Jumaat, 11 Jun 2010

menangislah...


Setiap yang Allah ciptakan ada nilaiannya. Air mata yang percuma itu lebih tinggi nilaiannya berbanding intan permata andai ianya mengalir kerana Allah..

Air mata yang sia-sia ialah apabila ianya mengalir kerana perkara-perkara duniawi. Ini termasuklah air mata yang mengalir kerana kecewa putus cinta, kecil hati dengan orang lain, kehilangan harta, kesusahan bekerja dan lain-lain lagi yang bersifat keduniaan.

Sesuatu itu dianggap beharga apabila ianya bernilai di sisi Allah. Selain daripada itu, ianya tidak lebih daripada alat permainan dunia sahaja.

Air mata yang paling bernilai ialah air mata yang dapat memadamkan api neraka. Inilah air mata yang mengalir kerana takutkan Allah, cintakan Allah, gerunkan azab neraka dan merindukan syurga Allah.

Tidak salah untuk menangis apabila terluka, namun usah dilayan perasaan itu. Ada yang terlalu melayan hingga mula melalut berfikir hendak bunuh diri. Ada yang mula menjadi kufur kerana mula mempersoalkan takdir Allah. Mengapa kita harus bersedih? Bukankah segala yang kita miliki adalah milik Allah? Dia memberi dan Dia mengambilnya semula.

Apa yang penting ialah kita telah menghargai dan menjaga dengan baik segala perkara yang diberikan olehNya sepanjang tempoh kita meminjamNya.

Semoga selepas ini, apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayang, lafazkanlah :
"Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.."

dan lepaskanlah kesayangan kita itu kepadaNya... Dia sebaik-baik Pemelihara.

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....