Menolak troli?
di manakah Tenom?
- bahagian tengah-tengah pedalaman Sabah yang bergunung-ganang kah?
- bahagian Timur Sabah yang terpencilkah?
Apa yang berlaku ni??
Apa isu nya?????
PENDUDUK kampung sepanjang landasan kereta api dari Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh sejauh kira-kira 10 kilometer terpaksa mengharungi penyeksaan setiap kali menolak troli berulang-alik ke pekan Tenom.
Perjalanan menggunakan troli buatan sendiri berasa amat memeritkan. Penat lelah menujah kayu untuk menggerakkan troli di landasan sepatutnya dimudahkan dengan hanya melabuhkan punggung di kerusi kayu kereta api berenjin diesel.
Pada usia 64 tahun, peniaga kedai runcit, Benedict Mangang Engkim, terpaksa memerah keringat berulang-alik dari rumahnya di Kampung Stesen Pangi ke pekan Tenom tiga kali seminggu untuk membeli pelbagai barangan dapur.
"Apa boleh buat, nasib kami begini. Kalau ada kereta api, tambangnya tidak sampai seringgit untuk ke pekan Tenom. Dua puluh minit sudah sampai di pekan. Saya boleh beli macam-macam barang untuk dimuatkan dalam gerabak.
"Sekarang saya terpaksa membawa beras dan bermacam-macam lagi barangan makanan dari pekan Tenom ke kampung semata-mata untuk membantu penduduk kampung mendapatkan bekalan bahan makanan," kata lelaki tua itu.
Dengan mengeluarkan kos RM130, Mangang membina troli berukuran 2.17 x 2.17 meter dengan jarak antara roda dengan roda 0.89 meter semata-mata untuk meneruskan perniagaannya sejak 40 tahun lalu.
Namun, penderitaan membawa bahan perniagaan menggunakan troli tidak seperit membawa isterinya, Inih Buragang, berusia 83 tahun yang lumpuh dan menghidap darah tinggi ke Hospital Tenom.
Sehari dalam sebulan, Mangang terpaksa membawa isterinya ke hospital berkenaan. Terik sinar matahari dan hujan terpaksa ditempuh semata-mata memastikan isterinya menjalani pemeriksaan kesihatan.
Bagi Mariana Ansabung, 38, derita penyakit tibi yang dihidapinya sejak enam bulan lalu semakin menyeksakan apabila terpaksa menolak troli untuk ke pekan Tenom.
Di sebalik menahan kesakitan, Mariana terpaksa menolak troli untuk menjalani pemeriksaan di hospital berkenaan setiap lima hari dalam sebulan.
"Saya tidak larat menolak troli seorang. Saya terpaksa meminta bantuan anak saya, Susanti yang berumur 12 tahun untuk ke hospital. Saya merayu kerajaan segera membaiki landasan untuk memudahkan kami ke pekan," ujarnya.
Turut mengerah kudrat empat kerat menolak troli ialah ibu kepada enam anak, Bina Pintu, yang berusia 34 tahun. Setiap kali memperoleh hasil tangkapan ikan memuaskan di Sungai Padas, Bina akan ke pekan Tenom.
Baung, pelian, lampam, haruan dan belida yang terperangkap di mata jaring tangsi yang dipasangnya setiap malam, perlu dijual di pekan Tenom. Ketika fajar menyinsing, Bina memulakan perjalanan dari Kampung Stesen Pangi ke pekan berkenaan.
"Ada penduduk mengambil upah membawa guru dari Tenom ke Sekolah Kebangsaan Pangi di kampung ini. Ada juga yang membawa pelancong dengan upah RM5 seorang," ujarnya.
Perit jerih menolak troli dengan membawa penumpang terbayar juga apabila mereka menerima bayaran yang tidak seberapa itu.
Namun, Bina dan penduduk yang lain tetap mengharapkan agar perkhidmatan kereta api disambung semula kerana semestinya roda troli tidak sehebat pacuan kereta api.
INFO: Kereta Api
Troli
timbul persoalan :
- Adakah negara kita yang mampu membina bermacam-macam bangunan dan projek berjuta-juta ringgit tidak mampu membina sebatang jalan raya bagi menggantikan landasan kereta api?
- di manakah pemimpin yang sepatutnya turun membela nasib masyarakat?
sumber :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090524070318/Article/index_html
p/s:mak lillah kata "ni yang kita perlukan aktivis masyarakat ni!"
kite pun gune keta api 2 dlu..
BalasPadamdari tenom g beaufort.. tapi sekarang dah tak balik ikut beaufort sbb dah takde keta api.. kos pun murah je.. tambang dalam rm2 lebih jek.. harap2 ada penambahbaikkan segera la demi kepentingan semua juga..=)