Sabtu, 4 Disember 2010

Si Gila Kesayangan Saya

Sudah hampir seminggu lebih saya tak bertemu anak murid saya si ****

Sebabnya saya sudah tidak mengajar sesi pagi lagi. Sekarang saya mengajar di sesi petang. Pagi dan malam pula saya mengajar kelas bahasa Inggeris, jadi tiada masa untuk 'open house' kecuali kalau emak saya ada.

Tadi anak murid saya memberitahu, "Teacher, si ***** tu memang gila!! Dia suka-suka je cakap saya kepala hotak! Takda otak la! Macam-macam dia maki saya cikgu. Dengan cikgu-cikgu lain pun dia maki. Cikgu-cikgu lain kata dia gila. Dia 'crack'!"

Baru semalam saya mengajar anak ini perkataan 'crack' yang membawa maksud gila-gila.

Sebenarnya semenjak dulu lagi semasa saya memegang kelas si *****, saya sudah menyedari keanehan si ****. Dia masuk ke kelas saya selepas dibuang sekolah. Saya menyambut dia seolah dia budak baru pindah. Saya juga menjemput dia ke rumah saya semasa majlis berbuka puasa. Dia bersikap kasar dengan kawan-kawannya tetapi dengan saya, dia sangat bersopan santun. Dia tak pernah mengasari saya. Apabila saya memarahi satu kelas, dia tak pernah kurang ajar. Erm, setakat ini tak pernah lagi ada anak murid yang kurang ajar dengan saya meskipun anak-anak tu dah di 'black list' sebagai kurang ajar oleh guru-guru lain.

Semasa hari raya, dia orang pertama yang 'sms' saya meminta izin mahu datang beraya. Tetapi saya tidak melayan sms tersebut kerana jadual yang padat di luar rumah.

Sekarang.... hm, saya benar-benar rindukan dia. Mungkin saya patut jemput dia datang beraya di rumah saya.
Saya tertanya-tanya bagaimana keadaan dia sekarang. Adakah jiwanya sedang sakit? Adakah hatinya sedang bersedih? Adakah solatnya sempurna? Adakah ibu bapanya sedang marah pada dia? Adakah....
Adakah sesiapa yang peduli untuk memberi dia didikan ?

Ah, saya sayang dia. Saya tak kisah sangat kalau dia gagal dalam peperiksaan. Tetapi saya berharap sangat dua TIDAK gagal dalam kehidupan!

Eh, berapa hari lagi Syawal yang tinggal??

cinta yang sempurna


Tertekan. Saya stress. Ah, mereka lagi stress.
"Cikgu, terima kasih sebab sudi dengar segala luahan saya. Terima kasih sebab cikgu banyak beri saya kata-kata yang menenangkan hati saya,"ucap seorang pelajar sementara kami menunggu seorang pelajar keluar dari rumahnya.
Setiap malam saya akan menjemput anak-anak ini dan membawa ke rumah salah seorang anak murid saya untuk kelas tuisyen. segala kos buku-buku ditanggung sepenuhnya oleh saya. selepas tamat kelas, saya akan menghantar mereka balik rumah.

Lagi beberapa hari akan PMR. Anak-anak murid saya semakin tertekan. Mereka menjadi semakin tidak fokus semasa belajar. Kejap-kejap gelak. Kejap-kejap main. Saya pun nak serius sangat pun tak boleh, kesian juga pada budak-budak ni.

Anak-anak ini gagal dalam kebanyakkan subjek semasa percubaan. Mereka adalah pelajar kelas terakhir dalam tingkatan 3. Ada yang mendapat sokongan moral untuk belajar. Namun kebanyakkannya tidak bernasib baik. Saya terpaksa berdepan dengan kerenah ibu bapa yang bukan-bukan.
Setiap hari sekolah tamat pada pukul 6.45 petang. Selalunya saya tiba di rumah selepas azan maghrib. Bersihkan diri, solat dan makan. Kemudian pukul 8 malam saya perlu keluar mengutip seorang demi seorang anak murid. 8.30 malam, kelas tuisyen bermula. 

Saya mengajar subjek bahasa Inggeris. Saya menggunakan buku latihan bermula dari darjah 1. Kini anak-anak murid saya sedang menggunakan buku darjah 6. Harap-harap sempatlah mereka buat buku latihan form 2 sekurang-kurangnya sebelum PMR.

Selalunya kelas tamat pada pukul 10 malam. Saya pula akan tiba di rumah dalam 11 malam. Selepas menghantar anak-anak itu semua ke rumah masing-masing, saya akan memandu kereta seorang diri. Malam yang sepi.

Dan setiap kali itulah saya menangis dan menangis. Sehinggalah kereta saya sampai di rumah, barulah saya berhenti menangis.

Terlalu banyak sebab untuk saya menangis. Mungkin kerana saya keletihan. Mungkin juga kerana sakit badan. Apa yang pasti saya menangis kerana saya sangat bersyukur kerana Allah meminjamkan saya secebis kehidupan ini. Sebuah kisah hidup yang penuh dengan rahsia. Tidak ramai yang tahu kisah saya dan kerja-kerja saya. Teman-teman sepejabat juga tidak tahu malam-malam saya ke hulu ke hilir bersama anak-anak bertuah ini.

Pembaca-pembaca sendiri tidak kenal dengan saya.
Baguslah. Saya tidak berniat untuk berkenalan dengan sesiapa melalui blog ini. :)
Saya mencoret di sini supaya kita sama-sama dapat bermuhasabah.. dapat ingat pada Allah.. dapat fikir-fikirkan tentang tanggungjawab kita..

Moga-moga ada kebaikan dunia akhirat . Inshaallah.

Tadi semasa dalam perjalanan balik, radio berkumandang lagu di bawah ni. Anak-anak murid saya sukakannya. Saya first time dengar. Liriknya indah juga.. Saja paste sini. :)


Sengsara yang terasa di sepanjang hayatnya


Menggigil kepala lutut saya sebaik dijerkah oleh bapanya. Saya terkaku. Kelu. Dia terus menerus memarahi saya. Soalan-soalan yang diajukan kepada saya juga membuatkan saya terperangkap. Mujurlah perbualan saya dan si ayah cuma melalui telefon. Kalau berdepan belum tentu saya mampu berlakon tenang.

Anaknya sudah menangis, menekup muka ke meja. Suasana sepi seketika.

"Kenapa dia buat macam ni?"anak itu menyoal. Saya kelu. Saya memandang wajah anak-anak lain yang terkebil-kebil memandang saya.

Memang pelik-pelik perangai mak bapak yang saya jumpa. Selalunya yang berperangai pelik ni adalah yang berpelajaran rendah atau tak berpelajaran dan tak beragama.

---> Tak beragama = Tak amalkan agama.

Kelas tertangguh selama 30 minit. Saya terpaksa menukar topik, berbicara luar subjek untuk mengembalikan suasana tenang kepada anak-anak tersebut. Akhirnya yang menangis tadi kembali ketawa.

"Cikgu, saya bahagia bila dapat keluar rumah. Rumah macam neraka.."kata si anak ketika dalam perjalanan pulang.

Saya memberi dia kata-kata semangat. Membebel seperti kebiasaan yang saya lakukan..

Selepas menghantar mereka semua pulang, saya memandu seorang diri pulang ke rumah. Dan saya menangis lagi di dalam kereta. Syukur ada sunglasses, maka pemandu lain tak nampak mata yang bengkak ni. ^/_\^

Tu siang tadi.

Malam ni pula anak-anak murid sekolah datang rumah beraya. Hujan lebat.. Bersih sebersih-bersihnya kereta saya akibat hujan lebat tu.. ^_^ Alhamdulillah..

Selepas menghantar beberapa anak-anak yang ketiadaan kenderaan untuk pulang, saya berfikir-fikir..berdoa-doa..

Ya Allah, lindungilah anak-anak itu. Peliharalah anak-anak itu.. Kurniakanlah kami semua hidayahMu....



take care my baby........

angit beransur gelap. sebentar lagi masuk waktu maghrib. perhimpunan sekolah baru sahaja tamat.tiada sesiapa di rumah, jadi saya tidak perlu tergesa-gesa pulang ke rumah. Err.. sebenarnya saya terlupa bawa kunci rumah semasa keluar tadi. Padan muka, sekarang  saya bercadang untuk pergi beli nasi bungkus di pasar malam dan berbuka di masjid.

Semasa melintas longkang, terjumpa anak kucing kecil yang sangat comot.. lembik.. macam dah mati je.. saya usik-usik dia. tapi tak bergerak. err.. dah mati ke? kelihatan perutnya masih bernafas, oh hidup lagi.

Saya berputar-putar di pasar malam. Apa nak beli ni??? (untuk meow kecil tu..)
Akhirnya beli sosej kecil. saya carik-carik jadi kecil dan letak di tepi hidung si meow. Tiba-tiba si meow bangun dan makan dengan lahap sambil berbunyi garang.

Haha..

Saya terhibur.

Azan berkumandang. Oh.. saya perlu cari air untuk berbuka! Selamat tinggal sayang comot.. Take care my baby ^_^

apa yang anda nampak?


saya terjumpa gambar ni di facebook seseorang..

apa yang anda nampak?

apa yang anda fikirkan sebaik melihat gambar ini?

Madrasah ramadhan 2010

Ramadhan hampir ke penghujungnya. Sungguh Ramadhan ini sangat bermakna untuk saya... Sangat membahagiakan.. Sangat penuh kesyahduan. Syukur padaMu ya Rahim..

Rasa macam mahu taip macam-macam dalam entry kali ini tetapi....

keep it short and simple.

1) Majlis berbuka puasa keluarga
Adik-adik saya dari Utara dan Selatan balik berkumpul di rumah. Di celah-celah kesibukan, kami semua mencuri masa untuk bersama-sama. Yang lelaki berusaha menguruskan ambil dan hantar adik-adik daripada asrama. Yang perempuan berusaha menguruskan penyediaan makanan. Pertemuan singkat diantara maghrib isyak itu cuma sekejap namun memerlukan pengorbanan besar daripada semua yang ada untuk berkumpul bersama. Inilah realiti yang perlu diterima apabila anak-anak sudah dewasa. Syukur ya Allah kerana ini adalah antara perkara yang memberi makna besar dalam hidup saya.

pek makanan berbuka untuk adik-adik yang akan kembali ke pusat pengajian masing-masing.


2) Majlis berbuka puasa bersama AMANI
Sukarelawan AMANI bersama sahabat-sahabat dari Selatan Thailand sedang menguruskan roadshow. Kami dijemput berbuka puasa di rumah penasihat AMANI. Syukur Ya Allah, kerana saya belajar satu pelajaran penting dalam hidup pada malam itu.
Juadah berbuka puasa di rumah Ust Kamaruddin sewaktu bersama sahabat-sahabat AMANI dan sahabat-sahabat Thailand.

3) Majlis berbuka puasa bersama srikandi-srikandi
Saya memberitahu emak yang saya teringin mahu berbuka puasa bersama dua orang sahabat saya. Emak kata, jom kita berbuka bersama mereka. Sebaik bertemu, kami masing-masing tersenyum tak terkata. Kemudian bersembang-sembang. Syukur Ya Allah kerana saya dapat belajar sesuatu pada hari itu..

4) Berbuka puasa di Thailand.
Saya ke Thailand untuk menemui anak-anak angkat AMANI. Pemergian kali ini adalah tawakal sepenuhnya memandangkan keadaan keselamatan yang agak kritikal. Syukur ya Allah kerana mempermudahkannya.. Sungguh saya benar-benar syukur padaMu ya Rahim. Satu pelajaran lagi yang saya peroleh dari kembara ini!




5) Majlis berbuka puasa bersama anak-anak murid saya.

Bilangan mereka lebih kurang 150 orang. Jadi saya bahagikan kepada 5 hari. Semua lauk dimasak sendiri supaya lebih berkat. Sambil masak, berzikir dan berdoa. Moga-moga anak-anak ini mendapat hidayah, dilembutkan hati dalam menerima kebenaran..


Hari Pertama :

Balik kerja, saya terus memasak. Syukur emak dan romlah ada membantu...
Selepas berbuka puasa, saya menyuruh mereka bersiap-siap untuk bersembahyang. Dan pelajar lelaki melarikan diri dengan memanjat pagar automatik dan tembok rumah saya sebab tak nak sembahyang. Dua orang pelajar lelaki cedera di kaki dan tangan akibat menjadi 'superman yang merempit'. Sepasang kekasih pula accident di bonggol jalan. Girl friend nya tercampak dan pengsan. Datang sebuah kereta dan bawa girl friend nya pergi. Boy friend nya pula tak ambil no telefon driver tu... Secara purata malam itu ada 8 orang mangsa accident. Selepas selesai menguruskan anak-anak murid saya, saya ke UM untuk menghantar makanan kepada adik saya dan kawan-kawannya..

Pujuk hati "Ya Allah.. Kuatkan hati kami ya Allah, semoga anak-anak ini mendapat hidayahMu ya Allah.."

Hari Kedua - Kelima :

Alhamdulillah, keadaan semakin baik. :)
Terima kasih mak.. Terima kasih romlah...
Terima kasih anak-anakku...



kesimpulan :

Semoga madrasah Ramadhan ini dapat melahirkan insan-insan kamil yang dicintai Allah..
Andai terasa letih dalam melangkah, ingatlah bahawa letih itu akan dihitung.
Andai terasa takut dalam melangkah, ingatlah bahawa Allah pelindungmu sentiasa berjaga.
Andai terasa sedih dalam melangkah, ingatlah bahawa segala yang dilakukan adalah demi keredhaan Allah.

Moga-moga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.. Syukur diberikan ujian kerana menjadi hamba terpilih untuk ditingkatkan darjatnya. Syukur diberikan nikmat kerana berpeluang mengerjakan ibadah.. Dalam susah atau senang, moga nilai cintaku padaMu tetap tak berubah...

Coretan fisabilillah
September 2010
Malaysia & Thailand

Ahad, 22 Ogos 2010

Sakinah Rahmah Mawaddah



Pagi
_____

Hari Sabtu. Hari sekolah ganti. :)
Saya suka sekolah maka hati sangat gembira apabila ke sekolah... Syukur ya Allah :)
Kelas-kelas lain yang saya masuk pun tak ramai sangat. Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan menanda kertas jawapan kesemua kelas form 1. Tinggal paper percubaan PMR sahaja yang belum disemak.. Anak-anak murid saya excited nak tengok markah mereka :)
Alhamdulillah ramai dapat A. Syukur ya Allah.. :)


Kelas saya,kelas paling hujung.. seorang sahaja yang hadir :)
Sempat bersembang dengan dia.
"Cikgu, saya tak sekolah masa form 1 dan form 2. Saya baru masuk Julai haritu.."kata dia.

Sebelum ini dia tinggal dengan tuk dia, jadi dia tidak disekolahkan. Kini dia tinggal dengan ibu ayahnya, baru masuk sekolah..

"Kamu sanggup tak kalau stay back every day selepas sekolah? Cikgu ajar kamu.. Kalau kamu tak dapat cemerlang pun takpe, yang penting lulus.. Kalaupun tak semua subjek lulus, sekurang-kurangnya ada yang lulus.. paling penting subjek bahasa.."pujuk saya.

Berseri wajah si comel ni.. Jangan putus asa ya sayang :)



Tengah hari __________

Balik dari sekolah, emak sudah bersiap sedia hendak masak. Hari ni semua ahli keluarga saya akan berkumpul semasa berbuka puasa.

Maka semua anak yang di utara dan selatan perlu pulang ke rumah. Amin dari UTP Perak drive seorang diri malam semalam balik ke rumah. Kemudian pagi tadi dia ke Melaka ambil Hafiz di MFA.

Ali pula sedang jadi fasilitator tamrin di masjid pun balik sekejap sebelum berlari ke program semula. Kata Ali, tutorial dia bertimbun jadi dia akan direct balik ke UM selepas tamat tamrin.

Fadilah pula dah ada di rumah semenjak Jumaat. Fadilah dan Romlah menyumbangkan saya pen merah untuk menyemak kertas anak-anak murid saya. Terima kasih kepada all of u! Love u all very much!


Thanks romlah sebab semasa saya terlena semasa menanda kertas, Romlah tolong menanda.. :)


Bahagianya.. Syukur ya Allah..

Saya paling suka apabila adik-adik saya sampai rumah dan tersenyum sambil mengucap lembut "kakak..."

serius, saya cair.. :) :)

dan apabila mereka salam dan cium tangan saya, saya memang cair..

ketika saya tiada di rumah tetapi mereka hendak balik ke tempat masing-masing, mereka akan kirimkan mesej "kakak.. x sempat nak say bubye kat akak so sms je la hoho :)"

Syukur Ya Allah...
Kerana menghadirkan saya insan-insan yang sangat memahami diri saya, sangat membantu diri saya dan sangat sayangkan diri saya...



Malam ________

Tiba-tiba dua orang si kecil terjah masuk bilik saya. Terkejut saya. Rupa-rupanya mummy (my second mother) sampai.. Ini dua budak kecik memang tak makan saman. Habis satu rumah dia nak explore! :)
"Eh..eh, this is girl's room.. boy cannot come in.."pujuk saya.

tapi dia masuk juga.. hehe.. serius, big sister surely would miss both of u a lot sayang :)

Semasa berbuka puasa tu, meriah.. Syukur ya Allah.. hati saya bahagia melihat wajah-wajah orang yang saya sayang berkumpul.. Wajah mak berseri.. Wajah abah berseri.. Wajah mummy berseri.. wajah amin.. wajah hafiz.. wajah ali.. wajah fadilah.. wajah Wafi (yang asik main PS).. wajah si comel wasif.. wajah baby(kucing saya)... Wajah Romlah sahabat baik saya...

Kami semua sibuk dengan urusan masing-masing. Abah nampak penat tapi asyik senyum-senyum je. Mummy kata abah tak tidur semalaman. Patutlah mata dah merah.. Amin pulak nampak letih sangat dan berpeluh-peluh semasa makan. Ali pulak kelam kabut sebab perlu rushing ke masjid semula kerana perlu handle program. Romlah pun nampak letih sebab tadi dah masak-masak. Romlah buat puding roti karamel pagi tu. Petang tu sambung memasak-masak lagi.

Kami berusaha sungguh-sungguh mencuri masa untuk duduk makan berbuka bersama. Keluarga adalah nadi kepada perjuangan kami. Maka sesibuk mana sekalipun, keluarga tetap akan menjadi keutamaan.. Apabila stress dengan pelbagai masalah, hati akan kembali tenang apabila kembali bersama dengan keluarga..

Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Itu fitrah. Dalam hidup ini kita pasti ada kelompongan (lubang) kelemahan yang perlu di isi. Maka menjadi tanggungjawab setiap ahli keluarga untuk saling melengkapi. Kalau ingin mencari kesempurnaan, percayalah tak akan bertemu kesempurnaan itu.

Usah menunggu orang lain mengisi kelompongan itu tetapi cubalah mencari kelebihan yang ada pada diri ahli keluarga kita dan fikirkan serta usahakan supaya lubang-lubang itu boleh ditutup. Contohnya jika kita rasakan ada anak yang degil, usah sekadar menyalahkan si anak. Lihat kembali ke dalam diri kita. Adakah kita juga sebenarnya hamba Allah yang degil, yang culas dalam ibadah, yang dibelenggu maksiat? Adakah kita betul peduli kepada si anak hingga kita berdoa saban malam untuk dia? Adakah kita betul peduli kepada si anak hingga kita bersusah payah menjaga makan minumnya daripada makanan syubhah? Adakah sudah kita tunaikan hak-hak kita kepada dia?

Andai ingin menjadi lelaki yang terbaik, jadilah seorang suami yang paling baik terhadap isterinya kerana sabda Nabi saw orang yang terbaik akhlaknya ialah orang yang melayani isterinya dengan baik.

Andai ingin menjadi perempuan yang terbaik, jadilah isteri yang bersyukur dengan segala pemberian suami walaupun sekecil-kecil peberian dan bersabar dalam ketaatan. Bak kata nenek saya, isteri tetap isteri maka biarlah di dunia kita sabar sedikit supaya mendapat syurga Allah.

Anak-anak memerlukan ibu ayah mereka. Kedua-duanya memainkan peranan besar. Wahai ayah dan ibu, sebolehnya rahsiakanlah segala taufan yang melanda hubungan kalian daripada anak-anak. Anak-anak tidak perlu melihat ibunya terseksa kerana perangai ayahnya. Anak-anak tidak perlu melihat ayahnya terseksa kerana perangai ibunya.
Wahai ayah ibu, usah kalian lukai hati anak-anak itu..


Apa yang penting ialah kita belajar bersyukur dan menghargai mereka yang kita ada. Jangan dikhianati dan disakiti mereka yang jujur bekorban dan kasihkan kita kerana barangkali setelah mereka meninggalkan kita, kita tak akan bertemu dengan insan seperti mereka lagi. Jika benar kita sayangkan seseorang, kita akan rela bekorban apa sahaja demi kesayangan kita itu. Untuk bekorban itu ianya tidak mudah melainkan setelah cinta Allah bersemi di hati..

Maka semaikanlah cinta kalian kepada Ya Latiff..
Akan tumbuhlah pohonan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan dalam tautan cinta sesama manusia...

Syukur Ya Allah.. Sungguh diri ini bersyukur padaMu...
Bahagianya :)

Ya Allah.. aku hambaMu.. andainya dapat aku menulis bukti-bukti cintaMu padaku, nescaya tak tertulis.. Sungguh aku merinduiMu.. maka jadikanlah aku anak yang Kau cintai dan rindui.. jadikanlah aku wanita yang Kau rindui dan cintai...


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Sabtu, 21 Ogos 2010

Mujahidah itu.. menjadi kecemburuan bidadari syurga..



Kelat. Pahit.
Ditelan juga.

Kepala saya terasa sakit, barangkali stress dengan situasi saya sekarang.
Sedaya upaya saya cuba mengawal emosi supaya tetap tenang.

Tiba-tiba saya mendapat maklumat bahawa seorang sahabat saya di Thailand ditangkap askar untuk siasatan. Serta merta hilang segala rasa pening, hilang segala stress dan hilang segala rasa berat di dada.

Sahabat saya itu setiap kali saya sampai ke bumi Patani, dia akan berkali-kali menelefon memberitahu betapa dia merindui saya.. betapa dia menyayangi saya.. memberitahu dia mahu memberi saya keropok.. mahu memberi saya kuih sebelum saya kembali ke Malaysia.. Syukur Ya Allah, saya dapat rasakan keikhlasan dalam tautan ukhwah ini.. Dia sibuk dengan sekolahnya. Pada hujung minggu pula dia sibuk mengajar secara percuma di sekolah agama.. Di Thailand, guru-guru agama dianggap sebagai ancaman, maka mereka menjadi sasaran untuk ditangkap.

Sungguh saya memang terpikat dengan ketulusan jiwanya.. dia tahu nyawanya umpama telur di hujung tanduk. namun atas dasar tanggungjawabnya dia mengajar pendidikan Islam kepada anak-anak secara percuma. Mulia sungguh..

Kini dia di dalam kem tahanan. Saya menangis ketika berdoa untuknya. Namun saya yakin Allah pasti akan menjaga dia dengan baik. Saya sedia maklum nasib-nasib kem tahanan. Saya pernah menjejak kaki ke tem tahanan sebelum ini semasa peristiwa kematian Sulaiman.. Ya Allah.. Lindungilah sahabatku Halimah... *nangis*

Saya lihat nasib sahabat-sahabat saya seorang demi seorang.. Semua perkara itu membuat saya termuhasabah..

Ya Allah.. hanya Engkau yang mengerti isi hatiku..
Ampunilah segala dosa-dosaku..
Aku ingin menjadi anak yang Kau cintai dan rindui sentiasa..
Aku ingin menjadi wanita yang Kau cintai dan rindui sentiasa..
Maka aku rela pada segala yang Kau hadiahkan ini..

Syukur Ya Allah..


Tadi, semasa sedang pulun menanda kertas-kertas jawapan, saya mendapat mesej di facebook..

"Buatmu kakakku...semoga ia bisa menguatkanmu...."

Ianya sebuah puisi yang cukup indah.. Subhanallah.. Terima kasih kepada adik yang mengirimnya..




***Mujahidah itu***


Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya...

Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…

Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…


Mujahidah itu…
Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!


Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki memainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…


Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,
Muhasabah dirinya,
katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…


Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk bekasihani…


Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilaun,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…


Mujahidah itu…
Menjadi gadis sudah fitrahnya,
Menjadi pilihan bukan pintanya,
Sebagai penyeri itulah hakikatnya,
Menjadi khalifah itulah tugasnya,
Membuat silap bukan sekali,
Namun mengalah tidak sekali,
Menjadi seorang mukminat sejati,
Itulah usahanya setiap hari…


Mujahidah itu…
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Aminnn...Ya Rabbb...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 18 Ogos 2010

Nota Cinta Seorang Cikgu


Dulu kawan-kawan cikgu pernah mengejek "Menjadi cikgu ibarat orang yang sesat jalan, sebab selepas keluar dari sekolah, masuk semula ke sekolah.."

Selepas lebih sepuluh tahun akhirnya cikgu berada di sini, duduk di atas kerusi di tapak perhimpunan bersama-sama guru yang lain.

Subhanallah.. Impian cikgu sekian lama ingin menjadi seorang guru tetapi tidak kesampaian kerana dihalang oleh abah cikgu. Demi mentaati kehendak abah, cikgu ketepikan niat di hati. Allah Maha Mengasihani, walaupun cikgu sudah berlari jauh meninggalkan lorong 'perguruan', akhirnya Allah meletakkan cikgu di sini juga.. Sungguh Dia Maha Berkuasa.


Walaupun status cikgu cumalah sebagai guru ganti sementara waktu, itu tidak penting. Apa yang penting, cikgu mahu menghitung setakat termampu betapa banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada cikgu. Cikgu mahu terus menerus bersujud syukur sebanyak-banyaknya!

Minggu Percubaan PMR dan Ujian Bulan Ogos

Subhanallah, anak-anak murid di kelas hujung-hujung mahupun yang depan-depan begitu menceriakan hidup cikgu. Setiap kali cikgu hendak ke kelas mereka, cikgu disambut dengan perangai yang menguji kesabaran.. Sungguh menguji!!

Adakalanya cikgu memarahi mereka sehingga cikgu sendiri rasa bersalah dan bimbang jika mereka tersinggung dengan kata-kata cikgu. Namun, sekejap sahaja mereka sudah kembali berbaik bergurau senda dengan cikgu seolah terlupa bahawa cikgu pernah memarahi mereka.

Subhanallah, betapa sucinya anak-anak muridku, begitu pemaaf!

Adakalanya ketika sedang marah,cikgu tergelak dengan perangai mereka.

"Kenapa cikgu gelak??"soal mereka pelik.


Ada yang sudah dibuang sekolah, tetapi hadir untuk peperiksaan percubaan PMR ini. Ada yang tidak pernah datang semenjak cikgu mengambil alih peranan guru sekolah, tetapi hadir untuk percubaan PMR ini.

Pelbagai gelaran yang cikgu dapat. 'Cikgu', 'Teacher' , 'Kakak' dan 'Ustazah'..

Pelbagai soalan yang cikgu terima termasuklah berkaitan hukum hakam.. bab puasa.. bab undang-undang..bab putus cinta.. dan lain-lain lagi.

Semakin hari cikgu semakin sayang kepada anak-anak murid cikgu.. Walaupun setiap hari cikgu kena menjerit, kena membebel dan bersengkang mata sebab menanda buku namun cikgu bahagia.. cikgu rasa damai dan tenang.. moga kalian mendapat hidayah Allah..

Semalam cikgu menumpangkan seorang pelajar balik ke rumah. Kini pelajar tersebut dalam tingkatan lima. Ketika dia tingkatan 3, kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap kanser. Alhamdulillah PMR dia dapat semua A. Ketika dia tingkatan 4, ayahnya meninggal dunia kerana kemalangan. Beberapa hari selepas ayahnya meninggal dunia, ada ujian di sekolah dan dia tetap hadir untuk ujian tersebut. Pihak sekolah ada menawarkan bantuan kepada dia untuk membeli buku tetapi dia tidak pernah meminta duit tersebut. Kelasnya sebelum ini terletak di tingkat atas sekali. Kawan-kawannya merayu supaya mereka semua berpindah ke kelas di tingkat bawah supaya memudahkan dia bergerak tetapi dia menghalang. Dia tidak mahu disebabkan oleh dia seorang maka semua orang terpaksa berpindah kelas.

Subhanallah.. Sungguh saya mengkagumi pada sifat yang Allah ciptakan pada pelajar ini.
Sungguh saya terharu dengan semangat dan kecekalan jiwanya...

Allah Ya Latiff...
Sungguh aku mencintaiMu...

Saya merancang untuk mengadakan iftar (majlis berbuka puasa) untuk anak-anak murid saya.
ada 5 kelas semuanya...
pelbagai reaksi yang saya terima daripada para pelajar.

"Cikgu, kena telefon mak saya.. sebab mak tak percayakan saya.."pujuk seorang murid saya.
"Inshaallah, berikan saya nombor mak kamu.."jawab saya.

"Cikgu.. saya tak ada transport,"seorang lagi mengadu.
"Bagi saya alamat rumah kamu,"jawab saya.

"Cikgu, saya ada tuisyen pukul 8 malam.."kata seorang lagi.
"Tak apa, nanti saya hantarkan.."kata saya.

Sebaik memaklumkan hasrat hati saya, emak berkata "Kakak, kena guna duit kakak sendiri ye.."

Sejujurnya saya tak ada duit yang cukup dalam tangan tetapi di dalam tabung haji ada sedikit simpanan yang saya tidak pernah usik lansung seumur hidup. Selama ini emak tak benarkan saya menggunakan duit tu.

Saya menghuraikan hadis ini kepada emak...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at- Tirmidzi


dan pagi tadi emak sms saya "Guna duit THaji"

Alhamdulillah... Semoga tautan yang cikgu ingin bina bersama anak-anak kesayangan cikgu ini diberkati dan diredhai Allah.. Semoga ianya sesuatu yang bermakna buat cikgu dan kalian semua.. Semoga Allah melembutkan hati kita dalam menerima kebenaran... Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua..


Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nya terus mencurah-curah



dengarkanlah sebuah nota cinta :



p/s : syukran jazilan my beloved hidayah for this song....
p/s/s : tu gambar anak2 kucing yang kini sudah dewasa.. cepatnya masa berlalu...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Isnin, 16 Ogos 2010

Nilai lah kembali cinta mu itu..



"Rasa cinta seorang hamba kepada Allah tidaklah boleh menyerupai cinta seorang makhluk kepada makhluk yang lainnya. Kerana, cinta (kepada makhluk) seperti itu merupakan kecenderungan untuk menguasai dan mendapatkan sang kekasih. Hal ini merupakan ciri-ciri cinta jasmaniah.



Para pencinta Allah s.w.t. adalah orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam mendekati-Nya, bukan orang-orang yang menuntut mesti bersama-Nya (yakni, memaksa-Nya - Maha Suci Allah dari kehendak makhluk, Kehendak-Nya atas segalanya).



Orang yang menuntut itu berdiri sendiri dengan rasa cintanya (dengan sangkaan semata-mata), sementara orang yang bersungguh-sungguh itu turut larut dengan Kekasihnya. Orang-orang yang paling jujur dalam medan cinta adalah mereka yang bersungguh-sungguh meraih cinta yang ditakluki olehnya."



[Al-Hakim Al-Tirmidzi]





awak(8/16/2010 2:12:54 PM): saya ada masalah..dan perlukan seorang yang dapat bagi nasihat...awak ada sesiapa yang dapat tolong saya?



lillah (8/16/2010 2:14:31 PM): masalah apa ye?



awak(8/16/2010 2:15:50 PM): masalah dengan keluarga



lillah (8/16/2010 2:15:57 PM): oo



lillah (8/16/2010 2:17:08 PM): kalau awak tak keberatan



lillah (8/16/2010 2:17:14 PM): awak ceritaknlah



lillah (8/16/2010 2:17:16 PM): pada saya



lillah (8/16/2010 2:17:24 PM): inshaallah kalau saya mampu saya cuba bantu



lillah (8/16/2010 2:17:27 PM): setakat termampu



awak(8/16/2010 2:24:05 PM): ok... masalah dengan family saya yang mementingkan akademik..family saya semua masuk universiti.. dan bfikiran mgikut adat perlu kejar akademik! baru-baru ni saya telah perkenalkan seorang pemuda yang bakal menjadi suami saya..mereka meyukainya..dan mrestuinya... kami katakan pada keluarga yang kami nak kahwin awal sebab kami takut jatuh ke lembah maksiat... family saya tak bagi tapi diaorg bagi kami keluar berdua ke situ ke sini..saya pelik... apa nak jadi dengan dunia ni..



awak(8/16/2010 2:24:27 PM): apa yang saya perlu buat skrg?



awak(8/16/2010 2:24:29 PM): saya ker yang salah?



awak(8/16/2010 2:24:37 PM): saya demam dah 3 minggu



awak(8/16/2010 2:24:43 PM): pemuda tu yang jaga



awak(8/16/2010 2:25:00 PM): tapi dia tak buat apa-apa dekat saya



lillah (8/16/2010 2:25:20 PM): erm



lillah (8/16/2010 2:25:22 PM): ada lg?



awak(8/16/2010 2:25:24 PM): saya rasa jumpa dia..adalah 1 kebahagiaan



awak(8/16/2010 2:25:25 PM): kenapa family saya tak faham



awak(8/16/2010 2:25:29 PM): saya sedih



lillah (8/16/2010 2:26:09 PM): ada lg?



awak(8/16/2010 2:26:38 PM): saya tak suka hidup macam ni.



awak(8/16/2010 2:26:51 PM): dah tak de



lillah (8/16/2010 2:27:07 PM): baiklah..



lillah (8/16/2010 2:27:13 PM): mula-mula sekali saya nak tanya



lillah (8/16/2010 2:27:23 PM): awak dah istikarah?



awak(8/16/2010 2:27:48 PM): dah buat..dia pun dah buat..dia selalu muncul dalam mimpi saya..



awak(8/16/2010 2:28:13 PM): dia bagus agamanya



lillah (8/16/2010 2:28:22 PM): soalan kedua



lillah (8/16/2010 2:28:43 PM): apa persiapan yang awak buat untuk bersedia sebagai isteri & ibu?



awak(8/16/2010 2:29:28 PM): saya dah bersedia..itu yang saya dapat katakan



lillah (8/16/2010 2:29:51 PM): apa persediaan yang awak buat?



awak(8/16/2010 2:32:53 PM): kenapa saya mahu berkhwin?sudah pasti saya tak mahu hidup berterusan dengan rasa bsalah mcm ni? saya suka kan... redhaNYa..mencari redhaNYa... sudahnya pasti psedian2...yang saya akan buat... dari segi makanan rohani,mental dan maknan ilmu..yang pasti cabaran yang perlu saya tempuh...dengan suami yang sentiasa mguatkn saya



lillah (8/16/2010 2:33:21 PM): katakan awak berkahwin



lillah (8/16/2010 2:33:32 PM): dan Allah tak berikan semua yang awak



lillah (8/16/2010 2:33:36 PM): harapkan tu?



lillah (8/16/2010 2:33:40 PM): apa persediaan awak?



lillah (8/16/2010 2:34:13 PM): maksud saya



lillah (8/16/2010 2:34:18 PM): katakan awak bkahwin



lillah (8/16/2010 2:34:28 PM): dan tiba2 suami yang diharapkan



lillah (8/16/2010 2:34:38 PM): tak diizinkan untuk membahagiakan



lillah (8/16/2010 2:34:45 PM): tak diizinkan untuk menguatkan



lillah (8/16/2010 2:34:49 PM): apa persediaan awak?



awak(8/16/2010 2:35:33 PM): kalau itu jalan yang saya ambil,maka saya perlu melalui jalan itu juga... saya percaya pada janjiNYa...



lillah (8/16/2010 2:36:18 PM): Kahwin itu sunnah. Kahwin awal itu, terserah. Mungkin bagus mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan



lillah (8/16/2010 2:36:34 PM): http://sham86.tumblr.com/post/65127766/kahwin-semasa-belajar-saifulislam-com



lillah (8/16/2010 2:36:41 PM): baca artikel yang saya beri ni..



awak(8/16/2010 2:37:18 PM): haram dan halal yang saya perlu di ambil?



lillah (8/16/2010 2:37:30 PM): dah habis baca?



awak(8/16/2010 2:38:05 PM): saya dah baca ni sejak awal lagi



lillah (8/16/2010 2:38:20 PM): baca smula



lillah (8/16/2010 2:38:30 PM): dan bagi tau apa sinopsis nya



awak(8/16/2010 2:43:00 PM): perkahwinan itu menjadikan lembab.. saya rasa tak macam tu.. perkahwinan tu menjadikan kita kuat..kerana kita dapat saling mbantu..awak boleh baca biodata pahrol mohd juoi



lillah (8/16/2010 2:43:43 PM): awak nampak 1 pkataan lembab je ke?



lillah (8/16/2010 2:43:44 PM): hm...





awak(8/16/2010 2:44:16 PM): awak suka kah kalau saya berbuat dosa?



lillah (8/16/2010 2:44:28 PM): maafkan saya



lillah (8/16/2010 2:44:42 PM): tapi sejujurnya saya katakan



lillah (8/16/2010 2:44:46 PM): saya tak suka menipu



awak(8/16/2010 2:44:48 PM): awak suka kah kalau saya kluar berdua?



lillah (8/16/2010 2:45:00 PM): tapi dalam masa yang singkat hasil diskusi kita berdua



awak(8/16/2010 2:45:07 PM): awak nak suruh saya berjaya dalam akademik saja ke?



lillah (8/16/2010 2:45:26 PM): pandangan saya, awak tak layak berkahwin..



lillah (8/16/2010 2:45:32 PM): sebab...



lillah (8/16/2010 2:45:49 PM): awak tak matang



lillah (8/16/2010 2:46:02 PM): awak beremosi



lillah (8/16/2010 2:46:09 PM): awak nampk yang kecil



lillah (8/16/2010 2:46:30 PM): awak tak bersedia mengorbankan perasaan



lillah (8/16/2010 2:46:37 PM): apa lagi la mengorbankan jasad



lillah (8/16/2010 2:46:39 PM): maaf..



lillah (8/16/2010 2:46:49 PM): saya katakan jujur saya tak nampak cirri-ciri isteri solehah



lillah (8/16/2010 2:46:54 PM): pada peribadi awak



lillah (8/16/2010 2:47:04 PM): saya tak nmpk cirri-ciri ibu yg solehah pada peribadi awak



lillah (8/16/2010 2:47:26 PM): nasihat saya...



lillah (8/16/2010 2:47:33 PM): awak banyakkan belajar



lillah (8/16/2010 2:47:41 PM): menuntut dari isteri2 solehah



lillah (8/16/2010 2:47:51 PM): apakah sebenarnya perkahwinan itu



lillah (8/16/2010 2:48:11 PM): kalau setakat nak elak dosa dan fitnah



awak(8/16/2010 2:48:27 PM): terima kasih awak..saya terima sgalnya



lillah (8/16/2010 2:48:42 PM): apa beza awak dengan orang2 yang saya bantu di kaki disko



lillah (8/16/2010 2:49:05 PM): ini ke tahap iman seseorang yang nak anggap diri mujahidah?



lillah (8/16/2010 2:49:08 PM): kekasih Allah?



lillah (8/16/2010 2:49:12 PM): maaf awak



lillah (8/16/2010 2:49:22 PM): kekasih Allah berkahwin untuk bekorban



lillah (8/16/2010 2:49:29 PM): bukannya setakat takut dosa



lillah (8/16/2010 2:49:40 PM): mujahidah mengutamakan redha Allah



lillah (8/16/2010 2:49:54 PM): untuk seorang anak, keredhaan Allah terletak pada ketaatannya terhadap ayah bonda



lillah (8/16/2010 2:50:04 PM): tapi awak kelihatan sudah melebihkan pemuda tu



lillah (8/16/2010 2:50:09 PM): daripada redha ibu bapa



lillah (8/16/2010 2:50:31 PM): jadi saya tak nampak yang awak mampu jadi isteri yang taat



lillah (8/16/2010 2:50:38 PM): sekiranya belum mampu jadi anak yang taat



lillah (8/16/2010 2:50:54 PM): dan dengan sikap awak yang tak matang



lillah (8/16/2010 2:51:13 PM): saya tak nampak bagaimana awak boleh mendidik anak-anak supaya berjiwa besar





awak(8/16/2010 2:52:14 PM) : saya suka cara awak



lillah (8/16/2010 2:52:49 PM): itu gambar awak dengan bakal suami awak ke?



awak(8/16/2010 2:52:51 PM): saya nak matang macam mana?



lillah (8/16/2010 2:52:54 PM): atau suami?



awak(8/16/2010 2:53:30 PM): saya nak jadi ibu yang baik macam mana?



lillah (8/16/2010 2:53:34 PM): itu gambar awak dgn bakal suami awak ke?



lillah (8/16/2010 2:53:49 PM): itu gambar dengan bakal suami atau suami?



awak(8/16/2010 2:54:10 PM): tak payah tanya pasal gmbar-gambar..saya nak berubah



lillah (8/16/2010 2:54:19 PM): astagfirullah al azim





"Hakikat cinta adalah bahawa ia takkan berkurang tatkala seseorang mengalami kesulitan, tidak pula bertambah (hanya) jika dihadiahkan kebaikan (yakni, inilah kecintaan tanpa syarat kepada Tuhannya). Orang yang mendakwa diri mencintai Tuhan adalah pendusta jika dia mengabaikan batas-batas yang ditetapkan-Nya." [Yahya bin Mu'adz]






lillah (8/16/2010 2:54:36 PM): jika kalian tiada hubungan halal



lillah (8/16/2010 2:54:56 PM): lebih baik buang gambar yang mengundang fitnah itu



lillah (8/16/2010 2:55:04 PM): sebab dosa fitnah itu sangat besar



lillah (8/16/2010 2:55:15 PM): dan sekarang awak sendiri memfitnah diri awak



lillah (8/16/2010 2:55:20 PM): astagfirullah al azim



awak(8/16/2010 2:55:23 PM): kalau saya dah kahwin?



lillah (8/16/2010 2:55:37 PM): kalau dah kahwin,tak ada masalah







awak(8/16/2010 2:55:59 PM): nak matang macam mana?



lillah (8/16/2010 2:56:08 PM): maaf awak



lillah (8/16/2010 2:56:12 PM): awak tak berlaku adil



lillah (8/16/2010 2:56:24 PM): soalan saya awak tak jawab



lillah (8/16/2010 2:56:31 PM): awak pula desak nak ilmu dari saya



lillah (8/16/2010 2:56:43 PM): nasihat saya



lillah (8/16/2010 2:56:52 PM): bertaubatlah pada Allah dengan taubat nasuha



awak(8/16/2010 2:56:57 PM): saya suka mendesak



lillah (8/16/2010 2:56:59 PM): mohon ampun pada ayah bonda



lillah (8/16/2010 2:57:23 PM): jadilah anak yang taat kerana itu anak yang Allah cinta



lillah (8/16/2010 2:57:28 PM): jadilah wanita yang taat



lillah (8/16/2010 2:57:36 PM): kerana itu wanita yang Allah cinta



lillah (8/16/2010 2:57:48 PM): selain daripada itu, bertaubatlah sungguh2



lillah (8/16/2010 2:57:51 PM): maaf awak



lillah (8/16/2010 2:57:54 PM): saya ada kerja



awak(8/16/2010 2:57:58 PM): hati saya masih keras ni



lillah (8/16/2010 2:58:15 PM): awak manfaatkan internet ni search tazkirah yang ada



lillah (8/16/2010 2:58:28 PM): saya alu-alukan awak kalau nak buka blog saya yang tak seberapa



lillah (8/16/2010 2:58:33 PM): tengok artikel-artikel lama...



lillah (8/16/2010 2:58:39 PM): saya kena minta diri



lillah (8/16/2010 2:58:44 PM): saya ada kerja nak dbuat



lillah (8/16/2010 2:58:52 PM): untuk janda2 dan anak2 yatim



lillah (8/16/2010 2:58:58 PM): maaf awak



lillah (8/16/2010 2:59:02 PM): syukran perkongsian



lillah (8/16/2010 2:59:06 PM): saya akn doakan awak..



lillah (8/16/2010 2:59:15 PM): moga menjadi mujahidah solehah



lillah (8/16/2010 2:59:18 PM): inshaallah



awak(8/16/2010 2:59:33 PM): awak..terima kasih ya..jazakallah



awak(8/16/2010 3:00:35 PM): ameen. jaga diri



awak(8/16/2010 3:09:42 PM): awak belajar mana?



awak(8/16/2010 3:09:47 PM): umur brapa?



lillah (8/16/2010 3:10:06 PM): USM



lillah (8/16/2010 3:10:15 PM): amik industrial technolgy



lillah (8/16/2010 3:10:24 PM): major bio resource paper coatings



lillah (8/16/2010 3:10:28 PM): minor managment



lillah (8/16/2010 3:10:37 PM): opsyen abnormal psychology



lillah (8/16/2010 3:10:52 PM): full time activist



lillah (8/16/2010 3:11:05 PM): sekarang saya bekerja sebagai guru



lillah (8/16/2010 3:11:13 PM): di skolah menengah



awak(8/16/2010 3:11:19 PM): bagus jugak dpt knal awak hari ni..so saya nak buat apa sekarang?



lillah (8/16/2010 3:11:51 PM): kalau saya jadi awak



lillah (8/16/2010 3:12:08 PM): saya akan search ciri2 mujahidah kekasih Allah



lillah (8/16/2010 3:13:22 PM): http://amanpattani.blogspot.com/



lillah (8/16/2010 3:13:30 PM): ini blog rasmi kami



awak(8/16/2010 3:13:36 PM): eh..betullah saya tak matang..huhu.. lagi2 apa nasihat..so saya tak payah kahwin la kan?





lillah (8/16/2010 3:13:43 PM): kita sebaya



lillah (8/16/2010 3:13:48 PM): dan saya juga normal



lillah (8/16/2010 3:13:54 PM): ada perasaan untuk berkahwin



lillah (8/16/2010 3:14:09 PM): tetapi soal perasaan itu perkara kecil



lillah (8/16/2010 3:14:17 PM): sebab ada isu umat untuk saya fikirkan



lillah (8/16/2010 3:14:22 PM): di slatan thailand



lillah (8/16/2010 3:14:25 PM): ada 2000 janda



lillah (8/16/2010 3:14:30 PM): ada 4000 anak yatim



lillah (8/16/2010 3:14:36 PM): jumaat lepas saya bekerja



lillah (8/16/2010 3:14:38 PM): skolah



lillah (8/16/2010 3:14:54 PM): lepas balik skolah saya terus ke penang untuk bantu roadshow



awak(8/16/2010 3:14:58 PM): kenapa saya boleh jadi jahil?



lillah (8/16/2010 3:15:02 PM): semalam



lillah (8/16/2010 3:15:11 PM): petang saya balik semula ke selangor



lillah (8/16/2010 3:15:15 PM): sampai rumah magrib



lillah (8/16/2010 3:15:29 PM): sebelah malam saya fikirkan tentang bisnes



lillah (8/16/2010 3:15:41 PM): sebab duit tu yang saya ingin gunakan untuk support dakwah



lillah (8/16/2010 3:15:49 PM): pagi tadi saya pergi mengajar sekolah



lillah (8/16/2010 3:15:55 PM): anak2 murid saya ada percubaan pmr



lillah (8/16/2010 3:16:02 PM): dan ujian ogos



lillah (8/16/2010 3:16:20 PM): balik dari kerja ni patutnya saya



lillah (8/16/2010 3:16:32 PM): siapkn urusan2 dokumen janda2 & anak yatim



lillah (8/16/2010 3:16:41 PM): sebab sahabat saya nak ke thailand jumaat ni



lillah (8/16/2010 3:16:47 PM): saya patutnya pergi sekali tapi



awak(8/16/2010 3:16:52 PM): rasa nak join ...



lillah (8/16/2010 3:16:55 PM): sebab sabtu ni sekolah on



lillah (8/16/2010 3:16:58 PM): tak cuti



lillah (8/16/2010 3:17:02 PM): maka saya tak dapat pergi



lillah (8/16/2010 3:17:15 PM): tapi saya perlu siapkan segala hal2 tu sebelum mereka pergi



lillah (8/16/2010 3:17:28 PM): nasihat saya..



lillah (8/16/2010 3:17:39 PM): awak ada tanggungjawab terhadap umat ini



lillah (8/16/2010 3:17:54 PM): awak jangan sia-siakan air mata untuk perkara yang tak membawa ke syurga



lillah (8/16/2010 3:18:09 PM): awak jangan sia-siakan tenaga, duit & masa untuk perkara yang tak pasti



lillah (8/16/2010 3:18:13 PM): mmbwa ke syurga



lillah (8/16/2010 3:18:35 PM): awak jangan sia-siakan perasaan & ingatan untuk fikirkan perkara yang tak menambah kedekatan pada Allah



lillah (8/16/2010 3:18:43 PM): saya tak perfect



lillah (8/16/2010 3:18:51 PM): tapi saya cintakan jalan dakwah



lillah (8/16/2010 3:18:59 PM): saya cintakan semua yang Allah cinta



awak(8/16/2010 3:19:10 PM): saya kena putuskan hubungan dengan pmuda tu?



lillah (8/16/2010 3:20:50 PM): jawapan saya : saya yakin jika saya meninggalkan sesuatu yang baik untuk mendapat sesuatu yang lebih baik, Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik kemudiaannya...



awak(8/16/2010 3:22:24 PM): ya..trima ksh awak

"Cinta adalah sentiasa berpaling kepada Sang Kekasih dengan hati yang merasa kerana cinta. Cinta bererti mengutamakan sang Kekasih di atas semua yang dikasihi. Cinta bererti bahawa si pencinta menyesuaikan diri dengan keinginan Sang Kekasih, baik dia hadir di sisi-Nya ataupun berada jauh dari-Nya." [Imam Al-Qusyairi]









Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Khamis, 12 Ogos 2010

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara
Ku kira Syeikh Ahmad Yassin akan menangis,
(Jika dia masih hidup kini)
Dari kelopak matanya yang buta,
Bukan pada darah-darah yang mengalir basah dibumi syuhada,
Bukan pada ratapan doa, anak dan isteri yang dizalimi,



Namun Syeikh Yassin pasti mengalirkan air mata,
Melihat, bagaimana kita; ummah nusantara,
Memandang tanpa berbuat apa-apa, mendengar dan berdiam cuma,




Pada potret kemusnahan satu bangsa,
Melayu Patani,
Yang maruahnya kini, sedang dipijak-pijak kaki,




Kukira Syeikh Yassin,
Pasti akan menutup telinganya yang kurang mendengar,
Kerana tidak mampu tertahan pada suara gamat yang kedengaran,
Bukan oleh dentuman bedil, mortar, atau bom kawalan,
Bukan pula oleh rayuan imam memohon simpati, terseksa di kem tahanan,
Namun Syeikh Yassin pastikan tidak mampu tertahan,


Pada kita, yang asyik bergelojak gembira siang dan malam,
Di saat jiran kita, yang hanya terpisah sempadan,
Anak yang kehilangan bapa,
Isteri kehilangan suami tercinta,
Bapak kehilangan anak, pewaris cita-cita masa depan,
Sang kakak hilang segala-galanya, semua sanak saudara...


Kukira Syeikh Yassin,
Mampu berdiri menahan geram,
Walau kakinya lemah tak berkuasa,
Di saat bangsa muslim lainnya bebas merdeka,
Sedang mewar-warkan kemegahan negara,
Mencita-citakan kemodenan segala,
Mereka lupa pada Muslim Patttani, yang jaraknya sejengkal cuma,


Satu Aqidah, Satu Bangsa, Satu Bahasa,
Satu Ummah dengan Negara-negara merdeka – Malaysia – Indonesia,


Ketika saudara mereka Pattani,
Ditembak tika menjejaki tetangga masjid,






Dihalau nafi dibumi sendiri,
Ditangkap tanpa sebab dan alasan,


Kukira Syeikh Yassinkan melaung,
Dari kekuatan suara yang entah datang dari mana,
‘Kamu bangsa-bangsa Malaysia – Indonesia,
Memaki Kebodohan Bangsa Arab,
yang menjadi boneka pada Yahudi,
yan meratah bangsa kami Palestina,
Namun tika bangsa Pattani,
Terseksa, dizalimi, hilang arah,



Kamu menjadi buta,
Sesungguhnya aku mungkin buta mataku,
Namun kamu telah buta hatimu’


Malangnya Syeikh Yassin sudah tidak ada kini;
Maka kebutaan mata kita, telinga kita yang tuli;
Kaki kita yang tidak berdaya, mulut kita yang bisu,
Dan segala yang tidak berdaya pada kita,
Pastinya gagal berbuat apa-apa,
Pada sebuah potret kemusnahan,
Satu ummah, satu bangsa, satu bahasa, satu agama dengan kita
Pattani; sebuah Palestina di Nusantara



M Nizam Mahshar
1 Ramadhan 1431H



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....