Ahad, 25 Januari 2009

tsunami yg bakal melanda timur tengah


"What is happeing now in Gaza is not between the Muslim and the Jews; nor it is between Islam and Judaism; but it is a case between the oppressed (Palestinians) and the oppressor (Zionists)!"

"The oppresors are not only the Zionists; Bush and the European leaders; the oppressors also include MUBARAK!, ABBAS!, THE SAUDI ROYAL FAMILY!"

"An the good news is, They are all coming down!!! They are all coming down!!!"


Azzam Tamimi, 10/1/2009; London, UK. (sumber: youtube, find: Azzam Tamimi, Gaza)

Ini merupakan wacana politik.
Wacana sebeginilah yang mudah difahami dan mudah dikongsi bersama oleh masyarakat dunia yang sedar.

Inilah realiti yang perlu difahami oleh semua.

Inilah realiti yang dapat menjawab persoalan-persoalan menegenai kekejaman Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan Refah, keterlibatan kerajaan Saudi dengan AS dan Israel, dan juga peranan sebenar Abbas yang merupakan hipokrit terbesar di dalam isu ini".


Gelombang sokongan masyarakat dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin tidak dapat dibendung lagi.
Serangan rejim Zionis ke atas 'HAMAS' telah memberikan legitimasi perjuangan kemerdekaan Palestin hanya kepada HAMAS.
HAMAS menjadi hero rakyat Palestin; dan dunia telah kembali melihat rejim Zionis sebagai penjenayah setelah mereka pernah di'suci'kan dari gelaran tersebut oleh Yasser Arafat.
Segala perjanjian damai di antara Arafat dengan rejim Zionis (Madrid, Oslo, Wye River, Camp David) telah menghalalkan rejim Zionis Israel.
Kini gelombang masyarakat dunia kembali menuntut agar 'Israel' kembali kepada tahap penjenayah mereka.


Malangnya, penjenayah Zionis ini tidak akan kembali diiktiraf sebagai penjenayah selagi terdapat aparat-aparat mereka menjadi penguasa di negara-negara Arab. Para diktator ini perlu dijatuhkan dahulu. Gelombang kebangkitan rakyat ini wajib digunakan sepenuhnya oleh masyarakat sivil di Mesir, Saudi dan Jordan untuk menurunkan para diktator yang menghisap kekayaan negara dan menzalimi rakyat di bumi sendiri. Doakan perkara ini akan segera berlaku, sedarkan rakan-rakan warga Mesir, warga Saudi dan warga Jordan. Media eletronik dan alam virtual merupakan senjata yang paling ampuh untuk mengejutkan kelekaan rakyat jelata di bumi tersebut. Kebangkitan marhaen dan proletariat perlu disegerakan...

Maszlee
Durham, UK.
(Masih tidak faham apakah logiknya fatwa salah seorang ulama tersohor Saudi mengharamkan demonstrasi mengecam Israel dan menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin...)

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....