama di bumi USM, kami sudah banyak kali menangis dan bergelak tawa bersama. Jika orang lain sibuk mengelilingi dunia untuk mencari teman susah senang, saya pula sudah bertemu dan berpisah dengan teman yang sanggup susah senang bersama. Bukankah ianya suatu pembaziran jika dibiarkan itu berlaku....bukan setakat pembaziran, malah satu kerugian! dalam dunia perniagaan, perkara yang paling digeruni ialah KERUGIAN. Biar tak untung, tapi jangan rugi!


Jujur saya cakap, susah nak cari manusia yang baik di dunia ni... Banyak penipu di dunia ini.. Banyak juga orang yang zalim.... sangat banyak yang tak ada perikemanusiaan...


Jadi walau anda jahat macam mana sekalipun, jika ada bertemu dengan sahabat yang baik, tolong jangan punahkan atau hancurkan atau rosakkan hubungan tersebut....

Apabila buka facebook, asyik-asyik status fairuz naik atas sekali... fairuz selalu post status yang membuatkan kita berfikir-fikir... Hm.. mood dia selalu berubah dan begitulah status dia... Selalunya saya dan romlah akan cuba meneka-neka apakah kisah di sebalik status itu... saya, fairuz dan romlah adalah geng semasa di USM. Ada seorang lagi ahli geng iaitu nini. Inilah 4 orang geng yang selalu berempat dengan 4 personaliti yang berbeza. Nini selalu menyakat romlah. saya pula selalu menyakat nini. fairuz pula cuma menggelengkan kepala dan mengeluh melihat perangai kami.



Semakin menulis semakin rindu pada mereka... sekarang ini apabila terkenang detik-detik lalu terkadang tergelak sendiri... Banyak sangat kenangan... daripada kenangan sedih hinggalah kenangan lucu...

:)

2010 dah berlalu................. 2011 bakal mencecah usia 24 tahun............ dunia semakin mencabar dan menarik.... ada beberapa berita baik yang baru diterima... seronoknya.. Alhamdulillah...

moga tahun depan lebih baik drpd sblm2 ni =)

moga sahabat2 ku yang sudah pergi ke sana sini berjaya mencapai impian mereka =)

moga semua pembaca turut sama mencapai impian anda =)

2 ulasan:

  1. haha.. :P

    bukan mood berubah2.. xpi asik jumpa perkara yg macam2.. =)

    Alhamdulillah..sekarang lebih tenang..dont wori k..:)

    Hmm saya mmg rindu kalian semua... slalu bgi senyuman kat nini..xpi agaknya nini busy skrg ni. xper.. nanti nak call dia..biar jadi macam panggilan hangit macam kat hot fm..hehe:P

    rindu kat korang smua.. :)

    ya.. kita dah semakin berumur.. bermakna semakin berat tanggungjawab terpikul di bahu. tak kurang juga pelbagai isu-isu yang mengusik jiwa dan akal untuk berfikir2..

    :)

    apapun.. doakan kita semua dapat lalui khidpan ini dengan tenang dan lebih baik dari sebelumnya..

    amin...:)

    BalasPadam
  2. eh dah komen.... hehe...

    nini bz... nanti nk ajak dia kuar lah... tapi dia cuti sehari je seminggu.. cam susah skit.....

    ya, kita sama2 doakan moga smuanya jadi lebih baik....
    amin3...

    =D

    fairuz, mlm ni class cancel.. tu yg saya dok dpn laptop ni...
    kalau x.. stakat main henset je la utk online....

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....