Rabu, 29 Julai 2009

.semuanya kerana cinta... agar kalian tahu manisnya bercinta...

malam yang sejuk.. nota kuliah yang perlu dihadam.. katalog yang perlu disiapkan.. dan ini sudah masuk minggu ke empat saya membiasakan diri menjadi student yang bekerja sambil berbakti pada masyarakat... terasa bergerak ke utara selatan timur barat seperti bergerak ke dewan kuliah.. berulang alik... badan mula terasa lenguh dan letih.. tapi bila melihat tanggungjawab yang ada... Ya Allah.. makin lama makin banyak.... selagi boleh cuba mengelak apa saja alasan yang menerjah ke minda.. no excuse lillah...


meninggalkan rumah yang fully air cond, air panas.. tilam empuk... mungkin suatu pengorbanan kot.. entahlah.. tak sakit sangat pun... masih boleh tahan..

tiada sesiapa memaksa... tiada tajaan sesiapa... sambil bekerja sambil mengintai realiti umat hari ini... (mak no komen, sebab belanja sendri tanggung... tu yang best bila kerja ni... hepi!)

kemudian bermalam beberapa malam di rumah yang serba kekurangan, bumbung bocor.. jambannya macam 'reban'.. mandi dalam gelap... still masih tak sakit sangat... masih boleh tahan~ selalunya anak orang senang akan gagal dalam ujian ni...


tetapi apa yang menyakitkan ialah apabila melihat wajah-wajah suci yang tak mengerti duduk dalam termangu-mangu, miskin imannya, kosong jiwanya... hanyut hidupnya... melihatkan anak bangsa sendiri merelakan diri terus dijajah mindanya.. di asak dengan tahap kemalasan yang kritikal.... inilah yang membuatkan hati bagai dicucuk sembilu...

bagaimanakah harus ku lakukan agar mentaliti mereka ini dapat ku ubah?

bila terkenangkan anak-anak yang ramai ini..
hilang rasa penat..
hilang rasa jemu..

Ya Allah...
aku hidup memegang janji selaku hambaMu..
bahawa perjuangan mendidik manusia ini adalah amanah buat ku...
kerana itu yang Kau mahukan, aku terima dengan gembira...

dan akan sampai masanya aku menghadapMu..
ku harap...

dengan sedikit pengorbanan yang aku lakukan ini akan membakar semangat ribuan jiwa yang lain... yang akan meneruskan perjuangan ini...
hadirkanlah aku kekuatan itu ya Allah... Engkaulah yang Berkuasa....

nota : gambar2 anak-anak di Manila... mereka juga manusia....

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula


cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala


semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan


terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan



cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cintakan saudara
hanya sementara
suburkan dengan ketakwaan..

Ahad, 26 Julai 2009

tips untuk pendidik yang mahu mendidik... ;-)


1. Penerangan Yang Jelas.

Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?

b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?

c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.

d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.


2. Ganjaran.

Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan
secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya.

Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.
Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain.

Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.


3. Tetapkan Matlamat.

Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.


4. Ambil Berat.

Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka.

Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar.

Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab.

Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan.

Sentiasa tanya apa matlamat mereka?
Apa perancangan mereka?
Sejauh mana progres mereka?
Apa minat mereka?
Apa kerjaya pilihan mereka?

Dan sebagainya.

“Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka”.

Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah untuk dari semasa ke semasa mengatur sessi perbincangan personal ini dengan semua pelajar.



5. Penglibatan Pelajar.

Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan.

Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan.

Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan sebagainya.


6. Penuhi Keperluan Pelajar.

Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih.

Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang ide.


7. Lebihkan Pembelajaran Visual.

Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut.

Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka.


8. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.

Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan.

Jangan malu untuk mempelbagaikan watak,

gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan.


Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting yang penting ialah siapa mereka 10 – 15 tahun yang akan datang.

Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakunan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik.


9. Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik.

Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya.

Tanam dalam fikiran pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’.

Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibar terpengaruh oleh pendapat orang lain – Misalnya ramai pelajar percaya bahawa ‘Kimia itu susah’.


10. Terima Pelajar Seadanya.

Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk.

Disinilah berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang.

Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya
dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini.

Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja
maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya.

Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka.


Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku.

Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar.

Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar – sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada diantara dua kategori ini pasti akan dilupakan. Apa pilihan anda?



11. Berikan Kata Perangsang

Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan ia lazim dalam pemikiran pelajar.


12. Amalkan Prinsip ‘3F’ – iaitu ‘Firm’, ‘Fair’ dam ‘Friendly’ atau Tegas, Saksama, dan Mesra.


sumber asal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D ;-)

catatan : praktikkan tips yang ada ni dalam train staf-staf, junior2, anak-anak usrah, anak didik yang ramai ni... mereka semua adalah pelaburan di dunia untuk saham akhirat yang abadi..

Sabtu, 25 Julai 2009

lintah darat ke? pisau cukur ke? dracula ke?????


gelap pekat... pejam celik sama saje, still tak nampak apa-apa.. saya dan kawan saya terus bersembang sebelum kami terlena.. suara dia semakin perlahan. susah nak dengar maka saya merapatkan telinga ke kepalanya.. tiba-tiba lampu di luar bilik terbuka. saya dapat lihat wajah kawan saya ni.. rasanya dia menangis tadi ketika dalam gelap.. saya buat tak perasan dengan air yang sedikit bertakung di hujung matanya..

harapkan pagar, pagar makan padi
pisau cukur..
lintah darat...
hmmm
apa lagi gelaran yang sesuai untuk manusia yang sanggup mengambil kesempatan terhadap anak-anak yatim dan ibu tunggal?

Dracula kot yg paling sesuai.....


berat mata saya memandang.. berat lagi bahu yang memikul...
Kalau kita tak mampu nak menyenangkan orang lain, janganlah kita menyusahkan pula...
Kalau tak kerana yakin dengan syurga neraka, memang boleh gila dibuatnya...

takpa, manusia tak tahu tapi Allah tahu.. Allah tahu....
wahai manusia, buatlah sesuka hatimu, Allah akan mengadili setiap satu dengan seadil-adilnya...

I will not surrender!!!
neither give up!!!!!!!
Allah ada dan akan membela orang yang ikhlas untuk Dia!

Bekorban jiwa raga
ya Allah... :'-(
berilah perlindungan kepada hamba-hambaMu yang lemah ini..
Selamatkanlah iman kami... selamatkanlah anak-anak kami... selamatkanlah harta kami..
hanya kepadaMu tempat kami bergantung harap...


Pengajaran buat diriku...
saya memandang wajah kawan saya yang dah terlena...
saya kena kuat supaya dapat beri dia semangat...
kami kene kuat!

Menjadi mujahid menjadikan kita tidak punya masa rehat dan bersenang-senang..
Kerana kita meyakini kehadiran kita didunia ini untuk menjadi Khalifah yang memimpin dan Hamba yang sujud dan bersyukur...

Ya Allah.. izinkanlah diriku mati sebagai pembela golongan yang teraniaya.. pelindung kepada anak-anak yatim dan pendidik yang mengajar manusia mengenalMu...

Rabu, 22 Julai 2009

you complete me... jazakillah... :'-)

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete

dearest little sisters... keep on seeking... :)


You'll find it in the strangest places


on the way to UTP Perak...



sunset..

Places you never knew it could be



our special lovely make over ' kelambu' :p


Some find it in the face of their children


dearie abel with her - - - -??? hoho


Some find it in their lover's eyes


motmot.... (tuan blog secebis luahan seindah kata)


Who can deny the joy it brings


bliza....
(tuan blog strive for Mardhotillah)

When you've found that special thing
You're flying without wings

kurin... (tuan blog Man aNa???)


Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives

kak mas...


present for the bride groom... beli dgn kurin.. :) hehe



You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

saya bersama adik kepada kawan baik saya..


You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life


kurin trying to absorb the aura.. haha


And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings


masa ni kurin takda.. so ada 3 je ahli geng comot ni.. ish3


So, impossible as they may seem
You've got to fight for every dream

bonet my blue baby yang penuh dengan buah rambutan & jagung... dusun ayah angkat di Padang serai sdg berbuah sakan...



sampai je di rumah saya, si baby yang berbulu ni pulak menyiasat...


Cos who's to know which one you let go
Would have made you complete


friendship divide our sorrow & multiplies our joys..


Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face


saya ke kenduri di rumah kak mas .. siap angkut ibu angkat, adik angkat dan ayah angkat ke kenduri tu... huhu.. sepanjang jalan ditemani kurin sayang....

my ibu angkat & adik angkat...


To know that I can say I love you
In any given time or place


my ibu angkat & ayah angkat.. sweet couple :D


It's little things that only I know
Those are the things that make you mine

kereta tu kene towing... another mesej ialah :
lillah... jangan asik nak bawa 140km/j...ish3

And it's like flying without wings
Cos you're my special thing
I'm flying without wings

ke UTP terserempak dgn org2 yg nak ke dewan utama sbb nak tgk musabaqah final... kurin teruja dgn keindahan UTP :)







And you're the place my life begins
And you'll be where it ends


reunion usrah 'kuarga comot'.... alhamdulillah :)


I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings

masalah adalah kembar kehidupan.. adakalanya kita di atas dan adakalanya kita dibawaha.. kita takkan mampu gembira, ceria 24 jam walaupun kita ni jenis happy go lucky.. bak kata kurin
"sekarang ni terasa mudah mungkin sebab dikelilingi sahabat yang supportive.."


lillah menambah
"betul.. pada saat kita berada dalam keadaan motivasi 20%, 40%.. sahabat tu kadang-kadang boleh naikkan motivasi kita kepada 100%.. "

bukan mudah mencari sahabat yang boleh dipercayai.. yang jujur dan amanah.. yang mementingkan kepentingan sahabatnya melebihi dirinya.. yang boleh terus sama-sama seiring sejalan dengan kita dalam memajukan diri.. memperbaiki diri.. kekal istiqamah..

kita mungkin berbeza.. dari segi sejarah hidup, cara hidup, perspektif dan pandangan.. perbezaan bukanlah satu kekurangan atau kelemahan sebaliknya merupakan satu kelebihan yang membolehkan kita terus menerus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik... kita perlu tahu kelebihan sahabat-sahabat kita untuk kita meletakkan mereka di tempat yang paling sesuai.. insya'Allah bila mereka di situ, kelebihan yang ada pada diri mereka dapat di optimumkan.. :)
kita perlu tahu kelemahan sahabat kita supaya kita dapat 'back up' mereka.. support mereka.. bantu mereka..

ibarat mangga dan kunci.. bentuknya berbeza.. tetapi saling melengkapi... :)

sahabat-sahabatku sekalian.. kepadamu teman, kupohon sokongan, pengorbanan dan pengertian… Sungguh persahabatan kerana Allah (Ukhwahfillah) itu indah..Ya Allah, aku menyayangi sahabat-sahabatku ini seperti aku menyayangi diriku sendiri namun aku tak mampu menyayanginya seperti Engkau menyayanginya. Engkau sayangilah mereka kerana Engkaulah sebaik-baik penyayang. Kepada Mu Allah, ku pohon kekuatan, ketabahan dan pertolongan… Amin Ya Rabbal A’lamin





Ahad, 19 Julai 2009

akulah sebenarnya yang paling memerlukan.... :'-(



siapa sangka di sebalik keletah kanak-kanak ribena dia, tersimpan seribu satu kisah duka.. serta merta saya teringatkan gelak tawa dia.. Ya Allah.. 2 tahun saya kenal dia, tapi sebenarnya saya memang masih belum kenal dia.. si gadis ceria dan comel ni kawan saya semasa belajar dulu.. kami selalu ke kuliah agama bersama-sama.. dia selalu bertanya pada saya tentang persoalan-persoalan aurat, adab dan pandangan dari saya sepanjang kami bersama.. most of the time, saya selalu beri dia motivasi or tazkirah sepanjang kami berjalan.. jarang saya bertanya tentang kehidupan peribadi dia.. apa yang dia rasa saya perlu tahu, dia boleh beritahu saya, itu sahaja.. saya tak suka mengorek kisah peribadi orang lain..

kali terakhir saya bertemu dia 6 bulan lalu (lebih kurang la..) dan tiba-tiba saya menerima offline msg beserta email dari dia.. ofcourse saya sangat happy mendengar khabar dari kenalan yang lama dah tak dengar berita.. dan semasa kami ym, dia minta supaya saya
tolong dengar luahan hati dia sebab dia dah tak tau nak cakap pada siapa (sebab kes dia ni berat) dan dia dah tak keruan sekarang..

kelihatan seolah kawan ini lah yang memerlukan saya untuk terus hidup...

serius.. kes dia serius.. dia mengalami gangguan seksual yang saya rasa kalau sesetengah orang terima, boleh gila dibuatnya.. Alhamdulillah kawan saya ni ada iman di hati.. Alh
amdulillah sangat...

semasa bersembang through ym dengan kawan ni, memori silam bersama menerjah satu demi satu.. kagum dengan ketabahan dia.. saya cuba menjadi pendengar dan memberi sedikit nasihat.. rasanya dengan sedikit nasihat yang saya beri tu, Allah pula m
emberi saya banyak sangat hikmah.. subhanallah...

sebenarnya sayalah yang memerlukan kawan-kawan seperti itu untuk terus hidup..

antara hikmah yang saya personally terima ialah.. em.. sebenarnya saya semakin sibuk dengan komitmen lain hinggakan terasa berat nak melayan one-to one problem..


di atas rasa tanggungjwab, saya ada train beberapa orang junior saya untuk menggantikan tempat saya..

tetapi manusia ni memang Allah swt ciptakan special setiap satu tu kan.. walaucamana saya berharap junior saya tu menggantikan tempat saya, still ada beberapa perkara yang saya tak mampu nak pass over pada orang yang menggantikan tempat saya.. so orang tetap cari saya walaupun ada orang lain yang boleh mereka cari..


saya bertanya
"kenapa saya lagi..??? ni saya.. tu saya.. sampai bila saya mesti tersekat dengan yang ni.. saya nak pergi lebih jauh.." .

Abg Chik (senior saya) menjawab :
"kerana tak semua orang yang membimbing itu mampu mendidik.."

PANG! macam terkena pelempang rasanya kata-kata abg chik tu.. saya tunduk dan menangis.. saya tak ada idea nak membidas kata-kata abg chik.. saya setuju dengan kata-kata tu..


saya muhasabah diri semula.. apa sebenarnya matlamat hidup saya? salah satu impian saya ialah untuk mendalami bidang agama dengan sistematik , efektif & efisien.. saya tak datang dari aliran pendidikan agama.. sebahagian hidup saya saya abdikan untuk menyayangi orang lain.. (klik sini)

ilmu agama yang saya ada terlalu nipis.. saya cuma belajar sendiri-sendiri.. sedikit yang saya tahu, sedikit itulah yang saya cuba sungguh-sungguh amalkan.. terasa kerdil dan jahil bila bersama dengan sahabat-sahabat yang boleh bertutur bahasa arab dengan lancar dan mendengar orang lain mengupas kitab-kitab agama.. terkebil-kebil saya duduk mendengar.. kadang-kadang bila saya BLURR, saya bertanya.. orang tu pulak tak faham soalan saya... huhu..
masih banyak yang perlu saya belajar.......

HIDUP ini sebuah perkongsian...


Terima kasih...

kepada semua sahabat-sahabat yang memberi saya kepercayaan untuk berkongsi kisah hidup mereka..
kepada pembaca-pembaca yang banyak memberi semangat dan nasihat..
kepada mereka yang rajin menghantar bermacam-macam soalan ke email dan hanphone saya..
kepada mereka yang berjumpa saya face to face untuk meminta nasihat dan pandangan..

saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada mereka, sebab tanpa mereka.. tentu saya ibarat tunggul kayu yang tak berguna, menunggu hari untuk mati..

wahai sahabat.. doakan saya untuk terus istiqamah di jalan ini..
wahai sahabat.. walau setinggi mana kita terbang, kita tetap perlu turun ke bumi.. sebab pandangan dari tempat yang tinggi tidak sejelas pandangan dari tempat yang rendah..

selagi terdaya, saya akan cuba membantu.. insya'Allah.. manfaatkanlah saya dan blog ini sebaiknya.. semoga usaha kecil ini mendapat redha Allah di dunia akhirat..

Allah Maha Kaya.. Ya Allah.. kerana aku mendambakan cinta Engkau, aku mencintai mereka.. dan aku mencintai apa sahaja yang Engkau cintai.. bantuhilah aku untuk menjadi setia padaMu… :’-)

Rabu, 15 Julai 2009

benci & sayang kerana Allah?



seandainya terdapat rasa benci atau sayang di dalam hatimu kepada seseorang...
maka periksalah ia dengan teliti..
tanyalah pada dirimu : adakah rasa benci atau sayang itu hadir berlandaskan Al-Quran dan Hadis?
seandainya rasa benci itu hadir berlandaskan Al-Quran dan hadis.. Alhamdulillah.. tahniah! kerana tu maknanya kita sudah membuat sesuatu menurut perintah Allah dan Rasulullah saw..

tetapi.. seandainya rasa benci yang hadir tu bukanlah berlandaskan Al-Quran dan hadis.. sebaliknya mungkin kerana kelemahan, keegoan dan kedegilan kita sendiri.. ketahuilah bahawa kita sedang mengikut hawa nafsu kita...

sayang seribu kali sayang.. seorang sahabat menegur kita lantaran kelemahan diri kita.. kita naik marah dan membenci si dia.. sedangkan kita tahu apa yang dilakukan sahabat kita tu betul..
sayang sungguh... sayang kerana kita membenci orang yang menyayangi kita...

maka...
kembalilah kepada Allah.. jadikanlah taubat sebagai sebahagian dari diri kita.. amalan harian kita.. Rasulullah saw sendiri yang maksum pun beristigfar 100 kali sehari... apatah lagi kita ni yang banyak berdosa ni.... patutnya kene lagi banyak beristigfar..

mohonlah pada Allah supaya hati kita dilembutkan.. dan dibukakan hati kita ni untuk mengasihi orang-orang yang beriman...

bersikaplah dengan sikap yang kita nak orang yang kita sayang buat pada kita.. supaya kita disayangi..


tetapi pastikan perbuatan tu berlandaskan Al-Quran dan Hadis..
jika Al-Quran dan Hadis membenarkan sesuatu tu, kita kene membenarkan ia walaupun rasa sangat-sangat benci perkara tu...
dan jika Al-Quran dan Hadis membenci sesuatu, kita kene membenci perkara tu walaupun kita sangat-sangat suka perkara tu...

kesimpulannya... sayangilah dan bencilah sesuai dengan kehendak Allah dan Rasulullah saw...

seandainya kita mengasihi seseorang sedangkan Al-Quran dan hadis membencinya, maka kita telah mengikuti hawa nafsu kita...

dalam surah Shaad :38, Allah berfirman :
"Hai Daud,
sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi,
maka berilah keputusan di antara manusia
dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu,
kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah
akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan."

Isnin, 13 Julai 2009

sulaman kasih berbenang perjuangan... :)

mata dah tak boleh nak buka.. ngantuk tahap maksimum.. semalam drive sampai pukul 2malam dari selangor.. keesokkannya pula pukul 8pagi dah bertolak ke UTP.. selepas selesai misi di pagi hari, bersambung ke misi petang.. ke sabak bernam pula.. ngantuk.... zzz

bila mengintai ke cermin tengah, la... diorang dah tidur..huhu..
nasib baik mak cu tak tidur.. dia la yang bersembang supaya driver (saya la) ni tak tidur..

setelah selesai misi di petang hari.... ternyata mata sudah gagal menahan dari tertutup..
"nak pergi tepi laut..."pujuk saya.

"nak nasi lemak.. nasi lemak yang kita pernah makan dulu di tepi laut..."sambung saya lagi..

ish3.. mata ngantuk tapi boleh lagi nak makan.. masa tu ternampak sign board Bagan Nakhoda omar.. serta merta teringat zaman kanak-kanak dulu makan nasi lemak di tepi pantai.

"tak da nasi lemak la petang-petang ni.."sampuk mak cu.

kami semua dah solat jamak taqdim kecuali makcu.. so... singgahla di tepi laut.. makcu pergi solat asar sementara saya dan romlah, berkelah di atas batu..


"bahagianya...!" romlah happy..
hehe.. suka tengok dia happy.. tenangnya rasa melihat laut yang luas seolah tak bertepi.. ada ikan belacak melompat-lompat.. ada belangkas.. ada ular air.. ada ikan buntal yang mati.. burung-burung... subhanallah...

sungguh Allah Maha Bijaksana.. Dia menciptakan alam yang sangat indah ni... kombinasi warna awan, laut, pokok bakau, batu.. cukup harmoni warnanya...
damainya rasa..

selepas solat asar, makcu datang kepada kami bersama mak.. lepas makan, kami meneruskan misi di malam hari.. mak pulak drive.. sebab bateri saya dah habis (tertidur)..

sedar-sedar je dah pukul 1 malam di atas katil.. bangun tidur, mandi, solat dan baca buku yang dibawa dari rumah.. kisah Mariam ibu nabi Isa a.s.. (tajuk buku : wanita syurga & wanita neraka)

kemudian hampir pukul 4pagi, tertidur di ruang tamu bersama buku .. bila terjaga sudah pukul 5.30pagi.. emak sedang duduk di sebelah saya sambil bertelekung(dia sedang tunggu azan subuh)..

bermulalah hari seterusnya..

ni contoh salah satu produk yang bakal menjadi bisnes kami.. tempahan sulam online... ada lagi beberapa produk lain.. sekarang ni semuanya masih dalam proses..

walaupun penat berniaga ni, tapi rasa puas sebab dengan cara ni dapat mengaplikasikan pendekatan 'berdakwah dan berniaga bergerak seiring'.. saya tak tahu bagaimana caranya seseorang itu kalau nak pergi berdakwah tanpa dia ada duit untuk support dakwah dia.. tapi ada kan orang yang macam tu..

mencari rezeki yang halal itu kewajipan.. dalam hidup ni, hubungan dengan Allah kene sentiasa dijaga.. barulah hidup berkat..
saya berharap dengan saya bekerja ni, dapatlah saya membolehkan diri saya istiqamah di medan dakwah ni... amin...

Hayati firman Allah yang bermaksud:

Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(al-Talaq: 3).

Umar al-Khattab ada menyebut:
"Aku hendak mati ketika jihad fisabilillah dan kalau tidak dapat, aku mahu mati ketika sedang berniaga".

Khamis, 9 Julai 2009

suara dakwah dari celah lorong maksiat...

oh sayang...

ikhlaskanlah hatimu...



untuk mencari redha Allah...



PULAU PINANG – last week saya bersama-sama sahabat lain telah melakukan tinjauan dan pemetaan lokasi bermasalah di pulau pinang.. kami bergerak di bawah pemantauan abg amir dari Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) dan Ustaz Kamaruddin Kassim dari Unit Gejala Sosial Negeri Kedah..



Tinjauan aktivis LANDAS di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan didapati ramai anak muda melayu terlibat dengan seks bebas, hidu gam, ketagihan arak jenis Thai Song, Thai Girl, Thai Siam, Song Kala, kumpulan black metal dan lain-lain..



Pihak aktivis LANDAS telah memulakan kerja lapangannya membuat pemetaan lokasi bermasalah untuk membantu negeri Pulau Pinang membendung gejala sosial daripada merebak lebih membarah lagi. Sukarelawan LANDAS akan bekerjasama mana-mana kerajaan negeri yang berminat untuk mengatasi gejala sosial dan mungkarat ini khususnya di kalangan anak muda melayu Islam. Pihak MAIPP telah memberikan komitmen untuk bersama menubuhkan Sekretariat Menagani Gejala Sosial peringkat negeri Pulau Pinang dengan melibatkan semua NGO Islam dan jabatan-jabatan kerajaan peringkat negeri Pulau Pinang.









di kompleks ini aktivis LANDAS menemui botol-botol arak, tin gam, kondom dan lain-lain aktiviti tidak bermoral. Temubu kami dengan perniaga melayu di kompleks ini 100 peratus anak muda melayu yang lepak di kawasan ini dengan melakukan kerja-kerja tidak sopan.



Di sebalik Tabir Latihan Gerak Masyarakat.... (kisah saya dan kerja saya...)

lillah minta maaf kepada pembaca-pembaca blog lillah yang bertanyakan tentang 'new entry' .. ada yang sms bertanyakan tentang 'bila nak post new article'.. lillah tak sempat nak balas sms tu.. lebih seminggu lillah terlibat dengan latihan gerak masyarakat... dan terlalu banyak perkara yang bermakna lillah lalui... alhamdulillah...



Pada saat jiwa ni tercari-cari sesuatu , Allah menemukan saya dengan PPM.. di sini saya dapat terlalu banyak yang yang saya perlukan.. yang terlalu bermakna.. yang tak dapat saya nak gambarkan dengan kata-kata… saya berharap di kesempatan yang ada ni, dapatlah saya memberi semula kepada adik-adik yang ada di sni seperti mana yang kakak abang pernah beri pada saya dulu….







masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.. sambil makan sambil diskusi apa tugasan yang perlu dilakukan.. Kita tak da banyak masa utk termenung, utk boring, utk malas.. kita ketandusan pendakwah yang bukan sekadar berceramah di dalam dewan atau di masjid tetapi pendakwah yang dakwahnya mengalir di celah-celah lorong gelap tempat anak-anak berzina, tempat anak-anak menghisap gam, tempat anak-anak mabuk dengan arak…





undercover... ada brother yang terpaksa berlakon konon-kononya mahu membeli video lucah.. terima kasih di atas lakonan berbakat tu.. maklumat yang sangat beharga... fuhh...memang mencabar iman....

kitorang muslimat pun jadi penyiasat jugak.. masuk celah bangunan terbiar buat rakaman video dan ambil gambar.. interview orang... paling tak dapat lupa ialah masa interview maknyah di malam hari... kami mencari maklumat sebanyak mungkin supaya dapat pemetaan yang lengkap..

so masuk la tempat yang memang menjadi lokasi (port) bermasalah...





ni karaoke jamban... (nama ni ust kamaruddin bagi...hehe)



ada tonto yang mengawal pusat-pusat hiburan ni.. so kami perlu berhati-hati..



ini fesyen punk.. punk, gothic, emo bukan sekadar fesyen tau... ada idealisme yang songsang di sebalik fesyen ni... dan ia mengugat akidah...



lillah yang berbaju pink.. sedang buat-buat tanya pada seorang adik yang ponteng sekolah.. di sebelah nya tu ada seorang pengkid bersama seorang gadis..



mantan PPM, saiful bersama iklan pelacur... banyak sangatlah iklan pelacur kat sini.. tak sanggup nak upload semua.. sangat-sangat banyakkkkk.... serius...





ada tempat tidur di celah sampah... milik siapakah? buat apakah di sini? jawablah sendiri..



banyak botol arak bersepah di sekitar kompleks dan di dalam kompleks..



cun nya... haram ya dik....



lillah ada buat slide show bertajuk 'kelakuan seks dan pornografi'.. SESIAPA YANG BERMINAT NAK TENGOK, BOLEH EMAIL minta pada lillah di kha_lillah@yahoo.com.sg



moga perkongsian ni bermanfaat... lillah buat slideshow ni free.. utk tujuan pendidikan (tarbiyyah& dakwah) .. dan ianya free...



REALITI HARI INI...

SAMA ADA ANDA SEDAR ATAU TIDAK...



BILA MAKSIAT DIANGGAP BIASA..

BILA BIBIT-BIBIT AWAL YANG MENGUNDANG ZINA DIANGGAP BIASA

APABILA ZINA DIANGGAP RINGAN...



YANG HARAM DIANGGAP HALAL...

WAJARKAH 'LADIES' NIGHT 18SX INI DIIKLANKAN?



MAKA TIDAK HAIRANLAH......

STATISTIK UNIT KERJA SOSIAL HOSPITAL SEBERANG JAYA :

Purata 6 KES anak luar nikah diterima SETIAP HARI
Purata 100 KES anak luar nikah diterima SEBULAN
95% adalah kes anak melayu……






oh sayang... marilah berdakwah bersamaku....







Selasa, 7 Julai 2009

tag dari nusaibah

lillah telah di tag.. ni kali pertama lillah menjawab tag.. kesian adik yg tag lillah ni, maap dik.. akak busy lately ni.. akak cubala jawab mana yang bole.. ukhwahfillah :)



1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
dakwah.... (amar maruf bergerak seiring dgn nahi mungkar)


2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
kertas A4 kosong


3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
erm.... emmmmmmm kat mana ? mmmm.. kat umah anak yatim .. hehe kenduri ada ramai budak2 main lari-lari baru meriah... hehe



4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
hubungan dgn sape? wallahualam....



5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
ye.. dgn jalan dakwah.. nak sehidup semati dgn jalan ni.. amin.. :)



6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
kedai tomyam apatah nama dia.. kat depan rumah kak teh.. :)



7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
buku kedai online.. hehe..


8. Nama penuh anda?
nur khalilah rasyidah bt abd karim... (maksud nama = cahaya teman sejati/kesayangan yg cerdik..)



9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
mak...



10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
Rasulullah saw... heee... rindula.....


11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
ramai sgt.. semua kwn2 ppm palg rapat... kakak abang senior.. geng MT... geng foya2.. ramaila.... semua pun rapat & sayang sgt2!! :D



12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
mesti ar... takde bibik nak tolong...


13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
Firdaus ~~



14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..

Nusaibah Hasbullah..

kawan blogger..

ada fikrah..

ada kucing cute di blog dia.. sukanya..... ;)


blog dia kaler hitam... nice...


15. 8 perkara yang saya gilai..
main kucing, baca buku, blogging, usrah, uzlah tazkiyah, meeting, shopping utk org lain, jalan2...



16. Pelukan atau ciuman?
bergantung dgn siapa..


17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
buku2 utk mengisi jiwa...


18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
apatah.. tak ingat.. tak brapa fokus masa org len pasang lagu... yang pasti lately ni dengar lagu mentari senja..


19. mari main TAG 8 orang lain.
akak tak sempat la nak main... huhu.. akak main sampai cni je eh... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....