Selasa, 6 Januari 2009

SUSAH itu BesT!!

Saya benar-benar marah sebaik melihat mudahnya beberapa orang kawan menggada’ solat asar yang tertinggal kerana mereka terlibat dengan sebuah program yang kononya membina insan. Insan apakah yang ingin mereka bina dalam keadaan diri sendiri sewenangnya mengabaikan kewajipan terhadap Allah? Amat memilukan dan sangat dikesalkan apabila melihat masalah umat semakain hari semakin bertambah sedangkan bilangan mereka yang memikirkan masalah umat pula bertambah dalam kadar yang sangat sedikit. Sudahlah sedikit, yang benar-benar memahami fikrah dalam gerak kerja Islam juga sangatlah sedikit..

Saya teringat zaman sekolah menengah dahulu. Kami terpaksa mencuri masa untuk keluar menunaikan solat. Sekolah tersebut yang majoriti bukan islam benar-benar menguji sejauh mana pelajar islam di sana mahu bersolat. Dan hasilnya ramailah yang tidak bersolat. Pada asalnya guru-guru kami memberikan masa 20minit untuk kami bersolat, tetapi disebabkan majoriti pelajar Islam yang pergi melepak dan merayau-rayau pada masa tersebut menyebabkan pihak guru hilang kepercayaan kepada kami. Akhirnya bila kami yang betul2 nak solat ni minta izin nak keluar solat, kami pula diperlecehkan.. salah pelajar islam juga kan? Apa yang patut kita buat dengan perangai nakal kawan2 saya tu?

Ibu bapa kawan2 saya mula memindahkan anak-anak mereka keluar dari sekolah tu.. dan akhirnya sampailah tinggal sangat2 sedikit je pelajar Islam di kelas-kelas yang baik. Di kelas-kelas hujung memanglah penuh dengan pelajar islam yang nakal2 tu.. setiap hari bila nak pergi solat, memang rasa takut sangat.. takut sebab bilik solat tu macam dilanda peperangan. Makhluk2 Allah suka sangat bermain taekwando dan silat dalam bilik kecil tu. Kayu penghadang antara tempat solat lelaki dan perempuan selalu tumbang… dan pernah menghempap pelajar perempuan. Dan kalau nak pergi bersendirian, takut sebab kadang2 budak lelaki ramai melepak kat situ.. so, kalau tak ada sangat pelajar perempuan islam yang nak teman saya, kawan2 bukan islam lah yang akan teman saya.. selalunya dalam 3-4 orang chinese girls yang jadi peneman setia setiap kali waktu solat. Tapi mereka memberi saya syarat. Mereka nak menonton saya ambil wudhuk dan pakai telekung.. dan masa saya bersolat jangan tutup pintu. Mereka nak tengok.. Semoga mereka mendapat hidayah Allah.. Kami asalnya kawan-kawan yang selalu berlumba dalam study, sepatutnya kami tak boleh menjadi rapat dan saling bersaing.. tapi sebab mak selalu ambil hati deorang ni dengan belanja makan, belanja shopping, dan bantu kami buat assignment bersama, kami jadi sangat2 rapat..

Saya pernah merayu kepada mak bila melihat ramai kawan2 bertukar sekolah. Antara sebabnya kerana mak ayah risaukan anak2 punya solat. Mereka kata anak-anak ni susah nak solat so deorang ponteng solat..

Saya nangis2 pujuk mak.. tapi mak saya ni tak dapat nak dipengaruhi dengan air mata.. membazir je nangis.

“Kenapa? Sebab susah? Oh, sekarang susah nak solat so tak yah solat lah? Ni baru di sekolah. Nanti kakak ingat selamanya kakak akan di sini je? Then bila dah kerja ingat keadaan bertambah senang? So kalau bos kata tak yah solat, tak yah solat la ye? ”pedas gila ler… macam kene cili telinga ni.. adoii..

“kakak.. kalau orang yang nak solat, nak sembah Allah.. walau apa jua keadaan pun dia akan solat dan akan menyembah Allah.. tapi kalau dia tak nak, dia tetap taknak.. dan itu Cuma alasan. Ini baru cabaran sikit dah nak give up. Kalau semua perangai macam ni, memang hancur la Islam.. zaman sahabat dulu ada yang kena panah masa sedang bersolat. Ada yang sampai dah hujung nyawa but still solat.. kakak ni mak tengok tak da calar sikitpun dah mengada2 nak tukar sekolah.. apa kakak ingat sekolah yang baik tu studentnyer semua solat?” mak meneruskan kata-katanya.

“kakak.. dengar ni, mak takkan keluarkan kakak dari situ walau apapun. Kawan2 yang faham tentang tuntutan solat dah keluar.. yang tinggal yang tak faham.. so, bagaimana dengan deorang? Siapa yang nak fahamkan?”… EEEEEEEEEE geram.. mak memang suka bagi soalan provok.. saya merajuk. Nangis dalam bilik. Tapi sekejap je. Sampai waktu makan saya dah ok dah.. dan waktu makan tu saya dah ada idea baru. Nak buat camana, otak ni ada macam2 idea..

Dan masa tu idea nak buat spot check solat.. mentang2lah pengawas skolah, suka sangat spot check.. huhu. Saya mengumpul beberapa orang pengikut setia dan mempresent idea saya.. saya membuat rekod kehadiran ‘period’ untuk semua students perempuan islam form1-3. Sebab saya form 3.. tak ley la nak buat pada kakak form 4 -5..hehe.. dan yang handle ni pengikut perempuan.. pengikut lelaki plak saya bagi kerja untuk spot check telekung.. huhu.. kesian deorang, selalu kene marah dengan cekgu2 yang kata deorang ni mengaibkan sebab nak memalukan perempuan. Ala… terharu.. deorang tak pernah complaint pada lillah.. deorang ikut je.. dan deorang tanya lagi apa yg deorang bole bantu.. yang students perempuan tu kami buat jadual rekod yang diselia oleh tukar2 orang.. dan orang yang menyelia tu adalah secara rahsia.. sebab nak mengelakkan kene belasah ngan kawan 2 yang ponteng solat.. saya akan semak rekod tu everyday.. mana yang dah lebih 15 hari ‘bercuti’ tapi still bercuti.. saya akan jumpa senyap2 dan… bagi nasihat dan ajar cara nak kira hari period.. terangkan tentang solat ketika darah sakit..etc.. macam2 la..

Bila guru pengawas tau apa yg saya buat ni saya kene panggil.. hehe.. tak takut pun.. saya dah biasa dengan pihak pentadbiran sekolah. Walaupun mereka tak suka kat saya, mereka tetap tak boleh nak stop saya sebab pengaruh saya kuat kot… saya ni jenis berani kot.. dan aspek akademik memang dah dalam genggamaan kot.. PIBG pun dah suka kat saya kecuali pengerusi dia je tak suka sebab anak dia tak suka kat saya..dan followers saya plak jenis setia.. tiap2 minggu ada je bertambah projek baru sedangkan projek 2 sebelumnya tetap diteruskan.. sebenarnya sebab Allah kesian kat saya, tu yg Dia izinkan .. thankyou Allah.. love U so much!

Masa tu guru pengawas saya tanya adakah saya check seluar dalam deorang untuk membuktikan yg deorang period?

“tak yah cikgu.. kalau deorang kata deorang period.. saya just tick je pada rekod saya.. kalau dah lebih 15 hari baru saya nasihatkan deorang..”jawab saya..

Dia ketawa lucu seakan tak percaya budak yang nak amik PMR ni suka buat kerja gila.. deorang selalu ingat saya ni gila.. tapi deorang terpaksa menerima idea gila saya sebab saya bersungguh2 bila nak buat sesuatu tu ..

“tapi kan.. kalau deorang tipu? Kenapa tak check je spender deorang?” usik cikgu tu lagi.. ish3.. dia ni saje je atau betul2 nak tanya? Ntahla.. saya taula pengawas memang suka check spender budak lelaki sebab deorang simpan rokok kat situ ~_~

“Ala.. saya bukannya tau kalau deorang tipu ke tak.. Allah kan tau.. saya Cuma nak tolong deorang sebab mak ayah deorang tak ajar cara nak kira hari period dan hari yang boleh solat.. tu je..” jawab saya. Tersenyum lebar cikgu tu.. haha.. ntah la.. cikgu ni antara orang kuat saya jugak. Walaupun dia tak berapa faham dengan projek2 pengislahan yang saya buat, dia tak pernah buli saya atau kawan2 saya.. so saya mengkategorikan dia sebagai ‘cikgu sayang’.. tempat bermanja2. :P

Walaupun dia ni cekgu pengawas yang bengis, tapi dialah juga tempat saya bermanja.. hehe.. dan dalam banyak2 student, bila dengan saya je baru dia boleh ketawa.. waktu lain ntah apasal muka tu serius bebenor x tau la..

Conclusion: latihla anak2 remaja kita utk bersusah dalam hidup ni.. biar deorang survive dalam kesusahan.. ramai sagt budak2 yg dtg dari aliran agama yang dah biasa senang dalam menunaikan syariat akhirnya tak practice syariat.. biar deorang belajar jadi matang.. biar deorang muda tapi berfikiran dewasa, matang.. fikirkan umat.. jangan asik pikir nak abis blajar, kawin, keje, dapat anak then .. (mati deorang selalu x fikir).. kita yang dah dewasa ni kene train anak2 remaja kita utk jadi kuat dan mampu survive dalam saat2 kritikal. Walaupun kita mampu bagi deorang hidup yg senang dan mewah, tapi deorang perlu merasai hidup tanpa tilam, makan tanpa lauk..(sekali sekala).. deorang kene tengok gambar2 ganas orang hilang kepala di Palestin etc.. biar deorang dibesarkan sebagai org yg kuat jiwanya. Buang perkataan ‘susah’ dari kamus kehidupan. Sikit2 ujian yg Allah bagi tu, sabar2 je la.. berusahalah dengan gigih dalam mendidik insan2 lain sehingga kita dah tak boleh bangun sangat(dah nazak).. tu pesan mak saya..

apa yg bole saya katakan ialah... susah itu menjadikan kita best student, best in da'wah.. best in leadership.. best dalam mempersediakan kita sbg pembawa panji Islam.. so.. susah tu best!! thankU Allah!!

Ya Allah.. peliharalah kesucian keturunan kami.. jadikanlahn keturunan kami keturunan orang2 soleh yang membawa panji2 agamaMu sehingga hujung nafas kami.. Terimalah diri kami dan satukanlah kami di syurgaMu yang tertinggi untuk menatap wajahMu nanti…amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....