Sabtu, 4 Disember 2010

orang yang paling letih adalah orang yang paling tinggi cita-citanya

Saya terkesima sebaik membaca ayat tersebut. Ayat tersebut ditampal di meja di sebuah pejabat. Saya berfikir-fikir sambil melipat pamplet yang ada di tangan. Ada benarnya kata-kata tersebut. Saya sendiri merasai betapa letih dan penatnya bercita-cita tinggi. Bercita-cita sahaja sudah penat, apatah lagi mengusahakannya. Hasilnya belum tentu akan dimiliki. Ini ayatnya :


orang yang paling letih adalah orang yang paling tinggi cita-citanya.(imam syafie)


Hm.. Saya suka apa yang saya sedang buat sekarang. Buat apa yang saya suka. Saya bekerja melakukan kegemaran saya sehingga pekerjaan saya umpama penawar untuk diri saya. Apabila saya sakit, saya akan menjadi sihat apabila bekerja. Saya ialah seorang guru yang tidak mengambil ijazah pendidikan. :)
Saya suka mengajar. Saya suka dikelilingi anak-anak. Saya gembira kerana kami dapat ketawa bersama untuk perkara-perkara kecil yang remeh temeh. Saya gembira kerana kami dapat meredah hujan untuk mengadakan kelas tambahan. Saya gembira kerana dapat mengajar si 'dungu' dan mereka yang dikatakan 'bebal' di sekolah.Saya gembira kerana saya diberi peluang untuk membimbing anak-anak yang orang lain telah berputus harap dengan mereka. Saya dibayar untuk bekerja 6 jam sahaja. Tetapi saya dengan penuh rasa sayang akan melanjutkan masa hingga ke tengah malam. Saya pernah menumpang di anjung masjid untuk mengajar anak-anak ini. Masjid ini jauhnya lebih 6km dari rumah saya. Adakalanya hujan lebat, saya lihat payung anak-anak murid saya seperti hendak terbang ditiup angin. Mereka menggigil kesejukan ketika belajar.Sakit satu badan tu memang conform. Ditambah dengan migrain.

"Kakak.. apply lah master.. supaya kakak boleh masuk jadi guru tetap. Sampai bila nak buat part time ni?" kata mak.

Gaji saya  sekarang gaji SPM. Berbekalkan keputusan 10A SPM itulah saya dibenarkan mengajar subjek English dan Pendidikan Islam. Sedangkan Ijazah saya, sarjana muda Industrial Technology. Hehe

Kalaupun saya apply master, belum pasti saya boleh menjadi seorang guru. Cita-cita saya bukanlah mahu menjadi seorang guru pun. Cita-cita saya _______________.

Suatu ketika dahulu saya begitu mengharapkan cita-cita tersebut. Namun sesuatu berlaku dan cita-cita itu hancur berkecai. Trauma. Mungkin ianya tidak sesuai untuk saya. Allah tahu apa yang terbaik.

Erm, ada lagi ke Universiti yang masih buka permohonan online? Banyak yang dah close...


Ya Allah... thank you for loving me.. :)

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....