"saya nak jadi seorang da'ie mcm akak.. tapi saya keliru tentang gerak kerja dakwah yang melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan. sejauh manakah ukhwah antara lelaki dan perempuan tu bole? kawan2 saya kata tak ada ukhwah antara lelaki & perempuan kecuali perkahwinan. camana ye kak?"
jawapan:
wahai adikku sayang... first of all, kita kene clear apa sebab kita nak jadi da'ie (org yg menyeru kpd kebaikan) ni.. kita nak jadi da'ie sebab ini perintah Allah..so, tetapkan niat adik yang kerja2 dakwah ini hanyalah semata2 utk Allah..
adikku sayang.. secondly kita kene clear cara kita nak berdakwah tu.. ada 1001 cara berdakwah yg adik boleh pilih.. pilih la mana2 yang adik rasa sersuai dengan adik.. setiap orang ada capacity yang berbeza.. akak pilih berdakwah melalui gerak kerja berpesatuan. akak pilih cara ni sebab
‘kita ada tuntutan untuk dibimbing oleh mereka yang lebih mahir dan kita ada tuntutan untuk membimbing mereka yang kurang mahir..dalam persatuan ni, akak ada kawan2 yang berilmu dan berpengalaman yang sentiasa bersedia dengan sukacitanya hendak membimbing akak.. dan akak ada kawan2 yang memerlukan bimbingan dalam menempuh hidup mereka agar mereka ini bukan sahaja bangkit dari kegelapan malah dibimbing untuk menjadi da'ie2 yang meluaskan lagi gerak kerja dakwah ini.. dan kawan2 ni ada yg perempuan dan lelaki’
Maka.. kaedah yang akak pilih ni meletakkan akak di suatu posisi gerak kerja yang melibatkan adanya percampuran antara lelaki dan perempuan.. akak tak nafikan ada je gerakan islam yang langsung tak campur kecuali dengan nikah.. itulah yang sebaiknya..
Adikku sayang.. akak pernah berada dalam dilemma antara 3 gerakan yang akak nak bagi full swing commitment.. dan akak terpaksa pilih satu sahaja. Akak tak pilih yang paling baik (brother & sister sgt2 soleh….mostly kalau ada pape, berdikari masing2.. takde gurau2 yang sia2.. takde senyum2.. takde sms2.. memang soleh solehah sungguh2.. sejuk je hati ni..)
dan yang paling teruk..(brother & sister macam adik beradik.. pegang2.. sayang2.. sharing2 pinggan cawan etc..) ++ni bukan gerakan dakwah, ni pestuan biasa2 aje..
tapi akak pilih yang ditengah-tengah.. (ahlinya ada yang soleh solehah dan ada yang nakal2, othai2, rock2.. hehe)
akak tak kata akak punya pilihan adalah yang paling baik.. tapi inilah yang terbaik untuk akak.. adikku sayang.. pilihlah gerakan dakwah yang paling sesuai dengan hati kita.. sebab once kita dah commit, jangan pandang belakang.. kita kene teruskan sampai ke final..
adikku sayang, apa yang akak sering dengar dari orang macam2 gerakan dakwah yang menolak gerak kerja campur lelaki perempuan adalah disebabkan ‘masalah hati’..
adikku sayang, akak nak bertanya.. andai 3 tahun atau 4 tahun kita di kampus ni, kita Cuma bergaul dengan perempuan sahaja… dan kita tak ada masalah hati.. adakah selepas kita keluar kampus, kita dah jauh dari gerakan kita tadi, kita tak ada masalah hati?
Kalau adik2 lepas habis zaman kampus, dan terus nikah dan kebetulan hanya bekerja dalam bidang yang semuanya perempuan je.. Alhamdulillah..
Realitinya, tak semua orang akan menempuh hidup sedemikian.. majority akan bekerja di bidang yang akan ada percampuran lelaki dan perempuan.. dan masalah hati pun timbul.. jiwa pun gundah gulana.. adikku.. daripada kita lari dari masalah, marilah kita berdepan dengan masalah.. marilah kita cari penyelesaian masalah hati ni..
Jadi, pada pandangan akak.. menafikan ukhwah antara lelaki dan perempuan tu bukanlah suatu perkara yang betul dalam gerak kerja dakwah.. ukhwah tu penting sayang.. ukhwah tu kesatuan hati.. hati ini berkumpul dan berpadu untuk memikul beban dakwah sayang…
apa yang penting ialah gerak kerja tu kita ikutlah syariat, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Adikku sayang.. dalam menjaga soal hati ni, ianya memerlukan ketegasan yang jelas. Adik kene jelas siapa adik, apa yang adik sedang buat dan di mana adik..akak akui yang akak bergerak kerja dengan ramai lelaki.. dari yang paling soleh.. hinggalah yang nakal.. dan semua pemimpin di dunia ni.. artis2 pun.. orang2 popular.. aka nada org yg suka mereka dan aka nada org yang benci mereka.. yang benci tu kerja deorang tak lain, asik nak jatuhkan orang lain.. yang suka tu pulak ada dua perangai.. ada yang suka dan membantu gerak kerja kita.. dan ada yang suka hingga mengganggu gerak kerja kita.. contohnya peminat fanatik.. akak akui akak ada menerima gangguan panggilan telefon hinggakan akak terpaksa menukar nombor telefon dua kali.. dan akak terpaksa meminta bantuan kawan2 lain dalam beberapa perkara demi keselamatan akak.. gangguan email lucah tu satu kes.. zaman akak sekolah dulu, akak ada je dapat surat2 ugutan.. etc (sebab akak pengawas skolah)..
Tapi dik.. muhasabah semula.. apa tujuan kita buat kerja2 ni.. tak wajar akak stop bekerja dengan lelaki hanya kerana gangguan2 yang Cuma 3-4 orang ni jika dibandingkan dengan beratus lagi mereka yang baik2 yang banyak memberi akak kekuatan dan semangat untuk istiqamah.. pokok pangkalnya tuan badan, dia kenela bijak handle situasi.. jangan sampai mak ayah kita terasa anak perempuannya ni mcm playgirl atau sedang diburu.. berwaspada selalu…bijaklah menjaga diri.. seandainya ada yg menganggap kita menjadi punca kelalaian lelaki2 tu..ketahuilah, kat luar sana ada berjuta perempuan yang merosakkan lelaki2.. dan kita selaku wanita yg sedar dgn keadaan ini perlu mainkan peranan utk menyelamatkan wanita2 perosak tu dan lelaki2 dari dirosakkan.. kalau kita yg sedar ni diam je buat tak tau, sedangkan perempuan yg rosak terus merosakkan...siapa yg nk kita harapkan?
sebab tu kita kenala patuh pada syariat.. jaga aurat..kerja2 juga.. syariat kena genggam.. kalau kita betul2 jaga batasan akhlak kita, pakaian kita dll, kita bukanlah punca kelalaian mereka...
Itu soal hati orang lain.. hati kita camana yer? Hehe
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu
yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu,
daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
Dalam gerak kerja menyeru kpd yg baik2 ni.. for sure la kita akan bertemu dgn ramai sgt lelaki yg baik2.. yg soleh2.. so pesan lah pada hati kita supaya bersyukur dan pelihara ukhwah tu.. dalam gerak kerja, setiap penggerak memang kene mencari titik keserasian supaya gerak kerja tu mantap..
Dan kalau dalam gerak kerja tu ada yang ter ‘suka’.. ingatlah tu normal, fitrah.. yang penting ialah selagi kita ikut Al-Quran dan As-Sunnah, don’t worry.. kita selamat dunia akhirat..
Tak berdosa ‘suka’kan sesorang.. kan susah kalau kita nak bergerak keje dgn org yg kita tak suka.. yang Allah larang ialah mendekati zina.. jadi, jauhilah zina..
Walaupun kita tak suka kan orang tu, kita still tak boleh meeting berdua dgn dia.. kita still kene meeting dgn kehadiran teman2 yg thiqah yg lain.. jadi suka ke tak suka ke, tu bukan persoalan..kita tak suka2 nak bekerja dengan dia, kita ada amanah dakwah yang kita perlukan kerjasama dia.. berimanlah.. ingat selalu Allah mengawasi zahir batin kita.. bertakwalah.. jagalah diri kita dgn sebaik2nya...elakkan timbul fitnah.. selagi kita tak gadaikan syariat kita..selagi itulah Allah akan memelihara gerak kerja kita..insya’Allah..
dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"
(Surah Fusilat-Ayat 30-32)
wallahua'lam.. akak masih lagi sdg dlm proses belajar..
Salam sis lillah. Bye the way, gua bukan orang yang layak nak bagi nasihat bagus2 ni, cuma ada sedikit pengalaman yang nk gua share dengan sis lillah dan juga penghantar email tu.
BalasPadamGua perempuan beb, tapi gua ada hati beb, gua pernah jatuh hati dengan satu lelaki ini. Soleh betul dia. Gua tak sedar yang gua jatuh cinta dengan dia. APa gua buat??? apa lagi, gua pergi rujuk dari pemilik cinta teragung la. Allah swt.
gua nanges-nanges sebab gua punya niat mahu jadi daie muslimah untuk gerak kerja ini. Tetapi kenapa gua jatuh hati pula dengan mamat ni. GUa tak tahu beb.. Hati gua hanya Allah swt yang tahu. Gua belagak terror depan mamat ni, gua malu tapi simpan malu dalam hati beb.. Gua tahu, gua ada tanggungjawab dalam gerak kerja ini. Gua kuatkan hati ini. Orang nampak gua senyum sebnarnya gua nanges beb..dalam hati ini hanya Dia swt yang tahu.
Tapi itulah pengalaman gua.Jangan risau sis lillah, gua tahu adab2 muslimah, gua jaga tu beb.. Kekuatan itu Allah swt bagi. Gua syukur.
Gua nampak sini, adik ini takut dalam gerak kerja nanti jatuh hati . Gua cakap awal-awal, gua pun takut dan kalau boleh janganlah. Tapi bila sudah jatuh hati itu maksudnya Allah swt bagi pangkat lebih kat adik la. Pahala jihad plus-plus lagi. Gua cakap sebab manisnya bercinta dengan Allah swt. Tapi gua rasa beruntung sebab berada dalam suasana gerak kerja yang sentiasa ingat mengingati. Gua syukur.
Nasihat gua satu sahaja, niat kena betul la. Tambah ilmu sentiasa. Sentiasa update ilmu di dada. Sentiasa tambah iman. Banyak-banyak berguru. Insyallah gua rasa adik selamat. Allah swt akan sentiasa melindungi adik ini.
Chow
Wa'salam Anonymous...
BalasPadamstuju dgn awak.. bila jatuh cinta, rujuk balik pd Allah..
awak kuat.. sebab org2 yg kuat mcm awak la, masih ada lg yg istiqamah walopun ramai dah kecundang..
mekasih share pengalaman.. i really appreciate u! :)
salam mahabbah fillah..
BalasPadamkak lillah sayang..
mekaceh post artikel nie..
dah lame hanis perlukan kate2 semangat mcm nie..
kawan2 hanis pun dah bace artikel nie..dorg pun rase smgt ble bace artikel nie..
we really appreciate u my sis..
smoga kami dikurniakn pembimbing2 spt akak dlm meneruskan wadah jihad fisabilillah nie dgn penuh istiqamah..insya-allah..
ya ukhti,
keep it up ur good work dlm medan b'dakwah nie..memang kami sangat perlukan ikon da'ie spt akak n lain2..
syukran..
salam perjuangan..
semoga allah membalas kebaikanmu ini...
hanis...
salam taaruf juga buat ukhti yg share experience die dlm gerak kerja dakwah nie...
BalasPadamsaye akan gunekn experience akak sbg panduan andai sye hilang semangat..
thanx yew 4 da sharing of ur experience..:)
time kasih byak2 utk artikel akak
BalasPadamni,,xsgke bjmpe ngn artikel ni..
alhamdulillah....
betol2 mjawab psoalan yg sdg bmain2 dlm hati skang ni....
saya akan cuba sdaya upaya
utk bmujahadah mlawan masalah2 hati ni...
and saya kalau bleh nak jadi mcm akak, join program2 mcm tu..dgn budak2 kcil..dgn masyarakat..dlm masa yg sama jd daie..dn juga tetap masih belajar..
skurang2nya dapat mnyumbang sesuatu kpd agama dan ummah....
insyaAllah....=)
saya x smpurna utk mjadi sekuntum mawar berduri, namun saya akan cuba utk memagari diri ini dgn iman & syariat...agar sntiasa dlm redha Allah...amin...
=) salam sayang utk akak lillah..
jazakallah khairan khatira..
w'salam adinda2 ku sayang....
BalasPadamakk dpt byk komen anonymous yer kali ni... urm..
ada yg nk sgt2 private smpai komen mlli sms..
hehe..
apa yg pasti kita smua manusia biasa fitrahnya diciptakan dgn rasa cinta..
pandulah cinta kpd Allah smoga dari cinta itu lahirlah sebuah kekuatan utk memartabatkan Islam ini..
:)