Sabtu, 4 Disember 2010

Madrasah ramadhan 2010

Ramadhan hampir ke penghujungnya. Sungguh Ramadhan ini sangat bermakna untuk saya... Sangat membahagiakan.. Sangat penuh kesyahduan. Syukur padaMu ya Rahim..

Rasa macam mahu taip macam-macam dalam entry kali ini tetapi....

keep it short and simple.

1) Majlis berbuka puasa keluarga
Adik-adik saya dari Utara dan Selatan balik berkumpul di rumah. Di celah-celah kesibukan, kami semua mencuri masa untuk bersama-sama. Yang lelaki berusaha menguruskan ambil dan hantar adik-adik daripada asrama. Yang perempuan berusaha menguruskan penyediaan makanan. Pertemuan singkat diantara maghrib isyak itu cuma sekejap namun memerlukan pengorbanan besar daripada semua yang ada untuk berkumpul bersama. Inilah realiti yang perlu diterima apabila anak-anak sudah dewasa. Syukur ya Allah kerana ini adalah antara perkara yang memberi makna besar dalam hidup saya.

pek makanan berbuka untuk adik-adik yang akan kembali ke pusat pengajian masing-masing.


2) Majlis berbuka puasa bersama AMANI
Sukarelawan AMANI bersama sahabat-sahabat dari Selatan Thailand sedang menguruskan roadshow. Kami dijemput berbuka puasa di rumah penasihat AMANI. Syukur Ya Allah, kerana saya belajar satu pelajaran penting dalam hidup pada malam itu.
Juadah berbuka puasa di rumah Ust Kamaruddin sewaktu bersama sahabat-sahabat AMANI dan sahabat-sahabat Thailand.

3) Majlis berbuka puasa bersama srikandi-srikandi
Saya memberitahu emak yang saya teringin mahu berbuka puasa bersama dua orang sahabat saya. Emak kata, jom kita berbuka bersama mereka. Sebaik bertemu, kami masing-masing tersenyum tak terkata. Kemudian bersembang-sembang. Syukur Ya Allah kerana saya dapat belajar sesuatu pada hari itu..

4) Berbuka puasa di Thailand.
Saya ke Thailand untuk menemui anak-anak angkat AMANI. Pemergian kali ini adalah tawakal sepenuhnya memandangkan keadaan keselamatan yang agak kritikal. Syukur ya Allah kerana mempermudahkannya.. Sungguh saya benar-benar syukur padaMu ya Rahim. Satu pelajaran lagi yang saya peroleh dari kembara ini!




5) Majlis berbuka puasa bersama anak-anak murid saya.

Bilangan mereka lebih kurang 150 orang. Jadi saya bahagikan kepada 5 hari. Semua lauk dimasak sendiri supaya lebih berkat. Sambil masak, berzikir dan berdoa. Moga-moga anak-anak ini mendapat hidayah, dilembutkan hati dalam menerima kebenaran..


Hari Pertama :

Balik kerja, saya terus memasak. Syukur emak dan romlah ada membantu...
Selepas berbuka puasa, saya menyuruh mereka bersiap-siap untuk bersembahyang. Dan pelajar lelaki melarikan diri dengan memanjat pagar automatik dan tembok rumah saya sebab tak nak sembahyang. Dua orang pelajar lelaki cedera di kaki dan tangan akibat menjadi 'superman yang merempit'. Sepasang kekasih pula accident di bonggol jalan. Girl friend nya tercampak dan pengsan. Datang sebuah kereta dan bawa girl friend nya pergi. Boy friend nya pula tak ambil no telefon driver tu... Secara purata malam itu ada 8 orang mangsa accident. Selepas selesai menguruskan anak-anak murid saya, saya ke UM untuk menghantar makanan kepada adik saya dan kawan-kawannya..

Pujuk hati "Ya Allah.. Kuatkan hati kami ya Allah, semoga anak-anak ini mendapat hidayahMu ya Allah.."

Hari Kedua - Kelima :

Alhamdulillah, keadaan semakin baik. :)
Terima kasih mak.. Terima kasih romlah...
Terima kasih anak-anakku...



kesimpulan :

Semoga madrasah Ramadhan ini dapat melahirkan insan-insan kamil yang dicintai Allah..
Andai terasa letih dalam melangkah, ingatlah bahawa letih itu akan dihitung.
Andai terasa takut dalam melangkah, ingatlah bahawa Allah pelindungmu sentiasa berjaga.
Andai terasa sedih dalam melangkah, ingatlah bahawa segala yang dilakukan adalah demi keredhaan Allah.

Moga-moga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.. Syukur diberikan ujian kerana menjadi hamba terpilih untuk ditingkatkan darjatnya. Syukur diberikan nikmat kerana berpeluang mengerjakan ibadah.. Dalam susah atau senang, moga nilai cintaku padaMu tetap tak berubah...

Coretan fisabilillah
September 2010
Malaysia & Thailand

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....