Ya Allah, kejap lagi anak-anak murid saya datang.. Sedangkan mata saya merah mengantuk... Nak berdiri pun rasa macam menggigil. Kenapa letih sangat ni ??!
***Flash back****
Semasa hendak ke kelas tu, saya singgah menjemput beberapa orang anak murid saya. Ada tiga muka baru!
Alhamdulillah..
Apabila bercakap dengan budak-budak ni, kadangkala mereka agak kasar dan 'bossy'. Pada mulanya saya tidak perasan semua ini sehinggalah emak menegur. Emak kata cara mereka bercakap tidak beradab, seperti orang yang rendah IQ.
Ya, sebab mereka rendah IQ lah yang saya boleh memaafkan setiap kali mereka mengasari saya. Jika mereka orang yang tinggi IQ bercakap begitu terhadap saya, pasti sangat aneh!
Saya rasa mereka menjadi begini kerana inilah apa yang sudah dibiasakan di dalam keluarga mereka.Sekali lagi saya memaafkan mereka, kerana mereka adalah mangsa keadaan.. :)
Sebaik sampai masjid, ada beberapa orang lagi sudah tunggu di sana. Mereka sudah marah-marah sebab penat menunggu. Aduhai sayang, kenapa berjemur di luar masjid.. Masuklah dalam..... =.=
Sampai ke pintu untuk menuju ke kelas pula, ianya berkunci... Erm, saya ke hulu ke hilir mencari pegawai masjid. Anak-anak murid saya pula bersuka ria di depan pintu. Hm.. Mereka masih budak-budak...
"Ada orang ke datang masjid ni?"tiba-tiba saya terdengar luahan seorang pelajar baru.
"Ada.."saya menjawab lembut. Sebenarnya saya keletihan, nak bersuara pun dah tak larat....
"Nanti bila masuk waktu solat, ramailah...."sambung saya lagi.
"Saya tak pernah datang sini. Saya... kagum.. cantiknya.."balas dia pula.
"Itulah yang seronok belajar di sini... tenang je kan..."saya menambah.
Dia tersenyum.
Selepas berjaya mendapatkan kunci, rasa lega sangat. Tiba-tiba anak murid saya memberitahu.
"Cikgu, ada seorang lagi budak baru. Dia tak tahu jalan. Cikgu ambil dia!"arah anak murid saya.
"Sekarang dia di mana?" soal saya. Risau juga saya akan keselamatan pelajar tersebut.
"Sekolah."balas seorang lagi.
Saya bersama seorang pelajar lagi pergilah ke sekolah. Sampai di sekolah, pelajar tersebut tiada.
Saya pergi ke sekolah rendah pula. Manalah tahu, salah info menunggu ke.. Pun tiada juga.
Saya menelefon anak-anak murid saya di masjid. Masing-masing tidak menjawab.
Akhirnya saya cuba lalu short cut dan jumpa pelajar tersebut di pertengahan jalan. Alhamdulillah :)
Masuk dalam kelas. Kelas bising sungguh! 14 orang tetapi kalah 40 orang. Bising itu tidak mengapa.
Yang saya rasa sedih ialah mereka saling memalukan satu sama lain. Setiap perkataan yang dihamburkan semuaya bertujuan menyakitkan yang lain. Mula-mula saya bersabar, tak apa...
Lama-lama saya pun tak tahan juga..
Sakit hati saya melihat anak-anak murid saya disakiti.
Walaupun yang menyakiti itu adalah orang-orang yang saya sayang...
Yang disakiti itu juga adalah orang-orang yang saya sayang...
Saya boleh bersabar jika mereka mengasari saya..
Tetapi saya sakit sangat bila melihat orang lain disakiti!
"Anak-anak.. Kenapa kita di sini?"
"Belajar,"jawab mereka.
"Kenapa saya di sini?"soal saya lagi.
"Mengajar.."jawab mereka lagi.
"Kenapa saya mengajar?" soal saya.
"Sebab sayang kami."jawab mereka.
"Kenapa kena sayang kamu?"soal saya.
"Sebab kami bersungguh-sungguh."jawab mereka. Saya rasa sangat lucu. Bagai nak berguling ketawa rasanya
tetapi saya pendamkan sahaja.
"Kamu bersungguh? Eh, bukankah saya lebih bersungguh daripada kamu! Saya yang cari kamu. Kamu tidak cari saya. Saya yang ambil kamu bawa sini. Saya yang carikan tempat yang selesa ini. Saya yang belikan kamu buku. Kenapa saya berada di sini?"soal saya lagi.
Mereka diam. Masing-masing seolah buntu hendak menjawab.
Saya menulis di depan kalimah : Allah.
"Saya mengajar di sini kerana Dia."
"Saya melayan kamu semua kerana Dia. Saya mengasihi dan menyayangi kalian kerana Dia. Kenapa? Sebab saya mahu buat Dia gembira. Kalian milik siapa?"soal saya.
"Allah.."beramai-ramai menjawab.
"Iya.. Milik Allah.. Jadi apabila saya berbuat baik pada kalian, siapakah yang paling gembira?"soal saya lagi.
"Allah...."jawab mereka.
"Iya.. Jadi perbuatan saya ini semuanya dikira ibadah! Bermulanya saya melangkah kaki keluar rumah, drive kereta pusing sana sini ambil kamu seorang demi seorang, semuanya akan dikira sebagai ibadah! Dapat pahala, boleh masuk syurga!"terang saya.
"Jadi.. saya mahu kamu berada di sini hanya kerana satu sebab iaitu..."saya menunjukkan kalimah yang saya tulis tadi.
"Allah.."jawab mereka.
"Ya.. saya mahu kamu semua berada di sini bukan kerana saya cikgu yang best, suka buat kelakar..."saya tersenyum sambil membuat mimik muka. Mereka ketawa.
"bukan juga kerana tempat ini best, ada air-cond...selesa..."sambung saya lagi.
"bukan juga kerana dapat buku free..."saya mengangkat buku di tangan.
"bukan juga kerana kamu ada masa 'free' dan bosan di rumah..."saya berjalan mengelilingi mereka.
"Saya mahu kamu datang ke mari hanya kerana Allah. Saya mahu walaupun bukan saya yang mengajar kamu, kamu tetap akan datang sini. Manalah tahu satu hari nanti, saya mati.. kamu tetap kena datang sini untuk belajar. Inshaallah akan ada orang lain yang mengajar kamu.. Yang penting, kamu mesti datang sini! Kita orang Islam seperti semut dan gula. Di mana ada gula, di situ ada semut. Kita pula, di mana ada ilmu, di situ ada kita.." saya berucap dalam nada serius. Wajah-wajah mereka saya amati dalam-dalam.
"Apabila kamu berniat kerana Allah, kamu dikira sedang beribadah. Pahala dikira bermula semenjak kamu melangkah kaki menuju ke sini sehinggalah kamu balik rumah. Alangkah ruginya pahala yang dikumpul banyak-banyak itu akan menjadi kurang apabila kamu berbuat Allah marah..."nada saya sayu.
"Apa yang kamu buat menyebabkan Allah marah? Kamu buat Allah marah apabila kamu sakiti kawan-kawan kamu... Kamu cubit dia, dia sakit.. Kamu kutuk dia, dia sakit... Kamu gelakkan dia, dia sakit....Apabila dia sakit, siapa yang akan paling marah?"soal saya.
"Allah...."jawab mereka.
"Kita semua ada hubungan di antara satu sama lain. Hubungan ini akan kekal bukan sahaja di dunia, malah selepas kita mati! Saya nak kita masuk syurga sama-sama... Jadi saya tak nak pahala saya ditolak atau pahala kamu ditolak... Sebab itulah saya berpesan supaya kamu jangan sakiti kawan-kawan kamu.. semua itu boleh merosakkan pahala ibadah kamu." Wah panjang lebar cikgu membebel!
"Ok, jom kita buat latihan.. " Saya kembali tersenyum. Anak-anak murid saya kembali ketawa. Kali ini kelas berjalan dengan lebih damai. Tiada peperangan kecil meletus. Sesekali ada yang tersasul terkutuk kawannya tetapi segera berhenti dan diam. He he..
Sebaik azan asar, saya mengarahkan semua pelajar untuk turun ke bahagian solat. Tiba-tiba dua orang pelajar meminta saya untuk membantu dalam kerja sekolahnya. Sebaik saya masuk ke ruang solat, imam sudah pun memberi salam... Hm... Selepas solat, saya sengaja peluk kuat-kuat mereka. Saya mahu mereka merasai betapa sayangnya saya kepada mereka. Saya tidak mahu mereka ambil hati dengan kata-kata saya. Saya mahu apa yang saya sampaikan itu terkesan di hati mereka. Biar meresap ke dalam jiwa mereka. Biar ingat sampai mati!
Selepas kelas, dua kali saya hantar ambil hantar mereka ke rumah masing-masing.
Maka.... patutlah saya kepenatan malam ini..
******
Sebaik anak-anak murid kelas tuisyen malam masuk rumah saya. Hilang serta merta rasa mengantuk. Saya mengajar dengan penuh ceria dan semangat. Maha Suci Allah yang memberi kekuatan ini kepada saya. Setiap kali saya memandang wajah anak-anak ini, sakit-sakit semuanya akan hilang!.
Malam ini gembira. Puas. Bahagia. Alhamdulillah! ^___^