hari pertama menjejakkan kaki ke pekan darat, lillah demam.. ikutkan hati nak digagahkan jua diri ni utk keluar bertemu anak2 buah , adik2 kesayangan..
kasihan melihat fairuz, asma, kak mas pulun memerah tenaga membimbing adik2.. lillah risaukan dari segi tarbiyah adik2 kesayangan kita..
first day sangat penting sebab pada masa inilah identiti, budaya dan disiplin mudah dibentuk.. masa tu hanya Allah sahaja tempat bersandar.. ya Allah.. hamba ni tak berdaya... bimbinglah kami ya Allah...
lillah cuma terbaring di bilik bergulung dalam selimut sebab kesejukan.. sebenarnya badan tengah sangat panas masa tu.. tanpa sedar air mata mengalir... masa tu si kecik akmal dan kucing tok menjadi penghibur..
si akmal ni ceria orangnya, sweet.. bahagia dalam dunia nya sendiri.. dia masih terlalu kecil untuk mengerti betapa besarnya tanggungjawab yang bakal digalas di bahunya suatu hari nanti..
di luar sana, masyarakat kita ketandusan jiwa muda yang mahu membela nasib masyarakat yang ketandusan iman... penyakit cintakan dunia menyerang tangkai-tangkai hati hingga manusia menjadi buta.. masalah dadah, masalah pelacuran, anak terbiar... ya Allah adikku sayang, kakak ada tanggungjawab di luar sana.... :'-(
hari kedua program, lillah dah sihat kot.. kalau ikutkan masih pening2 lagi kepala ni, tapi dah boleh bangun bergerak, apalagi.. turun la ke meeting..
sampai je di sana terasa beberapa back up perlu di lakukan.. adik2 seperti robot, semuanya bergerak secara teknikal.. tak terasa tarbiyah mengalir dalam gerak kerja itu.. maksud lillah ada bezanya bila kita melakukan tugasan kerana faham itu tanggungjawab sbg hamba & khalifah dan melakukan kerja hanya kerana nak bebakti pada masyrakat.. cemas jugalah masa tu.. cuak!
tapi slowly cuba pelan2 serapkan semula apa yang patut.. yang dah lepas tak boleh nak diundur.. yang penting yang akan datang.. tapi ya Allah, teori memang tak sama dengan praktikal..
ujian demi ujian datang menyambar.. lillah dan fairuz sekadar memberi isyarat mata.. dari pandangan mata tu terpendam kisah seribu kepahitan yang perlu ditelan... terlalu banyak yang kakak2 pikul tapi tak dapat nak ceritakan pada orang lain.. tak mengapalah... yang penting adik2 tahu yang kakak2 sedia bekorban demi kebaikan adik2 kesayangan...
besar harapan kami agar adik2 sedar betapa masyarakat kita memerlukan adik2 walaupun mereka kata tak mahu..
tinggal bersama keluarga angkat ni membuatkan lillah banyak belajar tentang tujuan hidup.. tentang siapa diri ni.. tentang ke mana selepas ini...
arwah tokwan lelaki baru 11 hari meninggal ketika kami menjejakkan kaki ke rumah tok.. keadaan rumah suram.. tok asyik termenung.. wajah sedih masih ada...
katil tempat tokwan masih elok seperti ada orang yang tidur di situ.. si kucing dan si akmal yang rajin berguling di situ.. katil tu sebelah bilik lillah.. lillah selalu duduk2 di situ semasa main dengan kucing dan akmal..lillah tinggal di rumah tok dengan solihin (tudung oren).. masa subuh jumaat tu, tok ajak ke surau.. selepas solat tahajud, lillah tunggu tok dan solihin bersiap.. masa tu solat di luar bilik, dalam gelap di sebelah katil arwah tokwan..
ya Allah, hati ni sayu... terasa betapa bodohnya diri ni kerana selalu bersedih hati mengenangkan terlalu banyak masalah hidup ni.. sedangkan mati tu dekat...
semasa ke surau, rasa sangat tenang dan syahdu.. bahagianya rasa kalau dapat teman mak abah yang dah tua nanti ke surau solat subuh berjemaah.. ya Allah.. izinkanlah diri lillah untuk menjadi peneman mak abah ke tempat2 ibadah semasa mereka tua nanti.. nak jaga mak abah... nak pimpin tangan mak abah masa mak abah dah lemah.. nak berjaga teman mak abah bila mak abah sakit.. nak berada di sisi mak abah masa mak abah dah tua...
masa di surau, semua yang ada tua2 macam tok.. lepas solat, terasa diri menjadi perhatian.. semua bertanya lillah tinggal di mana.
"dok umah tok, mak long.."
mereka memuji tok.. semenjak arwah tokwan pergi, ni la first time tok menjejakn kaki semula ke surau...
tok kelihatan ceria sungguh subuh tu.. tak pernah lihat dia seceria tu..
semasa peluk jemaah solat sebelum balik, seorang nenek berkata "toksahlah peluk tok.. tok busuk.."
lagi kuat saya peluk dia.. cium betul2 pipi dia..
"wangi ja.."usik saya.. dia ketawa..
balik dari surau tu saya teman tok melangkah slow2.. tok dah tak kuat.. dulu tok single, kemudian dia berkahwin, ada anak2 ramai.. sekarang kembali sendiri.. hanya amal soleh je sebagai bekalan utk di bawa kedalam kubur..
hmm...
lillah pun nak prepare utk alam bersendirian di dalam kubur.. nak kene istiqamah tahajud supaya kubur diterangi cahaya.. nak istiqamah baca al Mulk supaya diselamatkan dari azab kubur... nak kene jadi anak yang solehah supaya dapat redha mak abah.. kunci redha Allah...
nanti dalam kubur kita dah tak de pluang nak beribadah.. so sekarang ni kita kene slalu memberi nasihat dan berkongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan ilmu yang dikongsi akan terus mengalir dan pahalanya mengalir kepada kita sampailah ke hari kiamat......
ini adalah doh utk buat maruku.. tok buat sendiri.. pelbagai bahan dicampur.. kari utk bagi rasa pedas dan harum.. tepung sebagai bahan asas.. beberapa cubit garam ditabur... dan lain2.. diuli dan dipenyek2kan.. ibarat membentuk seorang insan, kita beri kasih sayang..kadang kita terpaksa marah supaya dia menjadi anak yang baik.. ibarat fungsi kari.. garam pula ibarat pesanan penting yang mak abah serapkan dalam diri ni.. walaupun sdikit, tapi sangat penting.. tanpa nya kuih yang terhasil akan terasa kekurangan.. something missing...
kemudian doh tu dimasukkan ke dalam acuan.. dan diacu mengikut si pembuat.. seni nya berbeza2.. lain si pembuat lain hasilnya.. ikut kreativiti masing2.. no right no wrong.. cuma ofcoz, yg berseni akan menghasilkan yg lebih cantik.. walaupun rasa sama, tetapi kita cenderung terpikat dengan yg lebih cantik..
kemudian digorang dalam minyak yg panas... nak tak nak kene jugak goreng.. ibarat seorang ibu, walau cmana sayang pun pd anak nya, dia terpaksa juga lepskn anak dia utk berjuang sendiri utk hidup...
ini cuma sebuah analogi yang boleh kita sama2 fiki2kan tentang menjadi seorang pendidik dan pembimbing...
seni dalam mendidik itu penting.. seni dalam berdakwah itu penting..,seni dalm berkata2 juga penting...
atas ni adalah hadiah dari kak za, anak tok.. kain yang cantik... kak za juga banyak mengajar lillah secar tak sedar.. dia seorang yang tabah.. pendiam.. dari raut wajahnya nampak jelas dia penat menguruskan anak2 dan ibunya tapi masih mampu tersenyum..
lillah juga mahu terus tersenyum macam kak za.. semasa program ni berjalan, hati lillah kadang2 balik ke rumah kejap.. lepas tu datang balik ke program ni...hati balik ke rumah sebab dapat tahu abah masuk ke hospital.. ikutkan hati nak balik je rasa.. tapi bila terkenangkan amanah yang ada di sini untuk membimbing adik2, maka lillah tetapkan kata hati untuk terus di sini sampai ke akhir program...
ya Allah.. hanya Kau yang tahu isi hati ni....
dengan berakhirnya program seminggu MAHASISWA BERSAMA MASYARKAT ini, maka berakhirlah tugasan selaku NYDP2 PPMUSM untuk sidang ini....
NYDP 2 PPM ni tugasannya memantau bahagian ukhwah, akademik dan kebajikan... dan paling penting tarbiyah... tarbiyah = pendidikan
semoga diri ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya utk Islam ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)