Selasa, 7 April 2009

kaedah khusyuk dalam solat



bukannya mudah utk memperolehi khusyuk, jika tidak diusahakan bersungguh-sungguh dengan kesedaran yg mendalam. pada umumnya para ulamak muktabar telah memberi panduan bagaimana langkah-langkah yang perlu dilakukan utk mencapai khusyuk dalam solat.

Kaedah-kaedah khusyuk :
  • merasakan bahawa ketika solat berhadapan dengan Kuasa Yang Maha Berkuasa, dan Yang Maha Berkuasa itu sedang memperhatikan segala amal dan tingkah laku kita. ini berdasarkan hadis yg bermaksud : ".. Ihsan itu ialah bahawa engkau hambakan dirimu kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Apabila engkau tidak melihatnya (dan memang tidak akan dapat berbuat demikian), sesungguhnya Dia melihat engkau." (Mutaffiq 'Alaih)
  • memahami makna ayat-ayat Quran yang dibaca dalam solat itu, seperti bacaan Al-Fatihah dan surah.
  • memahami makna bacaan zikir dan tasbih yang dibaca dalam solat.
para ulamak berkata : "untuk memperolehi pahala zikir, wajib kita mengetahui maknanya. setidak-tidaknya memahami bahawa tasbih dan tahmid itu bertujuan untuk mengagungkan Allah, mengakui kesucianNya dan memujiNya. "

Dalam kitabnya Al-Arba'in, Imam Abu Hamid Al-Ghazali mengatakan sebagai berikut :
  1. hendaklah kamu membaca Allahu Akbar dengan mengingat 'tiada suatupun yang lebih besar daripada Nya'
  2. hendaklah kamu membaca doa iftitah, dengan perasaan bahawa 'kamu benar-benar menghadapkan seluruh jiwa dan ragamu kepada Allah Maha Pencipta.'
  3. hendaklah kamu membaca Al-Hamdu Lillah dengan 'penuh rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat dan kurniaan-Nya kepadamu'
  4. hendaklah kamu membaca Iyyaka Na' budu.. dengan 'perasaan bahawa kamu sangat lemah dan segala urusan itu hanya berada di tangan Allah semata-mata.'
  5. hendaklah pada setiap membaca zikir itu kamu ingat akan maknanya.
selanjutnya beliau menyatakan bahawa segala yang membimbangkan seseorang daripada memahami makna apa yang dibacanya dalam solat itu dipandang sebagai was-was yang perlu ditepis.
  • hendaklah kita memanjangkan rukuk dan sujud
dalam kitab ' I'anatut Talibin ', Sayid Al-Bakri mengatakan bahawa di antara perkara yang menghasilkan khusyuk ialah dengan memanjangkan rukuk dan sujud.
  • jangan mempermain-mainkan anggota badan, memperbanyak gerakan dalam solat.
  • hendaklah tetap memandanag ke tempat sujud, walaupun seseorang yang solat itu buta matanya, atau sedang melakukan solat di sisi Kaabah. imam Ahmad bin Hambal berkata : "khusyuk dalam solat ialah dengan mengarahkan pandangan mata ke tempat sujud."
  • hendaklah menjauhkan diri dari segala perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam solat.
setelah berhempas pulas mengusahakan untuk khusyuk... diikuti dengan istigfar kerana tidak mampu melakukan dengan penuh sempurna seperti yang Allah mahukan. last but not least ialah berdoa meminta bantuan kepada Allah supaya memperolehi khusyuk di dalam solat... kita cuma mampu berusaha.. hasilnya ada pada Dia... :)

wallahua'lam... sama2 kita berusaha! chaiyook!!

p/s: khas menjawab request from puterinurzahra...

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....