SOALAN :
Assalamua'alaikum wbt ya ukhtiSaya ada terbaca perkongsian di blog ukhti 'Coretan Fisabilillah'. Saya tertarik dengan artikel tentang berpurdah. Saya cuma nak minta pandangan ukhti. Untuk pengetahuan, saya memang pernah berniat utk berpurdah, tapi saya tak lakukannya terus. Sebab saya rasa, sy perlu buat beberapa percaturan dengan diri sndiri disamping memohon kekuatan dan petunjuk dr Allah SWT. Buat masa skrang, saya masih mencari kekuatan tu walaupun kdg2 rasa macam give-up dan nak lupakan niat berpurdah. Terlalu bnyak perkara yang perlu diambil kira...nilah yang buatkan saya rasa nak lupakan terus. Tapi, bila teringat tentang tujuan pemakaian...saya masih setia mnyimpan niat.Cuma saya nak bertanya, jika diizinkan Allah suatu hari nanti utk saya menyarungnya ke muka...sy bercadang untuk memakainya dengan niat sunat bukan wajib. Jadi saya nak tau, dalam keadaan yg macam manakah memerlukan sy utk berpurdah? (Kecuali di tempat kerja yg mana sy terikat dgn beberapa keadaan). Mohon perkongsian pendapat daripada ukhti.Wassalam~- Today
- Nur Khalilah RasyidahWaalaikumussalam.. Subhanallah Alhamdulillah hidayah itu milik Allah.. Inshaallah berniat berbuat baik itu sudah mendapat pahala. Sesungguhnya kita manusia biasa tiada yang sempurna. Jadi selepas kita berusaha untuk berubah menjadi baik, Allah akan menampakkan lagi kelemahan2 kita. Dan proses berterusan. Maka selepas akak memakai niqab, akak masih lagi ada berjuta kelemahan yang kadang-kadang akak pun pening macam manalah nak atasi...
- Nur Khalilah RasyidahBagi akak, dalam banyak-banyak organ yang penting.. yang paling penting adalah hati. Tujuan berniqab untuk menjaga hati. Setelah tutup semuanya kecuali dua biji mata, ternyata mata itu juga perlu diniqabkan kerana ia boleh menyebabkan hati rosak. Apa yang mata lihat akan membekas di hati. Lalu hati boleh tetap bercelaru walaupun setelah berniqab gara-gara tak jaga mata.
- Nur Khalilah RasyidahMenjawab persoalan adik tentang keadaan mana yang mewajibkan pakai dan yang cuma sunat pakai? Demi Allah yang Maha Penyayang, ianya terpulang kepada adik dan keadaan sekeliling adik. Kaki akak dan kaki adik mungkin tak sama saiz, jadi saiz kasut kita berbezalah. Hihi. Ini analogi nya. Kalau akak, akak pakai di semua tempat yang boleh menyebabkan orang lain ada masa memandang akak lama-lama atau akak yang ada masa memandang lama2. contohnya di kedai sewaktu urusan membeli belah dan di tepi jalan sewaktu jalan kaki, keluar halaman rumah.
- Nur Khalilah Rasyidahakak akan buka purdah apabila dalam kenderaan sewaktu kereta gerak laju di mana peluang nak memandang dan dipandang cuma 1 saat (lebih kurang). dan akan buka purdah semasa dengan sepupu sepermainan waktu kecil, saudara mara dekat. Akak juga akan buka purdah di hadapan ibu bapa client iaitu para pelajar sekiranya bertemu waktu dalam pusat tusyen. Tetapi sekiranya kontraktor yang dtang pusat tusyen, akak akan berniqab.
- Nur Khalilah RasyidahAkak mungkin juga ada melakukan kesalahan kerana menutup atau membuka di tempat yang tidak betul. Apapun akak masih sedang berusaha buat yang terbaik. Menutup wajah bukanlah kerana anggun tetapi kerana wajah diri ini yang biasa-biasa sederhana ini sewajarnya tidak dikenang-kenang atau dirakam-rakam senyumannya, bentuk bibirnya, bentuk hidung atau apa sahaja dalam apa bentuk sekalipun oleh mereka yang tidak berhak di ruang fikiran mereka. Biar yang dikenali cuma nama dan peribadi. Biar manusia menghormati kerana akhlak. Kita berusaha menjaga iman sendiri dan iman orang lain. Semoga Allah kurniakan kita kemanisan iman dan kemanisan juga buat orang yang mengelilingi kita... Wallahualam..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam