Sabtu, 21 Ogos 2010

Mujahidah itu.. menjadi kecemburuan bidadari syurga..



Kelat. Pahit.
Ditelan juga.

Kepala saya terasa sakit, barangkali stress dengan situasi saya sekarang.
Sedaya upaya saya cuba mengawal emosi supaya tetap tenang.

Tiba-tiba saya mendapat maklumat bahawa seorang sahabat saya di Thailand ditangkap askar untuk siasatan. Serta merta hilang segala rasa pening, hilang segala stress dan hilang segala rasa berat di dada.

Sahabat saya itu setiap kali saya sampai ke bumi Patani, dia akan berkali-kali menelefon memberitahu betapa dia merindui saya.. betapa dia menyayangi saya.. memberitahu dia mahu memberi saya keropok.. mahu memberi saya kuih sebelum saya kembali ke Malaysia.. Syukur Ya Allah, saya dapat rasakan keikhlasan dalam tautan ukhwah ini.. Dia sibuk dengan sekolahnya. Pada hujung minggu pula dia sibuk mengajar secara percuma di sekolah agama.. Di Thailand, guru-guru agama dianggap sebagai ancaman, maka mereka menjadi sasaran untuk ditangkap.

Sungguh saya memang terpikat dengan ketulusan jiwanya.. dia tahu nyawanya umpama telur di hujung tanduk. namun atas dasar tanggungjawabnya dia mengajar pendidikan Islam kepada anak-anak secara percuma. Mulia sungguh..

Kini dia di dalam kem tahanan. Saya menangis ketika berdoa untuknya. Namun saya yakin Allah pasti akan menjaga dia dengan baik. Saya sedia maklum nasib-nasib kem tahanan. Saya pernah menjejak kaki ke tem tahanan sebelum ini semasa peristiwa kematian Sulaiman.. Ya Allah.. Lindungilah sahabatku Halimah... *nangis*

Saya lihat nasib sahabat-sahabat saya seorang demi seorang.. Semua perkara itu membuat saya termuhasabah..

Ya Allah.. hanya Engkau yang mengerti isi hatiku..
Ampunilah segala dosa-dosaku..
Aku ingin menjadi anak yang Kau cintai dan rindui sentiasa..
Aku ingin menjadi wanita yang Kau cintai dan rindui sentiasa..
Maka aku rela pada segala yang Kau hadiahkan ini..

Syukur Ya Allah..


Tadi, semasa sedang pulun menanda kertas-kertas jawapan, saya mendapat mesej di facebook..

"Buatmu kakakku...semoga ia bisa menguatkanmu...."

Ianya sebuah puisi yang cukup indah.. Subhanallah.. Terima kasih kepada adik yang mengirimnya..




***Mujahidah itu***


Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya...

Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…

Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…


Mujahidah itu…
Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!


Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki memainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…


Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,
Muhasabah dirinya,
katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…


Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk bekasihani…


Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilaun,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…


Mujahidah itu…
Menjadi gadis sudah fitrahnya,
Menjadi pilihan bukan pintanya,
Sebagai penyeri itulah hakikatnya,
Menjadi khalifah itulah tugasnya,
Membuat silap bukan sekali,
Namun mengalah tidak sekali,
Menjadi seorang mukminat sejati,
Itulah usahanya setiap hari…


Mujahidah itu…
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Aminnn...Ya Rabbb...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....