Khamis, 19 Februari 2009

bila perempuan yg mencari jodoh....

Ana FyruZ has left a new comment on your post "cinta, bercinta & percintaan":

salam lillah. Nice artikel.

Nk tanya boleh?

Untuk mendapat sstu kita perlu berusaha ke arah itu bukan?? Baru redha tawakal.

Bgaimanakah bentuk usaha yang sesuai bagi seorang wanita solehah dalam mencari bakal suaminya ?? Highlight di sini, sekiranya sudah jumpa, apa langkah seterusnya.
Dalam konteks islam.

Saya yakin dalam umur menjangkau 2o lebih ini, isu ini tidak boleh di pandang remeh. Ia harus selari dan di bawa sama bijak bersama2 isu2 lain. Wallahualam.

My comments:

W’salam fyruz..

Dlm usaha mencari jodoh atau nikah ni, adat lebih menguasai masyarakat Melayu. Kekadang amalan tersebut tidak rasional dalam menangani masalah masyarakat…

hm.. reality masyarakat kita naik turun masjid dan surau atau bertandang ke pusat pengajian tinggi mempelajari ajaran Islam, namun masih banyak perkara yg didengari & dipelajari ditinggalkan dlm minda sebagai teori shj dan tidak dibuat aplikasi di dalam kehidupan mereka. bila keluar masjid, surau dan Pusat Pengajian Tinggi dan balik ke kampung masih sukar menghapuskan sesetengah adat yg telah turun temurun diamalkan, walaupun adat tersebut merugikan mereka sama ada di dunia dan di akhirat…

Kalau kita merujuk kepada hukum Islam dalam hal nikah kahwin ini, ibubapa berkewajipan mengahwinkan anak perempuan mereka iaitu melaksanakan ijab kabul( akad nikah ).
Kewajipan terhadap anak lelaki memadai memberi sokongan dan keizinan bagi melicinkan urusan sahaja , tidak perlu mewalikan pernikahan dan tidak terlibat dalam ijab kabul. Ini adalah suatu gambaran bahawa kewajipan ibubapa terhadap anak perempuan melebihi kewajipan mereka terhadap anak lelaki. Tetapi pelaksaannya menjadi sebaliknya pula, di sini kita tidak menyentuh tentang besar kecilnya majlis kenduri yang diadakan.

reality hari ini golongan muda mudi mostly mencari jodoh sendiri tidak perlu penglibatan ibubapa pada peringkat awalnya tetapi tugas mengawasi mereka masih wajib.. Apabila mereka setuju sesama mereka barulah ibubapa campurtangan dan ambil alih urusan meneruskan rancangan mereka.

seringkali bila anak lelaki yang sudah sampai umur yang sepatutnya still tak berkahwin, selalunya kita menganggap.. oh… dia belum nak kahwin lagi tu…

Tapi kalau anak permpuan yg dah sampai umurnya tapi still belum merancang perkahwinan dengan sesiapa atas sebab belum berjumpa pasangannya maka ada tuntutan mak ayah untuk mencarikan jodoh anak perempuan mreka tanpa rasa malu…sebab ni kewajipan mak ayah…
Keadaan ini tidak sesuai bersikap seperti menunggu buah yang belum tentu akan gugur.
. clear.

Macam mana kalau mak ayah dan orang sekeliling dah tolong cari tapi tak jumpa jugak.. masa ni dah lama tunggu buah tak gugur.. apalagi, panjat lah pokok dan petiklah sendiri :)

Peringatan…

Walau dalam apa keadaan pun kita harus ingat bahawa Islam tidak mengharuskan cara, cara dan matlamat hendak betul mengikut ajaran Islam..Kalau adat kita melarangnya, kita jangan hiraukan larangan tersebut kerana ajaran Islam adalah hukum tertinggi yang kita wajib patuhi…

Pada saya tidak salah sama ada lelaki meminang perempuan atau perempuan meminang lelaki.

So kalau rasa dah jumpa your Mr Right, dan fairuz rasa dah bersedia.. dan your Mr Right pun dah bersedia…. Buatlah istikharah.. discus dengan parents dan proceed to next step untuk ikatan yang mengelakkan fitnah..

Hukum berkahwin itu ada empat :

Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.

Panduan telah disediakan di dalam hukum munakahat tetapi kadang-kadang kita masih mengutamakan adat…

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )


Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

Hm.. ini Cuma lontaran pandangan.. bukan pengalaman..:p

Wallahua’lam..

4 ulasan:

  1. amboi2..soalan saya terus masuk new post. Mantap2...

    Hrap pembaca jgn salah sangka plak ye.. saya manusia biasa. Ingin tahu dan ingin belajar. Tk salah bertnya kan2??

    bak kata orang " rajin bertanya, tak sesat jalan.." insyaALLAH

    semoga kita ambil ini dari sudut profesional. InsyaALLAH..

    BalasPadam
  2. mantap.....
    hehe

    insya'allah pembaca2 memahami... :P

    ~be professional & rasional..

    BalasPadam
  3. salam..

    sekadar pandangan.

    tak salah andai wanita yang memulakan dlm urusan perkahwinan andai dirsakan orang yg ditemui merupakan org yg soleh dan mampu jd pembimbing dan ketua keluarga. sejarah telah membuktikan yg mna kita sedia maklum, saiditina khadijah yang meminang Rasulullah.

    lagi satu skadr nak share info, akhir zaman ni lelaki dinisbahkan makin kurang berbanding muslimat. yg ramai pun kat universiti serenti dan sbgnya. kami ni kiranya minoriti...;)

    BalasPadam
  4. saya bukanlah siti khadijah..jauh dari segala2nya...

    mana mungkin keyakinan itu wujud untuk meminang seorang yang saya yakin untuk suami saya.

    Siti Khadijah ra mempunyai 4 ciri yang Rasulullah mahukan. Semuanya A++. Nk dibndingkan dengan saya.. mungkin D- kot.. hihi

    yang penting.. berusahalah mejadi wanita yg solehah..insyaALLAH ;-)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....