Rabu, 4 Ogos 2010

Sungguh apabila kamu bersungguh!


Beramallah selamanya kerana dunia adalah kampung amal sedangkan akhirat perkampungan pahala, perkampungan pemberian. Inilah yang umum pada hak orang-orang saleh.
[Syeikh Abdul Qadir Jailani]


Jumaat :
Saya ke masjid untuk mendengar kuliah. Kebetulan ada program sekolah, guru-guru buat solat hajat bersama students. Suasana masjid macam nurseri sebab kanak-kanak berlari bermain berpusing dan bergolek.Cute!

Seorang guru pujuk saya jadi guru ganti untuk kawannya yang cuti bersalin selama 2 bulan. Erm, saya terpesona. Saya mahu bekerja untuk berdakwah. Saya mahu menerima duit supaya boleh menampung gerak kerja dakwah. Noktah.

Isnin :
Saya ke sekolah hantar resume.

Selasa :
Saya dipanggil melapor diri. Semasa sampai di pejabat, staf yang sepatutnya saya jumpa tu tiada. Saya disambut oleh seorang guru berbaju hijau. Lama kami bersembang tetapi saya tidak tahu apa jawatan beliau.

"Result SPM kamu sangat bagus. Betul ke kamu dari sekolah %$&??"soal beliau.
Tentu dia tak percaya sekolah %$& ada student yang dapat 10 A.

"Cuma sayang pngk final sem kamu ni.. sikit lagi je.."kata beliau lagi.

"Tak ada rezeki puan,"jawab saya.

"Kenapa tak sambung belajar?"soal beliau lagi.

"Saya dah sambung master sebelum saya convo lagi. Tetapi disebabkan final sem tu pngk saya jatuh, saya tak dapat biasiswa. Jadi saya terpaksa berhenti dulu. Inshaallah saya memang berniat nak sambung semula cuma saya perlu cari biasiswa.."terang saya.

"Ya Allah.. jika memerlukan saya untuk tanda tangan surat sokongan, bagi tahulah. saya akan bantu ya.." beliau memegang bahu saya.

Finally, beliau masuk ke bilik pengetua. Oh! Pengetua rupanya... =.=

Saya terserempak dengan dua orang pelajar bermasalah yang ditangkap akibat ponteng. Sempat bersembang sekejap. (rupa-rupanya ini bakal anak murid saya..hehe)


Rabu :
Saya sepatutnya punch card 7.20am (paling lewat)... err, sedangkan keluar rumah 7.10am, apalagi pecut la.. Sampai pejabat, guru besar juga yang entertain siap ambilkan card baru untuk saya dan letakkan card saya di tempat guru yang saya gantikan.
"Yang.. no 59 ye yang.. di sini ye.."katanya.

7.30am Kelas pertama saya...

.
.
(Saya mengajar kelas-kelas paling cemerlang untuk form 1 dan kelas-kelas hujung untuk form 3. dan sungguh seronok.. Alhamdulillah)

(Bayangkan ada anak murid saya yang masuk kelas dalam keadaan merangkak.. ni kelas last. dan saya adalah guru kelas mereka)

(Untuk setiap kelas yang berbeza, saya ada perancangan yang berbeza. Meskipun saya di sini cuma sementara, saya berazam untuk meninggalkan satu kesan yang akan kekal selamanya dalam hidup mereka)

(mengajar di kelas paling last sangat menyeronokkan.. dan yang second last pun seronok. best!)

(mengajar di kelas pandai-pandai pula sangat rasa berat.. sebab saya mahu mereka excellent jadi perlu berikan lebih kerja. er...maka saya kena kerja lebih la kan..)
.
.
1.05 petang. Kelas terakhir berakhir...

Saya mendapat panggilan daripada seorang adik (pembaca blog) yang menangis sambil mengadu masalah dirinya.

Pesanan saya :
1. Ucapkan Alhamdulillah sebab Allah pilih kita untuk diuji sebagai tanda Allah sayang pada kita. Alhamdulillah Allah sedang memerhatikan kita! Alhamdulillah Allah sedang beri peluang kepada kita untuk membuktikan keimanan kita. Alhamdulillah Allah sedang memberi peluang kepada kita untuk mengamalkan Sunnah Rasulullah saw iaitu menjadi penyabar...

2. Maafkan kesalahan orang-orang lain sekalipun perbuatannya sangat menyakiti kita. Sebab hakikatnya orang-orang lain itu cuma sarana atau asbab kepada kehendak Allah. Allah yang berkehendak supaya kita mengalami takdir sedemikian, dan orang-orang lain cumalah alat yang digunakan supaya kehendak Allah itu berlaku. Jika kita marah atau tidak suka dengan apa yang menimpa itu samalah seolah kita marah dan tidak suka dengan ketentuan Allah.

3. Rebutlah peluang berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya. Buatlah yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam kesemua urusan sebab Allah akan menghitung itu semua. Biarkan manusia tidak tahu asalkan Allah tahu. Biarkan manusia tidak pandang asalkan dipandang Allah. Biarkan manusia tidak peduli asalkan Allah peduli. Biarkan manusia tidak suka asalkan disukai Allah.

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Balik rumah, singgah kedai beli makanan kucing dan pergi ATM machine.
Buat persediaan mengajar dan belajart.

***********

Erm, ngantuk dan penat.

Amani- erm, paperwork anak yatim.. Yang ni nak sentuh, semoga masih ada tenaga untuk melakukannya hari ini...

Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya.
Dan bekerjalahuntuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
(Riwayat lbnu Asakir)

catatan lain :

1) semasa saya bekerja dengan sebuah syarikat motivasi, saya diminta memakai jubah seluar sebab mereka nak saya aktif, mudah bergerak dan nampak smart. Sedangkan masa tu saya sudah lama meninggalkan imej berseluar sebab dah berazam nak berjubah & paling-paling pun pakai longskirt (biasala berbaju kurung)

agak teruji diri ini ketika itu. bersusah payah saya mencari jubah seluar yang menepati syariat. Alhamdulillah dapatlah beberapa helai...

then ketika di sekolah ni, guru-guru kata tak boleh pakai jubah seluar. Kena pakai kain sahaja.

Alhamdulillah...

Sungguh apabila kita bersungguh- sungguh, Allah akan membantu kita.

2) Bulan lepas, seorang sahabat memaklumkan saya bahawa dia akan ke Gaza dan dia memerlukan saya untuk mempermudahkan urusannya ke sana. Saya cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu dia sehingga terpaksa melepaskan pekerjaan yang amat saya sayang. Namun akhirnya saya tetap tidak diizinkan membantu beliau.

saya agak teruji ketika itu. bersusah payah saya mengorbankan segala apa yang saya ada namun saya tetap tidak dapat membantu dia. Dalam erti kata lain, saya masih tidak dapat mengambil saham dalam perjuangan dia.

then seorang lagi kenalan baik saya yang sudah banyak kali bersusah senang bersama-sama hendak ke Gaza. Dia meminta sedikit sumbangan kewangan untuk mempermudahkan urusan mereka ke sana. Saya memberikan segala yang termampu untuk membantu.

Alhamdulillah....

Sungguh apabila kita bersungguh-sungguh, Allah akan membantu kita.

p/s : teringat kata-kata ustaz zahazan ketika saya bertemu dengan beliau, "doakan penulis ya.."
maka saya juga ingin berpesan kepada kalian "doakan penulis ya.."


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

2 ulasan:

  1. suka baca tulisan lillah..kecik sgt rasa diri ni..hmm...smoga ALLAH sentiasa bersama lillah...

    dan smoga ank dalam perut ni tak byk sedikit pun jadilah sifat sikap lillah...

    BalasPadam
  2. amin ya rabbal alamin ...

    saya pun rasa kecik sgt rasa diri ni masa terbaca komen akak...


    semoga Allah melimpahkan rahmat dan hidayah kepada kita semua umat akhir zaman ni.... amin

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....