"kenapa kene sign?" soal mereka kepada saya.
rupa-rupanya masih ramai yang sedang berbahagia dengan dunia sendiri tanpa mengambil peduli urusan Islam yang terus menerus dicabar dan dihina..
kenapa kene sign?
Tengok bagaimana sikap Jeff Ooi dan The Star yang memutarbelitkan fakta. FORUM mendesak Jeff Ooi meminta maaf dan meletak jawatan kerana MENGHINA SYARI‘AH ISLAM, bukan menghina JIM! (baca) Kenyataan Jeff Ooi yang mengaitkan JIM dengan pengganas telah pun ditarik balik dan JIM Pusat menerima penarikan tersebut. Namun, pertikaian yang menjadi buah mulut masyarakat ialah perbalahan antara Jeff Ooi dan JIM, sedangkan isu yang sebenar ialah perbalahan antara Jeff Ooi dan masyarakat Islam seluruhnya!
Juga, di dalam Malaysiakini (baca), isu ini dilihat seolah-olah pergaduhan Jeff Ooi dan JIM, sedangkan tuntutan maaf serta perletakan jawatan yang didesak oleh FORUM adalah bersandarkan isu penghinaan Syari‘ah Islam oleh Jeff Ooi. Jeff Ooi harus meminta maaf kepada semua umat Islam secara terbuka dan meletakkan jawatan secara sukarela atau terpaksa untuk membuktikan bahawa beliau ikhlas dan sebagai pengajaran kepada individu lain terutamanya pemimpin yang bersikap kurang ajar terhadap agama individu lain!
Media sangat licik dalam memutarbelitkan fakta dan menyokong Jeff Ooi secara tidak langsung.rujukan yg sepenuhnya tentang jeff ooi : blog my naqib, abang izzat
sign petition
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)