Usrah tutor petang tadi mengimbas tentang guru-guru yang pernah berjasa.. Guru pertama dalam hidup adalah ibu. Apakah persediaan kita untuk menjaga ibu bapa kita ketika mereka uzur? Adakah kita ada berdoa supaya dapat menjaga mereka ketika mereka uzur? Adakah kita berdoa supaya dapat menjaga mereka ketika nazak? Menguruskan jenazah? Atau kita sering terleka mengurus diri dan anak-anak.. Berdoalah kepada Allah kerana peluang itu cuma sekali...
#Kelihatan ada tutor yang mengalir air matanya.. Moga kita diizinkan Allah untuk menjadi anak-anak yang berbakti dengan sabar dan ikhlas..
#Home Tuition BTP
Selamat hari guru kepada para tutor Home Tuition BTP dan semua guru yang telah menabur jasa... Hanya Allah yang dapat membalas jasamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)