Isnin, 12 Januari 2009

how much your love?

Diskusi : Isu Palestin Isu Umat Islam – “Kebangkitan Mahasiswa- Peranan & Tindakan”

bersama Dr Roslan (pakar isu palestin)

dengan segala hormatnya kami menjemput semua mahasiswa, persatuan dan gerakan dalam kampus untuk menghadiri diskusi ini.

Tarikh : 15 Januari 2009

Hari : Khamis

Masa: 7pm-10pm

Tempat: Surau dewan budaya USM

Program :

Iftar, solat maghrib berjemaah, solat hajat, solat isyak berjemaah dan diskusi

~~~~~~~~~~~~~~~~~..:<@>:..~~~~~~~~~~~~~~~~~~

nota utk saya.. (kalau tak nak baca, tak yah la baca…) :

rujukan: http://www.saifulbahri.net/index.php/Syarah-Hadith/Hadith-4013-Syarat-kesempurnaan-iman.html

Hadith ke tiga belas dari kitab hadith 40 Oleh Imam Nawawi ini menerangkan salah satu syarat kesempurnaan iman yang patut ada dalam diri kita. Semoga kita mengambil pengajaran dari hadith ini.


عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ ن النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه البخاري ومسلم.


Terjemahan Hadith


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Pokok Perbincangan Hadis


1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :

- kisah Abu Zar
- Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al- Quran sebagaimana beliau faham.
- Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.


Pengajaran hadis


Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.

Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.

Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....