Ahad, 19 Mei 2013

Mengapa berpurdah?





Mereka bertanya... "Mengapa berpurdah?"
Setiap kali soalan ini ditanya, saya cuma mampu senyum dan berfikir-fikir. Susah betul nak jawab. Sebab takut salah cakap.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang memang sedia ada muslimah berpurdah tetapi hati saya langsung tidak bercadang atau bercita-cita untuk berpurdah. Saya juga langsung tidak tertarik hati terhadap mereka yang berpurdah. Bagi saya, hukum yang wajib sudah cukup banyak, mengapa nak sibuk buat yang sunat.

Kehidupan saya banyak melibatkan masyarakat, saya selalu bergaul dengan macam-macam jenis manusia, melayan kerenah yang pelik-pelik. Maklumlah manusia. Sebagai manusia, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Pada penghujung 2011, saya telah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan sakit yang macam nak mati, saya mula muhasabah balik seluruh hidup saya. Memanglah orang lain nampak saya macam baik, tapi Allah lebih kenal siapa saya. Saya tak mahu baik di pandangan manusia sahaja, saya mahu biar Allah sendiri yang mengaku saya baik. Bolehkah begitu? Jadi bermulalah pengembaraan diri bertaubat. Ingat senang?! Saya kehilangan banyak perkara yang saya sangat cintai di awal pengembaraan ini. Ujian datang membuatkan saya pernah fikir mati lebih baik. Pada pertengahan 2012, saya mengerjakan umrah. Semasa di sana, saya masih sakit dan saya rasa sakit zahir dan batin. Sakit zahir sehingga saya duduk atas kerusi roda sambil air mata bergenang tak kira masa. Sakit batin kerana sedar saya berdosa.

Penghujung bulan Ogos 2012, saya menyemak semula 'Check List Perbaiki Diri' yang sudah saya senaraikan. Ada satu lagi yang belum selesai iaitu memakai niqab/purdah. Takut. Jadi saya buat istikharah banyak kali. Banyak perkara yang saya risaukan jika saya berpurdah. Antaranya saya khuatir akhlak saya buruk menyebabkan imej suci ini tercemar. Saya juga khuatir imej ini menyebabkan perniagaan saya terjejas, khuatir kawan-kawan saya tidak dapat menerima saya, khuatir bakal suami saya atau keluarganya tidak dapat menerima saya dan 1001 kerisauan melanda. Saya buat istikharah banyak kali minta Allah berikan petunjuk. Kalau boleh saya nak lupakan niat ni tapi entah kenapa pekara ni asyik bermain di fikiran saya sehinggakan saya benar-benar bertekad "Maybe this is the right time, now or never."

Beranikan diri... Dan saya pun pakailah purdah.....

Bermulanya hari pertama saya pakai purdah, ujian yang turun macam air hujan lebat. Tapi saya ada payung. Hihi.
 
Allah adalah payung saya. Saya serahkan soal rezeki, jodoh dan maut pada Allah... I have done my best. Tak tahulah macam mana esok lusa... Saya masih dalam proses perbaiki diri. Inshaallah masih dan masih. Semoga Allah berikan kekuatan dan keikhlasan.

p/s: Saya bukan aliran agama. Saya bukan ustazah. Jadi jangan tanya saya soalan-soalan khilaf.
p/s/s: Saya tak pakai purdah/niqab semasa di kelas tuisyen. Sewaktu bekerja (mengajar atau diskusi ibu bapa), saya akan buka niqab ni... Sebab ekspresi muka memainkan peranan dalam pekerjaan saya.
p/s/s/s: Kepada yang sangka tunang saya yang suruh saya berniqab, anda salah 100%... saya pakai kerana saya sendiri yang nak pakai. 
p/s/s/s/s: Saya masih hang out dengan kawan-kawan lama yang macam2 jenis dan masih melayan kerenah manusia yang pelbagai. Saya sayanggggg mereka.  Saya kawan dengan semua orang. Saya tak paksa orang lain ikut macam saya, masing-masing ada cara tersendiri. Yang penting,kita respect each other... 

Like ·  ·  · Share · Edit · Promote · December 29, 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....