Memaparkan catatan dengan label biro belia PPMUSM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biro belia PPMUSM. Papar semua catatan

Isnin, 8 Mac 2010

video lucah panas!




Kenyataan Akhbar

Merujuk kepada peningkatan kes buang bayi, bunuh, bunuh diri, rogol dan zina yang berlaku di dalam negara, UNGGAS menegaskan bahawa penyebaran video lucah versi tempatan dan luar negara melalui web dan telefon bimbit adalah antara punca utamanya. Hasil daripada turun lapangan dan penyelidikan yang telah dijalankan, sebuah laporan bertajuk ‘Situasi Terkini Penyebaran Video Lucah Tempatan Melalui Internet dan Telefon Bimbit’ telah dihasilkan dan dihantar kepada Menteri yang bertanggungjawab di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dan Jabatan Perdana Menteri. Antara lain, kandungan laporan berkenaan adalah; punca lambakan video lucah tempatan, jenis-jenis lambakan video lucah tempatan, bagaimana video-video ini tersebar di internet dan kedai-kedai telefon bimbit selain kedai-kedai cd/dvd, jual beli video lucah tempatan, kesan permasalahan ini kepada masyarakat dan cadangan-cadangan untuk memperbaiki keadaan.

Video lucah tempatan jarang-jarang dijual melalui vcd atau dvd. Jika ada pun jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ia tidak praktikal kerana lazimnya video-video lucah tempatan ini adalah video rakaman sendiri menggunakan kamera telefon bimbit dan kualiti rakamannya tidak sesuai untuk ditonton melalui vcd. Video-video lucah ini biasanya ditonton melalui internet atau telefon bimbit. Oleh itu, selain video-video yang diedarkan melalui internet wujud pula perkhidmatan menjual video-video ini secara ‘softcopy’ dikedai-kedai telefon bimbit dan kedai-kedai yang menawarkan ‘ringtones’, muzik dan permainan untuk telefon bimbit. Bawa sahaja telefon yang mempunyai aplikasi video beserta dengan memori kad, dengan RM30, momori kad (1 atau 2 Gigabite) akan diisi penuh dengan video-video lucah. Penyebaran video lucah melalui telefon bimbit telah lama berlaku dalam masyarakat, namun ada fenomena baru yang dicipta oleh telefon-telefon yang disebut sebagai China Mobile yang merupakan telefon import yang dihasilkan di China dengan meniru beberapa ciri yang ada pada telefon bimbit jenama yang terkenal. Harga yang dipamerkan dikedai-kedai untuk telefon jenis ini adalah diantara rm400 hingga rm450.
Tiada satu kedai pun yang dibenarkan menjual dengan harga kurang daripada rm300 walaupun mereka mampu untuk menjual dengan harga itu. Oleh kerana telefon jenis ini dijual dihampir kesemua kedai telefon bimbit dan harga tawar-menawarnya dikawal, maka para peniaga mesti memikirkan bagaimana untuk menarik minat orang ramai supaya membeli China Mobile daripada kedai mereka. Kerana hanya memikirkan keuntungan, para peniaga ini sanggup mengambil kesempatan diatas keruntuhan moral para belia kita. Video-video lucah tempatan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di Malaysia dijadikan bahan promosi untuk melariskan jualan telefon bimbit mereka. Caranya, setiap telefon ini akan ditawarkan secara pakej dengan video lucah percuma beserta memori kad 1 atau 2 Gb. Mereka hanya akan menawarkan promosi ini kepada pelanggan yang dilihat ‘berpotensi’ sahaja. Jika mereka melihat pelanggan tidak berminat pada video lucah, mereka akan menawarkan lagu-lagu dan ringtone sebagai ganti. Para peniaga ini juga tidak segan-silu menjemput pembeli untuk membeli video-video yang baru setelah video percuma yang diberikan itu puas ditonton. Jika video yang ditawarkan oleh peniaga sudah ada dalam koleksi pembeli, maka pembeli terbabit boleh menukarkannya kepada video yang lain.

Kegilaan membeli video lucah dikedai telefon bimbit ini dilihat sudah mancapai satu tahap yang serius. Boleh dikatakan ia telah menjadi satu industry kecil. Para peniaga akan mengumpulkan seberapa banyak video lucah tempatan dari internet dan mereka juga sanggup membeli video lucah buatan sendiri atau ‘skodeng’ yang terbaru daripada pelanggan untuk dijadikan koleksi berharga yang boleh dijual kembali. Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakkan pembeli video lucah ini adalah terdiri daripada remaja sekolah dan individu dewasa yang mungkin mempunyai keupayaan terbatas untuk memuat turun video ini daripada internet.

Merujuk kepada laporan ini, kami telah membuat laporan polis terhadap pasar raya – pasar raya yang membenarkan kegiatan penjualan video lucah ini berlaku di premis-premis jualan telefon bimbit mereka. Diharapkan dengan tindakan ini, pihak berwajib akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membendung permasalahan ini dengan bersungguh-sungguh. Kami juga menyeru NGO-NGO lain dan pimpinan-pimpinan masyarakat agar terus menerus melancarkan kempen membendung permasalahan video lucah ini dan mendesak pihak kerajaan agar bertindak lebih agresif dalam kontek penggubalan dan perlaksanaan undang-undang terutamanya undang-undang kawalan bahan lucah diinternet dan telefon bimbit dalam menyelesaikan permasalahan moral ini.

Nurfitri amir muhammad, 6 Mac 2010

Koordinator,

Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
P.Pinang

Ya Allah... peliharalah diri kami dan keluarga kami dari azab api neraka.. Peliharalah sahabat-sahabat kami dan kaum kerabat mereka dari api neraka.. Peliharalah umat Islam ini dari kemurkaan Mu.. Berilah hidayah kepada kami.. Ampunilah dosa-dosa kami...

Selasa, 6 Januari 2009

bila maksiat dianggap biasa.. adakah ini yg kita mahu?

menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 2007 didapati seramai 80, 938 orang pengidap HIV, 13, 635 orang pengidap AIDS dan seramai 11,539 orang pengidap AIDS telah meninggal dunia. Menurut sumber itu pada masa ini kira-kira lima orang pengidap AIDS meninggal dunia sehari.

Apa yang paling membimbangkan berdasarkan penemuan kajian oleh KKM pada 2007, didapati 72 peratus pengidap HIV/AIDS adalah terdiri daripada orang Islam. Pengidap wanita menunjukkan peningkatan yang ketara. Daripada 1.1 peratus (1990) bertambah menjadi 16.3 peratus (2007).

Pada awalnya, kes-kes HIV/AIDS banyak ditemui daripada mereka yang mengamalkan homoseksual, tetapi pada masa ini banyak dikesan mereka yang mengamalkan seks bebas, pelacuran, dan perkongsian jarum di kalangan penagih dadah.

Kajian KKM pada 2007, mendapati penyebaran HIV/AIDS melalui perkongsian jarum suntikan paling tinggi meliputi 57.3 peratus, hubungan seks 32.9 peratus dan selebihnya melalui kelahiran, pemindahan darah yang tercemar dan lain-lain.

Bagaimanapun menurut KKM lagi, didapati penyebaran HIV/AIDS melalui perhubungan seksual sedang meningkat iaitu daripada 5.2 peratus (1990) bertambah menjadi 32.9 peratus pada 2007.

AIDS (Acquired Immunodefiency Syndrome) adalah gejala pelbagai penyakit kronik menimpa manusia disebabkan sejenis virus yang disebut HIV (Human Immonodefienc Virus).

Virus ini secara perlahan-lahan mereputkan sistem kekebalan tubuh dan dalam tempoh lima hingga 10 tahun pengidapnya mengalami pelbagai gejala penyakit yang menyebabkan maut. Setakat ini tidak ditemui ubat yang boleh mencegah atau merawat HIV/AIDS.

Persoalan besar timbul ialah apakah pencegahan yang sesuai diambil dalam mencegah dan merawat gejala HIV/AIDS ini?

KKM dari segi aspek kepakaran perubatan telah mengambil beberapa langkah untuk mencegah dan merawat penyakit HIV/AIDS. Antara pendekatan yang diambil ialah mengedar kondom, membahagikan jarum dan memberi methadon kepada pembawa HIV/AIDS dan penagih dadah.

Pendekatan ini menimbulkan kontroversi di kalangan ulama dan masyarakat. Bagaimanapun ulama bersetuju jika pendekatan yang diambil KKM itu dibuat kepada penagih dadah dan pengidap HIV/AIDS tegar.

Pada 18 Disember 2008 dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bagi HIV/AIDS, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan pada tahun 2009 ujian saringan HIV/AIDS akan diwajibkan kepada semua pasangan Islam yang hendak berkahwin. Arahan beliau itu telah mendapat ulasan daripada pelbagai pihak.

Berdasarkan analisis ulasan itu, didapati sebahagian besarnya memberi pandangan positif. Mereka hanya berbeza dari segi tahap positif, sama ada memadai dengan sukarela atau bersetuju diwajibkan. Pihak yang menentang ujian saringan beralasan ia bercanggah dengan hak asasi manusia.

Isu HIV/AIDS bukan hanya persoalan kesihatan atau kedoktoran semata-mata tetapi berkait rapat juga dengan isu keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Mereka yang hendak berkahwin adalah dalam rangka membentuk keluarga bahagia dan mewujudkan generasi yang berkualiti. Bagaimana pun persoalan besar timbul ialah mengapa Ujian Saringan HIV/AIDS ini diwajibkan dan bukan sukarela?

Ujian saringan dibuat secara mandatori kerana:

-Pertama: Wabak HIV/AIDS amat menakutkan berbanding penyakit lain dan menyerang dunia secara perlahan-lahan melemah, mengaibkan keluarga dan menghapuskan nasab manusia.

-Kedua: Memenuhi tuntutan Maqasid Syariah, salah satunya ialah menjaga kesucian nasab bagi mewujudkan generasi yang sihat.

-Ketiga: Mencegah kemudaratan yang ada pada individu dan mengelakkan kemudaratan kepada orang lain.

-Keempat: Menutup punca kemudaratan (Saddu az-Zaraa’i) agar tidak mendatangkan kemudaratan yang lebih besar kepada manusia.

-Kelima: Sebagai kempen kesedaran penjagaan kesihatan ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’.

-Keenam: Keputusan resolusi seminar yang dibuat untuk mencegah wabak HIV/AIDS.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor adalah perintis pertama pada 2001 mewajibkan pasangan yang hendak berkahwin menjalani ujian saringan HIV/AIDS. Selepas mendapat sambutan hebat dan kepuasan daripada ibu-bapa, orang alim, imam-imam, pemimpin masyarakat dan bakal-bakal pengantin sendiri maka beberapa negeri lain mengikut jejak negeri Johor.

Negeri Melaka, Perlis dan Selangor mula mewajibkan pada 2005 dan diikuti oleh beberapa negeri lain. Ini bermakna ujian mandatori bukan dibuat secara membuta tuli atau tangkap muat tetapi dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengambil kira analisis persekitaran dan kesan positif ujian saringan itu.

Pada 2007, misalnya seramai 144, 267 orang menjalani ujian saringan HIV/AIDS. Daripada jumlah ini didapati 90 kes (0.04 peratus) positif HIV/AIDS dan 12 kes meneruskan perkahwinan. Sekurang-kurangnya ujian ini telah memberi peringatan dan amaran awal tentang kesejahteraan rumah tangga mereka.

Ujian saringan dibuat di hospital atau di Pusat-pusat Kesihatan Kerajaan dan diurus mengikut piawaian perubatan. Pada ketika ini KKM memberi kerjasama dan sokongan amat kuat pendekatan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menyedari bahawa langkah mandatori itu bukanlah menjamin secara mutlak keberkesanan pencegahan HIV/AIDS. Tetapi ia sebenarnya sebagai sebahagian langkah menyokong pendekatan bersepadu lain yang diambil oleh KKM, Majlis AIDS Malaysia, individu dan lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan dalam pencegahan HIV/AIDS.

Usaha juga sedang dibuat memberi latihan kepada para imam dan pemimpin agama bagi membantu mengurangi stigma di kalangan masyarakat serta membimbing pembawa HIV/AIDS kembali ke pangkal jalan masyarakat.

Dalam usaha menjalankan pencegahan perkara munkar ingatlah peringatan Allah dalam surah al-Maaidah, ayat 2, bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan janganlah kamu bertolong-tolong pada melakukan maksiat.

- Ghafani Awang Teh ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jakim.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....