Selasa, 3 Februari 2009

srikandi agama terbilang.. zainab ghazali


Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya,
Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya
untuk bergiat di dalam harakah Islamnya.

Katanya, "Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya."

Dia memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T."

Apakah kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Zainab Ghazali dan
rakan-rakannya untuk harakah Islamiah?

Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.
Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.
Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh. Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.
Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian , tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.

Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada
peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi
pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam.

Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.
Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari kongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka, membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati dan pemikiran mereka. Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan
sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang
mengikat teguh sesamanya.

Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan kembali dengan izin Allah S.W.T dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN ISLAM. Negara Islam tidak dapat ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN
UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) — satu revolusi yang
dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan
'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah — pendidikan amali untuk
membentuk sikap, tindakan-tindakan dan tingkah laku serta pemikiran
Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam.

Beliau menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukkan
Daulah Islam. Beliau fahami ini daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan.
Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang maksudnya
"Sesunguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."
Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan
diri itu…..yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satu
macam ketentuan - sunnatul llah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawa
perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dan
tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam ten-tang
Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklah
mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para
sahabat.

Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun - Quraanun - Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, bila mereka memeluk Islam, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara menyeluruh. Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dila-kukan dan seluruh pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam, bukan neraca dunia atau Jahiliyah.
Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh
Rasulullah S.A.W. dalam Dakwah baginda. Langkah pertama.......

bersambung.. :p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....