Jumaat, 17 Disember 2010

oh Nafsu Yang Tak Tergoda...

pemandangan indah dari atas Singapore flyer 

Aduhai susahnya melawan nafsu……………!

Setiap hari pelbagai godaan yang datang untuk menjerumuskan diri ke lembah dosa.

Godaan harta supaya menjadi bakhil untuk menginfakkan harta.

Godaan supaya melewat-lewatkan solat dan meringan-ringankan solat tahajud..

Godaan untuk berfoya-foya seperti orang-orang yang lalai.

Godaan untuk berlaku pecah amanah…..

Godaan untuk berlebih-lebihan terhadap diri sendiri…


Ah!! Pelbagai godaan!

Kalau tidak kerana aku takut kepada Allah, pasti sudah lama aku sapu licin semua dosa itu. Kalau tidak kerana aku takut dibakar dalam api neraka, pasti aku akan terus menerus mengulangi dosa-dosa silam… kalau tidak kerana aku menginginkan syurga, pasti aku akan tunaikan semua kehendak nafsu di dunia ini….


Wahai Penciptaku…..

Ya Allah Ya Rabbi… Kuatkanlah aku untuk sentiasa dalam keredhaanMu…..

Sesungguhnya dunia ini penjara orang mukmin….

Apabila nafsu diransang, bersegeralah mengambil wudhuk dan tunaikan solat… Kemudian ambillah Quran dan bacalah beberapa ayat... memandangkan saya tidak tahu bahasa Arab, maka saya perlu baca terjemahannya….



Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).




Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;



(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”;



(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.



[Ali- Imran :15-18]


Oh, Allah sedang berbicara padaku melalui kalamNya…..

Air mata menitik menjadi saksi betapa peritnya berjuang melawan nafsu jahat…. :’(

Oh Allah, bersaksilah bahawa aku hambaMu yang taat hanya keranaMu….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....