Ahad, 19 Julai 2009

akulah sebenarnya yang paling memerlukan.... :'-(



siapa sangka di sebalik keletah kanak-kanak ribena dia, tersimpan seribu satu kisah duka.. serta merta saya teringatkan gelak tawa dia.. Ya Allah.. 2 tahun saya kenal dia, tapi sebenarnya saya memang masih belum kenal dia.. si gadis ceria dan comel ni kawan saya semasa belajar dulu.. kami selalu ke kuliah agama bersama-sama.. dia selalu bertanya pada saya tentang persoalan-persoalan aurat, adab dan pandangan dari saya sepanjang kami bersama.. most of the time, saya selalu beri dia motivasi or tazkirah sepanjang kami berjalan.. jarang saya bertanya tentang kehidupan peribadi dia.. apa yang dia rasa saya perlu tahu, dia boleh beritahu saya, itu sahaja.. saya tak suka mengorek kisah peribadi orang lain..

kali terakhir saya bertemu dia 6 bulan lalu (lebih kurang la..) dan tiba-tiba saya menerima offline msg beserta email dari dia.. ofcourse saya sangat happy mendengar khabar dari kenalan yang lama dah tak dengar berita.. dan semasa kami ym, dia minta supaya saya
tolong dengar luahan hati dia sebab dia dah tak tau nak cakap pada siapa (sebab kes dia ni berat) dan dia dah tak keruan sekarang..

kelihatan seolah kawan ini lah yang memerlukan saya untuk terus hidup...

serius.. kes dia serius.. dia mengalami gangguan seksual yang saya rasa kalau sesetengah orang terima, boleh gila dibuatnya.. Alhamdulillah kawan saya ni ada iman di hati.. Alh
amdulillah sangat...

semasa bersembang through ym dengan kawan ni, memori silam bersama menerjah satu demi satu.. kagum dengan ketabahan dia.. saya cuba menjadi pendengar dan memberi sedikit nasihat.. rasanya dengan sedikit nasihat yang saya beri tu, Allah pula m
emberi saya banyak sangat hikmah.. subhanallah...

sebenarnya sayalah yang memerlukan kawan-kawan seperti itu untuk terus hidup..

antara hikmah yang saya personally terima ialah.. em.. sebenarnya saya semakin sibuk dengan komitmen lain hinggakan terasa berat nak melayan one-to one problem..


di atas rasa tanggungjwab, saya ada train beberapa orang junior saya untuk menggantikan tempat saya..

tetapi manusia ni memang Allah swt ciptakan special setiap satu tu kan.. walaucamana saya berharap junior saya tu menggantikan tempat saya, still ada beberapa perkara yang saya tak mampu nak pass over pada orang yang menggantikan tempat saya.. so orang tetap cari saya walaupun ada orang lain yang boleh mereka cari..


saya bertanya
"kenapa saya lagi..??? ni saya.. tu saya.. sampai bila saya mesti tersekat dengan yang ni.. saya nak pergi lebih jauh.." .

Abg Chik (senior saya) menjawab :
"kerana tak semua orang yang membimbing itu mampu mendidik.."

PANG! macam terkena pelempang rasanya kata-kata abg chik tu.. saya tunduk dan menangis.. saya tak ada idea nak membidas kata-kata abg chik.. saya setuju dengan kata-kata tu..


saya muhasabah diri semula.. apa sebenarnya matlamat hidup saya? salah satu impian saya ialah untuk mendalami bidang agama dengan sistematik , efektif & efisien.. saya tak datang dari aliran pendidikan agama.. sebahagian hidup saya saya abdikan untuk menyayangi orang lain.. (klik sini)

ilmu agama yang saya ada terlalu nipis.. saya cuma belajar sendiri-sendiri.. sedikit yang saya tahu, sedikit itulah yang saya cuba sungguh-sungguh amalkan.. terasa kerdil dan jahil bila bersama dengan sahabat-sahabat yang boleh bertutur bahasa arab dengan lancar dan mendengar orang lain mengupas kitab-kitab agama.. terkebil-kebil saya duduk mendengar.. kadang-kadang bila saya BLURR, saya bertanya.. orang tu pulak tak faham soalan saya... huhu..
masih banyak yang perlu saya belajar.......

HIDUP ini sebuah perkongsian...


Terima kasih...

kepada semua sahabat-sahabat yang memberi saya kepercayaan untuk berkongsi kisah hidup mereka..
kepada pembaca-pembaca yang banyak memberi semangat dan nasihat..
kepada mereka yang rajin menghantar bermacam-macam soalan ke email dan hanphone saya..
kepada mereka yang berjumpa saya face to face untuk meminta nasihat dan pandangan..

saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada mereka, sebab tanpa mereka.. tentu saya ibarat tunggul kayu yang tak berguna, menunggu hari untuk mati..

wahai sahabat.. doakan saya untuk terus istiqamah di jalan ini..
wahai sahabat.. walau setinggi mana kita terbang, kita tetap perlu turun ke bumi.. sebab pandangan dari tempat yang tinggi tidak sejelas pandangan dari tempat yang rendah..

selagi terdaya, saya akan cuba membantu.. insya'Allah.. manfaatkanlah saya dan blog ini sebaiknya.. semoga usaha kecil ini mendapat redha Allah di dunia akhirat..

Allah Maha Kaya.. Ya Allah.. kerana aku mendambakan cinta Engkau, aku mencintai mereka.. dan aku mencintai apa sahaja yang Engkau cintai.. bantuhilah aku untuk menjadi setia padaMu… :’-)

6 ulasan:

  1. Terima kasih Lillah. Ok dah skrg...:D

    BalasPadam
  2. salam.

    idup sling memerlukan.
    ini dinamakan persahabtn-perkongsian:)

    BalasPadam
  3. to ana fyruz...

    subhanallah...;)

    p/s : u were there masa abg chik ckp ngan lillah tu..

    BalasPadam
  4. to arnamee

    wslam...

    btul tu..


    Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu
    ketika kamu memerlukan dukungan.
    walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain
    yang lebih menguntungkan.

    Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal,
    terikat kepadamu ketika kamu berkata,
    " Tinggalkan aku sendiri ".

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....