"oh sayang... ikhlaskanlah hatimu.."
si dia yang mengenali diri saya yang sebenar..
Saya selalu bangun awal untuk bertahajud dan selalu tanpa sengaja terbuat bising mengganggu tidurnya (keluar masuk pintu, kadang tersepak kaki katil atau tolak tarik kerusi) tetapi dia yang sedadg tidur tu tetap lena (atau buat-buat tidur).. dan tak pernah marah saya dan tak pernah ambil hati.. paling penting, dia tidak menghalang saya melakukan rutin saya.
Selalunya dia akan bersarapan sebelum ke kelas dan dia akan buatkan air teh untuk saya dan sediakan 1 ketul roti.. saya tak pernah minta pun.. dan saya tak pernah menolak.. jauh di sudut hati sangat-sangat terharu. Kadang-kadang saya bangun lewat dan sebaik terjaga dia sudah pergi kelas. Pasti ada secawan teh dan seketul roti di atas meja saya. :)
Apabila waktu exam menjelang, saya akan bertungkus lumus belajar. Hari-hari biasa saya sibuk dengan persatuan dan selalunya dalam tempoh study week barulah separuh mati belajar. Maka saya akan berhijrah duduk di surau supaya jauh daripada godaan tilam empuk dan laptop yang penuh dengan lagha..hehe. Apabila tiba waktu makan, saya masih tekun menghadap nota pelajaran.. Dan dia pasti datang dengan bersusah payah membawa bekas makanan dan air untuk saya... Senyum lebar saya.
Hampir setiap malam saya akan balik ke bilik dekat pukul 1pagi. kadang-kadang tak balik lansung sebab ada program luar. Hujung minggu memang sangat jarang ada di bilik. Selalunya dia akan ditinggalkan bersendirian di bilik saya. Dia menjaga barang-barang saya dengan sangat baik. Dulu di bilik saya itulah saya simpan duit selalunya hampir RM1K..
Saya sentiasa dicari kawan-kawan terutamanya mereka yang sedang bermasalah, sama ada masalah yang memerlukan bantuan nasihat kaunseling atau bantuan duit atau pengurusan organisasi. Bilik saya seolah rumah terbuka yang boleh dikunjungi 24 jam. Terlalu besar pengorbanan sahabat saya ini kerana sudi membenarkan mereka berkunjung ke bilik kami.
Hidup saya penuh dengan air mata yang saya rahsiakan di sebalik senyuman dan gelak ketawa. Tentu sekali saya tidak boleh menunjukkan kekecewaan atau kemurungan di hadapan anak buah (junior) dan sahabat seperjuangan saya memandangkan saya orang kedua tertinggi dalam persatuan. Saya tidak boleh lemah semangat kerana mereka memerlukan saya untuk membakar semangat mereka. Apapun saya seorang manusia biasa. Lebih tepat lagi, saya seorang perempuan yang fitrahnya beremosi.. Dan sahabat saya inilah yang menjadi tempat air mata saya tumpah. Di hadapannya saya luah segala-galanya. Di hadapannya saya bebas bercakap dan melepaskan segala yang terbuku di dada. Mungkin di luar saya adalah seorang motivater kepada orang lain. Tetapi di dalam bilik, dialah motivater saya...
Saya selalu sakit dan demam tu sudah menjadi kebiasaan. Dia lah yang akan menjaga saya. Adakalanya terasa seolah-olah saya ini pantang sihat akan meninggalkan dia. Apabila sakit barulah pergi bermanja-manja dengan dia. Sedangkan apabila dia sakit, selalunya saya tak ada pun di sisi dia...
Sejujurnya persahabatan kami tanpa introduction yang panjang. Dulu saya pernah menjadi seorang penggerak sebuah program sekolah. Dia merupakan salah seorang fasilitator program tersebut. Saya menguruskan ramai fasilitator termasuklah dia. Rupa-rupanya dia memerhatikan saya ketika itu. Selepas habis program, dia telah ziarah ke bilik hostel saya dan melekatkan sebuah lagu di dinding bilik saya ketika saya tiada di bilik. Beberapa hari kemudian ketika saya keluar ke pasar malam bersama sahabat yang lain, dia telah ikut bersama. Ketika itulah dia menjemput saya untuk menjadi roomet dia.. :) :) :)
actually ada 3 orang lagi yang ajak saya jadi roomet pada masa tu.. saya tak tahu nak pilih yang mana.Serbasalah. jadi saya mendaftar di pejabat tanpa menulis nama roomet.
Dan saya berdoa dengan penuh yakin supaya Allah memilih seorang teman yang dapat menguatkan saya..
Dan dialah yang Allah telah pilihkan untuk saya...
Terlalu banyak yang telah dia berikan kepada saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Saya tidak tahu kenapa dia memilih saya. Saya juga tidak tahu kenapa dia kekal lama menjadi roomet saya. Terima kasih kerana menerima saya sebagai seorang manusia dan bukannya seorang robot. Terima kasih kerana melengkapkan kekurangan saya. Terima kasih kerana bersama-sama dengan saya ketika seluruh dunia meninggalkan saya. Terima kasih kerana memahami saya pada saat semua orang tidak memahami saya. Terima kasih kerana menyayangi saya sebelum saya menyayangi anda. Terima kasih kerana mempercayai saya tanpa perlu menyelidiki diri saya.
Terima kasih ya Allah kerana menciptakan saya sahabat ini...
Sungguh indah ciptaan Mu..
Peliharalah dia daripada azab kubur dan neraka.. Bahagiakanlah dia di dunia dan akhirat...
Izinkanlah kami berkasih sayang di Firdausi...
Sungguh indah ciptaan Mu..
Peliharalah dia daripada azab kubur dan neraka.. Bahagiakanlah dia di dunia dan akhirat...
Izinkanlah kami berkasih sayang di Firdausi...
p/s: Selamat berkonvo... maaf tak dapat ada di sisi pada hari yang bersejarah....
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
terima kasihh=)
BalasPadamU buat rumah I banjir=(
erk...
BalasPadamowh cepat amik sampan... pindah ke rumah perlindungan! :)
salam ziarah..
BalasPadamukhwah itu di hati..
bila bersendirian ia pasti menemani..
setiap yang manis mampu dikenangi..
walau tiada dekat di mata ia hadir bila dirindui..
kerana asasnya..ia kekal di dasar hati :)
syukran ziarah...
BalasPadamukhwah yang dibina atas nama Allah itu tidak mengharapkan balasan apabila memberi..
tetapi akan selalu berkongsi dikala suka dan duka..
kesedihan sahabatnya bagaikan pedang yang menikam..
keceriaan sahabatnya bagaikan PELANGI yang tidak akan menghilang..
kehilangan sahabatnya bagaikan kehilangan permata yang berharga..
Itulah sunnah jalinan ukhwah perjuangan kerana Allah..
salam...
BalasPadamhebatnya sebuah persahabatan
T.T
Wslm...
BalasPadamAlhamdulillah..
Allah memang hebat..
:)