Isnin, 4 Mei 2009

misi mencari kemanisan iman.. woha!



"lillah rehat tau.. jangan fikir berat2.."nasihat fairuz, my sister fillah (setiausaha organisasi ppm yg thiqah)
"lillah jgn rehat2 tau.. fikir yg berat2 tau.."sampuk kak mas pulak. kak mas ni my sister fillah bekas exco biro srikandi ppm.
fairuz terkejut.. lillah pulak gelak2..
"dia ni memang nak kene cakap macam ni.. "terang kak mas sambil memandang wajah fairuz yg kehairanan..

lillah sdg demam panas.. dan lillah memang degil.. kalau tak sihat, selagi boleh bergerak tu.. memang tak reti dok diam.. bila dah terlantar, otak masih ligat fikir macam2..nak wat cmna, ni automatik.. bukan salah lillah..

lepas tahajud trus sms pemantau n penggerak lain tentang meeting.. tlupa masa tu org len sdg tido.. maaf ya mengganggu..risau sebab nanti pukul 8am dah ada meting dgn smua peserta..

"training2.. jgn rehat2 "sambung kak mas.
"fikir yg berat2.. fikir dakwah islamiah.."sambung fairuz.. tergelak2 lillah dibuatnya..
"ye!! dah2.. gi cepat!"sambut lillah.

kami sedang run program Mahasiswa bersama masyarakat (MBM).. program ni selama seminggu.. Kami slaku Majlis tetinggi ppm (MT) adalah pemantau program ni.. so agak besar la juga amanah yg kitorang kene pikul.. tapi best! kitorang dah merasai byk kemanisan dari MBM2 tahun2 dulu.. dan kali ni kami beharap peserta2 dpt merasai kemanisan prog ni mcm kami juga.. amin.. :)

mbm ni bukan mcm bakti siswa...
kalau bakti siswa, semasa turun kampung dah ada perancangan tentatif..
just follow..

tp mbm ni len..
kita wat mbm sbb kita sayangkan masyarakat kita...
kita akan turun kampung..
analisis dlu ape masalah & keperluan..
then baru kita buat program..
sbb tu utk 3 hari pertama program tu kita ada Kem Persediaan Peserta yg akan bimbing teknik2 menganilisis masyarakat & buat program..

:)

kita fokus kpd objektif utk mengupayakan mahasiswa.. melahirkan mahasiswa yg mampu bertindak dlm menangani maslah..
kita x berniat mahu mengubah masyrkt.. ttp sbg pencetus prubhn masy...
dan slalunya yg akan berubah peserta la.. after program akan trasa sumting difren.. insya'Allah...

sebelum berlalu kluar dari rumah fairuz sempat menyampuk
"gi wat keje rumah!"
sekali lagi kami semua ketawa..
"gi meting cepat!!"balas lillah..

Ya Allah..permudahkanlah urusan kami semua.. peliharalah kami semua.. satukanlah hati kami semua..amin..

takpe, demam ni adalah tanda Allah sruh rehat kejap.. duk umah ni ditemani oleh cik tan, kucing tok.. lillah dok umah kluarga angkat, maklong.. tapi lillah panggil tok.. tokwan lelaki baru meninggal 11 hari yg lalu..



hari ni genap usia 22 tahun.. dah lama dah hidup.. ramai org yg dikenali & x dikenali dari dlm & luar negara wish hepi birthday.. click refresh.. muhasabah misi hidup.. my misi hidup utk mencapai kemanisan iman..

apakah syarat kemanisan iman?

Sabda Nabi SAW,
"Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, niscaya dia merasakan manis Iman, iaitu :
hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ;
dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah
dan
dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka."
(Riwayat Bukhari & Muslim)


hadiah birthday

beberapa hari yg lepas zeti pesan lillah blikan dia terjemahan Quran .. tapi lillah telah bagi Zeti terjemahan Quran lillah.. Allah memang Maha Kaya.. tetiba mak bagi hadiah terjemahan Quran baru.. yg ada hukum tajwid, colorful.. harga lebih dari Rm100.. Allah memang pmurah...!!

beberapa hari yg lepas lillah tolong topup kan celcom kawan2 lillah sbb diorang memerlukan utk run program mbm ni.. program ni walaupun ada penajaan, still duit sendiri kne infak.. tetiba celcom bagi hadiah, free sms & call ke 8 x paid.. alhamdulillah... Dia memang Kaya!!

so kawan2 yg disayangi, melaburlah di jalan Allah... inilah business yg paling menguntungkan..

by the way.. rezeki yg Allah bagi not only dalam bentuk duit dan material..
jiwa yg tenang, hidup yang terpelihara & hidayah Allah juga adalah rezeki yg tak ternilai..
semoga semua yang kita infakkan di jalan Allah ini diterima oleh Allah..
dan dapat dimanfaatkan untuk memartabatkan Islam tercinta.. dan amal jariah serta ilmu ini akan terus menerus mengalir ke generasi akan datang walaupun masa tu kita dah dalam kubur...

Ku infakkan hidupku utk Mu krn cintaku pada Mu & RasulMu
ku kasihi insan2 d skelilingku dgn harapan mereka turut mencintaiMu izinkanlah diri kami menatap wajahMu di syurga tertinggi izinkanlah diri kami bersama dengan RasulMu Jadikanlah zahir kami, batin kami & hidup kami seperti yg Kau cintai..

Lagu ini mengisahkan pada suatu malam Rasulullah SAW duduk bersendirian, memikirkan tentang masa depan umatnya selepas baginda wafat kelak...




10 ulasan:

  1. salam..

    syafakillah..

    teruskan usaha kak, moga Allah berkati perjuangan ini..

    ujian itu tanda nya akk sgt special, x mcm org laen y sedang lena dibuai mimpi.. mga makin dkt kte di sisi Nya.. insyaAllah..

    jaga kesihatan kak.. smg cepat pulih kesihatan nya.. doakn sy jua, solat pn xleh bdiri lg ni..

    "kata-kata cinta terucap indah, mengalir bezikir di kidung doaku, sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku.." ~Musahabah Cinta - ed Coustic~

    Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?

    Dan sungguh, Kami telah mnguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orag-orang yang dusta.
    [al-Ankabut:2-3]

    BalasPadam
  2. "Ku infakkan hidupku utk Mu krn cintaku pada Mu & RasulMu,
    ku kasihi insan2 d skelilingku dgn harapan mereka turut mencintaiMu, izinkanlah diri kami menatap wajahMu di syurga tertinggi, izinkanlah diri kami bersama dengan RasulMu, Jadikanlah zahir kami, batin kami & hidup kami seperti yg Kau cintai.."

    moga kita semua t'golong dlm gol org diatas =)..amin..

    lillah jgn lupa makan ubat ek..org doakan moga lillah cepat sembuh..
    to kefahamanku: moga cepat sembuh..

    ni semua ujian dari DIA..itu tandanya DIA sayang kat kita..hanya org2 yg t'pilih jer yg diberi ujian..
    alhamdulillah..sahabat2 org ni merupakan org yg t'pilih..

    “Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih, insya Allah.”
    (HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 10/ 118.)-copy dr blog lillah =P..

    BalasPadam
  3. oo...kak lillah demam yer..ade gak reporter(abel) cakap ngn wan yg akak jatuh sakit mase MBM ni..heheh. jgn lupe mkn ubat...nnti kan x leh joint byk program dlm MBM rugi tu....hahaha

    in my opinion..sesungguhnya memg sukar seseorang tu nak rase 'kemanisan iman' kan?hanya org yg betul2 istiqamah jer yg dapat merasakannya...insya Allah same2 lah kita 'kearah itu'...sangat rugi bagi org Islam yg x dapat merasakan 'manisnya iman' kan....heheh..betoi ker????hahaha

    BalasPadam
  4. slalu xnk jga diri baik2.dah demam pn main2 lg.ish3

    smoga shat slalu..

    take gud care

    :p

    BalasPadam
  5. sudilah kiranye ke blog hamba

    ibnmumtaz82.blogspot.com

    mudah2 terpaut :

    BalasPadam
  6. to adikku fahmi...

    moga kuat mnempuh sgala ketentuan Allah..
    insya'Allah bila kita redha, segala yg blaku tak trasa berat lagi...

    :'-)

    BalasPadam
  7. to insan kerdil..

    alhamdulillah lillah telah Allah hadiahkan dgn sahabat2 yg cukup istimewa buat lillah..

    lillah sayang sgt pd korang smua...
    comot2 tetap sayang jugak..

    :p

    kasih akan terus mekar andai sabar kita jadikn bekalan...
    sayang akan terus berkekalan bila Allah menjadi sandaran...

    ukhwahfillah abadan abada

    :'-)

    BalasPadam
  8. to wan..

    ye dik...

    rugi kalau org islam x dapat rasa manisnya iman...

    ibarat ramai org makan kuih.. tapi ramai makan kuih tanpa inti.. bagi org yg makan kuih dgn inti tentu lebih lazat. kalau takda inti.. nak makan seketul pun rasa macam susah nak telan..


    Kalau Tuhan kita kenali
    Kasih sayang dan perananNya
    Kalau Tuhan kita fahami
    Keagungan dan kekuasaanNya

    Kalau Tuhan kita rasakan
    Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
    Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
    Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
    Kalau Tuhan dikenali

    Cintailah Tuhan
    Dia adalah segalanya
    Korbankanlah apa sahaja keranaNya
    Cintakan Tuhan, cinta paling mahal
    Cintakan selain Tuhan, cinta murahan

    Kalau Tuhan kita kenali
    Dialah segala-galanya
    Kalau Tuhan kita fahami
    Dialah pengurus seluruh keperluan kita

    Kalaulah kita faham
    Tuhan ini siapa sebenarnya
    Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
    Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNya
    Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
    Cintakan Tuhan cinta yang abadi

    BalasPadam
  9. to anonymous :

    ish3..
    mnada x jaga diri..
    jaga la ni..
    kalau x jaga musti da lama kne culik..

    :p

    makasih hadiah bufday!!!

    :p x buka lagi...

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....