Ahad, 19 Mei 2013

Bertudung itu panas dan hodoh

Panas berlapis, hodoh sebab tak nampak segala aset. Itu semua pengorbanan supaya di  dunia dapat belas kasihan Allah dan di akhirat dapat penghormatan kemuliaan dan keindahan melebihi bidadari syurga.

·     Soalan : 
salam kak....saya nak tanya sikit ni..huhuuuh...saya ni bukan bagus sgt...saya pon baru je 2, 3 tahun start pakai tudung...semalam, kawan lama saya ..masa zaman sekolah mintak nasihat saya...mcm mana nak bertudung semua..saya x pandai nak bagi nasihat la kak.. ni hah soalan dia
kawan : " Aq nk tny ni tp takut ko tersentuh je. Maaf taw. Aq nk pakai tudung tp xkuat ag la. Cmne ko bole btudung."
yg soalan ni saya dapat la jawab...tapi dia tanya lagi soalan lain
kawan :"Tu la.. Aq mmg da byk kali rasa nk btudung tp aq rasa susah klu btudung, panas, x cantik. Aq ade try btudung maen2 pakai tudung, susah! Rasa stress then give up. Wey aq tabik spring la ko g pondok. Fmly ko ok plak. Mety dye happy kn. Ko da pkai tudung 2 tahun kn. Solat ko xpena tinggal ae? Ko ajar la aq beriman wey. Aq xbpe ske bc cm sejarah2 tu. Aq ske owg bcerita. Tu yg susah"
 macam mana erk kak...
·         
11:32am
wasalam... Alhamdulillah.. subhanallah..
Bertuahnya adik-adik sebab Allah berikan hidayah.. Bukan semua orang dapat hidayah, jadi kena hargai.
Bertuahnya adik sebab dapat kekuatan, bukan semua orang dapat kekuatan, jadi kena hargai.
Adik2 pernah tengok mayat tak? Suatu hari nanti kita semua akan jadi mayat, confirm
Selepas kita jadi mayat, kita dah tak wajib pakai tudung 
jadi kewajipan pakai tudung cuma sebelum kita jadi mayat
bila kita akan bertukar menjadi mayat?
mungkin esok
jadi hari ini kita bersabar bertudung, sabar sampai esok
jika kita mati esok 
selepas mati sampailah ke padang mahsyar, tak perlu pakai tudung
dalam neraka tak payah pakai tudung
dalam syurga pun tak payah pakai tudung
pakai tudung ni cuma sementara sebelum mati sahaja
solat pun cuma sementara sebelum mati sahaja
sepanas2 dunia tak terbanding dengan panas neraka
·         
11:46am
sehodoh2 pakai tudung tak terbanding dengan kehodohan ahli neraka
secantik2 perempuan dunia, tak terbanding kecantikan bidadari
secantik2 bidadari, tak terbanding wanita solehah
hinggakan bidadari cemburu pada wanita solehah ahli syurga
jadi mungkin kejap lagi kita akan bertukar menjadi mayat
mungkin esok lusa
jadi kita ada pilihan nak jadi si hodoh ahli neraka yang rentung dan diseksa selama-lamanya
atau nak jadi si cantik yang dicemburui bidadari dalam syurga dan dilayan istimewa selama-lamanya
sejujurnya iman kita ni turun naik macam air pasang surut..
jadi kita perlu dapatkan kekuatan tu dengan selalu diberi peringatan
1) cari kawan2 yg baik yg dapat memberi kita ingatan.. sebaik2 kawan adalah yg apabila memandangnya mmbuatkn kita ingat pada ALlah
2) dengar tazkirah2 dari radio ikim, you tube, fesbuk setiap hari... supaya dapat cas iman kita.. iman macm bateri, kena cas..kalau takada bateri, henfon mahal pun tak berguna

3) baca Quran dan fahami maknanya.. ketahuilah org terpilih sahaja yg akan mampu ambil quran dan selak dan baca.. Jadi paksalah diri kita untuk baca Quran.. baca maknanya. baca terjemahan quran. kalau malas macam akak, akak pasang ear phone dengar terjemahan quran setiap hari sebelum tidur.
4) jaga solat 5 waktu setiap hari.. automatik kalau kita jaga solat dengan sempurna (pastikan kain telekung tidak nipis hingga nampak bentuk leher dan kulit).. inshaallah org yg jaga solat, Allah akan beri hidayah dan kekuatan utk buat amal2 kebaikan yg lain

11:54am
Nasihat ini untuk diri akak juga..
akak pun masih berjuang..
moga Allah memberi kita kekuatan untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan... aaamiiiin

p/s/s: Ramai orang yang rasa macam adik ini rasa.. Rasa mahu bertudung, rasa mahu solat.. Cuma iman masih lemah jadi masih belum mampu memakai tudung dan solat penuh. Moga nasihat lembut ini dapat memujuk iman supaya teruskan perjuangan. You are not alone. Doa untuk kalian sentiasa dititipkan dalam doa orang-orang soleh yang mengingati kalian (bukankah kita perlu berdoa untuk seluruh manusia supaya dapat hidayah? :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....