Rabu, 4 Februari 2009

fasilitator diperlukan.. :) jom2..

Program Kelestarian Kanak-Kanak Sejahtera

Sukacitanya Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM) USM akan menganjurkan satu program berbentuk bengkel motivasi kepada sebahagian pelajar sekolah rendah. Antara objektif program tersebut ialah penerapan kefahaman islam, pemupukan akhlak islam, pembangunan akademik, membina kekuatan jasmani dan sahsiah serta membenih pemikiran lestari kanak-kanak. Berikut adalah informasi program berkenaan :

Tempat : Sekolah Kebangsaan Sungai Batu Pulau Pinang.
Tarikh : 7 Februari 2009.
Masa : 8 pagi hingga 6 petang.
Yuran : RM5sahaja.
Pengangkutan : Percuma.

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati melantik saudara/i yang berminat dengan program sebagai FASILITATOR program.Saudara/i bolehlah menghantar nama serta no k/p kepada saya. Insya Allah, perjumpaan FASILITATOR akan diberitahu kemudian. Tarikh tutup pengesahan saudara/i adalah pada 5 Februari 2009. Diharap agar saudara/i beroleh manafaat atas sumbangan yang saudara/i berikan kepada anak-anak kecil ini.

Sumbangan berbentuk kewangan amat kami alu-alukan dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Izzuddin H/p : 013-4662750
Email : izzu_87@yahoo.com

NYDP 2 menambah: esok bersamaan khamis , 5 hb Feb 09 akan diadakan taklimat fasilitator di surau dewan budaya pada pukul 8.15-10.45pm.. kpd yg berminat, sila hadir...

penyertaan terbuka pada semua mahasiswa usm.. :)

pendaftaran , sila hubungi:
cik dzurini 0134663375


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....