Memaparkan catatan dengan label biro Adik ppmusm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biro Adik ppmusm. Papar semua catatan

Isnin, 8 Mac 2010

video lucah panas!




Kenyataan Akhbar

Merujuk kepada peningkatan kes buang bayi, bunuh, bunuh diri, rogol dan zina yang berlaku di dalam negara, UNGGAS menegaskan bahawa penyebaran video lucah versi tempatan dan luar negara melalui web dan telefon bimbit adalah antara punca utamanya. Hasil daripada turun lapangan dan penyelidikan yang telah dijalankan, sebuah laporan bertajuk ‘Situasi Terkini Penyebaran Video Lucah Tempatan Melalui Internet dan Telefon Bimbit’ telah dihasilkan dan dihantar kepada Menteri yang bertanggungjawab di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dan Jabatan Perdana Menteri. Antara lain, kandungan laporan berkenaan adalah; punca lambakan video lucah tempatan, jenis-jenis lambakan video lucah tempatan, bagaimana video-video ini tersebar di internet dan kedai-kedai telefon bimbit selain kedai-kedai cd/dvd, jual beli video lucah tempatan, kesan permasalahan ini kepada masyarakat dan cadangan-cadangan untuk memperbaiki keadaan.

Video lucah tempatan jarang-jarang dijual melalui vcd atau dvd. Jika ada pun jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ia tidak praktikal kerana lazimnya video-video lucah tempatan ini adalah video rakaman sendiri menggunakan kamera telefon bimbit dan kualiti rakamannya tidak sesuai untuk ditonton melalui vcd. Video-video lucah ini biasanya ditonton melalui internet atau telefon bimbit. Oleh itu, selain video-video yang diedarkan melalui internet wujud pula perkhidmatan menjual video-video ini secara ‘softcopy’ dikedai-kedai telefon bimbit dan kedai-kedai yang menawarkan ‘ringtones’, muzik dan permainan untuk telefon bimbit. Bawa sahaja telefon yang mempunyai aplikasi video beserta dengan memori kad, dengan RM30, momori kad (1 atau 2 Gigabite) akan diisi penuh dengan video-video lucah. Penyebaran video lucah melalui telefon bimbit telah lama berlaku dalam masyarakat, namun ada fenomena baru yang dicipta oleh telefon-telefon yang disebut sebagai China Mobile yang merupakan telefon import yang dihasilkan di China dengan meniru beberapa ciri yang ada pada telefon bimbit jenama yang terkenal. Harga yang dipamerkan dikedai-kedai untuk telefon jenis ini adalah diantara rm400 hingga rm450.
Tiada satu kedai pun yang dibenarkan menjual dengan harga kurang daripada rm300 walaupun mereka mampu untuk menjual dengan harga itu. Oleh kerana telefon jenis ini dijual dihampir kesemua kedai telefon bimbit dan harga tawar-menawarnya dikawal, maka para peniaga mesti memikirkan bagaimana untuk menarik minat orang ramai supaya membeli China Mobile daripada kedai mereka. Kerana hanya memikirkan keuntungan, para peniaga ini sanggup mengambil kesempatan diatas keruntuhan moral para belia kita. Video-video lucah tempatan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di Malaysia dijadikan bahan promosi untuk melariskan jualan telefon bimbit mereka. Caranya, setiap telefon ini akan ditawarkan secara pakej dengan video lucah percuma beserta memori kad 1 atau 2 Gb. Mereka hanya akan menawarkan promosi ini kepada pelanggan yang dilihat ‘berpotensi’ sahaja. Jika mereka melihat pelanggan tidak berminat pada video lucah, mereka akan menawarkan lagu-lagu dan ringtone sebagai ganti. Para peniaga ini juga tidak segan-silu menjemput pembeli untuk membeli video-video yang baru setelah video percuma yang diberikan itu puas ditonton. Jika video yang ditawarkan oleh peniaga sudah ada dalam koleksi pembeli, maka pembeli terbabit boleh menukarkannya kepada video yang lain.

Kegilaan membeli video lucah dikedai telefon bimbit ini dilihat sudah mancapai satu tahap yang serius. Boleh dikatakan ia telah menjadi satu industry kecil. Para peniaga akan mengumpulkan seberapa banyak video lucah tempatan dari internet dan mereka juga sanggup membeli video lucah buatan sendiri atau ‘skodeng’ yang terbaru daripada pelanggan untuk dijadikan koleksi berharga yang boleh dijual kembali. Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakkan pembeli video lucah ini adalah terdiri daripada remaja sekolah dan individu dewasa yang mungkin mempunyai keupayaan terbatas untuk memuat turun video ini daripada internet.

Merujuk kepada laporan ini, kami telah membuat laporan polis terhadap pasar raya – pasar raya yang membenarkan kegiatan penjualan video lucah ini berlaku di premis-premis jualan telefon bimbit mereka. Diharapkan dengan tindakan ini, pihak berwajib akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membendung permasalahan ini dengan bersungguh-sungguh. Kami juga menyeru NGO-NGO lain dan pimpinan-pimpinan masyarakat agar terus menerus melancarkan kempen membendung permasalahan video lucah ini dan mendesak pihak kerajaan agar bertindak lebih agresif dalam kontek penggubalan dan perlaksanaan undang-undang terutamanya undang-undang kawalan bahan lucah diinternet dan telefon bimbit dalam menyelesaikan permasalahan moral ini.

Nurfitri amir muhammad, 6 Mac 2010

Koordinator,

Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
P.Pinang

Ya Allah... peliharalah diri kami dan keluarga kami dari azab api neraka.. Peliharalah sahabat-sahabat kami dan kaum kerabat mereka dari api neraka.. Peliharalah umat Islam ini dari kemurkaan Mu.. Berilah hidayah kepada kami.. Ampunilah dosa-dosa kami...

Isnin, 3 Ogos 2009

Generasi ke 11 - barisan pimpinan PPMUSM 09/10

Rahimie

YDP PPMUSM





khalilah

NYDP1

(dakwah tarbiyyah)





husnil

Timbalan NYDP1

(dakwah & tarbiyyah)





iszuwan

NYDP2

(ukhwah-akademik-kebajikan)





Ayuni

Setiausaha Agung





Intan

Setiausaha Organisasi







Qayyum

Bendahari





Abel
Timbalan bendahari







Farid

Setiausaha Eksekutif

jaringan hubungan (networking)



Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM)

adalah gerakan pelajar yang serius bertujuan menyedia dan mengupayakan mahasiswa agar mampu berfungsi di dalam masyarakat.

Dalam masa yang sama PPMUSM terlibat dalam proses islah (perbaiki) masyarakat akar umbi..



PPMUSM adalah wadah untuk KITA berkhidmat dalam masyarakat.

Di sini kita akan menerima sesuatu yang beharga..

Dan apabila kita keluar dari kampus, menjadi kewajipan kita untuk memberi semula kepada masyarakat..



Perjuangan mahasiswa tidak seharusnya terhenti sebaik mereka meninggalkan kampus.

Kita mahu memastikan mahasiswa yang dilahirkan oleh PPMUSM akan terus mencurah bakti kepada masyarakat setelah meninggalkan kampus..



~ Dari Masyarakat.. Kepada Masyarakat.. ~

Ahad, 8 Februari 2009

sayang korang smua.. team KASEH 09

alhamdulillah projek mega PPMUSM KASEH berjaya dilaksanakan setelah pelbagai ujian yg bergolek2 Allah bagi kat kita.. selama berbulan bertungkus lumus KASEH ni dikerjakan.... makin dekat tarikh nya makin nampak mustahil nak run.. actually ketika KASEH ni tinggal 2 hari je nak run, surat kebenaran JPN x setel lagi!!! terasa nak masuk dlm skola tu macam nak masuk satu tembok besar yg tepaksa didaki besusah payah.. siap ada yg kene berendam air mata sebab projek ni..wah.. tapi kesemua penggerak tekun gila buat keje.. sampai tak tido malam... sampai kurus2.. sampai x sihat.. hingga sampai satu masa bertanya pd diri sendiri.. ada apa yg hebat sgt pd skolah tu hingga mesti gak kne buat kat situ? tolonglah ya Allah, tunjukkan hikmahnya......! dan Allah mengkabulkannya.. lillah jumpa sesuatu yg lillah perlukan...sesuatu yg sdg jiwa ini tercari2... dan ternyata adik2 skolah tu mmg sgt2 special.. alhamdulillah.. jazakallah pd smua sahabat2 yg run program ni dan dah byk bersusah payah utk menjadikan program ni drpd tak ada kepada ada.. suatu perjuangan yg hebat.. lillah terharu dgn semangat & kegigihan kwn2.. banyak kali diri ni nak give up tapi bangkit semula sbb nak bagi kwn2 lain semangat.. jazakallah.. ingatkan lillah selaku NYDP2 yg train penggerak2 dan exco projek.. rupa2nya u all yg train lillah utk lebih matang & professional.. sayang korang semua....! kita buat keje ni krn Allah.. dan lillah yakin setiap org drpd kita dah bg yg tebaik.. kita merancg & berusaha... namun ketentuan Allah adlh yg terbaik... :) tulang belakang saraf tunjang program...
,modul~ paling ptg bebudak modul.. objektif program pd tgn modul..
pembakar semangat kak lillah.. sayang2 adik akak ni...!

lelaki2 yg sdg di train utk menjadi tough guys.. haha.. deorang la teknikal fizikal, deorang la pemantau.. deorang la yg pegi uruskan jumpa itu ini..etc
.nini (motmot) & aimi.. pemantau2 yg bekeje keras... semangat waja!
pembakar semangat...

taklimat fasilitator.. :)
modul~ cik husnil comot.. (kak lillah love u so much dik...)

camp comander (CC) ~ wan .. stylo la wan.. :)
my rumet.. angkut skali bawa gi program.. ngeh2~
(kami ditemukan dulu masa prog KASEH 07.. balik prog tu mula la bekenalan2..dia ni ex bendahari persatuan anak2 kedah (KAKUSMA) .. kami x sama persatuan tapi ngam je.. dan jadi rumet sampai skrg...)
grup romlah kesayangan lillah.. romlah ni mmg special Allah hantar utk tlg kitorang pd saat2 kritikal.. kwn waktu susah yg jarang dijupai... so, kne jaga baik2...hehe :P
grup abrar.. dia ni exco biro kampus..
kakak2 fasi melayan adik2..
tersenyum happy bendahari.. walaupun stress tp ama ttp truskan gak.. caiyook adikku!
lillah & ana (Dua org MT yg sdg brainstorming utk slot).. prepare punya semangat.. tetiba ada emergency.. last2 slot tu disampaikan secara ad hoc.. (lillah nangis real wei.. tu takde dlm skrip.. nangis sbb nak bg feeling habis slot tu.. semangat adik2 & fasi2 join nangis sama..)
cik nini.. org kuat projek nih.......... ni la dia si motmot.. watak popular blog lillah.. sayang sama kamu motmot..
excp biro ADIK..
lillah berkata, "eh eh... ada meow.. "
motmot berkata "eh..eh.. cikmot la.."
*cik mot = kucing
motmot memanggil lillah cik mot krn mem'family' kan lilah & kucing2 tu.. maceh... :)
cik ayuni.. team modul.. exco biro remaja
adik2 kesayangan... adik2 sk sg batu yg mengaktifkan akak abang fasi..
slot ydp kami.. realiti masyarakat.. paling mendapat respon adik2 sbb tayangan gambar reAL...
adinda yg asik nak kacau kak lillah masa slot sdg dijalankan.. main handset akak la.. pening la.. nak itu.. nak ini...
(duduk dgn deorang masa tu)
amin & the geng.. comel2 deorg ni.. aii... sayangnya..
khusyuk tawadhuk...
tekun & sungguh2..
grup kak wa (setiausaha agung ppm) & anak2.. eh.. cukup 5.. mmg mcm yg akak rancang kan? hehe..

em.. ramai yg xde dlm gambo ni tapi menyumbang byk jasa.... jazakallah d ucapkan.. yg comel2 sgt x leh dipamerkan.. so byk gambar candid je.. hehe

smoga bakti yg dicurah ni dpt menjadi punca hidayah kpd kita dan adik2 utk btambah dekat pd Allah... amin...

Rabu, 4 Februari 2009

fasilitator diperlukan.. :) jom2..

Program Kelestarian Kanak-Kanak Sejahtera

Sukacitanya Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM) USM akan menganjurkan satu program berbentuk bengkel motivasi kepada sebahagian pelajar sekolah rendah. Antara objektif program tersebut ialah penerapan kefahaman islam, pemupukan akhlak islam, pembangunan akademik, membina kekuatan jasmani dan sahsiah serta membenih pemikiran lestari kanak-kanak. Berikut adalah informasi program berkenaan :

Tempat : Sekolah Kebangsaan Sungai Batu Pulau Pinang.
Tarikh : 7 Februari 2009.
Masa : 8 pagi hingga 6 petang.
Yuran : RM5sahaja.
Pengangkutan : Percuma.

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati melantik saudara/i yang berminat dengan program sebagai FASILITATOR program.Saudara/i bolehlah menghantar nama serta no k/p kepada saya. Insya Allah, perjumpaan FASILITATOR akan diberitahu kemudian. Tarikh tutup pengesahan saudara/i adalah pada 5 Februari 2009. Diharap agar saudara/i beroleh manafaat atas sumbangan yang saudara/i berikan kepada anak-anak kecil ini.

Sumbangan berbentuk kewangan amat kami alu-alukan dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Izzuddin H/p : 013-4662750
Email : izzu_87@yahoo.com

NYDP 2 menambah: esok bersamaan khamis , 5 hb Feb 09 akan diadakan taklimat fasilitator di surau dewan budaya pada pukul 8.15-10.45pm.. kpd yg berminat, sila hadir...

penyertaan terbuka pada semua mahasiswa usm.. :)

pendaftaran , sila hubungi:
cik dzurini 0134663375


Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....