Sabtu, 4 Disember 2010

cinta yang sempurna


Tertekan. Saya stress. Ah, mereka lagi stress.
"Cikgu, terima kasih sebab sudi dengar segala luahan saya. Terima kasih sebab cikgu banyak beri saya kata-kata yang menenangkan hati saya,"ucap seorang pelajar sementara kami menunggu seorang pelajar keluar dari rumahnya.
Setiap malam saya akan menjemput anak-anak ini dan membawa ke rumah salah seorang anak murid saya untuk kelas tuisyen. segala kos buku-buku ditanggung sepenuhnya oleh saya. selepas tamat kelas, saya akan menghantar mereka balik rumah.

Lagi beberapa hari akan PMR. Anak-anak murid saya semakin tertekan. Mereka menjadi semakin tidak fokus semasa belajar. Kejap-kejap gelak. Kejap-kejap main. Saya pun nak serius sangat pun tak boleh, kesian juga pada budak-budak ni.

Anak-anak ini gagal dalam kebanyakkan subjek semasa percubaan. Mereka adalah pelajar kelas terakhir dalam tingkatan 3. Ada yang mendapat sokongan moral untuk belajar. Namun kebanyakkannya tidak bernasib baik. Saya terpaksa berdepan dengan kerenah ibu bapa yang bukan-bukan.
Setiap hari sekolah tamat pada pukul 6.45 petang. Selalunya saya tiba di rumah selepas azan maghrib. Bersihkan diri, solat dan makan. Kemudian pukul 8 malam saya perlu keluar mengutip seorang demi seorang anak murid. 8.30 malam, kelas tuisyen bermula. 

Saya mengajar subjek bahasa Inggeris. Saya menggunakan buku latihan bermula dari darjah 1. Kini anak-anak murid saya sedang menggunakan buku darjah 6. Harap-harap sempatlah mereka buat buku latihan form 2 sekurang-kurangnya sebelum PMR.

Selalunya kelas tamat pada pukul 10 malam. Saya pula akan tiba di rumah dalam 11 malam. Selepas menghantar anak-anak itu semua ke rumah masing-masing, saya akan memandu kereta seorang diri. Malam yang sepi.

Dan setiap kali itulah saya menangis dan menangis. Sehinggalah kereta saya sampai di rumah, barulah saya berhenti menangis.

Terlalu banyak sebab untuk saya menangis. Mungkin kerana saya keletihan. Mungkin juga kerana sakit badan. Apa yang pasti saya menangis kerana saya sangat bersyukur kerana Allah meminjamkan saya secebis kehidupan ini. Sebuah kisah hidup yang penuh dengan rahsia. Tidak ramai yang tahu kisah saya dan kerja-kerja saya. Teman-teman sepejabat juga tidak tahu malam-malam saya ke hulu ke hilir bersama anak-anak bertuah ini.

Pembaca-pembaca sendiri tidak kenal dengan saya.
Baguslah. Saya tidak berniat untuk berkenalan dengan sesiapa melalui blog ini. :)
Saya mencoret di sini supaya kita sama-sama dapat bermuhasabah.. dapat ingat pada Allah.. dapat fikir-fikirkan tentang tanggungjawab kita..

Moga-moga ada kebaikan dunia akhirat . Inshaallah.

Tadi semasa dalam perjalanan balik, radio berkumandang lagu di bawah ni. Anak-anak murid saya sukakannya. Saya first time dengar. Liriknya indah juga.. Saja paste sini. :)


Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....