Isnin, 21 Julai 2008
aku yang cemburu..!
tengok pada tempatlah..
apa itu adil?
berbuat sesuatu kene pada tempatnya
apa itu zalim?
berbuat sesuatu yang tak kene pada tempatnya..
salahkah cemburu?
kalau kene pada tempatnya.. memang patut kene cemburu.. dan zalim kalau tak cemburu kalau memang perlu cemburu..! 7:-(
Fahamke?
sahabat-sahabat yang dikasihi.. yang disayangi.. yang asyik kene follow up.. yang asyik terima sms tazkirah sampai penuh inbox.. yang asyik kene ajak pergi program.. yang asyik kene bebel..
mengapalah agaknya budak yang memfollow up tu tak jemu2? tak give up? tak puas2? apalah yang dia dapat? sms walaupun 15-30sen je, tapi kalau dah ramai orang mahu rm100 juga sebulan bilnyer.. awat lah yang dia dok bagi nasihat kat orang lain, dok bagi semangat kat orang lain, macamlah dia tu kuat sangat, hebat sangat.. macam lah dia sendiri tak ada masalah.. tak cukup masalah sendiri, masalah orang lain pulak dia menyibuk..
kenapa? mengapa?
Saya tak taulah apa sebab spesifik kawan2 sahabat2 fillah saya follow up adik2 dan sahabat2 mereka.. tapi saya yakin, niat mereka sangatlah murni.. sebab mereka sayangkan saudara yang lain seperti diri sendiri..melengkap iman..
saya pula.. kerana saya seorang yang cemburu. sangat cemburu.. masa mula-mula terlibat dengan masyarakat yang tenat dengan kanser sosial dulu, saya rasa meluat sangat dengan masyarakat sendiri.. sebab saya tak boleh nak lari keluar dari masyarakat tu. saya toleh kiri kanan nampak juga. so saya tutup mata.. tapi sebab dah biasa nampak benda2 tak sihat tu, tutup mata pun still terbayang2.. :'-( sedih.. sedih .. sangat sedih..
Masa tu walaupun hati kata taknak.. taknak.. taknak tolong dah.. tapi tertolong tak sengaja.. bukan sengaja tak nak tolong, merajuk sikit sebab berhadapan dengan makhluk2 yang degil ni selalu je kita makan hati sendiri..
Then, bila dah masuk usm ni.. em, buat-buat lupa kisah-kisah perjuangan silam.. mulut dapat menipu, tapi hati tak mampu menipu.. setelah 1/3 daripada hidup bergelumang dengan usaha mendidik insan, tiba-tiba nak buat-buat lupa.. sure susah.. akhirnya here i am..Alhamdulillah.. Allah know the best and He gives the best.. Wah.. bertuahnya ada Allah.. Cukuplah ada Allah, ada segala-galanya yang diperlukan.. end!
Pernah sekali saya almost nak give up.. ececeh konon-konon nak merajuk lama sikit..(sambil merajuk, sambil cari idea baru , apakah teknik paling berhikmah nak sampaikan mesej tu.. hm..) .. Tapi tak dapat2 idea.. semangat pun makin lama makin hilang.. last-last terdetik di hati, lantaklah.. mereka ada mak bapak sendiri. saya just jaga adik2 sendiri..
Then Allah nak tunjuk.. tanpa saya sengaja, saya ter'explore' dalam handphone seorang yang dekat dengan saya.. dan saya sangat-sangat 'frust'.. nak demam rasanya. saya terkejut sangat dengan apa yang saya jumpa dalam hanphone tu. bukan kerana bahan tu lucah, tetapi kerana saya tak sangka orang yang dekat dengan saya, yang saya sangka saya tak payah bagi nasihat pada dia, dia boleh jaga diri sendiri, pun nampaknya tak boleh jaga diri sendiri...
bila saya pandang mak ayah dia.. bertambah2 rasa frust.. mesti mak ayah dia sangat2 kecewa kalau mereka tahu hal yang sebenar.. perlu ke mereka tahu? adakah si anak akan berubah kalau mak ayah tahu? Dua tiga hari saya tak boleh nak pandang si anak tu. seram rasanya (rasa macam di X-Ray).. terluka sangat(besar harapan saya pada dia).. Hamba Allah tu pulak, tak tau apa yang saya tau, so dia rileks je lah.. tak pelah..
Buat apa nak bersedih lama-lama? sia-sia je.. membazir air mata je. semenjak dari tu saya mula berazam.. "Saya tak akan sia-siakan mereka yang ada di sekeliling saya..dan saya tak akan sia-siakan masa yang saya ada walau sesaat pun.. walaupun seorang budak kecil yang baru belajar bercakap, saya akan tetap berdakwah pada dia.. walaupun dia orang tua uzur di kaki lima, saya akan tetap berdakwah pada dia.. walaupun dia insan yang saya baru pertama kali jumpa di tempat tunggu bas, saya akan berdakwah juga pada dia.."
Saya menjadi sangat cemburu.. saya cemburu pada mereka yang hadir memberi santapan jiwa yang songsang kepada mereka-mereka yang saya sayang.. saya cemburu melihat mereka-mereka yang saya sayang didekati insan-insan perosak mental fizikal.. saya cemburu melihat kejayaan pendakwah agama songsang yang begitu hebat berdakwah..
dengan sifat cemburu ini.. semua hati yang jauh, saya berusaha mendekatinya..
dengan sifat cemburu ini.. semua hati yang dekat, saya akan ikat kuat-kuat supaya tak terlepas..
dengan sifat cemburu ini.. akan kusebarkan pada sahabat-sahabatku yang lain.. agar mereka menjadi seorang anak yang cemburu~ supaya mereka sangat peka terhadap setiap ahli keluarga mereka.. agar mereka menjadi seorang isteri/suami yang cemburu~ supaya mereka membina keluarga yang peka dengan umat ini.. agar mereka menjadi seorang pemimpin yang cemburu.. agar mereka peka dengan anak2 buah mereka..
wahai Allah yang Paling Penyayang, Engkau mengurniakan aku jiwa yang halus.. yang dengannya amat mudah aku tersentuh.. Sampaikanlah sentuhan jiwa ini kepada sahabat-sahabatku yang lain.. Agar mereka bisa mengerti betapa hamba kerdil ini amat mengharapkan agar mereka terus teguh di jalan Mu..
Rabu, 16 Julai 2008
demi imanku.. demi ummahku.. demi Allah..
balik ke USM..
saya disambut dengan "Kak lillah.. bilik akak kat mana?".. dan bila adik-adik dan junior nak ke bilik saya, saya pula tak ada di bilik.. ke mana? meeting.. meeting.. makmal.. kuliah.. pergi program :-(
roomet saya dah nak merajuk.. tapi dia terpaksa merelakan juga walaupun dia tak mahu. Well, untuk saya berjaya dalam study dan persatuan, saya perlukan roomet yang kena sanggup bekorban.. jika tak, saya terkorban.. Alhamdulillah, Allah hadiahkan saya roomet yang sama2 busy~ dulu dia ni MT persatuan juga.. so tahun lepas memang sehati sejiwa la kami ni.. tahun ni, saya pegang MT, dia pula dah jadi mantan.. so, terpaksa la dia dok sorang-sorang di bilik..tunggu saya balik lewat malam :-)
Jumaat lepas saya dan MT join program Angkatan pemuda pemudi Islam.. kami pergi ke padang kota.. jumaat malam sabtu, barbecue tepi laut.. paling sweet sebab kami solat berjemaah di 'car park'.. alahai terharunya.. :'-)
pagi sabtu, pengisian oleh Ustaz Hafiz.. tajuk: membina generasi Da'ie dalam rumahtangga.. kata ustaz pemimpin hebat bermula dari rumahtangga yang hebat, perjuangan bermula selepasberkahwin.. sebelum kahwin cuma latihan je.. contohnya di kampus.. Ye ke? Takutnyer!! :-o
ustad kata lagi, kejayaan da'ie bermula di rumah. hak ayah kepada anak:
- ibu yg baik utk anak..
- beri nama yg baik utk anak
kerja da'ie ~ mengajak org buat kebaikan, kita kena ada benda atau isi yang nak diajak~ so kenala cari ilmu.. dan kene ada tempat atau wadah untuk berdakwah..
melahirkan generasi da'ie perlu bermula sebelum anak lahir.. peranan besar dimainkan oleh ibu ayah dan persekitaran. perhatian! makanan kena halal toyyib! contoh kes: gaji kita RM 2000. dah bayar zakat.. tapi masa kita kerja, ada curi tulang.. atau buat sambil lewa.. so duit kita tu kiranya tak bersih sepenuhnya.. dan duit tu yg diberi anak isteri makan.. takutnya.!! :-o
Ya Allah, biarlah keluargaku hidup miskin dari makan rezeki yang haram yang membakar diri kami di hari Akhirat... :'-( Tak mau.. tak mau..
4 steps pendidikan anak2 :
- Taklim~ pendidikan... contoh : kita ajar anak-anak solat
- Tadrim~ latihan.. contoh: usia 7 tahun mula latih anak-anak solat
- Takdim~adab latihan.. contoh : usia 10 tahun, kalau tinggal solat dah boleh rotan untuk mendidik
- Irsyad~ nasihat.. contoh: anak yang dah belasan tahun, dah boleh diberi nasihat..dah boleh dibawa diskusi..
#Sakit adalah sifat yang menumpang pada badan dan akan hilang.. so kalau kita pukul anak2 supaya mereka rasa sakit, hm.. kesan tak lama.. bila sakit hilang, mereka buat semula.. so ustaz kata, masa nak pukul anak2 tu, mak ayah kene check niat.. supaya betul2 ikhlas sebab mendidik..
~teringat masa zaman bebudak dulu, punyalah kami takut dengan pelempang abah.. walaupun cuma ugutan dan jarang kena, kami takut.. mak pulak, selalu je cubit tapi tak takut lansung.. tapi bila mak ugut nak report kat abah, tiba-tiba kami semua jadi patuh.. nakal betul!
Slot Abg Syah.. kami disoal apakah maksud haraki.. macam2 jawapan ada.. masa a.syah tanya saya, saya pakai teka je jawapan.(a.wan yang duduk di belakang menggeleng2 kepala~ sah saya salah!).. haraki ialah movement.. A.syah minta kami nyatakan pemimpin mutakhir dan beri sebab kenapa pilih pemimpin tu.. susahnya nak cari.. nampak sangat yang kita ketandusan pemimpin.. Ya Allah, jadikan diriku, keluargaku dan zuriatku pemimpin2 dalam membawa agamaMu, jadikan kami wira dan srikandi agamaMu.. Inilah jalan yang lurus kepadaMu..
Slot abg nuar.. saya tak salin apa-apa pun.. sebab saya menangis masa slot tu.. Apa yang saya faham, a.nuar kata janganlah kita rasa berat dalam medan dakwah ni.. sebab ujian yang kita tempuh tak seteruk orang2 terdahulu. dan bila kita pilih sesuatu tu, lakukan dengan sepenuh hati..
Insya'Allah.. moga diri ini Allah pilih untuk istiqamah.. ;'-)
banyak lagi slot lain.. dan pengisian lain.. nantilah dalam usrah sisters lillah cerita..
Ya Allah.. segala yang aku lakukan untuk Mu, terimalah aku.. cintailah aku.. Bimbinglah diriku, keluargaku dan sahabt2ku untuk menjadi wira dan srikandi di jalanMu ini.. Amin..
Ahad, 6 Julai 2008
Moga btmbh kmatangan & ketenangan

trimakasih pd kakak abang senior2 & mantan2 yg banyk mmbri pluang pd lillah yg nakal dan degil ni.. jgn serik dlm mendidik..:-)
Khamis, 3 Julai 2008
Pilih utk bahagia, pilih utk berubah..
Orang yang bahagia ialah mereka yang memilih untuk bahagia. Bahagia itu hanya akan wujud apabila jalan itu menyebabkan kita mengingati Allah sentiasa..
Andai kita lahir sebagai anak jutawan yang mampu memilih untuk hidup bahagia, bersyukurlah..
Namun adakah ini bermakna tiada harapan untuk mereka yang lahir dalam serba kekurangan untuk mengecapi bahagia?
Dalam hidup ini adakalanya kita boleh memilih kerana kita ada pilihan..
Selalunya kita tidak boleh memilih kerana kita tiada pilihan.. untuk hidup, kita terpaksa menempuhinya.
Jiwa merintih derita mengenangkan hidup yang bergelumang dengan dosa..
Sejarah silam yang hitam..
kesilapan dan dosa ibu ayah yang mengalir dalam darah daging keturunannya..
diri yang telah ternoda..
apakah masih ada pilihan untuk hidup bahagia?
syurga Allah itu luas.. Kasih sayang Dia tak berpantai.. pintu taubat sentiasa terbuka hingga ke nafas kita yg terakhir.. :-)
Sejarah silam biarkan menjadi sejarah.. Apa yang penting hari ini dan esok kita bahagia..
Pilihlah untuk bahagia..
Pilihlah untuk bertaubat..
Pilihlah untuk mentaati Allah..
Kalian tahu pedihnya rasa menjadi mangsa dosa ibu dan ayah..
Jangan biarkan kepedihan itu terus menghantui kalian. Jangan biarkan insan lain merasai kepedihan itu. Sedarkah kalian, jika kalian keluar dari zulmat kegelapan dan kalian berjaya menarik insan lain dari zulmat itu, kalian akan berasa sangat2 bahagia :-)
Terimalah dengan hati yang redha di atas segala ketentuan kerana Allah telah memilih kita untuk menempuhinya..
Walau seburuk mana ketentuan itu, yakinlah setiap sesuatu itu ada kebaikannya.. Allah jatuhkan kita di lubang kecil agar kita berhati-hati dan tidak jatuh di lubang besar. Alangkah bahagianya jika kita sedar satu lagi hikmahnya.. supaya kita dapat membimbing teman-teman lain dari jatuh di lubang yang sama.. dan dapat menarik keluar mereka yang jatuh..
tutuplah sebelah mata dari melihat yang buruk itu, pasti kalian akan nampak yang baiknya itu..
Selasa, 1 Julai 2008
ummi VS study


Jumaat, 27 Jun 2008
dia mungkin berubah..tapi CINTAku tak akn brubah jika..
P/S: Artikel ni ditulis di atas permintaan seorang sahabat yang meminta saya mengupas persoalan dilema 'takut pasangannya berubah hati'.. :-)
Sabtu, 14 Jun 2008
selamat tinggal duniaku..:'-(
:'-( Tinggal lah mak abah tersayang.. tinggallah adik-adik comelku.. tinggallah sahabat-sahabat kesayanganku.. tinggal lah segala projek yang belum siap.. :'-(
Pagi tadi atuk call mak. Atuk beritahu yg paklong masuk ICU. Paklong kena 'STROK'. separuh badan lumpuh.. sebelah kiri.. jantung kan sebelah kiri, kiranya kritikal la ni.. Doktor kata "sekejap dia ada, sekejap tak ada.."
"Ha? Tak ada? Eh, macam mana tu?"saya tak faham.
"Koma.."mak jawab.
Mak menangis. merah mata dan hidung mak. suara sebak. pagi tadi kami berempat (mak,amin, hafiz dan saya) baca yassin. mak tunggu abah sampai dari out station sebab nak ajak balik Johor..
Pak long okey je pagi semalam.. rutin harian, dia berniaga depan masjid. tiba-tiba dia nak pitam, then pengsan. masa di hospital dia kena strok.
"Mak takut.. mak membayangkan kalau mak di tempat dia, koma.. dan big possibility lepas ni dia tak mampu nak kembali segar macam sebelum ni.. mak teringatkan ibadah mak.. taubat mak.. mak sedih.. masa solat subuh tadi mak rasakan macam this is my last prayer.. dan masa mak mengaji, this is my last.. "
Wajah paklong terbayang-bayang di ruang mata saya. orangnya baik. saya sayang dia. hm.. saya tak ingat kalau kami pernah berbual. rasanya macam tak pernah seumur hidup ni saya berbual dengan dia. cuma sekadar senyum je bila terserempak.. cukuplah.. masa kanak-kanak dulu saya selalu bermain di rumahnya. anak-anaknya takut pada dia. kata mereka dia ni garang sangat.. alah, abah saya pun garang. so tak kisahlah dia garang ke tak.. bagi saya, asalkan lelaki tu tunaikan tanggungjawab dia,tak abaikan family.. dah kena syukur sangat2.. kat luar sana terlalu banyak ayah yang abaikan family.. saya sayangkan pak long.. :'-(
Mak, abah dan amin balik Johor akhirnya.. hafiz pula keluar ke KL jumpa kawan-kawan yang datang dari Pahang. Saya? tinggal di rumah sebab kena ganti tugas mak melawat adik di asrama.. Allah teman..
Petang tu masak sikit untuk dibawa ke asrama Ali. Dekat je, SBP Integrasi Rawang.. kami makan berdua di kantin. mak tak de, tak best.. saya cuba meniru mak saya, tanya Ali tentang performance study dia.. hm.. lepas tu pergi ambil hafiz di KTM.. sekali lagi saya meniru ayat mak saya.. "nanti hafiz pergi solat di surau naik Kancil," chewahh saya beri arahan sambil parking Toyota Unser di laman rumah.

"Sekarang nak mandi, lepas tu nak pergi surau.. sebab ada klon mak suruh pergi surau.."usik hafiz. saya tergelak.. Walaupun baru 5 jam mak tak ada, saya rindukan mak...
Bumi ini berputar.. satu saat nanti akan kembali putarannya ke titik asal.. dalam hidup ini kita tak akan sunyi dari cabaran bersilih ganti.. yang pasti setiap cabaran yang bermula akan ada akhirnya.. sabar sedikit je lagi.Dalam hidup ni,kita berkongsi kasih dengan orang lain. Kita tak boleh menafikan yang kita perlukan org2 di sekeliling kita utk sokong kita, especially waktu sedih.. dan kita tak boleh mengabaikan org sekeliling kita sebab they also need some one..
Lupakanlah hak kita yang orang lain tak tunaikan.. sebaliknya ingatlah hak orang lain yang ada pada kita yang kita perlu tunaikan..
Keredhaan Allah terletak dalam ketaatan hambaNya.. anak-anak wajib mentaati mak kerana di situlah keredhaan Allah.. isteri wajib mentaati suami kerana di situlah keredhaan Allah.. Semoga kita semua dalam keredhaan Allah berpanjangan, amin...

Rabu, 11 Jun 2008
zahirkan rasa kasih pd yg menyayangi kita
Orang yang beroleh bahagia ialah orang yang bahagianya itu tak luntur lantaran kepedihan dan kesengsaraan yang silih berganti dalam hidupnya, meskipun terlalu berat kita melihat dugaan yang menimpanya.. sebabnya ialah dia mempunyai perkakas yang paling teguh dan kukuh, iaitu sabar dan tidak hilang akal. Bahkan kadang-kadang setiap kali dia selesai menangkis dugaannya dengan perkakasnya, dia semakin bahagia. Tak ubahnya dengan orang yang menghisap candu, yang tahu bahawa candu itu merosakkan badannya, tetapi candu itu dihisapnya juga, sebab yang diharapkannya ialah kenikmatan selepas menghisap candu.. dia pengsan lantaran merasai nikmatnya candu itu, kian lama kekuatannya hilang dan tulangnya lesu, namun dia kembali juga menghisap..
Sahabatku yg dikasihi..
Jika tak senang kalian mendengar misalan yg saya berikan ttg penghisap candu, mari kita misalkan kepada seorang perempuan yang melahirkan anak.. betapa sakit tanggungan yang dipikulnya selama 9 bulan lebih mengandung hingga bertarung nyawa melahirkan anaknya, betapa dia takut akan hamil kali kedua dan ketiga.. tetapi sebaik mendengar teriakan anak yang baru lahir, hilanglah segala kesakitan yang ditanggungnya selama berbulan-bulan lamanya..
Mengapa kesakitan, berbulan-bulan dihapuskan oleh tangis anak yang baru lahir? Mengapa perempuan yang mandul, berubat ke sana ke mari , mencari dukun dan doktor pakar, meminta ubat dan pelbagai ramuan, berbelanja beribu-ribu ringgit supaya memperoleh anak sendiri? Tidakkah perempuan mandulmitu tahu bagaimana kesakitan saudaranya yang mengandung dan melahirkan anak? Dia tahu.. Dia melihat seorang ibu itu mengerang kesakitan melahirkan anak. Dia dengar rintihan si ibu ketika si anak hendak keluar. Perempuan mandul tidak ingat itu, sebabnya dia terlalu ingin mendengarkan tagisan bayi seketika lahir ke dunia. Dia ingin sangat mengecapi betapa bahagianya menyusukan, memangku dan mengendong bayi sendiri...
Sahabatku yang dikasihi..
Subhanallah.. dengan sedikit kasih sayang yang Allah campakkan dalam hati makhluknya, si ibu seolah terlupa segala penderitaannya selama 9 bulan dalam tempoh sesaat, sebaik mendengar teriakan bayinya.. Sedangkan betapa banyak tak terhitung, tak bertepi kasih sayang Allah kepada kita..
Dengan sedikit kasih sayang itu jualah si ibu sanggup bekorban jiwa raga membesarkan anak-anaknya.. memberi kemaafan kepada anak-anaknya meskipun berulang kali si anak membuat kesalahan.. Dalam hati kecil si ibu tetap terselit pengharapan agar si anak membalas segala jasa dah pengorbanannya.. Agar tidak sia-sia segala kasih sayang yang dia tumpahkan selama ini. Dalam diam dia menagih kasih dan simpati.. Sedangkan Allah Yang Maha Pengasih dan maha Penyayang tidak pernah sekalipun mengharapkan apa-apa dari hambanya.. Dia tetap mencurahkan kasih sayang dan rahmatnya tanpa perlu hambanya menagih, tanpa perlu hambanya meminta-minta.. Dia tidak pernah lupa.. Dia sentiasa ingat pada makhluknya..setiap satu.
Sahabatku yang dikasihi..
Kerana itulah mengingati Allah adalah kebahagiaan yang paling membahagiakan.. Rasanya nikmat, melebihi nikmat candu.. si pecinta akan mabuk..! Mabuk dalam bercinta. Ke mana sahaja dia memandang, hanya kebesaran Allah yang Dia nampak.. Ke mana shj dia melangkah, hatinya membawa Allah bersama2.. Ketika dia diam, dia sibuk berbicara dengan Allah di dalam hatinya.. ketika dia bercakap dengan makluk, ingatannya tetap terpaut pada Allah.. pada saat itu, betapa besar sekalipun badai yang menimpanya akan terasa seperti ombak kecil yang bermain di kaki pantai.. tidak mustahil juga Cuma umpama percikan air ke hujung jari.. Dia berbahagia dalam derita..
Demikianlah orang yang beruntung dengan kebahagiaan yang abadi, yakni dalam ketaatan kepada Allah.
Seorang budiman berkata:
”Kalau Allah tak menjadikan kesengsaraan, di manakah orang akan akan kenal nikmatnya bahagia? ”
Memang kalau tidak ada kesakitan, orang tidak akan ada yang hendak mengejar kesenangan.
Tidaklah terlalu berlebih-lebihan, jika dikatakan bahawa kesakitan dan kepedihan adalah tangga menuju kebahagiaan.
Kesakitan perlu utk org yang hendak maju ke hadapan. ’Kina’ yg pahit perlu bagi pesakit malaria. Doktor sengaja mencampurkannya di dlam ubat-ubatan agar dia sembuh. Begitulah Allah menghadiahkan kepedihan kepada hamba-hambaya bukan untuk menzalimi tetapi menyayangi..
”Telanlah ubat ini hai hambaKu.. supaya engkau lekas sembuh..”
Pahit, ya Tuhanku..
”Tahanlah pahi supaya engkau lekas sembuh..”
Orang yang tidak yakin berusaha utk mengelakkan diri dari memakan ubat sehingga dia menerima penyakit yang lebih parah. Orang yang patuh dan taat, ditelannya juga walaupun pahit, kerana dia mengharap untuk sembuh.
Sahabatku.. segala sengsara, kepedihan dan kesakitan, dihadiahkan Allah kepada hambaNya menurut ukuran kemampuan hambaNya. Ujian tidak dilebih-lebihkan dan tidak pula dikurang-kurangkan.. kecelakaan si hamba adalah sebab dirinya sendiri, yang degil tidak mengikut nasihat doktornya..
Sakit dan pedih itu mesti ada.. bumi tak subur tanamannya jika tidak diluku dahulu dengan bajak yg tajam, intan digilap baru timbul sinarnya.. emas dibakar baru boleh menjadi gelang. Buatmu insan yang saya kasihi dan sayangi, sakit dan pedih itulah yang akan menimbulkan cetusan fikiran, semangat yang baru.. sebab air mata sahaja tidak mampu meringankan bebanan.
Kepedihan adalah bayang-bayang manusia, tak dapat bercerai dgn manusia selama-lamanya. Tidaklah berfaedah org yg hendak menghilangkn kesakitan dan kepedihan sbb hilang dahulu manusia tu baru hilang pula pedihnya.
Jaafar Syaqiq cucu Rasulullah saw berkata:
”Barangsiapa mencari barang yang tidak dijadikan Allah di dunia ini, dan barang itu hanya di syurga sahaja, adalah menghabiskan umur dgn sia2.”
Apakah brg itu?
Tanya org kpd beliau. Ialah kesenangan.....
Nabi bersabda juga:
”tiap2 hari berganti, maka kesakitan hari yg datang kemudian lebih hebat dari kesakitan yg datang pada hari yang dahulu.”
Seandainya sakit dapat dihindarkan dari hidup, hidup yg x mengandungi pedih adalah, seakan-akan sambal yg tak bergaram. Itulah sebabnya, bangsa yg hina dan dipermainkan berusaha mencapai kemerdekaan. Kelak, kemerdekaan yang diperjuangkan oleh datuk nenek nya itu disia-siakan, sebab dia tidak merasai betapa sakitnya mencapai kemerdekaan itu.
Ahad, 8 Jun 2008
graf kehidupan yang naik turun

di dalam laptop tu ada final projek saya.. ni bukan rungutan atau keluhan.. saya nk bagi semangat pada pembaca sebenarnya.... ni intro


Sabtu, 31 Mei 2008
mendidik suami.. sebelum dan selepas berkahwin

semalam ada kuliah agama untuk staf Frim lagi.. cuma kali ni dibuat ketika waktu solat Jumaat.. ada ustazah datang.. semua audience pun perempuan. saya datang lewat 45 minit sebab ada hal perlu diselesaikan..
namun 45 minit yang baki tu saya gunakan sebaiknya..
kuliah ni tentang hak PeReMpUan.. sekaligus bekalan yang bagus untuk isteri/ibu dan bakal isteri/ibu yang bekerjaya..
intro...
"Jiwa kita memerlukan pengisian. jiwa ibarat botol air yang kosong. tidak bernilai tanpa isinya. Jiwa tanpa isi ini bukan sahaja tak bernilai di dunia sebab hidupnya tak bermakna.. tetapi jiwa ini juga tidak bernilai di pandangan Allah hinggakan boleh dicampak ke dalam neraka.."
Ayat permulaan yang membuatkan saya duduk tak berani pidah tempat duduk.
"kekuatan seorang perempuan solehah lebih dari 15 lelaki tak soleh.. maknanya seorang perempuan solehah boleh menyelamatkan 15 lelaki tak soleh.. tapi perempuan tak solehah boleh merosakkan ribuan lelaki.."sambung ustazah..
"perempuan selalu kata : saya mengharapkan suami mendidik saya... Sepatutnya kita didik diri kita dan diri dia. Gunalah psikologi. orang lelaki besar tanggungjawabanya, itu tak bermakna kita tak boleh didik mereka. Mereka besar tanggungjawab kerana menanggung hukum, nafkah dan dosa. tetapi di samping Adam ada Hawa yang berperanan mendidik suami.. Tapi janganlah sampai suami panggil isteri ustazah.. gunalah hikmah.. psikologi.."
"Pujuk dia..cakap sikit-sikit lama-lama masuk juga. Psiko dia secara lembut.. didik dia.."
"misalnya nak minta duit poket bulanan, minta tu gunalah psiko secara lembut. itu memang hak isteri tetapi kenalah minta dgn hikmah, elakkan suami tersinggung."

panjang nak tulis.. so saya buat sinopsis :
jangan biar lelaki lepas tangan.. jangan berdikari sangat hinggakan suami lepas tangan.semua ni bermula di awal perkahwinan.. biar suami basuh pinggan dia sendiri. biar dia sapu rumah. awal perkahwinan masih ada bau pengantin, dia pun tak jadi nak marah.. sebab kalau tak dibiasakan dia buat sikit-sikit kerja rumah, nanti bila kita dah mengandung dan ada anak, dia tak tahu nak tolong. Sedangkan kita ni dah tak larat nak buat kerja masa tu.. perut dah besar, anak yang ada nak kena mandikan, bagi makan dan nak kena tengok pelajarannya.. yang suami pula balik kerja buat tak tau je. nampak pinggan kotor buat tak tau je. nampak rumah berselerak buat tak nampak je.. Sehari dua mungkin isteri yang bekerja bolehla tahan.. lama-lama bahaya.. hati terluka bimbang boleh menyebabkan derhaka..

next isi penting :
Mas kahwin tu hak isteri. zaman sekarang ni ramai yang tak tahu hukum dan pakai suka hati je guna duit bakal isteri untuk mas kahwin. bakal suami pinjam duit isteri dan ganti semula lepas kahwin. Tak boleh. jatuh cerai. Kongsi duit dengan bakal isteri pun tak boleh.. Dan wang hantaran, sebaik-baiknya biarlah pihak lelaki yang uruskan sekadar yang dia mampu.. biar dia mulakan tanggungjawab dia.. Dia yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk sara family oleh Allah.. bukan oleh datuk bandar ke, menteri ke, raja ke.. Kalau belum kahwin pun dah tak mampu nak bertanggungjawab, lepas kahwin berisiko besar dia tak bertanggungjawab.. bertanggungjawab di sini maknanya dia take care nafkah zahir batin dan dia faham tentang tangungan dia.. ini tak sama dengan memberi kemewahan..
lepas kahwin, suami tak boleh ambil mas kahwin tu.
Suami tak boleh makan harta isteri..ini masalah tauhid dengan Allah.. kalaupun isteri redha, tetapi suami jangan lupa yang Allah akan persoalkan tanggungjawab dia untuk menanggung family.
**Suasana agak tegang dalam dewan. ramai yang bersuara tak bersetuju.. saya pula semakin excited nak dengar. huh.. kat sini semua staf yang bekerja.
seorang wanita mempersoalkan" saya kerja dgn keizinan suami.. takkan tak boleh duit saya suami makan?"
"kamu boleh bagi anak makan duit tu.. tapi bukan suami.. kalau kamu nak belanja makan, kamu boleh bayar untuk diri dan anak.. suami dia kena bayar sendiri"
jawab ustazah..
~## saya agak keliru dgn ayat ustazah. tapi suasana tegang dan ramai yang bersoal jawab, so saya remain silence.. sebab saya pernah dengar sebaik2 sedekah ialah sedekah pada family sendiri.. kena kaji ni!!

Penutup:
Jangan memperhambakan diri pada suami kerana Allah telah mengangkat martabat wanita.. tapi seperti yang dah Nabi saw beritau kita wanita akhir zaman akan diperhambakan dan mengambil alih tanggungjawab lelaki..
Jangan kesiankan suami di dunia sahaja.. kesiankan dia selepas mati nanti.. Tak sia-sia pengorbanan.. hasil pengorbanan ialah anak yang soleh solehah, harta yang paling bernilai di dalam kubur..
"Ustazah.. susahlah nak cari suami yang faham benda ni.. silap2 putus tunang la kalau bagitau dia hal ni" seorang wanita mengomel.
Ustazah memandang saya dan dua orang kawan lagi, kami je yang muda-muda kat situ.. yang lain dah 30an-50an..
"kamu nanti nak kahwin, cari yang takut pada Allah.. Sebab kalau dia takut pada Allah, dia insya'Allah akan tunaikan segala tanggungjawab dia sama ada yang kamu nampak dan yang kamu tak nampak.. sebab dia tahu Allah nampak. dan dia tahu Allah akan soal dia.. "
Persoalannya macam mana nak tau dia ni 'lelaki yang takutkan Allah ke tak?'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya sembang dengan mak semula.. mak kata "Nak lelaki yang takutkan Allah, kena jadi perempuan yang takutkan Allah.. kalau sama-sama di atas niat yang sama, baru boleh bertemu.. Salah satu yang kita boleh lihat, no love before akad.. no such things.. kalau takutkan Allah, kita tak buat benda lagha tu. Sebab sesuatu yang kerana Allah tak boleh dicampur maksiat tu."
Adik saya pun nak dengar sama..budak lelaki pun kena dengar juga.
"Mula-mula persiapkan diri dulu.. bila dah rasa sedia nak kahwin, dah sanggup terima tanggungjawab.. sanggup susah senang bersama2.. then doa minta Allah temukan dengan jodoh. Jumpa terus risik dan kahwin. tak payah nak berkenalan lama-lama. dah kahwin berkenalan lah puas-puas..Tak kisahlah lelaki pinang perempuan atau perempuan pinang lelaki, yang penting niat. selepas akad tu, janganlah nak rasa tersalah pilih ke atau menyesal.. walau sekaya atau sehebat mana si isteri tu dan semiskin mana si suami tu, kalau dah tu jodohnya, sekufu la tu.. di pandangan Allah sama je, sesuai la tu.. saling melengkapi.."
Saya mengusik mak.."lepas tu mak pun jatuh cinta kat abah??"
Adik saya menyampuk .."Cinta boleh dipupuk.. hehe.. ali lambat lagi." Adik saya ni baru form4.
"ye.. kalau mak tak cintakan dia dan sayangkan dia, takkan lah mak sanggup sacrifice duduk dengan dia dan jaga harta dan anak-anak dia.."balas mak.
"manalah tahu mak pertahankan perkahwinan sebab mak sayang kami.. Abah kan selalu tak ada, busy dengan kerja.." saja nak usik mak. nak tau isi hati mak. boleh diambil pengajaran untuk diri sendiri..
"Masalah dalam perkahwinan tu perkara biasa. Allah pun dah kata dunia ni masalah. mak doa pada Allah supaya Dia berkati dan pelihara perkahwinan ini agar perkahwinan ini paling berkat dan paling terpelihara.. untuk dijadikan contoh pada anak-anak dan orang sekeliling.. Ya Allah.. aku kahwin kerana Engkau.. bukan kerana rupa dan harta.. Peliharalah dan berkatilah perkahwinan ini supaya dapat dijadikan punca hidayah pada hambaMu yang lain.." sambung mak lagi..
Hm..Alhamdulillah.. mak memang banyak menolong masalah rumahtangga orang lain..:-)
"Statistik di UK, 40% couple tak kahwin tapi duduk serumah sampai beranak pinak.. menjelang 2010 nanti naik 80%.. sebab mereka takut terikat dengan tanggungjawab dan prosedur bercerai.." sampuk adik saya.
"Alhamdulillah kita Islam, kita tak buat macam tu.. tapi tak pelik ada orang yang mengaku islam buat macam tu..Tak mahu kahwin sebab tak nak pikul tanggungjawab. Tapi yang kahwin pula, tak bertanggungjawab.. Dalam relationship.. kita kena ada saling mempercayai.. kalau sebelum kahwin dah prepare untuk bercerai, baik jangan kahwin. apa maknanya kalau mak tak percaya ayah, ayah tak percaya mak, anak tak percaya ayah, ayah tak percaya anak.. hati tak tenang.. semua try and error.. kita kena saling mempercayai dalam family, but still kena waspada.. rahsia tetap rahsia.. ada yang boleh share dan ada yang tak..Bila nak kahwin, kena bersedia mental fizikal.. sebab ingat! anak-anak tu bukan lahir secara kebetulan. Tu amanah. kalau orang nak amik sofa ni, nak amik rumah ni, ambil jelah.. tu dunia je.. harta mak yang sebenar, five of you!"

lepas tu kami turun bawah untuk breakfast.. the end.
Hm.. isu yang saya kupas dalam blog ni memfokuskan kepada family.. sebab segalanya bermula dari rumah.. dari ibu dan ayah.. dari rezeki yang halal.. dalam membentuk individu-individu ahli masyarakat yang soleh solehah.. moga kita semua menjadi anak, isteri,ibu,suami,ayah~ khalifah yang soleh solehah... amin Ya Allah..
selamat menjadi 'dia yang takutkan Allah..' ;-)
Khamis, 29 Mei 2008
camana nk buang takabur, riak, ujub? :-(

Anonymous has left a new comment on your post "jawapan Iblis tentang anak Adam":
salam lillah,..
bagaimna kita nk membuang sifat takabur, riak, dan merasa diri kita smpurna?? syaitan sentiasa menyuntik racun2 tsbut kpd ank2 adam dan akibatnya dengan adanya psaan takabur, bongkak, riak ia mnyebabkan kita terhalang daripada memperoleh rahmat dan syurganya. boleh lillah jelaskan dengan lbh detail.??
------bluebutterfly----------
Jawapan Tuan Rumah :
salam rama-rama biru.. Ya Allah.. takutnya nak jawab soalan ni.. takut sebab pertama sekali risaukan diri ni yang menggunung dosa.. takutnya.. kedua, rasa takut sebab bimbang niat semasa menyampaikan ilmu, ada terselit benda-benda yg sahabat katakan di atas tu.. nauzzubillah..
yang ketiga rasa takut sebab.. orang yang berilmu yang tak mengamalkan ilmunya akan diazab sebelum penyembah berhala...
tetapi..
Don't worry..
Untuk menjaga jangan sampai ilmu ini diikuti oleh takabur, hasad, riak dan adik beradik nya la.. Rasulullah saw telah mengajar kita satu doa.. :-)
nak tau tak?
"Ya Tuhanku, bahawasanya aku berlindung pada engkau dari hati yang tidak khusyuk, dan dari Doa yang tidak didengarkan Tuhan, dan dari nafsu yang tidak mahu kenyang-kenyang, dan dari ilmu yang tidak bermanfaat!"
(Saya nak hafal dalam bahasa Arab tetapi saya tak mahu tulis di sini sebab bimbang bacaan rumi akan menyebabkan salah sebutan dan lari pula maksudnya..)
dan ada satu lagi doa..
"Ya Tuhanku, bukalah pendengaran hatiku kepada ingat akan Engkau dan beri rezekilah aku dengan taat kepada Engkau dan taat kepada Rasul Engkau dan mengamalkannya sepanjang yang tersebut di dalam kitab Engkau"
Em.. nak kikis sifat mazmumah ni usahanya seumur hidup.. sebab sifat ni berkadar sonsang dengan naik turun iman.. paling penting, jaga solat.. khusyukkan solat dan sempurnakan solat, insya'Allah hidup kita akan baik.. hati yang khusyuk dalam solat akan memberi kesan pada hidup kita~ kita akan lebih berwaspada dalam niat dan tatacara hidup kita.. so nak dapatkan solat yang khusyuk kena la jaga hati.. camana? jauhkan maksiat batin, zahir tentu sekali.. dan basuhlah hati tu dengan zikir..zikrullah..
tentang khusyuk solat boleh rujuk link ni.. http://wwwlillah.blogspot.com/
em.. sampai sini je dulu..kepada sesiapa yang nak jawab soalan bluebutterfly-, silakan.. kita berkongsi ilmu..
go go big girl..! for Allah..!!

Ya Allah… tabahkan aku.. kuatkan aku.. aku lemah tanpa Mu..
Sudah hampir sebulan saya menjalani latihan industri.. dan sudah hampir dua bulan saya memulakan final projek saya.. dan sudah hampir sebulan saya di rumah.. keadaan kini sangat-sangat berbeza daripada kehidupan saya selama 2 tahun sebelum ini, semenjak saya menjadi mahasiswi di USM.. di USM, saya cuma perlu jaga hati saya dan kawan-kawan.. fokus study.. dan jemaah.. sifat yang diperlukan... bekerjasama.
Go go big girl! For Allah..!!
Di sini.. hari ini.. saya seorang anak.. seorang kakak sulung.. seorang pekerja di makmal.. seorang pelajar yang sedang menjalankan projek yang menentukan keputusan akhir ijazah.. Ya Allah.... Ya Allah... sifat yang diperlukan.. ketaatan.. most of the time sentiasa kene taat dgn arahan yang dikeluarkan.. (terapi yang bagus untuk si nakal macam saya ni)
Bangun awal dalam pukul 3 pagi, solat sunat sikit.. kemudian study untuk research sampai subuh.. lepas solat, baca Yassin untuk memulakan hari dgn gembira :-)
Sebelum matahari naik, 6.30 pagi dah bertolak keluar demi mengelakkan terperangkap dlm traffic jam… sepanjang perjalanan 1 jam ke destinasi adalah ‘precious moment with my beloved God’.. zikir.. sambil menikmati perjalanan pada speed limit 130km/j di Highway.
Di makmal.. bekerja sambil belajar.. ilmu mencurah-curah dari orang sekeliling.. Alhamdulillah.. disebabkan saya kena buat projek time ni, waktu orang lain rehat saya tak boleh rehat.. waktu orang lain dah balik, saya stay back.. Mereka suruh saya rehat, tapi saya nak gunakan sepenuhnya peluang yang ada ni sebaik-baiknya.. Macam-macam perkara yang berlaku yang saya tak pernah terfikir, berlaku.. dan memberi pengajaran dan pengalaman yang amat bermakna untuk saya.. kes makmal meletup sebab sisa bahan yang bertindak balas, mengemas barang-barang kimia yang expired, membersihkan mesin (best dapat buka-buka mesin dapat lihat dalam mesin), pelbagai jenis produk kilang yang tak ada di makmal USM untuk diuji.. Alhamdulillah........ :-D

Dan saya memerhatikan cara hidup staf-staf dan sahabat lain dari pelbagai universiti.. kesimpulan yang dapat dibuat~ if you take care Allah, He will take care you..
Go go big girl! For Allah..!!
Balik.. traffic jam yang memberi peluang sekali lagi untuk saya berdua dgn my beloved God sekali lagi.. kali ni hampir 2 jam.. Alhamdulillah.. :-P
Paling utama... saya belajar erti hidup.. hidup ini suatu perkongsian.. pagi sampai petang saya all out habis-habisan untuk kerja. Malam pegang peranan sebagai anak sulung yang kena uruskan hal adik-adik.. ambil balik tuisyen, bawa pergi beli barang, basuh baju.. beli makanan.. (masak? Baik beli je lah.. 3 orang adik yang nak menu berbeza, pengsan kakak nak masak..) Kadang-kadang hal kerja ada problem, tanpa sengaja masa makan dgn family, fikiran teringat hal kerja.. kadang-kadang ragam adik-adik atau urusan keluarga yang tak boleh diduga menguji kesabaran.. sabar.. sabar.. Kadang-kadang rasa macam tak ada jalan keluar.. dan bila tengah sangat penat.. balik rumah pula ada komitmen yang memerlukan saya untuk senyum walaupun hati sedang menangis.. sepertiga malam pula untuk Allah, kemudian study dan buat report.. weekend memang kene ikut time table emak, full time peranan anak sulung diperlukan..
Go go big girl! For Allah..!!

Ya Allah.. kusedari kekurangan diri ini.. Ya Allah.. kuinsafi kelemahan diri.. Ya Allah.. aku ingin menjadi anak yang solehah, kebanggaan ibu ayah.. yang menjadi penyejuk hati ibu ayah.. hanya itu yang kuinginkan.. :’-)
Mak abah nak saya further study lepas ijazah ni.. hm.. dalam keadaan ni, saya tak rasa macam nak sambung study.. Apapun, kalau tu permintaan mak abah, anakmu ini akan usahakan yang terbaik.. demi syurga.. demi nikmat melihat wajah Allah yang terindah..!!!
Go go big girl! For Allah..!!
Ya Allah.. basahkanlah lidahku dengan zikrullah.. hidupkan hatiku dengan zikrullah.. Aku mengharapkan redhaMu.. Aku mengharapkan cintaMu.. Aku mengharapkan bertemu denganMu..
Tak terlafaz kata mengucap hiba.. walaupun aku tak dapat melihatMu.. Aku tahu Kau sentiasa dekat denganKu.. Ya Allah, aku rindukan Engkau... Cukuplah Engkau untukku :’-) Go go big girl! For Allah..!!
Isnin, 26 Mei 2008
yg dirindu.. moga bertemu di syurga nanti.. :)
Nak syer sikitlah tentang secebis dari pesanan Umar Abdul Aziz..
Em.. sebelum tu nak tanya.. kenal ke kat Umar Abdul Aziz ni???
Biodata Ringkas
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)
Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Ok.. skrg baru boleh syer kata-kata beliau.. dah kenal baru la boleh jatuh cinta.. :-)
Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."
"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"
Stakat ni dulu.. masih banyak lagi kisah hidup beliau yg cukup hebat utk kita study dan hayati.. pesan pada diri sendiri~ jgn lupa habiskan baca buku sirah yg dlm almari tu..~ :-)
Isnin, 19 Mei 2008
saat paling best dlm bercinta bila.. hanya berdua..
Ketahuilah setiap detik dan saat itu terlalu bernilai untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja.. setiap detik dan saat akan dihisab di depan Allah nanti. Allah akan menanyakan perihal masamu itu. Ramai yang menunggu apabila uban memutih untuk mula menghabiskan masa duduk bermunajat dan menghidupkan ibadah. Malangnya ketika uban mulai memutih, kudrat mereka sudah terlalu lemah. Baru solat sunat enam rakaat sudah sakit pinggang dan sendi-sendi badan. Paling menyedihkan tidak sempat beruban lagi, umurnya sudah ke penghujung ataupun sehingga uban memutih keseluruhan masih bertangguh..
Saya belajar dari wanita-wanita solehah di sekeliling saya. Saya melihat bagaimana mereka menghargai masa mereka. Masa yang paling bernilai ialah masa yang diperuntukkan khas untuk yang teristimewa yang bertakhta di hati. Masa yang paling bahagia untuk pasangan kekasih tentulah ketika berdua bersendirian sambil mengucapkan kata-kata pujian dan pujukan serta mengulang-ulang lafaz sayang berkali-kali.. tiada jemu.. hakikatnya cinta yang bertakhta kepada Allah berkali-kali ganda nikmatnya ketika bersendirian bersama Allah.. kerana itulah dalam kesibukan menguruskan rumahtangga dan urusan-urusan kehidupan, wanita-wanita solehah mencari dan mencuri masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah.. hanya berdua.
Di saat abah dah tidur lena, kami adik beradik pun nyenyak dibuai mimpi, mak akan bangun untuk bersolat malam.. untuk mengelakkan abah terjaga di tengah malam, mak akan bersolat di luar bilik.. Masa itu mak akan menangis dan kadang-kadang kelihatan berzikir tidak bergerak hinggalah hampir subuh..
Nenek saya,ibu mak saya. Uwo~ nama panggilan kepadanya. Uwo menjadi janda sebelum usianya 40 tahun. Selepas arwah tok meninggal, Uwo menunaikan haji yang pertama. Di hadapan Allah, uwo berdoa agar diberi peluang untuk beribadah solat tanpa haid. Pada usia 40 tahun uwo pun putus haid. Semenjak itu setiap malamnya sibuk dengan Allah. Apabila anak-anak membesar, ibu tunggal ini semakin banyak menghabiskan masa hanya dengan Allah. Rumah diubahsuai agar ruang ibadahnya tidak terganggu oleh cucu-cucu yang ramai. Untuk menziarahi uwo, kami kena patuhi peraturan uwo. Dia sangat marah jika jadual ibadahnya terganggu. Misalnya, dia kena tidur awal supaya dapat bangun 3 pagi nanti. Jadi janganlah bersembang dengan dia hingga lewat malam. Dia kena habiskan beberapa ribu zikir pada waktu pagi, dan petang. Jadi jangan nak bersembang dengan dia masa dia sedang berzikir. Dia akan ke duduk di luar rumah sendirian dan adakalanya duduk di sofa berdiam diri.. sebenarnya dia sedang berzikir. Jangan ditegur. Bersembang hanya bila dia yang memulakan cerita sahaja. Dan dia memang ramah, bila nampak orang nak menegur sapa.. jadi kenala buat-buat sibuk~ masak ke, mengemas rumah ke, study ke.. sebab kalaupun dia yang mulakan sembang tu, dia akan menyesal bila zikir tak habis.. Kalau nak dibawa ke hotel~ kena bagi bilik sendirian sebab dia nak masa uzlah. Kalau nak dibawa berjalan, kena fikirkan faktor jangan sampai dia penat dan tak larat nak beribadah. Bila Raya Aidilfitri, kami dibenarkan balik kampung pada raya kedua. Ramadhan~ DO NOT DISTURB. Malam akhir Ramadhan adalah kemuncak ibadah. Kami panggil ~ malam FINAL~ malam PENENTU.. uwo ada anak murid yang datang mengaji tetapi tu pun masanya uwo dah kurangkan.. katanya dia nak fokus untuk dirinya yang dah nak mati..
Along~ patutnya saya panggil Maklong. Kakak sulung mak saya. Mak long ni jenis yang boleh bersolat malam di mana-mana sahaja. Dia tak kisah ada orang atau tak. Kebanyakkan masanya diguna untuk membaca Al-Quran dan menghafal. Pagi~dia mengaji. Petang~kelas mengaji untuk kanak-kanak. Malam~menghafal Al-Quran.. Dia ada 3 orang anak. 2 daripadanya hafaz Al-Quran. Sekarang Along pun sedang menghafaz juga. Along dan uwo berlumba-lumba menghafal. Along tidak setegas uwo. Jadual ibadahnya lebih fleksibel. Dia suka orang menziarahi rumahnya. Dia sangat suka memasak. Kelebihan dia yang sangat ketara ialah dia ni sangat pemurah. Bila bersedekah selalu lupa diri. Sampai tak cukup nak belanja diri sendiri. Tapi along tak takut dan bimbang, dia tak kisah dengan semua tu. Rumah dia ada banyak buku-buku agama dan buku-buku kaunseling dan dia ada simpan buku-buku adik beradik saya juga.. Walaupun dia suka menerima tetamu, dia tetap make sure kan yang dia ada masa alone~ khas untuk amal ibadah yang tanpa gangguan.. kesimpulannya~ masa berdua dengan Allah tetap kena ada walau macam mana busy dengan urusan hidup..
MakNgah Kalsom~kakak abah. makcik saya ni still single.. Kerana dia masih single, bila dia nak melancong saya akan dibawa untuk teman dia. Rutin dia, zikir sentiasa.. bila stop je bersembang, nanti dia berzikir perlahan.. lepas solat maghrib dia akan duduk berwirid sampai isyak. Lepas subuh pula akan wirid sampai pukul 7 pagi. Dia tinggal dengan atuk nenek dan bekerja di bandar. Katanya, kalau sedih, duduk la wirid lama-lama sampai hati tenang.. Tentang makngah, dia sangat tegas tentang bab kesucian dan halal dari bab makanan hinggalah air wudhuk dan mandi wajib. Rumah atuk saya ada ramai budak kecil, mak ngah saya ni kiranya unit kebersihan la.. Bila dia nak ambil sesuatu keputusan, dia akan fikir habis-habisan dan tak berubah pendirian. Ketika zaman kebangkitan bertudung era 80an, dia mula bertudung labuh. Kemudian era 90an dan 2000, ramai yang tudungnya mengecut.. tapi makngah maintain. Mak Ngah kata kita kena faham apa yang kita buat baru kita tak terikut-ikut orang lain. Dia juga menghabiskan banyak masa bersendirian di sejadah.. lepas dah settel urusan dengan Allah, baru dia keluar bilik untuk settelkan urusan rumah dan kerja.
MakNgah Fauziah~ipar mak saya. Saya mengenali masthurat di rumah makngah ni. MakNgah sibuk dengan anaknya 9 orang dan usaha dakwah tabligh. 3 orang anaknya sudah menghafaz Al-Quran. Yang lain insya’Allah coming soon.. Sebelum mak kahwin dulu, mak tinggal dengan mereka.. masa tu lah mak mula berpurdah.. Mak Ngah sangat rajin dan tak boleh duduk diam. Ada sahaja yang nak dibuatnya~ kuih, kek, jahitan, berkebun.. mendapat tempahan yang sangat banyak.. Dan ketika sesi taklim(majlis ilmu), ucapan dari makngah sangat sedap masuk ke dalam hati.. Dia full time kan hidup secara Islam.. Sambil masak, membasuh, berkebun berzikir.. berzikir.. dan berzikir.. mana pergi, kerja hati ialah berzikir.. itu cara kita nak uzlahkan hati dari dunia..
Acu~ adik bongsu mak saya. Acu sekarang ni janda tak ada anak.. Sekarang sepenuh masa fokus untuk membina hidup baru dan perniagaannya ~ busana muslim.. dan menjaga uwo dan along di kampung.. Di rumahnya, di situlah tempat dia beribadah dan bekerja.. dan menjaga kucing yang baru beranak. . Acu ni pun orang kuat tabligh, cuma sekarang semenjak single ni, dia tak boleh selalu keluar ikut program masthurat sebab program tu kena ada muhrim.. Saya doakan supaya acu dapat lelaki soleh suatu hari nanti..amin..
Kesimpulannya, marilah kita hargai setiap detik dan saat agar sentiasa dalam zikrullah dan hidupkanlah amal ibadah malam kita dengan sungguh-sungguh.. sibuk macam mana sekalipun, usah bimbang.. untuk beribadah khas untuk Allah, Allah sendiri yang akan memberi tenaga dan kekuatan itu.. jika rasa tak larat je nak buat ibadah, atau rasa susah nak buat ibadah.. kenalah peiksa hati semula.. mungkin karat-karat hati telah menyebabkan Allah tak nak pandang kita.. Sebab bila kita ingat pada Allah, tu tanda Allah mengingati kita.. Moga kita semua dikurniakan kemanisan dalam ibadah dalam setiap nafas kita ini.. dan mencapai keredhaan Allah dalam ibadah yang khusyuk, ikhlas dan tawadhuk sehingga nafas terakhir.. Insya’Allah... :’-)
Allah di hati.. dunia di kaki..
Kaum itu disibukkan untuk memberi dan melapangkan kesempitan makhluk. Mereka mengambil dan memberi. Mengambil dari kurnia dan rahmat Allah dan memberikan kepada fakir dan miskin yang kesempitan. :’-)
Mereka menunaikan hutang orang yang berhutang yang tidak mampu melangsaikannya. Mereka adalah raja-raja, bukan raja-raja dunia kerana raja-raja dunia itu mengambil dan tidak memberi. Sedang kaum itu mengutamakan orang lain dan menunggu-nunggu yang tidak hadir.
Mereka mengambil dari pemberian Allah, bukan pemberian makhluk. Usaha anggota badan mereka untuk makhluk,sedang usaha hati mereka untuk mereka sendiri. Mereka memberikan harta itu kerana Allah, bukan kerana nafsu, bukan kerana pujian dan sanjungan.
Tinggalkan kaum yang sombong terhadap Allah dan terhadap makhluk, kerana sombong itu termasuk sifat-sifat orang-orang pemaksa yang akan dibenamkan dalam neraka Jahannam. Apabila kamu marah kepada Allah, maka kamu sombong kepadaNya.. :’-0
Apabila muadzin melaungkan azan lalu kamu tidak menjawabnya dengan mendirikan solat, maka kamu telah sombong kepadaNya. Apabila kamu menganiaya seseorang, maka kamu telah sombong kepadaNya.
Bertaubatlah dan ikhlaskanlah taubatmu sebelum Dia membinasakanmu dengan selemah-lemah makhlukNya sebagaimana Raja Namrud dan raja-raja lain dibinasakan. Ketika mereka sombong kepadaNya maka Dia merendahkannya setelah memuliakannya.
Di kalangan manusia ada orang yang dunia di tangannya tetapi tidak menyintainya. Dia memiliki dunia tetapi dunia tidak memilikinya. Dunia mencintainya tetapi dia tidak mencintainya.
Dunia mengejarnya dari belakang dan dia tidak mengejar dunia. Dia mempergunakan dunia tetapi dunia tidak dapat mempergunakannya. Dia memisahkan dunia tetapi dunia tidak memisahkannya.
Berpalinglah dari seluruh makhluk dan carilah pencipta seluruh makhluk itu... (*_*)
c.i.n.t.a... buta..
Sarri Saqti rahmatullah alaih menceritakan tentang seorang wanita, “Ketika berdiri untuk mengerjakan solat tahajud, wanita itu berkata, “Wahai Allah.. iblis juga adalah hambaMu, Engkau berkuasa penuh ke atasnya. Dia dapat melihat aku sedangkan aku tidak dapat melihatnya. Engkau melihatnya dan berkuasa ke atas segala tindak tanduknya dan dia tidak berkuasa, walau sedikitpun, ke atas segala tindakanMu. Ya Allah, jauhi dia daripada menghasutku supaya melakukan maksiat. Bertindaklah ke atasnya sekiranya dia melakukan tipu daya terhadapku. Aku memohon perlindunganMu daripada kejahatannya dan dengan pertolonganMu aku dapat menjauhinya.” Kemudian dia selalu menangis sehingga sebelah matanya buta. Orang ramai menasihatinya, “Takutilah Allah tetapi jangan sampai mata yang sebelah lagi menjadi buta.” Dia menjawab “jika ditakdirkan mata ini adalah mata syurga maka Allah swt akan memberikan mata yang lebih baik. Sekiranya ditakdirkan mata ini adalah mata neraka, maka lebih baik mata ini tidak ada. ”
Ahad, 18 Mei 2008
benarkah C.I.N.T.A? atau sekadar ungkapan P.A.L.S.U?
Allah mengetahui yang terbaik..
Allah memberi yang terbaik..
Allah adalah yang terbaik..
Alhamdulillah.. :'-)
C.i.n.t.a..
syarat cinta termasuklah membenarkan, mempercayai dan menyetujui..
Abu Bakar as Siddiq ra ketika benar-benar mencintai Rasulullah saw, beliau menafkahkan seluruh hartanya kepada baginda, dan beliau mencontohi sifat-sifat baginda. Beliau setia dalam kefakiran bersama baginda sehingga bajunya sendiri berlubang.. Dia mempercayai Rasulullah saw pada yang lahir di mata kasar dan yang batin..
Subhanallah.. Manisnya bercinta.. segala yang pahit dirasa manis.. Alhamdulillah.. Inilah salah satu nikmat yang cukup hebat.
Sedangkan pada diriku..
cumalah cinta seorang pendusta.. seorang pendusta yang mengakui cinta kepada orang-orang soleh dan teragak-agak dalam menghulurkan secebis pengorbanan..sedangkan dalam masa yang sama saya mengharapkan untuk dekat dan bersahabat dengan mereka..
Jadilah orang yang berakal!!
ini adalah cinta PALSU!!
orang yang mencintai itu tidak menyembunyikan sesuatu dari orang yang dicintainya, dan orang yang dicintainya dapat mempengaruhinya dalam segala hal..
Fakir itu sentiasa ada pada Rasulullah saw. Tidak beralih dari baginda. oleh itu baginda pernah bersabda yang bermaksud "Kefakiran itu lebih cepat kepada orang yang mencintai aku daripada mengalirnya air ke tempat penghabisannya."
Aisyah r.a berkata dunia sentiasa sulit atas kamu selama Rasulullah saw di tengah-tengah kami. ketika baginda wafat, maka dunia ditumpahkan kepada kami.. maka diisyaratkan untuk cintakan Rasulullah saw dengan fakir, dan diisyaratkan untuk cintakan Allah dengan cubaan..
:'-/
Dari sebahagian ulama mengatakan bahawa dilimpahkan cubaan itu dengan kecintaan, agar seseorang tidak mengaku cinta kepada Allah dengan dusta, nifak dan riak..
Wahai diriku.. wahai diri yang merasa sakit.. wahai diri yang bersedih.. wahai diri yang lalai.. wahai diri yang mati.. kembalilah dari dakwaan dan kedustaanmu..
janganlah membahayakan dirimu..
janganlah bermain dengan si penukar wang kerana dia tak sudi menerima kamu dan akan membuka aib kamu..
janganlah bermain dengan ular dan binatang buas kerana keduanya akan membinasakan kamu..
jika kamu mampu menjampi ular itu maka pergilah kepada ular itu.. jika kamu mampu mengalahkan bintang buas itu datanglah kepadanya..
jalan Allah itu memerlukan kepada kejujuran.. dan memerlukan kepada cahaya makrifat kepadaNYA..
Sedangkan matahari makrifat itu terbit di dalam hati orang-orang yang jujur, tidak terbenam siang dan malam..
Ampunkan hambamu ini Ya Allah.. Terimalah taubatku.. Aku tak berdaya tanpa Mu.. Aku sia-sia tanpa cinta Mu.. Amat binasa dan celaka aku tanpa Mu.. Kasihanilah aku.. Aku sujud kepadaMu kerana Mu.. Aku mengasihi keluargaku keranaMu.. Aku ke tengah umat kerana MU.. Aku belajar keranaMu.. Aku bekerja kerana Mu.. Aku untuk Mu.. Terimalah pengabdian ku.. Terimalah hamba hina ini.. Terimalah cintaku yang buta dan capik ini.. Sempurnakanlah cinta ku ini seperti yang Kau cintai kerana hanya Allah yang Maha Sempurna..Amin Ya Allah..Amin.. :'-(
Isnin, 12 Mei 2008
harta yang berkuasa..

seorang tuan mempunyai beberapa orang hamba sahaya. dia yang berkuasa atas hamba-hamba itu, disuruh dan ditegahnya, dimarah dan diherdiknya. seorang lagi orang kaya menyimpan banyak harta, harta menjadi miliknya sebagaimana hamba milik tuannya. hamba, adalah manusia.. sedangkan harta, barang yang tidak bernyawa..
adakah kita lihat org kaya dpt memerintah hartaya sbgaimana memerintah hambanya?
sebaliknya yang berlaku.. banyak yang kita lihat, hartalah yang memerintah pemiliknya. dia dipenjarakan oleh hartanya. bukanlah si kaya yang berkuasa tetapi hartanya yang berkuasa..
teori lama telah dikalahkan oleh teori baru..
kepercayaan kolot dibasmi dengan kepercayaan moden..
Agama tahyul digantikan dengan agama Tauhid..
Zaman sewenang-wenangnya diganti dengan zaman demokrasi..
tetapi..
kuasa harta yang menguasai sejak manusia diciptakan di alam ini tidak berkurang, malah semakin bertambah.. mantap sungguh jajahannya..
Harta yang berkuasa. dengan harta semua menjadi. inilah seruan yang kita biasa dengar. hampir manusia putus asa menghadapi perdamaian, ilmu dan budi, kesucian dan kesopanan. sebab kesemuanya tidak melebihi kekuasaan harta si fulan, yang dahulunya berkuasa, ternama, termasyhur, diangkat dan dijunjung, bukan lantaran ilmunya, budinya, sopannya, tetapi lantaran hartanya.. bilamana harta habis, lenganglah orang dari kiri kanannya..
bukanlah yang bersalah harta itu.. tetapi pemiliknya.. Ya Allah.. jadikanlah segala urusan dunia kami sebagai pendekat kepada Engkau.. Kosongkan dunia dan makhluk dari hati kami.. Jadikanlah segala yang ada di sekeliling kami sebagai saksi yang membela kami di hari Hisab nanti.. Wahai Allah.. tidaklah sesuatu itu menjadi sia-sia kecuali apabila Engkau mensia-siakannya.. Jauhkanlah aku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku dari amalan yang sia-sia.. Amin Ya Rabb..
Ahad, 11 Mei 2008
jawapan Iblis tentang anak Adam
iblis menjelma dan bertemu Yahya bin Zakaria alaihissalam. Ia berkata: “Saya
hendak menasihati awak.” Yahya menjawab: “Aku tidak perlu nasihatmu! Tapi
cukup engkau terangkan kepadaku tentang hal anak-anak Adam ini!” Iblis
menjawab: “Pada kami mereka ada tiga golongan.
Golongan pertama, ialah yang paling payah untuk kami tawan. Apabila
kami mula menggoda salah seorang dan mereka dan mereka termakan godaan
kami tiba-tiba ia mohon ampun dan bertaubat. Maka habislah usaha kami. Bila
kami ulangi diapun mengulangi taubat dan istighfar. Begitulah kami tidak
berputus asa akan tetapi tidak juga sampai hajat kami terhadapnya.
Golongan kedua, pula mereka ini di tangan kami ibarat bola yang
menjadi permainan anak-anak kamu. Kami perlakukan apa sahaja menurut
kehendak kami. Mereka sudah beres menjadi tawanan kami.
Golongan ketiga, ialah orang-orang seperti kamu, terpelihara dari dosa.
Kami tidak berdaya berbuat apa-apa terhadap mereka.”
Dari riwayat ini jelas bahawa para da’ei Islam ialah orang-orang yang
lebih kerap berhadapan dengan tipu daya dan perbuatan jahat syaitan dar yang
dihadapi oleh orang lain.
Serangan iblis terhadap para da’ei kadangkala dalam bentuk sifat
takabbur dan ghunun, merasa ujub dengan ilmu, dengan amalan agama,
kesalihan dan sebagainya. Lantas dengan itu ia melihat dirinya sebagai orang
yang lebih baik, lebih bijak berbicara dan makhluk Allah yang lain. Kalau
sewaktu-waktu seorang da’ei itu berperasaan demikian maka ia hendaklah
beristi’azah, berlindung diri dengan Allah dan serangan sikap ini.
Serangan iblis terhadap pendirian da’ei kadang-kadang berkait dengan
habuan dan perhiasan duniawi.
Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan berwaspada dan berhati-hati dalam melangkah agar tidak terjatuh dalam perangkap syaitan.. Ya Allah, jauhkan kami dari gangguan syaitan, jin dan makhlukmu yang berniat buruk seperti jauhnya syurga dari neraka.. amin ya Rabb..
