siapa sangka di sebalik tabir ini, tersirat sekeping hati dengan seribu satu kisah.. =) |
1) Menatap wajah bonda….
Sementara menunggu panggilan ‘flight’, adik saya membantu abah di restoren. Setiap hari dia akan pulang lewat malam ke rumah. Tutup kedai pukul 12 malam. Jadi kadang-kadang 2 pagi atau 4 pagi atau 5 pagi baru sampai rumah. Apabila sampai, dia akan ‘call’ emak yang sedang tidur supaya bangun dan buka pintu untuk dia. Walaupun dia ada kunci pintu, dia tetap sengaja mengejutkan emak. Dia akan balik untuk tidur sekejap dan pada pukul 8.30 pagi, dia sudah keluar untuk ke kedai semula.
Kata dia “Aku sengaja kejut emak bangun semata-mata supaya aku dapat tengok muka mak aku… sebab tu walaupun aku ada kunci, aku tetap nak mak buka pintu.”
Walaupun ada banyak lagi wajah-wajah yang cantik-cantik, wajah emak tetap menjadi pujaan hati anak-anak… Wajah itulah yang menjadi kerinduan tatkala berjauhan. Wajah itulah yang menjadi pelindung dan tempat bermanja.Moga wajah kami juga menjadi penyejuk mata dan hati emak.... =)
2) Rumah baru
Saya yang bercadang untuk berpindah dan mula mencari rumah. Tetapi butik raudhah pula yang berpindah ke sana. Kini butik raudhah sudah ada tempat sendiri, bukan lagi di rumah saya…. Keutamaan perniagaan adalah ‘online’ jadi lokasi baru ini lebih strategik kerana berhampiran dengan pejabat pos. =)
Semenjak butik raudhah join facebook, perniagaan bertambah baik... Alhamdulillah.. =)
3) Staf baru…
Suatu masa dahulu, si dia membaca blog saya dan kemudian turun ziarah ke Selatan Thailand bersama saya. Kini dia sudah habis pengajian diploma dan akan bekerja di Butik Raudhah untuk sementara waktu sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah. Kali pertama bersua, saya tidak menyangka hubungan persahabatan ini akan sampai sejauh ini. Apapun syukur Alhamdulillah…kerana dua orang yang saling mengasihi kerana Allah dijanjikan lindungan di bawah arasy Allah di hari akhirat =)
4) Disayangi…
Tahun 2011 dimulakan dengan agak payah. saya tidak pernah menyangka saya akan berjalan di tengah panas mengedarkan pamphlet tuisyen dari rumah ke rumah. Adakalanya apabila lalu di depan rumah orang, terdengar bunyi televisyen dan pekikan anak-anak bermain di dalam rumah. Ada yang menerima pamplet itu dengan baik dan ada yang memandang sinis... Pelbagai reaksi dan respon yang saya terima.Rasanya banyak sel-sel yang mati setiap kali melayan kerenah pelanggan. Banyak kali saya rasa lemah tetapi setiap kali itulah keluarga saya dan teman-teman rapat memberi semangat dan nasihat.Mereka yakin saya mampu hadapi saat-saat ini. Terasa sangat ramai yang menyayangi saya. Sekurang-kurangnya saya ada pengalaman untuk diceritakan kepada anak-anak saya nanti di masa depan =)
5) Pusat haiwan
Pagi tadi saya baru tersedar sangat banyak kepompong di ruang dapur (luar rumah) kami…! Dan ada kupu-kupu yang baru keluar dari kepompong….!! Kura-kura kami sudah gemuk dan besar. Akuarium sudah sesak walaupun kura-kura cuma dua ekor. Tak sangka si kecil yang asalnya sebesar duit syiling 50 sen sudah sebesar ini. Kumbang kami yang bernama Raisha pula selalu tak habiskan makanannya maka semut akan datang dan makan jeli tersebut. Pokok periuk kera pula mengumpan lalat dan pelbagai jenis serangga menghurung ia… dua anak pokok periuk kera yang ditanam dalam jel bernutrisi pula sudah ada teman kulat… Kucing yang comot entah dari mana sibuk bertandang ke rumah kami sambil membawa geng-geng baru… Kesimpulannya mereka semua kelihatan gembira di rumah saya…bertambah ramailah makhluk Allah yang berzikir memujiNya di rumah saya =)
6) Kembali ke sekolah
Saya membawa adik bongsu saya membeli barang-barang untuk kembali ke sekolah. Perkara terakhir dalam senarai ialah membawa dia ke klinik. tetapi semua klinik tutup sebab hari ini cuti 1 Januari 2011. Adik saya ni berhati lembut, serta merta matanya berair... Jadi saya bawanya ke farmasi. Alhamdulillah dapat ubat..... =)
Romlah pula tolong lipatkan..tolong jahitkan tudung dan 'name tag' baru adik saya...Seronokkan ada kakak.... =)
7) Buku novel yang sedang saya baca..
bertajuk 'A Thousand Splendid Suns' . Baru baca 'part one'. Ianya mengisahkan seorang anak luar nikah di Afghanistan yang dibesarkan terpinggir kerana ibu bapanya malu dengan kehadirannya. Dia tinggal bersama ibunya. Ayahnya merupakan lelaki kaya yang tinggal di bandar. Pada suatu hari dia telah melarikan diri ke bandar dengan harapan dapat menemui ayahnya. Malangnya dia telah dihalau dan ibunya telah membunuh diri kerana menyangka dia telah meninggalkan ibunya. Ayahnya telah mengahwinkan dia yang baru berusia 15 tahun dengan seorang duda yang kematian isteri dan anak lelaki. Segalanya bertambah baik apabila dia mula hamil. Namun dia keguguran. Semenjak itu hubungan dia dan suaminya menjadi renggang dan dia mula diseksa oleh suaminya.
Membaca 'part one' dalam kisah ini membuatkan saya benar-benar bersyukur kerana tidak pernah dikasari oleh 'lelaki-lelaki' dalam keluarga saya. Alhamdulillah ya Allah....
8) Adik angkat....
Baru-baru ini adik angkat saya di luar negara meminta duit extra untuk membayar yuran semestar baru... erm... dan untuk membeli buku... itu sudah out of budget. Inshaallah saya yakin Allah akan melapangkan rezeki saya supaya dapat membantu dia..... InsyaAllah...
Semoga ALLAH meredhai mu sahabatku..
BalasPadamamin
amin.. syukran sahabatku.... moga dirimu juga sentiasa dalam redhaNya...
BalasPadam