Selasa, 3 Ogos 2010

arju an la tansaani ...



Seorang buta yang bersendirian di dalam hutan tebal tentulah akan berasa cemas dan ketakutan. Normal lah tu kan? Sebab dia tak nampak jalan ke mana harus dituju. Dia tak tahu sama ada semakin dia berjalan, adakah dia semakin hampir atau semakin menjauhi jalan sebenar. Dia tidak tahu apakah ada lurah di hadapannya atau akar pokok yang melingkar.

Dan saya terasa seolah saya si buta itu. T.T

Astagfirullah.......
Andai boleh saya cari hati yang baru, saya ingin benar membuang hati yang lama ini!
Tiada sehari yang berlalu tanpa saya mengingatinya sedangkan segalanya telah berlalu.


Ya Allah........
Aku merayu padaMu. Damaikanlah hati ini ya Allah...

Sejenak bermuhasabah, pada saat telekung dah basah dengan air mata..

TIDAK! Tidak! Tidak, saya bukan si buta itu. Saya sebenarnya sedang berjalan di atas satu jalan yang sudah pasti destinasinya. Cuma saya perlu terus cekalkan hati dan terus bersabar supaya dapat sampai ke destinasi.

Pasti, akan tiba saat di mana saya sampai juga akhirnya ke sana!

Tiada kata yang dapat kugambarkan perasaan yang ku alami...

Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini..
Cintaku ini tiada berbelah bagi..
Cinta yang suci dan abadi..


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

4 ulasan:

  1. =)sygku..
    setiap org yg dicipta Allah mempunyai
    ukuran perjalanan(destinasi) hidup msg2..bezanya pendek & panjang ..ada yang 1 kmeter,2 kmeter,...10 kmeter,20 kmeter..
    1kmeter =mungkin akan berjumpa dgn 2 warna kehidupan shj..
    tppp org yg banyaaaaaaakkk kilometer
    akan berjumpa bnykkkk warnaaa(rainbow) dlm hidupnya..ada hitam, kelabu,pink, putih, biruu...hijau fvrt kamu punnn ada...sesungguhnyaa lagi seronokkan kalau kita dikalangan dpt byk kumpul warnaa,..tapi dgn syaratt kesabaran kita AKAN terujii selaluu..InsyaAllah ..Allah sngt syggg pd hamba2nya yg reda terima ujiann=)..

    ALLAH tempatku meminta
    ALLAH beriku bahagia
    Jadikan aku selamanya
    Hamba-Mu yang slalu bertakwa...

    (Sekadar berkongsi pengalaman)
    BOTOL YOGURT:)

    BalasPadam
  2. arju an la tansaani...

    (maksud : saya harap anda tak melupai saya)


    :'-)

    BalasPadam
  3. he..hee..silap tajuk=(

    BalasPadam
  4. :) xper.. bole je, sswai utk post tu & post ni..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....