Isnin, 19 Mei 2008

Allah di hati.. dunia di kaki..


Kaum itu disibukkan untuk memberi dan melapangkan kesempitan makhluk. Mereka mengambil dan memberi. Mengambil dari kurnia dan rahmat Allah dan memberikan kepada fakir dan miskin yang kesempitan. :’-)

Mereka menunaikan hutang orang yang berhutang yang tidak mampu melangsaikannya. Mereka adalah raja-raja, bukan raja-raja dunia kerana raja-raja dunia itu mengambil dan tidak memberi. Sedang kaum itu mengutamakan orang lain dan menunggu-nunggu yang tidak hadir.

Mereka mengambil dari pemberian Allah, bukan pemberian makhluk. Usaha anggota badan mereka untuk makhluk,sedang usaha hati mereka untuk mereka sendiri. Mereka memberikan harta itu kerana Allah, bukan kerana nafsu, bukan kerana pujian dan sanjungan.

Tinggalkan kaum yang sombong terhadap Allah dan terhadap makhluk, kerana sombong itu termasuk sifat-sifat orang-orang pemaksa yang akan dibenamkan dalam neraka Jahannam. Apabila kamu marah kepada Allah, maka kamu sombong kepadaNya.. :’-0

Apabila muadzin melaungkan azan lalu kamu tidak menjawabnya dengan mendirikan solat, maka kamu telah sombong kepadaNya. Apabila kamu menganiaya seseorang, maka kamu telah sombong kepadaNya.

Bertaubatlah dan ikhlaskanlah taubatmu sebelum Dia membinasakanmu dengan selemah-lemah makhlukNya sebagaimana Raja Namrud dan raja-raja lain dibinasakan. Ketika mereka sombong kepadaNya maka Dia merendahkannya setelah memuliakannya.

Di kalangan manusia ada orang yang dunia di tangannya tetapi tidak menyintainya. Dia memiliki dunia tetapi dunia tidak memilikinya. Dunia mencintainya tetapi dia tidak mencintainya.

Dunia mengejarnya dari belakang dan dia tidak mengejar dunia. Dia mempergunakan dunia tetapi dunia tidak dapat mempergunakannya. Dia memisahkan dunia tetapi dunia tidak memisahkannya.

Berpalinglah dari seluruh makhluk dan carilah pencipta seluruh makhluk itu... (*_*)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....