Selasa, 24 Februari 2009

munajat seorang daie dalam harinya..

Rahmah,..bererti kasih sayang…

kasih sayang itu meliputi kasih sayang dalam akidah, syariat, dan akhlak.. Kita boleh melihat kasih sayang islam itu ada dlm sluruh aspek kehidupan, sehingga kasih sayang itu menjadi ciri khas masyarakat islam, baik terhadap sesama manusia, haiwan, tumbuhan.. bahkan terhadap benda mati sekalipun.. bukankah ada seorg wanita yg dimasukkan ke neraka krn kucing yg diseksanya? Sebaliknya.. ada seorang pelacur masuk syurga krn belas kasihannya pada seekor anjing.. semua ini pernah disabdakan oleh Rasulullah saw..

Allah berkehendak mengingatkan kita tentang perihal kasih sayang ini dalam sehari sebanyak 17 kali, yakni ketika kita menunaikan solat fardhu.. iaitu terdapat dalam surah Al-Fatihah.. jika kita baca surah tersebut, maka kita akan memperoleh beberapa manfaat yang besar, antaranya:

  1. Sesungguhnya orang yg berada di jalan dakwah dan memulainya dengan asma Allah itu harus berakhlak dengan akhlak ar-Rahman & ar-Rahim.. iaitu menjadi seorang yang pengasih dan penyayang..

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” (Al-Fatihah: 1)

krn risalah islam itu merupakan rahmat bagi alam semesta. Rahmat dlm struktur dan nilainya yg dapat menghilangkan kesulitan dan beban, iaitu dengan akidahnya. ..

“Segala puji bagi Allah, Tuhan (Yang Mendidik) semesta alam.” (Al-Fatihah: 2)

Juga rahmat dlm menyebarkan keadilan dan kebajikan serta memenuhi hajat kerabat, iaitu dengan syariatnya. Juga menyempurnakan akhlak mulia dengan segala keutamaannya. Jika Rasulullah saw merupakan rahmat yang mendapat petunjuk, maka demikian juga dengan para sahabatnya dan pengikut beliau setelahnya. Allah berfirman,

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka… ” (Al-Fath: 29)


Maka barangsiapa ingin mendakwahi manusia ke jalan itu, iaitu jalan rahmah.. hendaklah ia bersikap kasih sayang terhadap mereka yang ingin didakwahinya.. kerana orang2 yang bersikap kasih sayang itu akan mendapat kasih sayang dari Allah yang maha Rahman, dan barangsiapa bersikap kasih sayang terhadap manusia di bumi, maka dia akan dikasihi oleh yang ada di langit..

“Yang Maha Perngasih lagi Maha Penyayang. Lagi mempunyai hari pembalasan.” (Al-Fatihah: 3-4)

Rahmah, kasih sayang tak akan wujud kecuali setelah kita memberi tumpuan terhadap mereka yang ingin kita dakwahi.. maka janganlah kita membenci mereka.. tapi tanamkanlah sifat kasih sayang terhadap mereka sehingga kita boleh memahami mereka dan membawa mereka kepada yang lebih baik.,.. hanya hati yang tulus yang dapat menyentuh hati lain…

2. Hendaklah seorang daie itu menjadikan usahanya untuk memberikan kasih sayang itu berdasarkan 2 cara:

a) Beribadah ikhlas kerana Allah.. Apabila sesuatu dilakukan keranaNya, yang berat terasa ringan.. yang pahit terasa manis dan yang panjang terasa singkat…

b) Memohon pertolongan kepadaNya… hati manusia Allah yang pegang.. Walaupun kita berusaha gigih hendak menyentuh hati saudara kita itu, tetapi hidayah itu tetap milik Allah… maka mintalah pada Allah supaya hati-hati yang ingin kita seru kejalan dakwah itu menerima hidayah Allah…

Allah berfirman

“Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.” (Al-fatihah : 5)

Maka semakin dekat seorang daie kepada Rabbnya, semakin banyak rahmat yang akan diperolehinya.. Yakin dan percayalah bahawa dalam jalan dakwah yang dijanjikan dengan onak duri ini, kita akan sering terhimpit dan dihimpit… maka mintalah padaNya bimbingan dan perlindungan serta jalan keluar dari sesuatu masalah.. pada saat-saat kritikal yang tiada siapa mampu menyelamatkan kita, Allah lah sahaja yang mampu menyelamatkan kita…


3. Hendaklah seorang daie mengetahui jika dia berbuat demikian bererti dia telah mengikuti jejak langkah orang2 yang diberi nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi, siddiqin syuhada’, dan orang2 soleh. Oleh kerana itu dia selalu memohon kepada Allah agar Allah berkenan memberi nikmat kepadanya..

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat.” (Al-Fatihah: 6-7)

Demikianlah pada tiap rakaat seorang daie mengingat sifat-sifat yang wajib dimiliki.. yakni sifat2 yang ada pada diri Rasulullah saw sebagai sumber tauladan…Itulah dia munajat yang kita ulang ulangkan dalam solat kita setiap hari... moga kita sama-sama terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa bagi menjaga kualiti usaha dakwah kita…

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....