Jumaat, 17 April 2009

tak nampak pun Allah.. bagaimana nak yakin Allah wujud?



teringat masa kecil dulu, saya selalu bertanya kepada mak abah macam-macam soalan sehingga mak abah pening nak menjawab..

ada satu kali tu tanya 'mak.. kat mana Allah? tak nampak2 pun..'

mak bawa saya ke depan kipas angin.. turn on kipas angin.. wahh.. beterbangan rambut.. best!

'kakak rasa angin?' soal mak.. mestila, dah tu rambut pun beterbangan, mata pun susah nak buka.. saya mengangguk..

'kakak nampak angin?'soal mak pula..

saya diam.. tercari-cari di mana angin.. tapi memang sah tak nampak angin.. cuma rasa je sesuatu yang menghembus di muka.. dan nampak kipas berpusing..

'mana angin? tapi ada ni.. tapi tak nampak..'jawab saya..

mak senyum..

'Allah ada.. tapi kita tak nampak.. ada benda yang kita tak nampak tapi benda tu wujud.. contoh lain malaikat.. jin.. syurga.. neraka...' jawab mak.

bila dah besar.. dah masuk skolah menengah.. buat eksperimen fizik..belajar kimia..
selalu berdepan dengan cas-cas elektrik.. bertambah yakin dengan kewujudan alam ghaib..

Kita tidak dapat melihat arus elektrik,
namun kita yakin akan kewujudannya. Kita yakin wujudnya cas-cas positif dan negatif
yang disebabkan oleh elektron dan proton, walaupun kita tidak dapat melihatnya.

Kita yakin akan kewujudan kesemua ini hanya disebabkan oleh

kesan-kesan dan tanda-tanda kewujudannya
yang dibuktikan oleh eksperimen.


Demikian juga halnya dengan kewujudan Allah.


Kita tidak dapat melihat Allah,
namun kita yakin bahawa Dia wujud.

Kita yakin akan kewujudanNya disebabkan oleh

kesan-kesan dan petanda yang jelas
yang dapat dilihat pada kesempurnaan alam semesta ini.


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat)
tanda-tanda
bagi kaum yang memikirkan.”
(Al-Baqarah 2:164)



p/s: bahagian atas artikel lillah punya.. bahagian bawah tu meow punya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....