![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgI9BcS9ydJHakaXJz2KMhiEfKDlIt8BoS5UKLZeOSQavvlMKphiRQpsHBBBu6zlhmw6M0PtUMgq78XrMmJd7h0EwoVNC57Imo1AY3iLV-OnaK2pJzILO1cStSBeu38lxPOlBpdcGhQxxc/s400/gaza+1.gif)
Kini Gaza yang seluas sekangkang kera telah dikepung tanpa peri kemanusiaan oleh regim yahudi zionis sejak bulan Jun 2007 yang lalu. Penderaan, penganiayaan dan pembunuhan yang semakin dahsyat dari masa ke semasa ini telah mengakibatkan krisis di Gaza semakin kritikal dan dianggap sebagai krisis kemanusiaan terbesar di abad ini oleh pelbagai badan dan pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak asasi kemanusiaan sedunia. Sukar untuk dibayangkan akan bagaimana keadaan sebenar yang terjadi di Gaza pada awal bulan Mac 2008 yang lalu apabila lebih daripada 120 penduduk Palestin yang tidak berdosa dibunuh secara kejam dalam tempoh hanya seminggu. Hanya sehari selepas 18 orang rakyat Palestin terbunuh termasuk 4 orang kanak-kanak dan seorang bayi yang berumur 5 bulan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFGLnTFzRTSDPwBYtr2__BJtZot1vc01urT9JTs3JLLWEZ99A4hDd59fTL8-38WJeWIViRpL72NU0WvxTu0aQCATDvMBhl3rI5J_sQwhrFfBmw98keKNm8Fh1YzJyV74cY9Ti_tM5D_WM/s400/gaza+2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIKSoRjLbZGKGS-LzzqK2Nu20kWDSnmvh1v9vKvOQVhDWS5J_PHq3AGSspXX8XhQ5oX9ol63WfQ19Om11Nj0d44Ay2ilvFkNR27FLu7WZKyhU51xUifeOwmfYhz6ChB2Ioqf5nuc8aq-8/s400/gaza+3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxTyVWmPO1CecK9BJuRLuIV5AUwkgrXSE_yO9krrvlu0b3E0UureQdSqz1q1c5TUNW5gUHREsNb7cy5lEJU9sg46MJShB8sW0soEsc8mKUbDbNjLzIi7EPzROI9t8fh3TtUH-3ho5QxlA/s400/gaza+4.jpg)
Sebaik sahaja Matan Vilnai menyampaikan ucapannya yang berbentuk ancaman ini, regim Israel terus menyusun konvoi kereta kebalnya di sekeliling Gaza. Tiada siapa yang tahu secara tepat akan objektif dan kehebatan serangan yang akan dilancarkan tetapi dengan Holocaust sebagai perbandingan, maka malapetaka yang lebih besar dan berpanjangan dijangka akan berlaku di Semenanjung Gaza. Kemungkinan yang berlaku ialah penjajahan semula Gaza, pembunuhan pimpinan masyarakat mereka dan penderaan terhadap 1.5 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Agak pelik atau mengelirukan masyarakat antarabangsa apabila Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel menyatakan bahawa penjajahan semula Gaza akan merencat proses damai mereka dengan Kerajaan Mahmud Abbas tetapi dalam masa yang sama dia dengan tegasnya menyokong serangan ketenteraan ke atas Gaza yang bakal menyaksikan pemandian darah di wilayahi ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwOsiSqwCyB62xjbgNEHyfmGNiJSFwq3-tQzVYVNPkMUAADzBP7DN8AVAzyHs9B9sSP3j1zmrl1zjIpprV5uGEPNPLSxXkmqDVXwZf6bxggs3cMzB2Ba61kYiTge4tfd6hQ46w7mymtoM/s400/gaza+5.jpg)
Sedihnya, di luar Palestin seolah-olah tiada sebarang reaksi terhadap apa yang berlaku di Gaza. Seakan-akan ada konspirasi senyap lagi bisu yang disengajakan ke atas pembunuhan secara beramai-ramai di Gaza oleh media antarabangsa. Di Amerika Syarikat, liputan kempen pilihanraya adalah melebihi segala-galanya. Bahkan di Eropah dan dunia antarabangsa yang lain, isu Gaza hanyalah isu sampingan yang kecil lagi remeh. Lebih menyedihkan di kalangan kerajaan negara-negara Arab apabila fokus lebih diberikan kepada isu minyak, isu Lubnan, isu Persidangan Negara-Negara Arab dan isu kemasukan tentera Turki di utara Iraq daripada apa yang sebenarnya berlaku dengan tahap jauh lebih teruk di Gaza.
Konspirasi menyepi yang berlaku adalah satu jenayah yang lebih teruk daripada apa yang telah berlaku di Gaza baru-baru ini. Menurut sumber PBB, jenayah Israel yang mengepung Gaza sejak bulan Julai 2007 yang lalu telah mengakibatkan krisis kemanusiaan di antara yang terhebat yang pernah berlaku di abad ini. Tiada angka yang tepat bilangan jumlah bayi yang meninggal dunia kerana inkubator tidak dapat berfungsi kerana ketiadaan bekalan elektrik ataupun mati disebabkan kekurangan ubat secara berpanjangan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEis2WrH8X-ETQieaJnjhgreg4GbfC-dGUU68USzUBllZkaijSfegYOu5NEp8BvD6M8H4EQCdaDATjfmKMUbTuCDgp4fZrOe8NlUyq8o7nr7bykAn-Cusgr5dBCgAv2srqBgCAjRNnHy93A/s400/gaza+6.jpg)
Ramai penduduk Gaza sebelum ini yang meninggal dunia bukan kerana serangan udara Israel tetapi adalah disebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan. Bahan-bahan buangan telah mengotori sumber bekalan air bersih buat mereka semua dan penggunaan ambulan telah digantikan dengan kereta sorong yang ditarik oleh keldai-keldai kerana sekatan bekalan petrol. Bahkan pada 20hb Januari 2008, penduduk Gaza terpaksa hidup di dalam kegelapan dan kesejukan yang amat sangat untuk beberapa hari di musim sejuk apabila janakuasa utamanya tidak lagi boleh berfungsi kerana tiada bekalan petrol yang mencukupi. Sukar untuk kita membayangkan bagaimana kita boleh melalui kehidupan di zaman moden ini dalam keadaan bergelap di sebelah malam kerana tiada tanpa bekalan elektrik. Apatah lagi di dalam keadaan sejuk yang ekstrim yang menghampiri suhu beku. Manakala siangnya banyak aktiviti di industri, hospital dan lain-lainnya terbantut yang melibatkan ratusan nyawa manusia.
Lebih menyedihkan lagi apabila, dengan pantas regim Israel bertindak daripada polisi yang terlarang iaitu penderaan kolektif melalui sekatan ketenteraan, ekonomi dan politik di Gaza kepada pembunuhan beramai-ramai baru-baru ini. Maklumat dan berita mengenai penderaan seumpama holocaust ini tidak seharusnya berlalu begitu sahaja di negara-negara Arab, negara-negara Islam mahupun di kalangan dunia antarabangsa. Kita pasti bahawa bangsa yahudi masih tidak akan dapat melupakan penderaan, penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai masyarakat yahudi Eropah oleh regim Nazi Jerman. Kini setelah beberapa dekad berlalu, mereka terus memperingati legasi holocaust secara keagamaan dan terus memperjuangkan hak-hak mangsa holocaust serta keturunannya. Namun kenapa pula mereka berhasrat untuk mengulangi perkara yang sama atau lebih dahsyat daripada holocaust tersebut kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa.Bagaimanakah pendirian Amerika Syarikat dan Eropah yang selama ini bertindak seolah-olah mereka adalah hero yang memperjuangkan isu demokrasi di seluruh dunia?
Bagaimana pula sikap sebahagian masyarakat antarabangsa yang sangat prihatin dan berjuang terhadap hak-hak binatang dan alam semulajadi sedangkan hak asasi kemanusiaan di Gaza dinafikan begitu sahaja?
Bagaimana pula dengan sikap rakyat Malaysia yang rata-rata diberikan nikmat keselesaan, keamanan dan kemewahan dalam kehidupan jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Gaza, Palestin?
Bagaimana pula dengan sikap dan sumbangan masyarakat Muslim yang meyakini bahawa isu ini bukan sekadar isu kemanusiaan semata-mata bahkan ianya juga adalah isu besar persaudaraan dan keimanan?
tq for this sharing...tangan yang pendek tak tercapai ke sana... ape yang kita boleh buat... buatlah dengan semaksima dan penuh yakin.. doakanlah untuk Gaza dan boikot lah mereka (israel)...berhentilah shopping di Tesco..dll tu... rasanya ade nonmuslims yang lebih sensitif and take seriously to help palestine (go here palestinethinktank.com)... the writers mostly nonmuslims... kita yang Islam walaupun tak berape hebat, kenalah juga jadi hebat.... buatlah..just do it!
BalasPadamsalaam