Sabtu, 28 Februari 2009

bila berkasih kemudian terluka...



niat sangat penting dalam hidup kita...


dan menselarikan usaha dengan niat paling penting...


ramai org berniat betul tapi cara songsang..


so hasilnya songsang...


pesan kepada diri sendiri dan mereka yang sedang mempunyai teman tapi mesra (buah hati)


peliharalah diri & org2 yg tlibat dari fitnah...


masa berkasih segalanya indah..


dan kita sering terlupa yang hubungan tu tak semestinya berpanjangan... lepastu terluka...



sahabat2ku...


dalam kita merancang.. kita berusaha.. kita berdoa... dan kita mengharap...
segalanya sudah di usahakan.. namun bagai tak nampak jalan keluar..
setiap kali ternampak secebis cahaya.. cahaya itu memberikan kita satu harapan yang kita akan temui jalan keluar dari kegelapan..
namun tiba2 cahaya itu hilang... kita pun kecewa..

bukan Allah tak mahu memberi pada hambaNya ini.. bukan Allah tak mampu memenuhi permintaan hambaNya ini.. bukan Allah tak sayang pada hambaNya ini..

cuma Allah tahu masa yang terbaik.. dan keadaan yang paling baik untuk Dia tunaikan permintaan hambaNya ini..

dan setiap kali sesuatu yang pernah Dia beri, diambil semula... usah meratap kehilangan sesuatu itu kerana di situlah nampak amnahnya kita.. Dia meminjamkn dunia ini untuk kita.. orang2 yg kita sayang.. juga pinjaman utk kita.. sampai masanya mereka harus dikembalikan pada pemilik sebenar mereka..

persoalannya adakah sepnjng saat ketika kita meminjam mereka2 itu..adakah kita memanfaatka mereka sebaik mungkin?
atau kita sedang mensia2 kan mereka?
atau kita sedang terleka dgn mereka?

semalam usrah sisters... (kagen sama kakak2 senior...)

dlm usrah tu ada discuz bab niat..




orang beriman tidak akan membuat sesuatu dengan niat saja-saja...
kalau mereka nak keluar rumah pun mesti ada sebab walaupun just berjalan2 di shopping complex.. bukan saja2.. niat kerana nak merelease tension ke.. nak windows shopping ke.. nak rapatkan ukhwah dgn kawan2 ke... dan semua tu dibuat sambil merasa kehadiran Allah di hati.. ada yg sdg memerhatikan aku.. ada yg sedang mengawal aku... maka kena berwaspada sentiasa... jangan buat Dia marah... gembirakan Dia...



best nyer jadi orang islam ialah setiap sesuatu perkara dlam hidup kita boleh jadi ibadah dan mendapat berkat dan rahmat serta ganjaran melalui niat.. nak melangkah kaki keluar rumah,.. niatkan keluar kerana ada tuntutan utk ilmu ke,kerja ke.. mencari ilmu krn Allah.. kerja krn Allah.. dah dpt pahala.. then ikut syariat.. kita sendiri pun tahu perempuan ni mudah dikaitkan dengan fitnah.. jadi peliharalah diri dari timbulnya fitnah.. make sure bila keluar rumah tu pakaian kita lulus piawaian syariat.. lokasi yang kita nak pergi tu selamat.. adakah ada tuntutan utk berteman ke tempat tu atau sendiri2.. semua ni kita kene decide sendiri.. kita mungkin tahu semua ni.. cuma kita tak praktikkan je...


back to topic..




sahabat2ku yg disayangi....

berfikirlah dengan matang.. berfikirlah panjang sebelum membuat keputusan...

jagalah hati.. jagalah diri... ingat maruah mak ayah kita.. maruah agama kita.. dan ingatlah setiap yang kita lakukan akan dipersoal oleh Allah..


usah permainkan perasaan insan lain kerana kita juga tak mahu disakiti..

usah kita berbohong kerana suatu hari nanti kebenaran akan terlerai..

usah kita terus berdegil.. kalau kita tahu kita salah, akuilah dan berusahalah memperbaiki diri..

Ya Allah.. diri kami ini milikMu... dari Mu kami datang dan kepada Mu kami kembali.. Leburkanlah segala permintaan hati kami yang sia2.. dan gantikanlah dengan yang lebih baik untuk kami kerana Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk kami...




Selasa, 24 Februari 2009

munajat seorang daie dalam harinya..

Rahmah,..bererti kasih sayang…

kasih sayang itu meliputi kasih sayang dalam akidah, syariat, dan akhlak.. Kita boleh melihat kasih sayang islam itu ada dlm sluruh aspek kehidupan, sehingga kasih sayang itu menjadi ciri khas masyarakat islam, baik terhadap sesama manusia, haiwan, tumbuhan.. bahkan terhadap benda mati sekalipun.. bukankah ada seorg wanita yg dimasukkan ke neraka krn kucing yg diseksanya? Sebaliknya.. ada seorang pelacur masuk syurga krn belas kasihannya pada seekor anjing.. semua ini pernah disabdakan oleh Rasulullah saw..

Allah berkehendak mengingatkan kita tentang perihal kasih sayang ini dalam sehari sebanyak 17 kali, yakni ketika kita menunaikan solat fardhu.. iaitu terdapat dalam surah Al-Fatihah.. jika kita baca surah tersebut, maka kita akan memperoleh beberapa manfaat yang besar, antaranya:

  1. Sesungguhnya orang yg berada di jalan dakwah dan memulainya dengan asma Allah itu harus berakhlak dengan akhlak ar-Rahman & ar-Rahim.. iaitu menjadi seorang yang pengasih dan penyayang..

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” (Al-Fatihah: 1)

krn risalah islam itu merupakan rahmat bagi alam semesta. Rahmat dlm struktur dan nilainya yg dapat menghilangkan kesulitan dan beban, iaitu dengan akidahnya. ..

“Segala puji bagi Allah, Tuhan (Yang Mendidik) semesta alam.” (Al-Fatihah: 2)

Juga rahmat dlm menyebarkan keadilan dan kebajikan serta memenuhi hajat kerabat, iaitu dengan syariatnya. Juga menyempurnakan akhlak mulia dengan segala keutamaannya. Jika Rasulullah saw merupakan rahmat yang mendapat petunjuk, maka demikian juga dengan para sahabatnya dan pengikut beliau setelahnya. Allah berfirman,

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka… ” (Al-Fath: 29)


Maka barangsiapa ingin mendakwahi manusia ke jalan itu, iaitu jalan rahmah.. hendaklah ia bersikap kasih sayang terhadap mereka yang ingin didakwahinya.. kerana orang2 yang bersikap kasih sayang itu akan mendapat kasih sayang dari Allah yang maha Rahman, dan barangsiapa bersikap kasih sayang terhadap manusia di bumi, maka dia akan dikasihi oleh yang ada di langit..

“Yang Maha Perngasih lagi Maha Penyayang. Lagi mempunyai hari pembalasan.” (Al-Fatihah: 3-4)

Rahmah, kasih sayang tak akan wujud kecuali setelah kita memberi tumpuan terhadap mereka yang ingin kita dakwahi.. maka janganlah kita membenci mereka.. tapi tanamkanlah sifat kasih sayang terhadap mereka sehingga kita boleh memahami mereka dan membawa mereka kepada yang lebih baik.,.. hanya hati yang tulus yang dapat menyentuh hati lain…

2. Hendaklah seorang daie itu menjadikan usahanya untuk memberikan kasih sayang itu berdasarkan 2 cara:

a) Beribadah ikhlas kerana Allah.. Apabila sesuatu dilakukan keranaNya, yang berat terasa ringan.. yang pahit terasa manis dan yang panjang terasa singkat…

b) Memohon pertolongan kepadaNya… hati manusia Allah yang pegang.. Walaupun kita berusaha gigih hendak menyentuh hati saudara kita itu, tetapi hidayah itu tetap milik Allah… maka mintalah pada Allah supaya hati-hati yang ingin kita seru kejalan dakwah itu menerima hidayah Allah…

Allah berfirman

“Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.” (Al-fatihah : 5)

Maka semakin dekat seorang daie kepada Rabbnya, semakin banyak rahmat yang akan diperolehinya.. Yakin dan percayalah bahawa dalam jalan dakwah yang dijanjikan dengan onak duri ini, kita akan sering terhimpit dan dihimpit… maka mintalah padaNya bimbingan dan perlindungan serta jalan keluar dari sesuatu masalah.. pada saat-saat kritikal yang tiada siapa mampu menyelamatkan kita, Allah lah sahaja yang mampu menyelamatkan kita…


3. Hendaklah seorang daie mengetahui jika dia berbuat demikian bererti dia telah mengikuti jejak langkah orang2 yang diberi nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi, siddiqin syuhada’, dan orang2 soleh. Oleh kerana itu dia selalu memohon kepada Allah agar Allah berkenan memberi nikmat kepadanya..

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat.” (Al-Fatihah: 6-7)

Demikianlah pada tiap rakaat seorang daie mengingat sifat-sifat yang wajib dimiliki.. yakni sifat2 yang ada pada diri Rasulullah saw sebagai sumber tauladan…Itulah dia munajat yang kita ulang ulangkan dalam solat kita setiap hari... moga kita sama-sama terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa bagi menjaga kualiti usaha dakwah kita…

.

Isnin, 23 Februari 2009

tahukah kalian betapa kasihnya diri ini pada kalian?

-->
Subhanallah... hebat sungguh kawan2 lillah.. bersatu hati di saat suka duka... saling tolong menolong dan melengkapi.. ya Allah… kan best sangat kalau sampai bila-bila kita semua sentiasa bersama-sama.. sampai bila-bila... ukhwahfillah abadan abada..kami semua different courses.. disatukan di bawah kerja dakwah.. di sebalik gerakan Perkhidmatan Khidmat Masyarakat USM… lillah jurusan teknologi industri, nini jurusan fizik gunaan, romlah jurusan international business, fairuz fizik tulen… dan brother kami yg paling banyak berjasa ngan kami minggu desperate ni.. si saiful jurusan pendidikan fizik math…sebab dia bgi pinjam motor dia (motor yg banyk berjasa)
Motor tu tough.. kene train tahan lasak :p

Dlm masa 3 hari lagi romlah akn memulakan pengajian di Binus University Jakarta.. dan masyaAllah ujian yang datang sangat banyak.. banyak kali dah air mata romlah mengalir… Alhamdulillah ada kawan2 yang sentiasa setia di sisi.. saat2 susah macam ni la baru kita tahu yang mana kaca yang mana permata... dan Alhamdulillah permata2 yang Allah kurniakan di sekeliling lillah ni semuanya sangat2 bernilai…. Kilauannya membuatkan hati ni sangat2 terharu dan bersyukur sangat…

Thank you very much pada kak shida sebab tolong guna kredit kad mak dia untuk belikan tiket flight…
thank Q kepada mak lillah yang akan fetch romlah dari stesen bas jalan duta esok dan teman romlah pada saat2 akhir sblum romlah bertolak ke indon… nampaknya mak je la yang akan melambai romlah masuk kastam di KLIA esok…. Mak.. kakak hargai sebab mak anggap kawan2 kakak macam anak2 mak sendiri….
Terima kasih pada abah tersayang sebab sanggup tunggu romlah di airport Jakarta dan akan hantar romlah ke hostel…lega rasanya ada abah..
malam tu abah akan rushing ambil last flight untuk balik Malaysia…lega rasanya , kalau tak risaukan keselamatan romlah.. seorg diri di ngara orang….
Alhamdulillah..

Terima kasih pada family farhana sebab jadikan romlah sebagai keluarga mereka.. susah payah mak ayah farhana datang ambil barang2 romlah untuk letak di rumah mereka….
Romlah memang sangat2 memerlukan pertolongan ni sebab rumah dia jauh...

Fairuz sahabat ku sayang...mekasih sebab always by myside pada saat susah senang. Dan mekasih sgt2 sebab pada saat2 sahabat2 kita memerlukan bantuan, fairuz always there… dan most of the time back up lillah…fairuz ni jenis selamba dan rilek.. takde lessen..tapi
selamba bawa motor.. merempit hantar romlah dan nini ke sana ke mari untuk menguruskan mcm2 hal penting di bawah matahari panas, dalam hujan… dan hampir terlanggar kereta.. Alhamdulillah umur panjang.. good luck & all the best utk fairuz.. minggu dpn fairuz ada byk test… Semoga Allah mempermudahkan urusan fairuz..amin..

cik motmot nini… kawan yg special.. yang sgt memahami diri lillah.. tak perlu cakap pun dia dah boleh detect apa yang terbuku dalam jiwa lillah.. sayang motmot.. saya ni jenis yg ceria2.. dan susah dikesan kalau dlm sedih.. mekasih motmot sbb ada di sisi sahabat2 lillah waktu lillah takde nak tolong deorang.. bilik nini dah macam bilik kami dah.. situ meting.. situ study.. situ berehat2… segala2nya la…
I really appreciate u!

Romlah my dearie.. selamat belajar.belajar sungguh2… kami semua mendoakan kejayaan romlah… kami semua sayangkan romlah… dan kami nak yg terbaik utk romlah.. ini je la bantuan yg sahabat2 dpt bagi pd romlah... romlah.. terimakasih sbb hadir dlm hidup lillah walaupun utk seketika... terima kasih krn memberi kepercayaan pd lillah.. terimakasih krn berkongsi kisah hidup dgn lillah…
Personally, banyak yg lillah belajar dari romlah.. especially tentang kepercayaan..
malam semalam kami berdua bersembang sampai 2 pagi di atas tangga.. tak sedar dah lewat malam.. tiba2 pak guard dtg & suluh lampu.. terkejut kami.. hehe
masa tu lillah belajar betapa pentingnya untuk kita jangan sesekali menodai kepercayaan seseorang.. jangan mempermainkan perasaan seseorang.. dan jangan berjanji kalau tak mampu menunaikannya…
mcm2 sms lillah terima dari sahabat2 bertiga ni... si fairuz, nini & romlah... dan semua nak jumpa lillah.. tapi lillah asyik busy jer… asik meting uruskan projek2 PPM kita yang banyak cabaran dan dugaan…mekasih sbb memahami lillah dan amanah yang lillah pikul ini.. mustahil lillah mampu laksanakan amanah ini sebaiknya tanpa kalian…
rasa bersalah mencengkam diri lillah sebab selalu dapat berhubung dalam telefon je dgn kwn2… tak dapat sama2 selalu.. dan bila hari dah malam.. nak pukul 12 malam barulah lillah sempat meluangkan masa (habis meting/discussion) untuk pergi bilik kawan2 tu.. jumpa deorang… dengar luahan deorang.. melihat deorang menangis… memberi semangat semula kepada mereka dan kembali ketawa bersama-sama….
Banyak lagi amanah yg harus kita settelkan….
Menangislah puas2.. kemudian bangkitlah semula dgn semangat dan azam yang baru…..
Buat my wonderpets:
Tahukah kalian betapa kasihnya diri ni pada kalian..
Tahukah kalian betapa hebatnya kasih Allah…
Tanpa kasihNya kita tak akan bertemu…
Biarpun ombak merubah pantai.. Biarpun hari berganti hari..
Hanya pada Allah sahaja tempat kita bergantung…
Ingat Dia selalu.. Dia dekat...

Sabtu, 21 Februari 2009

be postiv.. be thankful..


dedikasi buat sahabat2 & adik2 yg dikasihi.. senyum2 sayang semua..
:)
jaga diri baik2.. (zahir dan batin nyer tau...) no matter betapa stress sesuatu keadaan tu... always remember to take it positively... kalau kita sedih2 pun, keadaan tak akan berubah.. so baik kita happy2... senyum di waktu senang tanda hati yg bersyukur.. senyum di waktu susah tanda hati yg redha..

always think positv..
postv thinkers (org yg bfikiran postv) will have extra power..

terimalah dirimu seadanya... terimalah dirimu seadanya... terimalah dirimu seadanya..

tak mengapa jika diri tak sempurna.. tak mengapa jika diri tak cukup comel... tak mengapa jika diri tak cukup ilmu... tak mengapa jika diri tak cukup pengalaman... tak mengapa jika diri tak cukup kemahiran..
Allah menciptakan manusia ini unik.. pengertian 'sempurna' terlalu subjektif.. .
sebab tu kita sesama manusia tak boleh hidup sorang2.. tak boleh individualistik... sebab banyak yg kita kena belajar dari org lain.. banyak yang kita perlukan dari orang lain... walau camana hebatpun kita, kita tetap perlukan org lain... rendahkanlah diri.. jadilah diam2 ubi berisi.. bukan diam2 besi berkarat..

org yg hebat tapi tak dapat dimanfaatkan oleh org lain yg memerlukan ibarat barang perhiasan.. mahukah kita cuma menjadi hiasan?

org yg hebat & dpt memberi manfaat kpd orang yg memerlukan ibarat barang keperluan hidup.. tak de dia, hidup susah.. always in demand..

pd saat susah, barang2 hiasan la yang kita akan abaikan.. sbb kita sure akan utamakan barang keperluan..

apa yang penting sentiasa top up ilmu, upgrade iman & takwa, download sabar & istiqamah...


bersangka baik lah dgn Allah.. Dia adalah spt apa yg kita sangkakan.. kita merancang... Dia pun merancang... Tapi perancangan Dia adalah yg terbaik... Kumpulkan segala keserabutan di dalam sebuah genggaman dan tadahkanlah tangan tu kpd Allah.. jalanan yg panjang bersimpang haluan bagaikan daerah yang tak bersempadan.. kuat.. kuat.. adik2 & sahabat2 kene terus kuat...

1lg akak nak pesan....

walau macam mana tengah sedih atau tengah 'down'.. kita jgn stop motivate others.. bagi semangat & nasihat pd org lain.. keep it up.. teruskan.. sebab Allah dah janji akan membalas segala kebaikan & keburukan walaupun sebesar zarah... so permudahkan urusan org lain supaya Allah pemudahkan urusan kita..
gembirakan orang lain supya Allah gembirakan kita.. dan paling best ialah.. tanamkan azam dan usahakanlah supaya bila kawan2 kita teringat kat kita , mreka akan teringat pd Allah..

pada Allah diriku meminta..
kuatkanlah diriku, sahabat2ku & adik2ku untuk memberi yang terbaik pada Mu pada setiap amalan dalam hidup kami...
Kami tak sempurna.. Hanya Kau yang sempurna.. Sempurnakanlah urusan kami ya Allah.. amin ya rabb...

Khamis, 19 Februari 2009

bila perempuan yg mencari jodoh....

Ana FyruZ has left a new comment on your post "cinta, bercinta & percintaan":

salam lillah. Nice artikel.

Nk tanya boleh?

Untuk mendapat sstu kita perlu berusaha ke arah itu bukan?? Baru redha tawakal.

Bgaimanakah bentuk usaha yang sesuai bagi seorang wanita solehah dalam mencari bakal suaminya ?? Highlight di sini, sekiranya sudah jumpa, apa langkah seterusnya.
Dalam konteks islam.

Saya yakin dalam umur menjangkau 2o lebih ini, isu ini tidak boleh di pandang remeh. Ia harus selari dan di bawa sama bijak bersama2 isu2 lain. Wallahualam.

My comments:

W’salam fyruz..

Dlm usaha mencari jodoh atau nikah ni, adat lebih menguasai masyarakat Melayu. Kekadang amalan tersebut tidak rasional dalam menangani masalah masyarakat…

hm.. reality masyarakat kita naik turun masjid dan surau atau bertandang ke pusat pengajian tinggi mempelajari ajaran Islam, namun masih banyak perkara yg didengari & dipelajari ditinggalkan dlm minda sebagai teori shj dan tidak dibuat aplikasi di dalam kehidupan mereka. bila keluar masjid, surau dan Pusat Pengajian Tinggi dan balik ke kampung masih sukar menghapuskan sesetengah adat yg telah turun temurun diamalkan, walaupun adat tersebut merugikan mereka sama ada di dunia dan di akhirat…

Kalau kita merujuk kepada hukum Islam dalam hal nikah kahwin ini, ibubapa berkewajipan mengahwinkan anak perempuan mereka iaitu melaksanakan ijab kabul( akad nikah ).
Kewajipan terhadap anak lelaki memadai memberi sokongan dan keizinan bagi melicinkan urusan sahaja , tidak perlu mewalikan pernikahan dan tidak terlibat dalam ijab kabul. Ini adalah suatu gambaran bahawa kewajipan ibubapa terhadap anak perempuan melebihi kewajipan mereka terhadap anak lelaki. Tetapi pelaksaannya menjadi sebaliknya pula, di sini kita tidak menyentuh tentang besar kecilnya majlis kenduri yang diadakan.

reality hari ini golongan muda mudi mostly mencari jodoh sendiri tidak perlu penglibatan ibubapa pada peringkat awalnya tetapi tugas mengawasi mereka masih wajib.. Apabila mereka setuju sesama mereka barulah ibubapa campurtangan dan ambil alih urusan meneruskan rancangan mereka.

seringkali bila anak lelaki yang sudah sampai umur yang sepatutnya still tak berkahwin, selalunya kita menganggap.. oh… dia belum nak kahwin lagi tu…

Tapi kalau anak permpuan yg dah sampai umurnya tapi still belum merancang perkahwinan dengan sesiapa atas sebab belum berjumpa pasangannya maka ada tuntutan mak ayah untuk mencarikan jodoh anak perempuan mreka tanpa rasa malu…sebab ni kewajipan mak ayah…
Keadaan ini tidak sesuai bersikap seperti menunggu buah yang belum tentu akan gugur.
. clear.

Macam mana kalau mak ayah dan orang sekeliling dah tolong cari tapi tak jumpa jugak.. masa ni dah lama tunggu buah tak gugur.. apalagi, panjat lah pokok dan petiklah sendiri :)

Peringatan…

Walau dalam apa keadaan pun kita harus ingat bahawa Islam tidak mengharuskan cara, cara dan matlamat hendak betul mengikut ajaran Islam..Kalau adat kita melarangnya, kita jangan hiraukan larangan tersebut kerana ajaran Islam adalah hukum tertinggi yang kita wajib patuhi…

Pada saya tidak salah sama ada lelaki meminang perempuan atau perempuan meminang lelaki.

So kalau rasa dah jumpa your Mr Right, dan fairuz rasa dah bersedia.. dan your Mr Right pun dah bersedia…. Buatlah istikharah.. discus dengan parents dan proceed to next step untuk ikatan yang mengelakkan fitnah..

Hukum berkahwin itu ada empat :

Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.

Panduan telah disediakan di dalam hukum munakahat tetapi kadang-kadang kita masih mengutamakan adat…

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )


Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

Hm.. ini Cuma lontaran pandangan.. bukan pengalaman..:p

Wallahua’lam..

Rabu, 18 Februari 2009

cinta, bercinta & percintaan

cinta itu cahaya sanubari kurniaan Allah fitrah insani.. semua manusia dikurniakan fitrah untuk memiliki rasa 'cinta'.. jika anda pernah merasakan hadirnya perasaan ini dlm diri anda.. tahniah, anda normal.. :)
namun cinta tanpa agama akan membinasakan manusia.. cinta tanpa ilmu akan membuatkan manusia buta.. cinta tanpa iman akan membuatkan manusia sengsara.. cinta tanpa ukhwah(tautan hati) akan membuatkan manusia terseksa..

Islam yg indah ini telah memberikan nilai khusus pd tiap2 amal sesuai dengan pengaruhnya dalam jiwa dan kehidupan, baik yg kita ketahui mahupun yg kita tak ketahui.. sebagaimana islam juga meletakkn hal-hal yg dilarang tingkatannya & ukuran sesuai dgn kadar bahaya & pengaruhnya, baik dari segi moral mahupun material..

perkahwinan adalah jalan penyelesaian bagi 1001 masalah umat.. tuntutan asalnya adalah untuk memelihara kesucian keturunan..banyak sekali kes panahan cinta yang tidak disulami perkahwinan menghancurkan manusia.. ada juga wira2 agama yang kecundang dek panahan cinta hingga perjuangannya tergadai.. ini tidak menghairankan kerana runtuhnya sesebuah negara kerana kes cinta pemierintah sudah banyak melakar sejarah..
maka.. bimbinglah perasaan cinta yg hadir dlm jiwa anda itu dengan iman dan takwa..

adik saya (hafiz) kata.. cinta umpama pokok.. bila disiram ia hidup.. bila dibiarkan, ia mati..
saya menambah.. cinta orang beriman yang berada di atas jalan dakwah ibarat benih yang baik.. daripadanya tumbuh pokok yang berbatang kukuh.. daripada batang pokok itu keluar dahan2 yg rendang.. drpd dahan2 itu keluar daun2 yg merimbun.. daripada celah2 daun yang banyak ada banyak buah2 yang ranum kemudian mempunyai biji benih yg baik.. drpd biji benih itu tumbuhlah pokok2 lain pula... :)

antara faktor kegagalan kehidupan adalah salah dalam pemilihan pasangan..
Pandangan mata selalu menipu.. pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu.. pandangan hati itu yang hakiki, tu pun kalau hati tu hati yang bersih... hati kalau terlalu bersih, pandangannya akan menembus hijab, firasatnya akan tepat mengikut kehendak Allah.. tapi hati kalau telah dikotori, bisikannya bukan lagi kebenaran.. hati tempat jatuhnya pandangan Allah.. jasad lahir tumpuan manusia.. utamakanlah pandangan Allah drpd pandangan manusia..


apakah keutamaan pandangan Allah yang perlu diambil kira? dalam bahasa mudah, apakah keutamaan yang perlu dilihat dalam memilih calon suami..?

kriteria yg perlu dipertimbangkan ialah sejauh mana si dia mengamalkan Islam dalam kehidupannya sbg seorang islam...
sejauh mana dia memahami tuntutan agama dan melaksanakannya..

krn itu maka semua perkara yg diperintahkan dlm Islam mempunyai keutamaan tertentu & tingkatannya.. Ada yg mustahab (dianjurkan).. Islam mengsyorkan utk melaksanakannya, ttp tidak berdosa jika meninggalkannya.. Ada pula sunnah muakkadah, iaitu perbuatan yg sering dilakukan oleh Nabi saw & jarang ditinggalakan oleh Baginda... Tidak menjadi keharusan kita melaksanakannya, sehingga ada para sahabat kadang2 meninggalkannya, agar manusia tidak menganggap perbuatan tersebut wajib, sehingga memberatkan diri mereka... islam ini mudah dan indah... sesuai dgn fitrah manusia... :)

perintah yg wajib adalah yg diperintahkn oleh syariat tp tak sampai tingkatan tegas dalam pelaksanaannya. yang fardhu pula ialah sesuatu yang ditetapkan wajibnya dengan dalil qath'i, yg tak ada keraguan dlmnya..bagi org yg melaksanakannya akn mendpt pahala manakala yg meninggalkannya akn mendapat seksa.. orang yg meninggalkannya disebut fasik manakala yg mengingkarinya disebut kafir..

kita perlu jelas bahawa fardhu itu ada 2.. fardhu kifayah iaitu kewajiban yg apabila dikerjakan oleh sebahagian individu maka gugurlah tuntutan terhadap individu lain.. manakala fardhu ain adalah tuntutan kpd setiap individu..

islam mendahulukan fardhu ain atas fardhu kifayah.. didahulukan perintah birrul walidain sblum jihad, apabila jihad itu fardhu kifayah... sebab tu anak2 tak dibenarkan berjihad tanpa keizinan ibu bapa.. (rujuk hadis sahih)
islam juga mendahulukn hak jemaah melebihi individu.. pun menurut birrul walidain.. di saat tanah air diserbu musuh, jihad adalah keutamaan bagi setiap individu..
islam mendahulukan fardhu ke atas yg wajib.. yg wajib ke atas yg sunnah.. dan sunnah muakkadah ke ats sunnah mustahab.. sbagaimana islam mengutamakan ibadah yg manfaatnya merata dan sampai kpd orang lain drpd ibadah yg manfaatnya hanya kembali kpd org yang melaksanaknnya..

islam mengutamakan jihad atas ibadah yg bersifat individual.. mengutamakan fiqih dan ilmu atas ibadah.. dan mengutamakan seorang faqih atas abid (ahli ibadah).. islam mengutamakan perbaikan hubungan dua orang yang bertengkar daripada solat sunat, puasa sunat serta sedekah.. mengutamakan amal imam yg bersifat adil terhadap rakyatnya berbanding yang mengamalkan ibadah2 sunat dengan perbandingan yg berlipat ganda... krn "sehari bersama imam yg adil itu lebih utama drpd ibadah slama 60 tahun.."

islam mengutamakan amalan hati sebelum zahir.. mendahulukan aqidah sebelum amal.. dan menjadikan aqidah inti dari segala sesuatu..

unit jemaah yg paling kecil & dekat ialah keluarga atau rumah tangga. maka pembentukan rumahtangga keluarga amat penting agar suasana jemaah itu dalam keadaan baik & betul sejak dari awal lagi. oleh itu wanita hendaklah berhati2 dlm memilih bakal suami. Suamilah sumber ilmu, pimpinan dan didikan yg paling hampir utk menuju ke syurga. Semua ini termasuk dlm hal2 yg upaya diusaha & di ikhtiar. Namun Allah jua yang menentukannya..

Manusia tidak dpt memilih siapa yg patut jadi ibu bapanya.. tetapi manusia masih ada ruang dan peluang utk memilih siapa bakal pasangan hidupnya.

Justeru pemilihan bakal pasangan suami adalah kritikal sebenarnya. Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata sehingga melupakan pertimbangan akal dan pedoman syarak maka boleh membawa padah.. Dibimbangi nanti suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju ke syurga. Suami sebenarnya ibarat ibu sawat penghubung talian taat dan cinta sejati seorang isteri kepada Allah. Jangan hendaknya talian taat dan cinta kepada Allah itu terputus di tengah jalan..

lillah katakan begini krn perkahwinan akan menyebabkan rangkaian jalan isteri ke syurga berpindah melalui suami; bukan lagi ibu dan bapanya. Maka utamakanlah memilih lelaki yang kuat pegangan agamanya dan tinggi kefahaman hidup beragama.. namun ambil kira juga soal kufu, keturunan, paras rupa & harta.. itulah antara nasihat Rasulullah saw untuk memilih calon isteri yang boleh juga dipakai untuk memilih calon suami.. pilihlah calon suami yang mampu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, pendidik dan teman hidup yang penyayang..

rindu itu adalah anugerah dari Allah.. insan yang berhati nurani punyai rasa rindu.. rindu pada kedamaian.. rindu pada ketenangan.. rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan.. orang-orang bertakwa rindukan akan kebenaran, kejujuran, keikhlasan& keredhaan Allah.. orang2 mukmin merindukan anak2 yg soleh, isteri2 yg solehah keluarga bahagia..

Ya Allah.. jadikanlah kami wanita solehah sebaik2 perhiasan dunia.. jadikanlah jodoh kami lelaki yang soleh... jadikanlah keturunan kami keturunan yang soleh solehah...letakkan kami bersama para solehin yang Engkau cintai... Bimbinglah kami dalam menggapai redhaMu.. amin ya rabb..

p/s:adalah menjadi satu langkah bijak untuk mengelakkan dilema pilihan hati vs pilihan mak ayah sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.

Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi..

~**~

Khamis, 12 Februari 2009

srikandi agama terbilang.. zainab ghazali (part 2)


Zainab al Ghazali memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh
Rasulullah S.A.W. dalam Dakwah baginda.
Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan keatas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah S.A.W. bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka.
Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani.
Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukkan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Quran tercerna dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka.

Sehingga segala
tindakan mereka adalah Islam — di lihat sahaja pada diri salah seorang dari
mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada diri
mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam. Al Quran dan Sunnah
Rasulullah S.A.W. yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia misali
yang unggul dalam sejarah peradaban manusia.

Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sifah para sahabat. Lihatlah... Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair namanya - ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus memeluk Islam sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W.

"Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan".

Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula bersumpah

"Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tingalkan Islam, sekali-kali tidak".

Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu. Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam…
semoga syurga firdaus ganjaranya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat dikembalikan.

Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah,
beliau telah
dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah
dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W.

Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali
ialah dua
saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al-
Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati.

Al-Waliyah Al-Hudaibi dan Al-Afdah. Mereka inilah yang beliau sitatkan
sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dari mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya,
dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya.
Kerana di antara mereka ada
yang berumur 85 tahun, Ummi Ahmad namanya, ia telah di tangkap oleh
rejim Jamal Nasser ketika ia berusia 85 tahun,
ketika Zainab mendengar berita
itu, ia memperkatakan bahwa ini adalah pertanda baik bagi Islam.
Musuh2
Islam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini
menunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh
Islam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga
dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya
sama sebagai musuh mereka.

Zainab srikandi terbilang. bertemu jodoh dgn seorang lelaki yang turut hebat dalam mendaulatkan kalimah Allah. Siapakah beliau? Bersambung...

Rabu, 11 Februari 2009

valentines day?


haritu fairuz (S.U.O PPMUSM) ajak lillah promote 14hb Feb ni.. lillah x tau ape ade 14hb ni.. ingatkn birthday sape2 ke... rupa2nya valentines day atau hari kekasih..
di foyer dewan kuliah dah ada booth promote hari kekasih ni.. sempat meninjau2.. ada bunga & coklat2..

sempena hari kekasih ni.. maka ada tuntutan utk PPM menganjurkan program2 yg berkaitan demi sayangkan sahabat2 kita...

program 1 :
Pengisian oleh Dr Hasanah bertajuk "Cinta, Bercinta & Percintaan" pada pukul 8.30pm di surau dewan budaya pada 12feb 09, Khamis (esok).... semua warga USM dijemput hadir.. kalau bukan USm pun, ala... dtg je...

program 2 :
Forum Demi Kekasih di DKA pada 14Feb ,9am.. Ahli panel ialah Dr Fadhullah & ust Kamaruddin.. (rujuk poster atas.. click pd poster utk membesarkan saiz..)

program 3 :
LANDAS (latihan dakwah dalam isu sosial) ~ gerak kerja lapangan di Queensbay Mall & Padang Kota..

jika berminat sila hubungi
  1. Saiful : 019-4131472.. ni ydp ppmusm
  2. Fairuz :019-4740719.. ni plak SUO ppmusm... kak lang :)
p/s: lillah harap adik2 & sahabat2 dpt hadir ke program2 yg dianjurkan ni... program ni semua utk kebaikan masyarakat kita... kami sedar kami tak mampu mengubah masyarakat.. namun kami berharap & berusaha menjadi pencetus kepada perubahan masyarakat...

"Dari Masyarakat kpd Masyarakat..."

Isnin, 9 Februari 2009

hadirkanlah kekuatan diri ini...

aku seorang manusia biasa
aku mahu menjadi wanita solehah
melakukan kebaikan supya org lain dapat manfaat
jika aku tak mampu, jgnlah kiranya aku melakukan kejahtan atau kejahatan dalam kebaikan
biarlah aku diam andai aku belum bersedia, kini aku lemah, namun aku tak ingin lemah buat selama2nya
Ya Allah.. hadirkanlah kekuatan buatku
Aku lemah tanpaMu...


Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut

Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya


Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi


Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan
ampunilah aku & bantulah aku menjadi hamba yg bersyukur


Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di pandangan Mu
sudilah Kau terima hambaMu yang hina ini...


Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
aku tahu sejarah silam tak mampu kupadam
maka aku hanya memendam
biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dan Engkau
semarak cintaku padaMu
kukuhkan aku di jalanMu
pintaku.. redhailah diriku dan kehidupanku..


editted from lirik kasihMu by abot~

Ahad, 8 Februari 2009

sayang korang smua.. team KASEH 09

alhamdulillah projek mega PPMUSM KASEH berjaya dilaksanakan setelah pelbagai ujian yg bergolek2 Allah bagi kat kita.. selama berbulan bertungkus lumus KASEH ni dikerjakan.... makin dekat tarikh nya makin nampak mustahil nak run.. actually ketika KASEH ni tinggal 2 hari je nak run, surat kebenaran JPN x setel lagi!!! terasa nak masuk dlm skola tu macam nak masuk satu tembok besar yg tepaksa didaki besusah payah.. siap ada yg kene berendam air mata sebab projek ni..wah.. tapi kesemua penggerak tekun gila buat keje.. sampai tak tido malam... sampai kurus2.. sampai x sihat.. hingga sampai satu masa bertanya pd diri sendiri.. ada apa yg hebat sgt pd skolah tu hingga mesti gak kne buat kat situ? tolonglah ya Allah, tunjukkan hikmahnya......! dan Allah mengkabulkannya.. lillah jumpa sesuatu yg lillah perlukan...sesuatu yg sdg jiwa ini tercari2... dan ternyata adik2 skolah tu mmg sgt2 special.. alhamdulillah.. jazakallah pd smua sahabat2 yg run program ni dan dah byk bersusah payah utk menjadikan program ni drpd tak ada kepada ada.. suatu perjuangan yg hebat.. lillah terharu dgn semangat & kegigihan kwn2.. banyak kali diri ni nak give up tapi bangkit semula sbb nak bagi kwn2 lain semangat.. jazakallah.. ingatkan lillah selaku NYDP2 yg train penggerak2 dan exco projek.. rupa2nya u all yg train lillah utk lebih matang & professional.. sayang korang semua....! kita buat keje ni krn Allah.. dan lillah yakin setiap org drpd kita dah bg yg tebaik.. kita merancg & berusaha... namun ketentuan Allah adlh yg terbaik... :) tulang belakang saraf tunjang program...
,modul~ paling ptg bebudak modul.. objektif program pd tgn modul..
pembakar semangat kak lillah.. sayang2 adik akak ni...!

lelaki2 yg sdg di train utk menjadi tough guys.. haha.. deorang la teknikal fizikal, deorang la pemantau.. deorang la yg pegi uruskan jumpa itu ini..etc
.nini (motmot) & aimi.. pemantau2 yg bekeje keras... semangat waja!
pembakar semangat...

taklimat fasilitator.. :)
modul~ cik husnil comot.. (kak lillah love u so much dik...)

camp comander (CC) ~ wan .. stylo la wan.. :)
my rumet.. angkut skali bawa gi program.. ngeh2~
(kami ditemukan dulu masa prog KASEH 07.. balik prog tu mula la bekenalan2..dia ni ex bendahari persatuan anak2 kedah (KAKUSMA) .. kami x sama persatuan tapi ngam je.. dan jadi rumet sampai skrg...)
grup romlah kesayangan lillah.. romlah ni mmg special Allah hantar utk tlg kitorang pd saat2 kritikal.. kwn waktu susah yg jarang dijupai... so, kne jaga baik2...hehe :P
grup abrar.. dia ni exco biro kampus..
kakak2 fasi melayan adik2..
tersenyum happy bendahari.. walaupun stress tp ama ttp truskan gak.. caiyook adikku!
lillah & ana (Dua org MT yg sdg brainstorming utk slot).. prepare punya semangat.. tetiba ada emergency.. last2 slot tu disampaikan secara ad hoc.. (lillah nangis real wei.. tu takde dlm skrip.. nangis sbb nak bg feeling habis slot tu.. semangat adik2 & fasi2 join nangis sama..)
cik nini.. org kuat projek nih.......... ni la dia si motmot.. watak popular blog lillah.. sayang sama kamu motmot..
excp biro ADIK..
lillah berkata, "eh eh... ada meow.. "
motmot berkata "eh..eh.. cikmot la.."
*cik mot = kucing
motmot memanggil lillah cik mot krn mem'family' kan lilah & kucing2 tu.. maceh... :)
cik ayuni.. team modul.. exco biro remaja
adik2 kesayangan... adik2 sk sg batu yg mengaktifkan akak abang fasi..
slot ydp kami.. realiti masyarakat.. paling mendapat respon adik2 sbb tayangan gambar reAL...
adinda yg asik nak kacau kak lillah masa slot sdg dijalankan.. main handset akak la.. pening la.. nak itu.. nak ini...
(duduk dgn deorang masa tu)
amin & the geng.. comel2 deorg ni.. aii... sayangnya..
khusyuk tawadhuk...
tekun & sungguh2..
grup kak wa (setiausaha agung ppm) & anak2.. eh.. cukup 5.. mmg mcm yg akak rancang kan? hehe..

em.. ramai yg xde dlm gambo ni tapi menyumbang byk jasa.... jazakallah d ucapkan.. yg comel2 sgt x leh dipamerkan.. so byk gambar candid je.. hehe

smoga bakti yg dicurah ni dpt menjadi punca hidayah kpd kita dan adik2 utk btambah dekat pd Allah... amin...

Rabu, 4 Februari 2009

fasilitator diperlukan.. :) jom2..

Program Kelestarian Kanak-Kanak Sejahtera

Sukacitanya Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM) USM akan menganjurkan satu program berbentuk bengkel motivasi kepada sebahagian pelajar sekolah rendah. Antara objektif program tersebut ialah penerapan kefahaman islam, pemupukan akhlak islam, pembangunan akademik, membina kekuatan jasmani dan sahsiah serta membenih pemikiran lestari kanak-kanak. Berikut adalah informasi program berkenaan :

Tempat : Sekolah Kebangsaan Sungai Batu Pulau Pinang.
Tarikh : 7 Februari 2009.
Masa : 8 pagi hingga 6 petang.
Yuran : RM5sahaja.
Pengangkutan : Percuma.

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati melantik saudara/i yang berminat dengan program sebagai FASILITATOR program.Saudara/i bolehlah menghantar nama serta no k/p kepada saya. Insya Allah, perjumpaan FASILITATOR akan diberitahu kemudian. Tarikh tutup pengesahan saudara/i adalah pada 5 Februari 2009. Diharap agar saudara/i beroleh manafaat atas sumbangan yang saudara/i berikan kepada anak-anak kecil ini.

Sumbangan berbentuk kewangan amat kami alu-alukan dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Izzuddin H/p : 013-4662750
Email : izzu_87@yahoo.com

NYDP 2 menambah: esok bersamaan khamis , 5 hb Feb 09 akan diadakan taklimat fasilitator di surau dewan budaya pada pukul 8.15-10.45pm.. kpd yg berminat, sila hadir...

penyertaan terbuka pada semua mahasiswa usm.. :)

pendaftaran , sila hubungi:
cik dzurini 0134663375


lelaki + perempuan dlm gerak keje dakwah

lillah menerima soalan dari seorang adik perempuan yang lillah ringkaskan kepada berikut:

"saya nak jadi seorang da'ie mcm akak.. tapi saya keliru tentang gerak kerja dakwah yang melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan. sejauh manakah ukhwah antara lelaki dan perempuan tu bole? kawan2 saya kata tak ada ukhwah antara lelaki & perempuan kecuali perkahwinan. camana ye kak?"

jawapan:

wahai adikku sayang... first of all, kita kene clear apa sebab kita nak jadi da'ie (org yg menyeru kpd kebaikan) ni.. kita nak jadi da'ie sebab ini perintah Allah..so, tetapkan niat adik yang kerja2 dakwah ini hanyalah semata2 utk Allah..

adikku sayang.. secondly kita kene clear cara kita nak berdakwah tu.. ada 1001 cara berdakwah yg adik boleh pilih.. pilih la mana2 yang adik rasa sersuai dengan adik.. setiap orang ada capacity yang berbeza.. akak pilih berdakwah melalui gerak kerja berpesatuan. akak pilih cara ni sebab

‘kita ada tuntutan untuk dibimbing oleh mereka yang lebih mahir dan kita ada tuntutan untuk membimbing mereka yang kurang mahir..dalam persatuan ni, akak ada kawan2 yang berilmu dan berpengalaman yang sentiasa bersedia dengan sukacitanya hendak membimbing akak.. dan akak ada kawan2 yang memerlukan bimbingan dalam menempuh hidup mereka agar mereka ini bukan sahaja bangkit dari kegelapan malah dibimbing untuk menjadi da'ie2 yang meluaskan lagi gerak kerja dakwah ini.. dan kawan2 ni ada yg perempuan dan lelaki’


Maka.. kaedah yang akak pilih ni meletakkan akak di suatu posisi gerak kerja yang melibatkan adanya percampuran antara lelaki dan perempuan.. akak tak nafikan ada je gerakan islam yang langsung tak campur kecuali dengan nikah.. itulah yang sebaiknya..

Adikku sayang.. akak pernah berada dalam dilemma antara 3 gerakan yang akak nak bagi full swing commitment.. dan akak terpaksa pilih satu sahaja. Akak tak pilih yang paling baik (brother & sister sgt2 soleh….mostly kalau ada pape, berdikari masing2.. takde gurau2 yang sia2.. takde senyum2.. takde sms2.. memang soleh solehah sungguh2.. sejuk je hati ni..)

dan yang paling teruk..(brother & sister macam adik beradik.. pegang2.. sayang2.. sharing2 pinggan cawan etc..) ++ni bukan gerakan dakwah, ni pestuan biasa2 aje..

tapi akak pilih yang ditengah-tengah.. (ahlinya ada yang soleh solehah dan ada yang nakal2, othai2, rock2.. hehe)

akak tak kata akak punya pilihan adalah yang paling baik.. tapi inilah yang terbaik untuk akak.. adikku sayang.. pilihlah gerakan dakwah yang paling sesuai dengan hati kita.. sebab once kita dah commit, jangan pandang belakang.. kita kene teruskan sampai ke final..

adikku sayang, apa yang akak sering dengar dari orang macam2 gerakan dakwah yang menolak gerak kerja campur lelaki perempuan adalah disebabkan ‘masalah hati’..

adikku sayang, akak nak bertanya.. andai 3 tahun atau 4 tahun kita di kampus ni, kita Cuma bergaul dengan perempuan sahaja… dan kita tak ada masalah hati.. adakah selepas kita keluar kampus, kita dah jauh dari gerakan kita tadi, kita tak ada masalah hati?

Kalau adik2 lepas habis zaman kampus, dan terus nikah dan kebetulan hanya bekerja dalam bidang yang semuanya perempuan je.. Alhamdulillah..

Realitinya, tak semua orang akan menempuh hidup sedemikian.. majority akan bekerja di bidang yang akan ada percampuran lelaki dan perempuan.. dan masalah hati pun timbul.. jiwa pun gundah gulana.. adikku.. daripada kita lari dari masalah, marilah kita berdepan dengan masalah.. marilah kita cari penyelesaian masalah hati ni..

Jadi, pada pandangan akak.. menafikan ukhwah antara lelaki dan perempuan tu bukanlah suatu perkara yang betul dalam gerak kerja dakwah.. ukhwah tu penting sayang.. ukhwah tu kesatuan hati.. hati ini berkumpul dan berpadu untuk memikul beban dakwah sayang…

apa yang penting ialah gerak kerja tu kita ikutlah syariat, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Adikku sayang.. dalam menjaga soal hati ni, ianya memerlukan ketegasan yang jelas. Adik kene jelas siapa adik, apa yang adik sedang buat dan di mana adik..akak akui yang akak bergerak kerja dengan ramai lelaki.. dari yang paling soleh.. hinggalah yang nakal.. dan semua pemimpin di dunia ni.. artis2 pun.. orang2 popular.. aka nada org yg suka mereka dan aka nada org yang benci mereka.. yang benci tu kerja deorang tak lain, asik nak jatuhkan orang lain.. yang suka tu pulak ada dua perangai.. ada yang suka dan membantu gerak kerja kita.. dan ada yang suka hingga mengganggu gerak kerja kita.. contohnya peminat fanatik.. akak akui akak ada menerima gangguan panggilan telefon hinggakan akak terpaksa menukar nombor telefon dua kali.. dan akak terpaksa meminta bantuan kawan2 lain dalam beberapa perkara demi keselamatan akak.. gangguan email lucah tu satu kes.. zaman akak sekolah dulu, akak ada je dapat surat2 ugutan.. etc (sebab akak pengawas skolah)..


Tapi dik.. muhasabah semula.. apa tujuan kita buat kerja2 ni.. tak wajar akak stop bekerja dengan lelaki hanya kerana gangguan2 yang Cuma 3-4 orang ni jika dibandingkan dengan beratus lagi mereka yang baik2 yang banyak memberi akak kekuatan dan semangat untuk istiqamah.. pokok pangkalnya tuan badan, dia kenela bijak handle situasi.. jangan sampai mak ayah kita terasa anak perempuannya ni mcm playgirl atau sedang diburu.. berwaspada selalu…bijaklah menjaga diri.. seandainya ada yg menganggap kita menjadi punca kelalaian lelaki2 tu..ketahuilah, kat luar sana ada berjuta perempuan yang merosakkan lelaki2.. dan kita selaku wanita yg sedar dgn keadaan ini perlu mainkan peranan utk menyelamatkan wanita2 perosak tu dan lelaki2 dari dirosakkan.. kalau kita yg sedar ni diam je buat tak tau, sedangkan perempuan yg rosak terus merosakkan...siapa yg nk kita harapkan?

sebab tu kita kenala patuh pada syariat.. jaga aurat..kerja2 juga.. syariat kena genggam.. kalau kita betul2 jaga batasan akhlak kita, pakaian kita dll, kita bukanlah punca kelalaian mereka...

Itu soal hati orang lain.. hati kita camana yer? Hehe

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu

yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu,

daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Dalam gerak kerja menyeru kpd yg baik2 ni.. for sure la kita akan bertemu dgn ramai sgt lelaki yg baik2.. yg soleh2.. so pesan lah pada hati kita supaya bersyukur dan pelihara ukhwah tu.. dalam gerak kerja, setiap penggerak memang kene mencari titik keserasian supaya gerak kerja tu mantap..

Dan kalau dalam gerak kerja tu ada yang ter ‘suka’.. ingatlah tu normal, fitrah.. yang penting ialah selagi kita ikut Al-Quran dan As-Sunnah, don’t worry.. kita selamat dunia akhirat..

Tak berdosa ‘suka’kan sesorang.. kan susah kalau kita nak bergerak keje dgn org yg kita tak suka.. yang Allah larang ialah mendekati zina.. jadi, jauhilah zina..

Walaupun kita tak suka kan orang tu, kita still tak boleh meeting berdua dgn dia.. kita still kene meeting dgn kehadiran teman2 yg thiqah yg lain.. jadi suka ke tak suka ke, tu bukan persoalan..kita tak suka2 nak bekerja dengan dia, kita ada amanah dakwah yang kita perlukan kerjasama dia.. berimanlah.. ingat selalu Allah mengawasi zahir batin kita.. bertakwalah.. jagalah diri kita dgn sebaik2nya...elakkan timbul fitnah.. selagi kita tak gadaikan syariat kita..selagi itulah Allah akan memelihara gerak kerja kita..insya’Allah..

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan

dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"

(Surah Fusilat-Ayat 30-32)


Selamat bermujahadah adikku.. ketahuilah kami kakak abangmu sentiasa ternanti2 kehadiran adik2 untuk menyambung rantai perjuangan ini.. :)

wallahua'lam.. akak masih lagi sdg dlm proses belajar..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....