Ahad, 18 Januari 2009

smart amal? kuncinya istiqamah..

Apa pandangan kita terhadap individu atau kumpulan yang bekerja secara konsisten? Dan apa pula pandangan kita terhadap seseorang yang sekejap2 dia bukan main bersemangat, sekejap2 dia hangat2 tahi ayam je? Atau pun apa pandangan kita bila mempunyai rakan setugas yang masa mula2 sangat banyak idea, tapi masa gerak kerja asik takde je.. apa pandangan kita?

Wahai orang-orang yang beriman..

Nak berjaya di dunia perlu istiqamah.. nak berjaya di akhirat pun perlu istiqamah.. sikap yang hangat2 tahi ayam ni melambangkan semangat yang mudah hilang, kalah sebelum bertanding.. Islam dibina oleh wira-wira agama yang istiqamah dalam perjuangannya.. kini, panji-panji itu hendak diserahkan kepada kita, muda mudi agama.. bagaimanakah rentak perjuangan yang kita ingin bawa? On off daie? Ada ke istilah off tu? Ada ke istilah daie ‘off today’,,?

“Maka tetaplah kamu

pada jalan yang lurus (benar)

sebagaimana telah diperintahkan kepadamu.”

(Hud: 112)

Pengetahuan Islam mencatatkan bahawa istiqamah itu ialah tetap hati, tekun dan terus menerus menggiatkan usaha untuk mencapai cita-cita.. drpd definisi ni, kita fahami bahawa individu yg mudah lemah semangat, mudah patah hati, mudah kecewa, kerja sambil lewa, tidak tetap pendirian, pemalas dan suka ponteng adalah mereka yg tidak istiqamah…

Actually..

istiqamah tu luas pengertiannya lebih dari sekadar konsisten.. sebagaimana pengertian akhlak dan etika. Akhlak itu lebih syumul, murni, dan berpahala serta didorong oleh iman.. manakala etika hanya sifat yg dibiasakan pada waktu dan tempat tertentu tanpa dikaitkan dengan iman.. etika belum tentu kekal menjadi pakaian diri berbanding dengan akhlak yg telah sebati…

Istiqamah tu merangkumi semua aspek kehidupan.. baik rohaniah mahupun jasmani. Baik hablumminallah (hubungan dgn Allah) mahupun hablumminannas (hubungan dengan manusia). Di sinilah terdepat perbezaan jelas lagi ketara antara ajaran Islam dari agama2 dan isme-isme ciptaan manusia..

Contohnya..

Masyrakat barat yg dikatakan maju tu hanya mengamalkan sikap konsisten dalam kerjaya dan usaha mereka , namun mereka tidak konsisten dalam hubungan sesama makhluk dan hubungan dengan Pencipta..

Walhal Islam mengajar dan mendidik umatnya agar beristiqamah dalam semua hal dan semua perkara sama ada dalam konteks hubungan dengan Allah mahupun hubungan sesama makhluk.. lebih dari itu, orang islam yang istiqamah bakal mendapat manfaat yang banyak di dunia dan ganjaran yg sgt2 byk di akhirat nanti..

Istiqamah yg paling utama adalah istiqamah dlm aqidah dan keimanan.. hati mukmin tidak akan goyah dan goyang walau diuji seberat mana sekalipun.. imannya sama sekali tidak dicelahi penyakit syak, zdan dan waham iaitu penyakit ragu2 dan kurang yakin.. pendek kata, mukmin itu lurus dan tetap hatinya dalam keimanannya.

“Sesungguhnya orang-orang yang

mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” kemudian

mereka meneguhkan pendirian mereka,

maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan) :

‘Janganlah kamu berasa sedih, dan bergembiralah kamu

dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.”

(Fussilat: 30)

Sedih sekali hakikat yg kita lihat hari ini.. bila mana umat islam yang memiliki konsep istiqamah yang syumul ini ketinggalan jauh dalam penghayatan dan praktik istiqamah itu sendiri.. yang lebih memalukan dari itu ialah, kita bukan sahaja tidak istiqamah dalam mendekatkan diri dengan Allah malah ketinggalan jauh dalam istiqamah dalam urusan2 kemanusiaan dan kemasyarakatan.. justeru masyrakat barat yg tak beriman, krn sikap dan budaya yg konsisten, telah mengkaji dan terus mengkaji khazanah Islam, hingga mereka tampak lebih maju dalam urusan keduniaan hingga sampai ke tahap masyrakat dunia Islam menagih simpati, belas kasihan dan bantuan dari mereka tanpa rasa malu. Hakikatnya budaya2 baik dan cemerlang dalam kehidupan barat itu dicedok dan diambil dari ajaran Islam..

Hm.. kalau deorang islam, tentu dah banyak amal kebajikan dan ganjaran pahala yg deorang dpt.. but selagi deorang tak mengucap 2 kalimah syahadah, usaha mereka ibarat debu2 yang banyak tapi sia2 sahaja di sisi Allah.. kawan2.. jom kita masuk dlm chat room, blog, laman2,yg anti islam, antipalestin etc utk sampaikan bestnya islam.. bahan2 boleh dicedok dari http://counterpunch.com/ , http://www.islamonline.net/, http://www.islamreligion.com/ dan banyak lagi laman2 yang boleh dimanfaatkan bahan2 nya untuk berdakwah..

Mari kita ajak saudara2 kita menjadi pendakwah.. sambil2 kita belajar2.. sambil2 kita menyampaikan.. mari kita selamatkan iman 1.5billion umat islam yang tak bertarung untuk syahid di palestin tu.. jomla.. kita pergunakan dunia maya ini untuk melancarkan perang saraf..manfaatkan apa yg ada utk bekalan akhirat.. :)

Semoga dengan usaha ni, Allah menjadikan kita sebgai punca hidayah pd umat manusia ini.. dan memperbaiki diri kita.. dan moga kita tergolong dalam doa2 org2 soleh supaya istiqamah.. kita x mampu utk istiqamah tanpa izin Allah.. dan kita perlu mengharapkan keizinan dari Dia.. krn tu kita mengharapkan doa2 mereka yg soleh utk kita agar kita terus istiqamah..

Apa punca umat islam x istiqamah?

Puncanya ialah penyakit jiwa yg kontang atau kosong atau kering dari iman dan tiada kefahaman Islam yg meluas.. juga penyakit tidak istiqamah dlm apa jua kerja (sifat dia centu dlm semua keje yg dia buat). Bahana kehinaan akibat sikap ni telah dirasai berkurun lamanya..

“Akan ditimpakan ke atas mereka

kehinaan di mana sahaja mereka berada,

melainkan mereka

menghubungkan diri mereka dengan Allah dan sesama manusia.”

(Ali-Imran:112)

Kalau kita soroti sejarah kemajuan dan keagungan Islam di masa silam, ia tidak lari dari penghayatan sifat istiqamah dlm peribadi pemimpin, ulama2, golongan professional, pendakwah, cendikiawan dan seluruh pejuang Islam. Tanpa istiqamah mana mungkin Islam dapat melebarkan taklukannya hingga 3 ¼ dunia di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Mana mungkin Islam dapat gemilang di bumi Andalusia selama 700 kurun lamanya. Mana mungkin lahirnya kota islam yang pertama, Madinah al-Munawwarah dengan jayanya, dan kota ilmu Baghdad dengan gemilangnya.. tanpa perjuangan yang istiqamah, semua itu mustahil..

Tanpa sifat istiqamah, mana mungkin Rasulullah saw dan para sahabat dapat terus bersabar dan mengorek parit (khandak) bagi menghadapi tentera al-Ahzab hingga Islam dimenangkan Allah swt.

Tanpa istiqamah tidak mungkin imam Al-Bukhari dan imam2 sunan sittah yg lain dpt mengumpulkan hadis2 yang ratusan ribu jumlahnya di dalam kitab2 sahih mereka.

Tanpa istiqamah tidak mungkin Saidina Umar dan Salahuddin al-Ayubi dpt menakluki Baitul Maqdis dari cengkaman yahudi. Tidak mungkin Sultan Muhammad al-Fatih dpt melepaskan Konstantinopel dari cengkaman Rom tanpa istiqamah..

Ya Allah.. pilihlah diriku, keluargaku, keturunanku, sahabat2ku dan saudara2 seIslam ku utk istiqamah dalam memartabatkan Islam sehingga kami menghadapMu di syurgaMu… amin ya Rabb…

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....