Saya rindukan anak-anak murid saya.. rindukan kelas tuisyen saya... :)
yang lain dah balik.. tak sempat nak makan kek sebab parents dah datang jemput balik.. nasib baik ada chocolate yang dah siap di pek comel2 dalam bentuk gifts untuk setiap orang ..
Selamat berjaya dalam hidup!! Do your very best!!! Jadilah orang yang berguna kepada agama, bangsa & negara!!!
:)
Erm, sepanjang seminggu ni saya menjadi chemist yang melakukan pelbagai eksperimen di dapur.... chef tak bertauliah sebenarnya... apapun yang penting adik-adik saya happy:)
:)
Erm, sepanjang seminggu ni saya menjadi chemist yang melakukan pelbagai eksperimen di dapur.... chef tak bertauliah sebenarnya... apapun yang penting adik-adik saya happy:)
dan part time kaunselor kepada mereka... mereka pun jadi kaunselor kepada saya juga.. sebab kakak dia ni pun kadang-kadang need someone to share something ..
dan part time jadi driver... pergi hantar ke KTM, ambil balik sekolah, pergi kedai, pergi masjid..
serius, letih!!
tapi letih tu hilang bila teringatkan yang Allah tak akan sia-siakan semua ni...
Erm... ni gambar2 yang menjadi. Ada menu yang tak menjadi juga...hehe. Masa nak masak nasi ayam, sepatutnya air rebusan ayam tu digunakan untuk masak nasi ayam. Saya pula terlebih rajin dah siap masak sup ayam, pergi ambil sup ayam gunakan untuk masak nasi. Dan nasi tu jadi warna kelabu! but it taste not bad! :) Tapi malam tu masak semula mengikut cara yang betul...tapi letih tu hilang bila teringatkan yang Allah tak akan sia-siakan semua ni...
Hari ni hari last adik-adik saya di rumah.. Rasa macam sayu nak berpisah. Selama hari ni saya yang selalu meninggalkan mereka sebab ada program luar atau outstation. Sepanjang zaman kampus, time cuti saya jarang ada di rumah.. Hinggakan adik saya cemburu apabila adik-adik sekolah lain yang saya temui semasa program selalu contact saya..
Kini saya punya turn ditinggalkan.. Weih, patutlah emak-emak dan nenek-nenek selalu menangis apabila anak-anak nak tinggalkan rumah....
Hari ni emak masak sangat banyak sebab nak bekalkan adik-adik saya. Teringat zaman saya belajar dulu, saya pun selalu dapat tapau juga..
Ni yang buat rasa macam nak belajar semula ni!!
Hm... apapun syukur Alhamdulillah sebab diberi peluang berbakti kepada family.. tanpa keizinan Allah pasti saya tak mampu nak pikul amanah ini...
Saya mahu menghargai mereka yang saya ada sebelum saya kehilangan mereka. CONFIRM, suatu hari nanti Allah akan memisahkan kita jua.. Mati Itu BENAR...
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
salam kak...
BalasPadamgambar last tu yang akak masak jugak ke?
minta postkan resepi kat sini boleh..hee...nak cuba buat juga...
macam sedap je semuanya...
wslm wbt.. yg puding karamel tu ker?
BalasPadamok... resepinya :
bahan2 :
10 biji telur,
1 tin susu cair,
2 cawan gula,
1 sudu teh esen vanila &
2 1/2 cawan air...
langkah2..
1) masukkn gula 1 cawan & air 1 cawan ke dlm bekas(acuan) & panaskn atas dapur dgn api perlahan.. ni utk caramel on top of puding..
2)panaskan kukus (biar mendidih)
3) buat bancuhan :
a) 10 biji telur +1 cawan gula ---> kacau sampai kembang.
then tapis bancuhan tu ok.
b) ambil 1 tin susu cair dan air 1 1/2 cawan & esen vanila.
bancuhan a) & b) campurkan dan tapis.
3) karamel yg dah keperangan tu sejukkan..
4) kemudian masukkan bahan a)& b) dalam acuan yg ada karamel tu...
kukuskan 1 jam... then sejukkan kejap...
kemudian tonggengkan ats pinggan, berhati2..hehe.
5) sejukkan dalam peti ais
:) :)
sepanjang memasak, berzikir supaya org2 yang makan tu akan lembut hatinya.... inshaallah
uhhhh....suka3(baca gaya upin dan ipin)...akak kena tambah satu kategori tambahan...resepi...hee...
BalasPadamterima kasih kakak(baca macam upin ipin and the classmate masa greet cikgu depa...) nanti saya bagi award pada blog akak...insyaAllah...
=) selamat mencuba.. lepas cuba nanti inform la...
BalasPadam