Isnin, 27 April 2009

awak kuat.. saya tau awak mampu, insya'Allah.. chaiyook!!


Allah tahu pada diri kita ada kelemahan..

bersabarlah..

kerana Allah dah pun berjanji jika kita bersabar, Allah akan bersama kita... apa yg lebih nikmat berbanding dapat dekat pada Allah?

pada saat2 tertekan inilah terasa betapa kerdil diri ini kan kwn2...

pada masa inilah baru terasa hanya Allah satu-satunya tempat bergantung...

Alhamdulillah.. Dia sayangkan kita, kerana itulah kita dipilih utk diuji..

sabarlah kwn2ku.. sikit je lagi.. sikit je lagi...

jgn berhenti dipertengahan jalan.. bangun2!! dah nak sampai dah ni...

:'-)

Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar
nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang
dan jika di antara kamu ada seribu (orang yang sabar)
nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah.
~al-Anfal:66~

manusia lain memandang kalian sebelah mata krn mereka tidak mengenali kalian..
tak mengapa...
lillah yakin di dlm diri setiap insan telah Allah ciptakan dgn kelebihan...
dan lillah ingin sangat mencari klebihan dlm diri kalian utk diri ini jadikan kekuatan buat diri ini menyelusuri kehidupan ini bersama kalian..
hanya jauhari yang mampu mengenal manikam..


ya Allah... bantulah kami menjadi hamba yang bersyukur, taat & sentiasa mengingatiMu..
amin ya Rabb..

:'-)

mualaf :Keluarga berhak tahu keputusan peluk Islam?


Disiarkan dalam Berita Harian 31 Julai 08

Soalan

Saya adalah seorang India beragama Hindu. Sejak kecil saya bergaul dengan orang Islam dan terarik dengan agama Islam walaupun keluarga saya penganut Hindu. Saya berhasrat memeluk Islam tetapi khuatir keluarga saya akan menentangnya. Saya tidak mahu kehilangan keluarga saya apabila memberitahu mereka. Saya dengar pada masa ini orang yang mahu masuk Islam perlu beritahu keluarga masing-masing. Saya seorang eksekutif, masih belum berkahwin dan sebenarnya sudah pun mengamalkan ajaran Islam seperti sembahyang dan puasa secara sembunyi-sembunyi. Saya tidak mahu keluarga saya membenci saya. Sekiranya saya memberitahu keluarga, tentulah keluarga saya akan menghalang hasrat ini dan memujuk saya kembali ke agama asal.
Selvarajah
Kuala Lumpur


Jawapan:


Alhamdulillah, Allah memberikan nur hidayah kepada saudara. Saya mendoakan Allah memberi kekuatan kepada saudara di dalam kehidupan beragama saudara. Islam adalah satu cara kehidupan yang melampaui batasan etnik, kaum dan juga bangsa.


Orang Islam adalah bersaudara walaupun dari kalangan bangsa yang berlainan. Kerajaan Persekutuan dilaporkan berhasrat memperkenalkan peraturan baru mewajibkan orang bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam supaya memaklumkan kepada keluarga masing-masing berhubung dengan keputusan mereka.


Hasrat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan perlu bagi mengelak berbangkit masalah berhubung dengan taraf dan hak anak individu yang berkenaan serta kesulitan lain selepas mereka meninggal dunia. Hasrat Kerajaan Persekutuan ini mendapat reaksi bercampur dari kerajaan negeri, badan bukan kerajaan, ahli agama dan juga ahli politik.


Sebahagian menyokong dan sebahagian yang lain pula tidak bersetuju dengan cadangan tesebut. NGO Islam arus perdana membantah peraturan baru ini jika dilaksanakan begitu juga beberapa orang Mufti seperti Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Mufti Perlis).


Secara idealnya, adalah suatu yang baik memaklumkan keputusan memeluk Islam kerana ia merupakan anjakan pradigma yang memberi kesan kepada kehidupan seharian mualaf itu. Namun begitu jika dikaji dari aspek praktikal dan keselamatan sama ada perkara sedemikian wajar dikenakan ke atas saudara baru ini.


Sebagai seorang mualaf yang baru berjinak dengan agama Islam, pegangan agama kebanyakan mereka tentulah masih belum utuh atau mantap lagi. Ia masih mudah digoyah oleh pelbagai faktor. Umpamanya keluarga dan rakan. Memang kita sering mendengar daripada saudara baru ini, apabila keluarga mengetahui mereka memeluk Islam, mereka akan memujuk kembali ke agama asal. Ada juga dilaporkan keluarga ini mengancam untuk membunuh diri sekiranya mereka meneruskan hasrat memasuki persaudaraan Islam ini.

Ini menimbulkan dilema di kalangan saudara baru. Saya memang bersetuju pemelukan Islam seseorang saudara baru adalah suatu perkara besar dan membawa kesan yang berkekalan. Oleh yang demikian memang perlu seseorang yang memeluk Islam itu memaklumkan kepada keluarga mereka yang masih belum Islam, tetapi biarlah mualaf itu sendiri yang memilih cara dan masa bila mereka perlu berbuat sedemikian kerana merekalah yang benar-benar tahu isi hati dan reaksi keluarga mereka.


Undang-undang tidak harus mencampuri hal berkenaan apatah lagi sekiranya pemakluman berkenaan menjadi prasyarat untuk memeluk Islam. Sudah tentu dalam keadaan ini dakwah Islam menjadi terlalu sukar untuk dilaksanakan.


Berbalik kepada soalan saudara tadi, buat masa ini syarat itu masih lagi belum dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada NGO Islam arus perdana. Oleh yang demikian, saudara tidak wajib memaklumkan pemelukan Islam saudara kepada keluarga.


Walaupun saudara memeluk agama Islam hubungan kekeluargaan dengan keluarga saudara tidak putus malah mereka masih mempunyai hak tertentu terhadap saudara walaupun berlainan agama. Islam tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan atas dasar berlainan agama. Tanggungjawab saudara terhadap keluarga khususnya ibu bapa masih wajib diteruskan.


Kajilah Islam daripada kitab yang muktabar dan dibimbing oleh guru yang mursyid. Apabila saudara fikirkan masanya sesuai bagi memberitahu pemelukan Islam saudara, maka maklumkanlah kepada mereka dengan cara yang paling berhemah.


Berdoalah agar kelurga saudara juga akan diberikan nur hidayah oleh Allah s.w.t. pada suatu hari nanti. Saudara juga boleh mendapat bimbingan daripada NGO Islam yang memfokuskan khidmat kepada mualaf seperti Perkim, Persatuan India Muslim, Persatuan Cina Muslim (MACMA), Persatuan Al Hidayah dan beberapa NGO lagi yang boleh membantu saudara di dalam mendalami agama Islam serta menasihati saudara bagaimana menangani masalah keluarga saudara dengan cara yang terbaik. Saya mendoakan saudara tetap di dalam Islam dan Iman. Islam adalah satu cara hidup yang terbaik yang telah digariskan oleh Allah s.w.t.


Jawapan ini disediakan oleh Zainul Rijal bin Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

hak-hak wanita dalam islam: Satu Sorotan Terhadap Perundangan Keluarga Islam di Malaysia


Oleh :

Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim

Jabatan Syariah & Undang-Undang

Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya

Antara peranan utama pemerintah ialah menekankan betapa pentingnya pemeliharaan terhadap hak golongan minoriti dan wanita. Pada pandangan penulis, golongan wanita di Malaysia telah mendapat segala hak utama yang mereka kehendaki samada dari segi peluang pekerjaan,dalam bidang ekonomi,pemilikan harta,hak bersuara dan sebagainya.


Pendek kata,golongan wanita di Malaysia merupakan golongan yang boleh dianggap “istimewa” berbanding golongan wanita di negara-negara Islam lain. Golongan wanita di Malaysia tidak mendapat diskriminasi dan mendapat hak yang sama dengan golongan masyarakat yang lain.Malah kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa menjelang 2020, 30 peratus daripada pembuat dasar kerajaan adalah melibatkan golongan wanita.Kerajaan juga telah menubuhkan kementerian khusus bagi menjaga hak dan pembangunan wanita di Malaysia.


Prinsip menghormati dan mengangkat hak serta martabat wanita telah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa :

"Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang“.


Jelas, Perlembagaan Malaysia mengiktiraf semua golongan di Malaysia dan mendapat perlindungan yang sama rata tanpa membezakan antara agama,bangsa dan jantina seseorang.Di sudut Islam, martabat kaum wanita tidak pernah dipandang rendah.Tetapi perlu diingat bahawa Islam tidak pula menyamakan antara lelaki dan perempuan.Apa yang penting Islam menghormati kaum wanita dan mengangkatnya kepada darjat yang tinggi mengikut lunas-lunas Islam.


Di sini,penulis akan menyatakan antara petikan Al-Quran dan Hadith yang berkaitan dengan wanita.

Dalam Surah Ali-Imran ayat 195, Allah berfirman yang bermaksud: …” Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu,sama ada lelaki atau perempuan,(kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain”…


Begitu juga dalam Hadith,Rasullulah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Wanita itu adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya, dan akan ditanya tentang pimpinannya”.


Berdasarkan ayat Al-Quran dan Hadith tersebut,jelas menunjukkan bahawa Islam memartabatkan kaum wanita.Islam tidak membezakan mereka dengan kaum lelaki khususnya dalam perkara yang melibatkan ibadat.Mereka masing-masing mendapat pahala disisi Allah mengikut amalan masing-masing.


Penulisan ini akan mengungkaikan hak wanita yang melibatkan hak mereka di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang terlaksana di Malaysia [Rujukan kepada Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984].


Di Malaysia,hak seseorang wanita itu telah ditentukan dengan jelas di dalam Undang -undang Keluarga Islam setiap negeri.Tujuan perundangan ini diwujudkan adalah untuk memberi keadilan kepada kaum wanita supaya mereka mendapat hak sepatutnya dan tidak ditindas.Disamping itu,ia juga bertujuan untuk membolehkan pihak wanita menuntut hak yang sepatutnya diberi bersandarkan kepada tuntutan Hukum Syarak.


Hak Untuk Berkahwin

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [selepas ini disebut AUKI 1984], hak seseorang wanita untuk berkahwin telah diperuntukkan dengan jelas di bawah seksyen 8 iaitu:

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu“.

Tujuan peruntukkan ini dibuat bukanlah sebagai satu bentuk sekatan bagi pasangan pengantin berkahwin pada umur yang muda.Namun ia bertujuan untuk memastikan setiap pasangan mempunyai tahap kematangan yang mencukupi dan mempunyai persediaan untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam institusi kekeluargaan.Jelas,dengan peruntukkan ini,mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes-kes perceraian dan masalah kes suami yang tidak mampu memberi nafkah dan tidak bertanggungjawab sebagai seorang suami.


Hak Terhadap Mas Kahwin

Wanita juga diberi hak sepenuhnya terhadap mas kahwin yang dibayar terhadap masa akad nikah dijalankan,bahkan hak isteri ke atas mas kahwin tersebut tidak boleh digugurkan atas alasan perceraian ataupun pembubaran perkahwinan.Jika suami masih berhutang mas kahwin terhadap bekas isterinya,dia boleh mengemukakan aduan ke Mahkamah untuk mendapatkan jumlah mas kahwin yang masih terhutang.


Hak Dalam Poligami

Dalam AUKI 1984,telah menetapkan hak bagi setiap wanita untuk mendapat perlindungan daripada suami yang berpoligami.Dalam konteks ini,Akta ini telah menetapkan beberapa syarat sebelum lelaki itu dibenarkan oleh mahkamah berbuat demikian.Seksyen 23 menjelaskan bahawa seseorang lelaki itu semasa masih didalam perkahwinan membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain kecuali dengan kebenaran daripada mahkamah.


Seksyen 123 menyatakan sekiranya lelaki berkenaan tidak mendapat kebenaran bertulis sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23 dan kemudiannya berkahwin lagi,maka dia telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum denda sehingga RM1000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya sekali.Selain itu,Mahkamah juga perlu berpuas hati tentang lima perkara sebelum kebenaran diberikan iaitu :


a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah perlu dan patut memandang kepada,hal-hal keadaan yang berikut,iaitu,kemandulan,keuzuran jasmani,tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan,sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung,sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak,semua isteri dan orang tanggungannya,termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak;

d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan ‘darar syarie’ kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;dan

Peruntukan tentang poligami dalam Undang-Undang Keluarga Islam jelas memberi satu bentuk keadilan dan segala perlindungan kepada kaum wanita di mana ia memberi segala hak dan kepentingan isteri yang sedia ada terjamin dan tidak tertindas.Contohnya,isteri yang sedia ada akan diserahkan satu salinan permohonan dan akuan berkanun bersama dengan saman (untuk hadir ke Mahkamah) kepada mereka sebagai makluman awal sebelum permohonan poligami dibuat.Semua peruntukkan ini dibuat bukanlah bertujuan untuk menghapuskan terus poligami yang dibenarkan oleh Islam tetapi ianya diadakan agar tujuan poligami sebenar tidak disalahgunakan dan untuk mengelakkan diskriminasi terhadap wanita.


Hak-Hak Lain

a) Hak untuk mendapatkan perceraian secara khulu’ atau tebus talaq bagi membatalkan ikatan perkahwinan dengan sebab-sebab yang munasabah dan telah diputuskan oleh Mahkamah sepertimana diperuntukkan dalam subseksyen 49(1):

“Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri,tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talaq,Mahkamah hendaklah selepas jumlah bayaran tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu,mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara penebusan dan perceraian itu adalah bain sughra atau tak boleh diruju’kan”


b) Hak untuk mendapatkan perceraian di bawah takliq atau janji sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 50(1):

“Seseorang perempuan yang bersuami boleh,jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan takliq yang dibuat selepas berkahwin,memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku”


c) Hak untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh jika terdapat satu atau lebih daripada alasan-alasan munasabah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 52.


d) Hak terhadap harta sepencarian sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 58(1):

“Mahkamah adalah mempunyai kuasa,apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian,memerintah suapaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu”


e) Hak terhadap nafkah eddah di mana seorang isteri yang diceraikan berhak mendapat nafkah eddah yang diberi oleh bekas suaminya sepanjang tempoh eddah.Dalam seksyen 59(1) menyatakan:

“Tertakluk kepada hukum syarak,Mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya”


f) Hak untuk mendapatkan tempat tinggal sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 71(1):

Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri”


g) Hak keutamaan dalam hadhanah bagi menjamin kebajikan kanak-kanak tersebut seperti dalam seksyen 81(1):

” Tertakluk kepada seksyen 82,ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan”


Secara ringkasnya,ini adalah diantara peruntukkan yang secara jelas memberi satu kelebihan dan menjaga kedudukan mereka sebagai seorang isteri dalam perkahwinan.Dengan adanya peruntukkan Undang-Undang Keluarga Islam,diharapkan bahawa kaum wanita dapat berfikir bijak dan dapat menentukan hak-hak mereka supaya kedudukan mereka terbela dan terjamin.


Sesungguhnya Islam telah mengangkat martabat kaum wanita dengan segala keistimewaan yang telah diciptakan oleh Allah.Perlu diingat bahawa segala kelebihan ini perlulah digunakan secara bijaksana dan meskipun Islam telah memberi segala hak kepada wanita,mereka perlulah tidak melampaui batas serta tidak “meminta-minta” atau cuba melaksanakan peraturan yang terlalu menonjol hingga melampaui batasan mereka sebagai seorang wanita.Walau apapun hak yang cuba ditegakkan oleh mereka atas alasan hak asasi,ianya tidak boleh sama sekali melanggar Hukum Syarak yang telah ditetapkan oleh Allah.

alhamdulillah fahmi dah genap 20 thn... :)



buat adik fahmi yang genap umur 20 tahun..
kak lillah nak bagi suprize nih...

nk bg kek coklat..
nyum2..
cpt baca doa makan.. :p

untuk FahMi...

akak doakan...

semoga umur dipenuhi dgn kebaikan
semoga diberkati hidup dunia akhirat
semoga menjadi anak yg soleh
semoga menjadi lelaki yg soleh
semoga menjadi bakal suami & ayah yg soleh serta mdpt kturunan yg soleh solehah..
semoga menjadi pemimpin yg soleh..
semoga tercapai segala impian..
semoga istiqamah dalam memartabatkan agama Allah..
semoga hidup & mati utk agama Allah..
semoga bahagia dunia akhirat..

dan..

semoga dipermudahkan exam hari ni.. hehe.. hari ni exam kan...

:)


Sabtu, 25 April 2009

khas buat kak na tersayang... ;)

message di shoutbox lillah pada 24 Apr 09, 23:55

farhana..: lillah... salam ziarah.. kakna sayang kan lillah.. smg lillah terus kuat.. hari2 mendatang.. :)
farhana..: lillah ziarah tau blog kakna selalu... nanti pas kakna x da dsini kt berhubung ngan blog plk.. hehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dedikasai khas buat kak na tersayang..
(kakna = mantan PPMUSM 08/09)



ye, lillah pun sayang kak na juga!! maaf smalam tak sempat jumpa..

lillah sampai di usm kul 3petang.. pastu kemas2 barang, then pergi meting MT baru sidang depan.. (kak na, asma, fairuz, kak wa, saiful,zaidi, din dah jadi mantan..)

balik tu siap2 utk usrah sisters Mt baru plak.. ini first usrah dgn new naqibah2 sidang depan.. kita ada 10 new naqibah.. insya'Allah buka sem nanti adik2 ni akan ada anak2 usrah masing2..

habis selesai usrah tu kul 11 mlm.. kemas2 barang.. kul 12 balik kL smula.. maaf tak sempat nak jumpa kak na.. tak sempat jumpa fairuz.. tak sempat jumpa asma..

perasaan lain sikit semenjak join team MT baru ni... hehe. :p
ofcoz kerja dgn org2 yg berbeza rasanya juga berbeza... masih banyak tanggungjawab yg perlu diselesaikan..
moga diri lillah ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya utk Islam...

erm, terharu dgn hadiah comel from kak na.. abel yang pass hadiah tu masa meeting petang tu.. maqasih.. sweet & touching.. comel sgt.. :'-)
sayang kak na..... rindu kak na...
rasa nak nangis la.. terharu sgt2.. cepat pujuk balik!!



To:- my cik mot lillah...

Semoga lillah akan terus kuat, sabar & tabah.
TQ 4 everything..

~~belakg kad tu tulis : senyum selalu..
kak ana PPMUSM 08/09 =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kak na...

kak na ingat lagi tak masa kita first time jupe di prog dakwah di sg siput?

kita makan dlm gelap sbb xde letrik.. kita bergilir hulurkan segayung demi segayung air keruh masa nak mandi sbb xda air.. kita tak lena tidur sebab bimbang keselamatan..

kita taaruf tentang perjuangan hidup masing2.. dan lillah still ingat yang kak na sambil gelak berkata:
"tak sangka lillah ni mcm ni rupanya..."

hehe.. baguslah.. time susah la baru keluar perangai sebenar..
baru kita tahu siapa kawan kita tu..

kita bertemu dlm keadaan sdg diuji dgn hidup yg sgt2 susah.. alhamdulillah itu ujian saringan dalam proses mendapat sahabat fillah yg sangt2 bermakna.. u r part of me... :'-)

Jumaat, 24 April 2009

bila 'si dia' kesayangan menjadi milik org lain.. :'-(



  • menyayangi x semestinya memiliki..
kita sringkali menyangka dgn memiliki org yg kita sayang, kita & dia akan sama2 bahagia..
hakikatnya mungkin kita bukanlah orang terbaik yang dapat membahagiakan orang kesayangan kita..dia pun mungkin bukanlah org yg tepat yg betul2 dpt membahagiakan kita..

so Allah jauh-jauhkan kita dari dia.. mungkin si pengganti tmpt dia & tmpat kita tu yang dapat membahagiakan dia & kita.. sebab kita tak tahu apa yg akan blaku esok, lusa & akan dtg...

  • biarkan ia pergi...
apabila kita membenci, kitalah yg sebenarnya lebih tersiksa..
apabila kita menyayangi, kitalah yg sebenarnya lebih bahagia..

ramai org lain yg turut merasai 'kehilangan' seperti yg kita pernah rasa.. dan ramai org yg boleh terus meneruskan hidup seprti biasa.. ramai juga yg hidupnya menjadi bertambah bahagia, bertambah ceria & lebih bermakna selps mengalami 'kehilangan' tersebut..


  • bagaimanakah hendak menjadi spt mereka?


1. maafkan mereka yg menyakiti anda..


ye, memang pahit..
nak mengenali seseorang mengambil masa mungkin beberapa tahun..
tetapi nak melupakan seseorang mengambil masa seumur hidup..

bila kita teringat je pada mereka cpt2 ckap pada diri sendiri
"Ya Allah, aku dah maafkan dia.. it's ok..." .

ulang2 kata-kata ni supaya kita redha..
maybe mula2 tu kita akan selalu menangis, tak lena tidur, tak lalu makan minum etc.. takpe... take your time... setiap luka perlukan masa utk sembuh...


2. beralihlah..

start a new life..

bahagiakan org2 yg sayangkan anda..
kita akan rasa useless (x berguna) bila kita rasa x da siapa sayangkan kita.. atau bila kita rasa org yg kita sayang mensia2kan kita.. atau bila kita rasa org lain bahagia, sedangkan kita sengsara..

jika itulah yg anda rasa..
berubahlah..

kalau sblm ni kita ada si dia sbg pendengar setia, beralihlah kpd menjadi pendengar setia kpd org2 sekeliling kita..
kalau sblm ini kita ada si dia sbg pengubat duka lara kita, beralihlah kpd menjadi pengubat kpd org2 sekeliling kita..
kalau dulu kita ada dia sebg pelengkap diri kita, beralihlah menjadi pelengkap kpd org2 sekeliling kita..

pada masa itu, kita akan rasa lebih beharga & bersyukur..
kerana pada masa itu terlalu ramai yg akan takut kehilangan kita & mahu menjaga kita dgn baik.. insya'Allah... :'-)


3. bersangka baik dgn Allah..

kita kehilangan org yg kita sayang tak bermakna takde org lain yg akan sayngkn kita..
moga2 kita akan dapt yg jauh berganda2 sayangkn kita & lbh menghargai kita..
amin..

walaupun hati kita pernah ada insan lain sblm ini, tu tak bermakna hati kita lepas ni tak boleh terima org yg baru..

masa hati tgh sakit memg la macam susah nk terima pengganti tu.. tapi bila Allah dah temukan dgn yg memang benar2 dapat menyentuh hati kita, masa tu mulut kata 'NO!!' tapi hati kata 'YES 3x !!'


45858itkef51mr1.gif

646378xb7pmu4huz.gif

setiap org Allah dh tetapkan rezki, jodoh & maut..

Anda seorg yg baik... teruskan menjadi org yg baik.. insya'Allah akn d temukan dgn pemilik hati yg baik...amin..

wallahua'lam..

Katakanlah:
"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungghuhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Az-Zumar 39:53)




Rabu, 22 April 2009

rasa hati seorang pembimbing..


separuh dari hidup ini sibuk memikirkan utk orang lain.. ops bukan je orang lain.. makhluk lain.. binatang2 juga termasuk.. dulu masa zaman sekolah dulu bercita-cita nak kerja sbg veteriner.. nak bekerja di Sepilok,Sabah.. nak selamatkan endangered species.. :p

rupa-rupanya bukan endangered species yang tidak berakal yang Allah pilih untuk diri ini selamatkan.. tetapi endangered species yang berakal-->manusia.. manusia sedang mengalami krisis kepupusan akidah..

sekarang musim exam.. tapi seperti biasalah semenjak dari dulu, exam ke tak exam ke, otak ni dok sibuk dengan hal lain.. my first paper pada Friday lepas.. saya baru je balik USM penang pada 15hb tu.. dan dari 15-17 tu sepatutnya saya fokus utk exam.. tapi saya pulak pergi jumpa dengan ramai orang untuk sesi kaunseling atau meting atau solving problems.. kalau saya tak jumpa orang, orang pulak jumpa saya.. sehinggalah malam before exam pun ada adik yang datang ke bilik.. ada sahabat terdekat yang memberi cadangan supaya saya duduk dalam bilik dan tutup lampu utk mengelakkan gangguan orang lain terutamanya time exam ni.. hehe..

perlukah?

lillah tak buat apa yang lillah suka.. lillah buat apa yang lillah perlu buat.. dan lillah menyukai apa yang lillah perlu buat.. bila kita mahu menjadi pembimbing atau pendidik atau sahabat atau kakak.. kita kene sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berkhidmat kepada orang lain.. mereka yang datang jumpa lillah atas pelbagai urusan kebiasaannya bukan sekadar borak-borak kosong.. majoriti datang dengan masalah yang boleh mengugat akidah mereka..
jadi perlu untuk lillah available for all of them. kalaupun mereka tak dapat jumpa face to face, lillah perlu make sure yang mereka boleh reach melalui my phone..atau email..


seriuskah?

manusia adalah makhluk Allah yang paling istimewa.. ada hati dan perasaan..ingin sayang dan menyayangi.. dan fitrah membuktikan manusia akan dipengaruhi oleh manusia yang mereka sayangi.. tatkala kristian missionary datang berdakwah kepada anak-anak orang Islam.. wahh.. semua orang bencikan si kristian.. mengapa? mengapa marah kepada orang yang sayangkan anak-anak kita lebih dari kita sendiri menyayangi anak-anak kita? tahukah kalian bahawa orang-orang kristian yang berdakwah ni kerana mereka meyakini bahawa untuk selamat dari neraka, kita perlu beriman kepada Jesus... maka kerana sayang pada kita, nak selamatkan kita, mereka ni dengan tak malu-malu datang berdakwah pada anak-anak kita.. kita ni pulak yang kononnya sayangkan anak-anak kita tak pulak selamatkan anak-anak kita.. sebab? yang kita asyik ajarkan anak-anak kita cuma cara nak cari duit dan nak jadi cantik.. cara nak cari iman dan nak cantikkan iman kita abaikan..

bila anak-anak ikan menyayangi adik2 kita.. tak lama lepastu adik kita pun jadi sama anak ikan..
bila geng night club menyayangi adik2 kita.. tak lama lepastu adik kita pun jadi kaki night club..
bila geng couple peluk2 menyayangi adik2 kita.. adik2 kita pun couple peluk2..
nauzzubillah..

nak contoh lagi ke?
tak payahla..

dan sahabat-sahabat.. adik-adik yang ada di sekeliling kita.. datang dari kelompok mereka yang memang sedang mencari-cari manusia yang ingin menyayangi mereka.. untuk mereka berpaut. tak salahkan mereka hendak berpaut? terbebankah? mereka memang bukan adik kandung kita.. bukan saudara se datuk se nenek.. tapi mereka manusia makhluk Allah yang subhanallah mempunyai potensi untuk dibentuk menjadi khalifah yang adil.. seorang khalifah yang mampu meneruskan dakwah membimbing insan lain.. sebelum itu mereka perlulah dibimbing..

ya Allah.. permudahkanlah..

Alhamdulillah.. berada di bahagian pimpinan dalam sebuah gerakan menjadi suatu bonus utk lillah.. bonus dari segi pengiklanan.. hehe.. ramai orang yang tak kenal pun akan datang meminta nasihat.. kadang-kadang selalu rasa nak lepaskan jawatan ni cepat2.. tapi bila fikir semula, i need to be here for them.. sekalipun pada masa akan datang saya dah jadi mantan gerakan, saya still kene letakkan diri di tempat yang orang lain boleh cari untk meminta bantuan.. dan lillah mengharapkan supaya kawan2 yg lain pun buat perkara yg sama... please...

bagaimanakah?
secret~

tolonglah.. lillah merayu... usahlah kalian memberi 1001 alasan untuk mengabaikan mereka yang kita sayangi.. alasan boleh dicipta.. bertanyalah pada diri sendiri dengan jujur. betulkah aku betul-betul tak boleh nak peduli tentang mereka?


sekarang ni kesihatan lillah pun makin tak berapa baik.. peluang untuk mengaktifkan diri dengan program2 luar semakin terbatas.. tapi ini bukan alasan.. ini juga peluang untuk dekat pada Allah.. peluang untuk memantapkan iman yang sering goyah.. kalau dahulu masa sihat, bila nak pergi program tak ada rasa diri ni tak mampu.. kategori ganas juga saya ni sebab program yang hard core pun saya join.. masa tu memang tak ada alasan untuk saya tak berdakwah.. masa tu pergi ke kawasan yang ustad2 jarang atau tak masuk langsung untuk berdakwah.. cth: bawah jambatan , pedalaman etc..

sekarang ni bila dah sedar diri tak sekuat yang dulu.. lillah beralih fokus.. sekarang fokus bukan terus kepada golongan sasaran directly.. tetapi kepada adik2 yang hendak pergi berdakwah.. erm, selalunya mereka tak sedarpun yang kakak diorang ni sedang train mereka menjadi daie.. sebab bahasa yang selalu lillah gunakan 'kita kene sampaikan tentang kebaikan'..
kebanyakkan adik2 ni datang dari insan yang sakit hati yang baru nak sembuh..

ubat sakit hati ialah?
hantar ke program dakwah :)

anda sakit hati? jom pergi program dakwah.. sebabnya ialah orang yang mengalami penyakit hati ni selalu fikir tentang diri sendiri je.. fikir tentang kelemahan diri je.. selalu fikir yang orang lain tak fikirkan diri mereka.. macam2 la..
bila kita bawa orang-orang yang sakit hati ni untuk berfikir tentang umat yang jauh lebih serius penyakitnya.. wabak merbahaya yang dapat memupuskan akidah.. masa tu baru mereka yang sakit hati ni tak sibuk nak fikir tentang diri sendiri.. masa tu mereka akan fikirkan bagaimana diri yang ada kelemahan ini boleh dimanfaatkan untuk menyelamatkan umat yang sakit tu..

wahai kawan2 yang disayangi...
kita hanya akan tahu betapa berharganya diri kita bukanlah bila hadirnya kita membuat orang ketawa.. tetapi.. betapa kita berharga adalah apabila kita tiada lagi membuatkan orang menangis..

manfaatkanlah masa muda & sihat ini..
permudahkanlah urusanku ya Allah.. kerja ini untukMu.. :'-)

terangi jalan hidupku
dengan cahaya kasihMu
bimbinglah daku dengan hidayahMu
Ya Allah..
di malam syahdu ini ku merayu
ampunilah...
segala dosaku yang lalu..
sujudku..
mendambakan keredhaanMu
tempatkan daku dalam rahmatMu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
suburkan jiwaku dengan keimanan
hanya padaMu ya Allah..
ku sandarkan harapan..

Isnin, 20 April 2009

mahasiswa bersama masyarakat


mahasiswa bersama masyarakat(MBM)

anjuran :
pergerakan perkhidmatan masyarakat universiti sains malaysia (PPMUSM)


sasaran :
mahasiswa dari seluruh Malaysia (open utk semua ipt)

Objektif:

1)Memberi pendedahan kepada para peserta tentang peranan dan tanggungjawab mereka selaku anggota masyarakat yang bergelar mahasiswa/wi.
2)Memberi melatih para peserta kaedah berkesan berkomunikasi dan menyelami kehidupan sebenar masyarakat terutamanya masyarakat kampung.
3)Membentuk diri para peserta agar lebih prihatin dan sensitif dengan isu-isu berkaitan masyarakat.
4)Menerapkan nilai cintakan agama, budaya dan kemasyarakatan dalam kalangan peserta dan penduduk kampung.

Berikut adalah maklumat tentang program tersebut:

Tempat: Kg Darat pulau pinang yang akan melibatkan 3 kampung.

Tarikh: 1 mei hingga 9 mei.

Bayaran: RM35.00

Tema: MAHASISWA-MASYARAKAT ADALAH SATU KOMBINASI PENTING..


tentang program ni:

mbm ni bukan mcm bakti siswa...
kalau bakti siswa, semasa turun kampung dah ada perancangan tentatif..
just follow..

tp mbm ni len..
kita akan turun kampung..
analisis dlu ape masalah & keperluan..
then baru kita buat program..
sbb tu utk 3 hari pertama program tu kita ada Kem Persediaan Peserta yg akan bimbing teknik2 menganilisis masyarakat & buat program..

:)

kita fokus kpd objektif utk mengupayakan mahasiswa.. melahirkan mahasiswa yg mampu bertindak dlm menangani maslah..

kita x berniat mahu mengubah masyrkt.. ttp sbg pencetus prubhn masy...

dan slalunya yg akan berubah peserta la.. after program akan trasa sumting difren.. insya'Allah...

jom la.. :D hope to meet u in d program.. ukhwahfillah..


kepada yg berminat sila emailkan kepada:

lillah : kha_lillah@yahoo.com.sg
fairuz : fiverose_87@yahoo.com

sebelum 25 april 09..





sesungguhnya hati ini...


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga


Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah


Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

lirik raihan 'Sesungguhnya'



Ahad, 19 April 2009

Erti Cinta~ Jodoh Pertemuan ~


artikel copy-edit from helmi suhaimi... mengupas tentang jodoh pertemuan... :)
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Surah An-Nur:26



Dari firman ALLAH di atas jelas ALLAH telah menjanjikan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat (sama juga untuk pihak perempuan). Apakah definisi sebenar baik dan jahat dari segi Islam? Sebenarnya konsep baik jahat terletak kepada akhlak dan iman seseorang.


Seringkali terdengar perkataan merendah diri. 'saya tidak sesuai untuk awak kerana awak terlalu baik'. Ayat sebegini bagus kerana merendah diri, tetapi adakah lebih elok dikatakan 'InsyaAllah saya akan berusaha jadi lebih baik kerana ALLAH dan saya bersyukur mengenali awak'. Mengapa ia lebih elok? Jawapan: Menunjukkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan soleh atau solehah. Tidak perlu lah terlalu merendah diri sehingga seolah-olah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah adalah perkataan yang sebaik-baiknya kerana memberi segala kesyukuran kepada ALLAH.

Jodoh pertemuan sebenarnya telah ditetapkan oleh ALLAH. Cuma adakah kita benar-benar mengharap kepada ALLAH. Beginilah, harapan kepada ALLAH itu suatu kemestian, tetapi hendaklah disertai dengan usaha. Bagaimana ingin berusaha? Jawapan: Carilah yang beriman. Kita semestinya tidak mengetahui siapakah yang menjadi milik kita (suami isteri) dan ia tetap menjadi rahsia ALLAH sehinggalah tiba saatnya.


Ungkapan yang suka saya lafazkan di sini adalah




" Seseorang yang BERIMAN pasti ia BAIK dan seseorang yang BAIK tidak semestinya BERIMAN. Pilihlah yang BERIMAN.Pasti berbahagia"


~Helmi Suhaimi~



Apa yang saya ingin lafazkan di sini ialah tentang konsep keimanan. Jika diperhatikan pada ayat surah AnNur ayat 26 di atas baik di situ bolehlah di kategorikan sebagai beriman. Ini kerana jika kita perhatikan baik adalah suatu perkataan yang meluas. Orang kafir ada yang baik. Sebagai contoh Bill Gates, mempunyai yayasan tersendiri untuk membantu orang-orang yang susah dan miskin. Mahatma Ghandi, dikatakan mempunyai akhlak yang baik dan sangat besederhana. Nah, banyak lagi contoh yang boleh kita katakan di sini. Tetapi keislaman dan keimananlah yang perlu dititikberatkan.

Konsep keimanan sendiri merupakan satu cabang kecintaan kepada ALLAH seperti yang kita pelajari di dalam Rukun Iman:


  1. Keimanan kepada ALLAH

  2. Keimanan kepada Malaikat

  3. Keimanan kepada Kitab-kitab

  4. Keimanan kepada Rasul-Rasul

  5. Keimanan kepada Hari Qiamat

  6. Keimanan kepada Qada' dan Qadar



Perhatikanlah tentang Rukun Iman di atas. Itulah keimanan sebenar. Persoalan: Benarkah kita telah benar-benar beriman dan menyerlahlah keimanan kita? Jawapan: InsyaAllah, perlihatkanlah keimanan kamu di mana-mana sahaja kamu berada walaupun di campakkan ke dalam api yang marak.

Kadangkala tanpa disangka-sangka kita bertemu dengan insan yang memberi inspirasi kepada kita untuk terus menerus memberi kebaikan kebaikan di muka bumi ini. (InsyaAllah berterusan Istiqamah dalam perjuangan biarlah kerana ALLAH kerana jadikanlah Insan inspirasi sekadarnya). Fitrah manusia menyukai seseorang yang menampilkan kata-kata yang baik, mengingatkan kepada ALLAH, mengajak kepada kebaikan dll kebaikan.

Kebaikan sememangnya wajib dilakukan oleh setiap insan. Tidak perlu berkata "alah, malaslah nak buat benda tue (cth sedekah), nanti orang kata menunjuk-nunjuk pulak" Lihat kepada kata-kata ini seolah-olah berbuat baik iaitu perkara disukai ALLAH boleh jadi menunjuk-nunjuk. Sebenarnya, teruskanlah berbuat perkara yang disukai ALLAH tanpa berpikir perkara lain. Untuk urusan lain biarlah ALLAH tetapkan. Sentiasalah berdoa kepada ALLAH untuk tetapkan hati. CINTAlah kepada perkara kebaikan walaupun kamu tidak tahu perkara itu baik untuk kamu atau tidak. Yang pasti kita telah mengerjakan perkara yang disukai ALLAH. InsyaALLAH pahala dan ganjaran tetap ada. InsyaALLAH..


Di sini saya akan tekankan bahawasanya yakinlah kepada ALLAH yang mana jika kita membuat kebaikan kerana keCINTAan pada keimanan sebenar pasti ALLAH akan mempertemukan kita dengan isan yang serupa dengan kita. Teruskanlah mempamerkan keimanan kamu. Berkatalah, Aku bangga menjadi umat ISLAM!.

Kadangkala timbul persoalan "aku banyak buat dosa adakah ALLAH akan beri ampun pada aku". Jika kita benar-benar ikhlas dalam taubat yang dilakukan pasti ALLAH tunjukkan sinar keimanan dalam hati kita. ALLAH Maha Pengampun, mintalah keampunan kepada ALLAH nescaya ALLAH akan ampun kan. Berusahalah untuk tidak mengulangi dosa-dosa itu. InsyaAllah berkekalan ke sinar cahaya. Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa kerana kita adalah lemah, seperti surah An-Nisa':28
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.


ALLAH akan memberikan rahmat di buka bumi dan syurga pada sesiapa sahaja yang di kehendaki. Selalulah berdoa "Ya ALLAH kurniakanlah daku hidayah di dalam hati ku dan berilah rahmatmu. Jadikan aku insan yang bersyukur".

Ada yang bertanya kepada saya "Aku telah telanjur, bagaimanakah aku nak cari lelaki yang baik. Ada ke lelaki boleh terima aku? Aku kotor dan jijik" Jawapan bagi saya adalah ya! pasti ada lelaki yang beriman (bukan saja baik) yang akan menerima anda jika anda betaubat dan tidak mengulangi perkara yang lalu. Lelaki yang beriman tidak akan mempertikaikan perkara yang lepas dilakukan oleh seseorang perempuan apabila dia telah benar-benar bertaubat. Hari ini dan hari mendatanglah yang patut di perhatikan. InsyaALLAH berbahagia selalu. Yakinlah kepada ALLAH nescaya dia akan temukan seseorang insan yang soleh dan menerimamu seadanya. 'Kotor dan jijik'. Satu sahaja yang boleh saya katakan bersucilah dengan taubat. InsyaAllah akan jadi suci dan bersih seperti kain putih yang suci tanpa kekotoran. Tidak dinafikan seseorang lelaki mahukan isteri yang tidak pernah disentuh oleh lelaki. Tetapi ingatlah wahai lelaki taubat dan keredhaan ALLAH lagi terutama. InsyaAllah ke syurga bersama.

Ramai pula yang inginkan lelaki dan perempuan yang baik (fitrah manusia). Tetapi mestila kita sendiri memperbaiki diri kita terlebih dahulu. Sucikan dan tambah ilmu dalam diri untuk medapat kurniaan rahmat dari ALLAH. Janji ALLAH pasti benar. Coraklah diri kita dengan kebaikan sebelum berniat dan berhajat untuk mendapat jodoh yang baik.

InsyaAllah semoga kita semua mendapat pasangan yang soleh solehah dan beriman. Sentiasa challengingly kita kepada ALLAH. Saling lengap melengkapi. Bersama cinta mencintai (suami isteri) kerana ALLAH. Pertemuan di mulakan dengan pernikahan. Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan ALLAH dan ALLAH telah jadikan kita semua berpasang-pasangan.




"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"


- Saidina Umar Ibnul Khattab -




mother don't cry... :'-(

kawan2.. truskan membaca qunut nazilah.. jgn la dulu2 je semangat kirim doa utk saudara2 di sana.. truskan kirim doa2 utk mereka... truskan qunut nazilah...... !! :'-(

Palestine Forever by Sami Yusuf



Mother don't cry for me I am heading off to war

God almighty is my armour and sword
Palestine, Forever Palestine

Children being killed for throwing stones in the sky
They say to their parents "don't worry, God is on our side"
Palestine, Forever Palestine

Mother don't worry when they come for us at night
Surely they'll be sorry when God puts them right
Tell me why they're doing what was done to them
Don't they know that God is with the oppressed and needy
Perished were the nations that ruled through tyranny
Palestine, Forever Palestine

Children of Palestine are fighting for their lives
They say to their parents "we know that Palestine is our right"
They say to their parents "we'll fight for what is right"
They say not to worry God is on our side
They say "we'll die for Palestine"
Palestine, Forever Palestine


Sabtu, 18 April 2009

teman yang dicari...



DOA KEPADA ORANG BERKATA: AKU SENANG KEPADAMU KERANA ALLAH

"Semoga Allah mencintai kamu yang cinta kepadaku karenaNya.”

(HR. Abu Dawud 4/333. Al-Albani menyatakan, hadits tersebut hasan dalam Shahih Sunan Abi Dawud 3/965)


Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci

Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi bertambah murni
Kasih Ilahi

KepadaMu Allah kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepadamu teman ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah ku ungkapkan segala-galanya...

KepadaMu Allah kupohon restu
Agar kita kekal bersatu

Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita

lirik : teman sejati (BROTHERS)

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari." (Saidina Ali)

Jumaat, 17 April 2009

tak nampak pun Allah.. bagaimana nak yakin Allah wujud?



teringat masa kecil dulu, saya selalu bertanya kepada mak abah macam-macam soalan sehingga mak abah pening nak menjawab..

ada satu kali tu tanya 'mak.. kat mana Allah? tak nampak2 pun..'

mak bawa saya ke depan kipas angin.. turn on kipas angin.. wahh.. beterbangan rambut.. best!

'kakak rasa angin?' soal mak.. mestila, dah tu rambut pun beterbangan, mata pun susah nak buka.. saya mengangguk..

'kakak nampak angin?'soal mak pula..

saya diam.. tercari-cari di mana angin.. tapi memang sah tak nampak angin.. cuma rasa je sesuatu yang menghembus di muka.. dan nampak kipas berpusing..

'mana angin? tapi ada ni.. tapi tak nampak..'jawab saya..

mak senyum..

'Allah ada.. tapi kita tak nampak.. ada benda yang kita tak nampak tapi benda tu wujud.. contoh lain malaikat.. jin.. syurga.. neraka...' jawab mak.

bila dah besar.. dah masuk skolah menengah.. buat eksperimen fizik..belajar kimia..
selalu berdepan dengan cas-cas elektrik.. bertambah yakin dengan kewujudan alam ghaib..

Kita tidak dapat melihat arus elektrik,
namun kita yakin akan kewujudannya. Kita yakin wujudnya cas-cas positif dan negatif
yang disebabkan oleh elektron dan proton, walaupun kita tidak dapat melihatnya.

Kita yakin akan kewujudan kesemua ini hanya disebabkan oleh

kesan-kesan dan tanda-tanda kewujudannya
yang dibuktikan oleh eksperimen.


Demikian juga halnya dengan kewujudan Allah.


Kita tidak dapat melihat Allah,
namun kita yakin bahawa Dia wujud.

Kita yakin akan kewujudanNya disebabkan oleh

kesan-kesan dan petanda yang jelas
yang dapat dilihat pada kesempurnaan alam semesta ini.


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat)
tanda-tanda
bagi kaum yang memikirkan.”
(Al-Baqarah 2:164)



p/s: bahagian atas artikel lillah punya.. bahagian bawah tu meow punya..


Rabu, 15 April 2009

diskusi : Adakah SEMUA Agama SAma??

Friendly Critical Discussion


Tema Diskusi: Adakah Semua Agama Sama?

Pendebat 1: Khalid Jaafar (http://www.khalidja afar.org)

Pendebat 2: Hafiz Firdaus (http://www.hafizfir daus.com)

Moderator: Xifu Nasir.

Objektif:
Membincang dan bertukar-tukar hujah serta pandangan dalam persoalan adakah semua agama-agama di dunia masa kini adalah sama.
Ada dua sesi. Sesi pertama, moderator akan mengemukakan soalan yang sama kepada kedua-dua pendebat. Sesi kedua, para hadirin akan mengemukakan soalan kepada seorang atau kedua-dua ahli debat yang dipilihnya.

Tarikh: 16 April 2009 (Khamis).

Waktu: 8.00 - 10.30 malam.

Lokasi:
Islamic Information & Services Foundation
No 1-5-2, Prima Peninsula
Jalan Setiawangsa 11,Taman Setiawangsa
54200,Kuala Lumpur
Tel : 03-42604160





ref:

dA'WAH tWAINING: fWiendly compaWative Weligon course (FCR)



Kursus Asas Intensif Dakwah kepada Bukan Islam
(Dalam Bahasa Melayu)

TARIKH:
18&19 April 2009
(Sabtu & Ahad)
OBJEKTIF PROGRAM:
  • Untuk berkongsi maklumat dan memahami pelbagai agama di Malaysia.
  • Untuk mempromosi kesedaran tentang perlunya menyampaikan da’wa Islam.
  • Memperkenalkan fakta penting yang bersesuaian dengan suasana dan kumpulan tertentu.
  • Menanam kesedaran umum tentang perlunya metodologi da’wah yang berkesan.

TAJUK-TAJUK CERAMAH:
  • KEWAJIPAN BERDAKWAH
  • SEJARAH AGAMA KRISTIAN
  • ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
  • KEPERCAYAAN & PERAYAAN KAUM CINA
  • AGAMA HINDU
  • SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
  • PENGALAMAN BERSAMA PADERI KRISTIAN DAN GEREJA
  • QURAN DAN SAINS MODEN

PENCERAMAH:

1) Bro. Shah Kirit

  • Bekas penganut Hindu, memeluk agama Islam pada thn 1996.
  • Menyertai kursus intensif perbandingan agama “International Da’wah Training Program” di IRF Mumbai, India dikelolakan oleh Presiden Islamic Research Foundation (IRF), Dr. Zakir Abdul Karim Naik.
  • Menyertai kursus “Training the Trainer”, dikelolakan oleh Nuruddeen Lemu & Asiya Rodrigo daripada Islamic Education Trust, Nigeria.
  • Menganjurkan dan mengendalikan kelas perbandingan agama untuk pelajar-pelajar universiti dan orang awam di IIS.
  • Terlibat dalam Forum & Dialog Perbandingan Agama.
  • Penceramah Jemputan untuk Jabatan Agama Islam, sektor-sektor Kerajaan & Swasta, Universiti dan Gereja.
  • Ketua Pegawai Da’wah, IIS.
  • Pengurus, Saba Islamic Media, Maju Junction.

2) Bro. Engku Fauzi

  • Ketua Da’wah, Persatuan Pengislaman Darul Fitrah, Terengganu.
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Da’wah Kerajaan Negeri Terengganu.
  • Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Negeri Terengganu.
  • Fasilitator untuk Kelas Perbandingan Agama.
  • Pegawai Da’wah Bebas, Islamic Information & Services (IIS).
  • Penyelidik & pelajar Bible.
  • Terlibat dalam Forum & Dialog Perbandingan Agama.
  • Penceramah Jemputan untuk Jabatan Agama Islam, sektor-sektor Kerajaan & Swasta dan Universiti.
  • Pegawai Dakwah IIS.
  • Pengarah, DMATEZ Industrial Gas, Terengganu.

TEMPAT:
Dewan IIS,
1-5-2 Prima Peninsula,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur.

MASA:
8.30 pagi hingga 5.30 petang
YURAN:
RM120 (termasuk bahan-bahan latihan seperti bible dan buku-buku yang bernilai lebih RM 60)
Hanya RM100 bagi pelajar dan mahasiswa.

Hubungi:
IIS: 603-42604160
Bro. Mas Yuri: 013-6159030

iklan dari blog meow


Isnin, 13 April 2009

senyumlah ketika sakit.. :)


"dayah!! lillah makan kopok!!"ngadu nini pada dayah.. dayah memandang lillah dengan muka yang memberi isyarat 'DON'T!!'

(nini = besfren yg sangat mementingkan kesihatan lillah)
(dayah = rumet ksyangan yang sangat risau kalau lillah sakit)
(kopok = kopok ikan yg dibeli oleh one of my besfren..romlah...)

hehe.. saja je nak sakat mereka.. best.. lillah tau yang diorang tak sanggup tengok lillah sakit.. :p

tapi kenakalan lillah ini menyebabkan diri sendiri yang menerima musibah.. padan muka, sendiri cari pasal.. walaupun sikit je makan kopok tu tapi kesannya sangat ketara...



actually lillah ada allergic yang agak serius.. bila salah makan akan kene la sakit tu. dan bila kene certain bahan kimia pun kulit akan jadi merah.. so tak boleh sebarang losen, washer, atau bedak nak sapu.. kene pakai yang dermatologist bagi je..

antara yang tak boleh dimakan ialah : ajinamoto--> ni musuh ketat.. udang termasuk udang kering,sotong & kerang2 -->sedap tapi tak boleh.. ikan2~ cth sardin, kembung, etc .. ikan bilis yg kecik comel pun tak bleh.. rempah2 termasuk kari.. telur.. dan lain-lain..

hm.. makanan kat kafe mana bole tak ada ajinamoto.. jarang makanan kat kafe yang tak ada ikan bilis dan udang kering.. tu kan bahan asas.. so, selalu la juga kene allergic ni.. tak boleh nak pantang terus-terusan.. kene ponteng pantang skali skala.. hehe

alhamdulillah .. selera lillah yang sangat baik menyebabkan berselera je makan macroni rebus kosong tanpa apa2 perasa.. dan tak jemu2.. inilah makanan yang paling selalu lillah makan.. rasa bahagia sangat.. nikmat je.. :p
*menu tambahan : ubat yg berkhasiat.. nyam2..

alhamdulillah walaupun tak boleh makan macam-macam, tapi boleh masakkan kawan2 yang macam-macam tu.. tengok orang lain makan pun dah cukup bahagia dah.. :)


bila pergi program-program yang ada disediakan makanan, mesti tak boleh nak pantang.. so langgar pantang.. yeay!! lepas tu tahan je la sakit... bila orang lain jamu makanan, dan tak sampai hati nak menolak, yeay!! langgar pantang lagi... (selalunya jamah sedikit je la.. kemudian bagitau la pada orang tu yang lillah allergic sebenarnya.. makan sikit untuk hargai penat dia sediakan makanan)

apa yang lillah nak share dengan pembaca2 ialah terimalah takdir Allah dan jangan mengeluh.. jadilah hamba yang bersyukur.. insya'Allah bila kita redha, hati akan terasa lapang dan mudah je nak menempuh ujian tu...

bila kita sakit atau menderita, gembirakanlah orang-orang yang kita sayang.. kerana kita pun tau yang mereka sayangkan kita.. ofcoz mereka akan sedih kalau tengok kita sedih dan sakit.. jangan buat orang yang kita sayang sedih dan sakit.. kita tak tahu berapa lama lagi kita akan bersama dengan mereka.. sedangkan mereka yang sayangkan kita inilah yang kita harapkan bila kita dah mati nanti untuk doakan kita...


mak selalu cakap hadis ni:
“Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih, insya Allah.”
(HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 10/ 118.)

p/s: nak mati dlm keadaan bersih........nak..nak.. nak sangat...

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....