Sabtu, 4 Disember 2010

Sengsara yang terasa di sepanjang hayatnya


Menggigil kepala lutut saya sebaik dijerkah oleh bapanya. Saya terkaku. Kelu. Dia terus menerus memarahi saya. Soalan-soalan yang diajukan kepada saya juga membuatkan saya terperangkap. Mujurlah perbualan saya dan si ayah cuma melalui telefon. Kalau berdepan belum tentu saya mampu berlakon tenang.

Anaknya sudah menangis, menekup muka ke meja. Suasana sepi seketika.

"Kenapa dia buat macam ni?"anak itu menyoal. Saya kelu. Saya memandang wajah anak-anak lain yang terkebil-kebil memandang saya.

Memang pelik-pelik perangai mak bapak yang saya jumpa. Selalunya yang berperangai pelik ni adalah yang berpelajaran rendah atau tak berpelajaran dan tak beragama.

---> Tak beragama = Tak amalkan agama.

Kelas tertangguh selama 30 minit. Saya terpaksa menukar topik, berbicara luar subjek untuk mengembalikan suasana tenang kepada anak-anak tersebut. Akhirnya yang menangis tadi kembali ketawa.

"Cikgu, saya bahagia bila dapat keluar rumah. Rumah macam neraka.."kata si anak ketika dalam perjalanan pulang.

Saya memberi dia kata-kata semangat. Membebel seperti kebiasaan yang saya lakukan..

Selepas menghantar mereka semua pulang, saya memandu seorang diri pulang ke rumah. Dan saya menangis lagi di dalam kereta. Syukur ada sunglasses, maka pemandu lain tak nampak mata yang bengkak ni. ^/_\^

Tu siang tadi.

Malam ni pula anak-anak murid sekolah datang rumah beraya. Hujan lebat.. Bersih sebersih-bersihnya kereta saya akibat hujan lebat tu.. ^_^ Alhamdulillah..

Selepas menghantar beberapa anak-anak yang ketiadaan kenderaan untuk pulang, saya berfikir-fikir..berdoa-doa..

Ya Allah, lindungilah anak-anak itu. Peliharalah anak-anak itu.. Kurniakanlah kami semua hidayahMu....



Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....