Ahad, 14 Jun 2009
sekeping hati di sebalik purdah...
Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata abah dan emak
“Kalau kakak ni betul-betul permata, dalam lumpur pun bercahaya.. kalau tahi ayam , atas meja pun busuk”
Itulah kata-kata pembakar semangat yang sinis dan pedas dari kedua insan paling hampir dengan saya..
-Izinkan saya bercerita sedikit tentang emak saya, wanita solehah pelengkap hidup abah.
Emak kini masuk 44 tahun, dari kacamata luaran fesyen emak tetap sama dari dulu hingga sekarang-purdah dan jubahnya.
Ke mana dia pergi tidak kira tempat mahupun majlis yang gah , dia tetap dengan fesyennya. Reaksi orang? Ramai yang terkejut dan tidak kurang yang mengeji tetapi sebaik bertegur sapa dengan emak, tiba-tiba menjadi mesra dan selalunya akan terus bersembang seperti sudah lama kenal. Itulah emak saya, orangnya ramah dan sangat suka menolong orang. Kadang-kadang hinggakan adik-beradik saya memujuk supaya emak saya berhenti menolong apabila melihat dirinya sendiri susah. Tapi emak hatinya hanya senang bila melihat orang lain senang. Jadi biarpun dia susah, dia tidak kisah. Masalahnya kadang-kadang orang yang ditolong tu bukan saudara mara kami, bukan jiran tetangga kami tetapi anak terbiar yang bapanya penagih, abangnya pembunuh dan dirinya sudah tercemar.
Tiap-tiap hari pada pukul 4 pagi emak akan bangun untuk tahajud. Dia pasti akan menangis. Masa saya kecil dahulu saya sangat hairan. Saya sangka dia bersedih jadi saya turut menangis tanpa pengetahuannya. Kerana terlampau bimbang, saya melarangnya menangis. Emak menjawab
‘kakak, biarkan emak menangis dan mengadu di depan Allah kerana emak tak ada tempat lain untuk menangis dan mengadu. Biarkanlah, emak bahagia macam ni.’.
saya lansung tidak faham apa maksudnya.. saya harap hari ini saya sudah faham apa maksud emak.
Emak tabah.. wanita paling tabah pernah saya temui. Emak pula kata nenek saya wanita paling tabah dia pernah temui. Ketika saya di sekolah menengah dahulu Allah pernah menguji emak hinggakan semua yang tahu terduduk menangis. Atuk, nenek, saudara mara termasuk kawan-kawan sekolah saya pun menangis. Saya tentulah tiap-tiap hari menangis hingga pergi jumpa kaunselor sekolah. Kaunselor tu pun menangis.. Ujiannya besar jadi saya tak perlu ceritakan apa ujiannya tetapi cukup membayangkan betapa beratnya ujian itu.
Saya bertanya pada emak adakah dia menyesal? Dia menjawab ‘Allah itu cemburu.. Setelah Dia mencintai hambanya. Apabila hambanya berpaling Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan yang dicintaiNya semula. Bersyukurlah..'
Setelah mendengar ayat itu saya tiba-tiba menjadi sangat gembira di sekolah hinggakan kawan-kawan saya turut menangis sebelum ini marahkan saya.
Emak pelajar cemerlang di sekolah dari segi akademik mahupun kepimpinan. Emak mendapat tawaran belajar di Amerika tetapi PakNgah melarang. Pak Ngah bimbang keselamatan emak.
Emak anak yatim semenjak 12tahun. pak Ngahlah abang dan dialah juga ayah untuk emak. Akhirnya emak masuk ke asasi UM. Selepas berfikir panjang emak membuat keputusan untuk tidak bekerja sebaliknya menumpukan sepenuh masa pada keluarga. Kini apabila terserempak dengan kawan-kawan lama yang sudah menjadi doktor, pensyarah dan pelbagai kerjaya hebat.. emak membuatkan mereka terkejut. Bukan mereka sahaja, orang-orang kampung dari dulu lagi berkata-kata tentang betapa sia-sianya belajar susah-susah tapi akhirnya terperap di rumah.
Saya bertanya pada emak mengapa dia tidak memilih untuk bekerja? Emak menjawab ‘Kalau di luar emak ialah seorang pemimpin, tetapi di dalam rumah ini emak melahirkan 5 org pemimpin.’
Ramai bertanya tentang kisah ‘purdah’ emak. Semenjak dari darjah 2 saya telah mengahafal jawapan kepada soalan yang akan ditanya oleh kawan-kawan sekolah ‘Kenapa mak kamu pakai macam tu?’ Jawapan saya : Mak nak elak fitnah. Secara jujurnya saya pun tak faham waktu tu. Tapi kawan-kawan saya berpuas hati dgn jawapan tu walaupun saya tahu mereka pun tak faham. Saya hanya faham setelah saya sendiri faham mengapa saya wajib bertudung. Itupun ketika di sekolah menengah setelah dipersoal tentang akidah saya. saya bersyukur kerana Allah menghantar manusia-manusia istimewa yang membuatkan saya mengkaji dan meneliti tujuan hidup, erti bahagia dan nilai insan sepanjang zaman persekolahan saya. Meskipun kehadiran mereka menyebabkan saya sakit zahir dan batin namun kemudian segalanya terubat dan meleraikan segala simpulan persoalan yang cukup bermakna.
Kembali kepada isu purdah emak saya, emak membuat keputusan untuk memakai purdah setelah berfikir panjang. Dia akhirnya meluruskan niat dan bertekad memakai purdah kerana Allah. Kesannya setelah itu tiada lelaki ajnabi pernah melihat wajah emak secara face to face termasuk abah sendiri sehingga sah dinikahkan. Bukan tidak mahu tengok wajah ketika bertunang tetapi tidak diizinkanNya.(abah adalah kawan baik pak ngah semasa study di England dlu.. pakngah selalu bercerita tentang peribadi abah kpd mak.. dan bercerita ttg pribadi mak pada abah.. dan mereka melihat wajah melalui gambar.. tak dapat nak jumpa face to face sebab jadual abah sangat padat.. ) Akhirnya mak dan abah redha. Bagi saya bila kita berniat keranaNya, dia akan memelihara kita. Bukankah Dia sebaik-baik Pemelihara?
Ada saudara mara sebelah emak yang marah dan memerli emak.
“Oh nak redha jelah ke? Kalau cacat pun redha jugalah ye?”
Emak jawab
“Kalau dah itu jodohnya, kalau dah sah itu suaminya kenalah taat. Tak kiralah capik ke, bisu ke atau apa sekalipun...”.
Emak cukup jelas dengan prinsipnya. Dia yakin dan berpegang teguh dengan janji Allah.. Alhamdulillah, perkahwinan ni berkat.. belanjanya sedikit dan kebanyakkan pihak yang terlibat semuanya mendapat faedah. (hantaran emak cuma RM 1000, nikah di masjid.. kata emak terpulang kepada pihak lelaki hantarnnya.. permudahkan agar berkat..) Katering yang ditempah ni pun ada kisahnya.. restorennya terbakar jadi mereka guna perkhidmatannya untuk meringankan beban empunya restoren.. makan dalam dulang.. majlis walimah di buat secara sederhana dalam suasana yang terjaga syariatnya.. dan masa kenduri di side abah, ada ramai orang-orang alim yg datang..(ada program di markas kebetulan pada hari yang sama)
Allah Maha Kaya.. Rezeki Dia melimpah ruah. Keluarga kami hidup senang dari hari ke hari. Tetapi seolah-olah kesenangan itu cuma dinikmati oleh kami adik beradik. Emak pula tetap sama seperti dulu. Saya tidak ingat bila dia membeli baju mahal seperti yang sepatutnya dia mampu kerana baju-baju saya selalunya mencecah ratusan ringgit. Emak pula kata, emak tak perlu semua ni, nanti bila mak mati emak tak mahu bawa apa-apapun. Semua ni abah punya dan selebihnya hak anak-anak. Pernah juga emak kata yang dia tak mahu kerja supaya dia tak akan tinggalkan apa-apa di dunia ni selain anak-anak dan amal jariah dia. Dia juga kata abah pula akan hanya tinggalkan hak-hak anak-anak sahaja. Jadi bila mereka mati, kami jangan mengharapkan harta mereka. Andai kami nak hidup senang berusahalah sendiri.
Solehahnya emak saya kerana dia berusaha sungguh2 meletakkan abah di tempat yang tinggi. Saya tidak pernah melihat mereka bergaduh seperti yang biasa dalam TV. Walaupun banyak kali nampak kelompongan di sesebelah pihak, namun masing-masing akan mainkan peranan untuk saling menutupnya bagi menyelamatkan keadaan. Kadang-kadang saya yang banyak bertanya, mempertikaikan tentang peranan dan tanggungjawab suami isteri mereka.. terutama bila semakin matang ni.. dan jawapan yg saya dpt dr emak:
Emak beritahu abah, andai ana tak layak jadi isteri dan ibu yang solehah, lepaskan ana supaya ana dapat jadi hamba yang solehah.
Ugh.. saya menggigil dengar kata-kata tu.. Tolonglah Tuhan, saya tak sanggup melihat mereka berpisah kerana yang saya nampak abah sebenarnya yang akan kehilangan nanti. mak kata abah tak pernah mengasari mak, mustahil mak akan mengasari abah..
Sabda Nabi saw: ada 4 perkara termasuk kebahagiaan iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan.
Saya SMS hadis di atas kpd abah tidak lama dahulu dan memberitahu dia bahawa rasanya dia miliki kesemuanya. Saya beritahu dia bahawa saya tumpang bahagia. Abah kata ucapan itu mesti disertai rasa syukur kerana manusia tak akan pernah puas.
Ya Allah.. Aku sayang ibuku.. Aku sayang abahku.. Engkaulah sebaik2 penyayang.. Engkau sayangilah mereka.. Engkau pilihlah mereka untuk Engkau cintai.. Berilah kemanisan hidup di dunia akhirat kepada mereka. Tempatkanlah kami bersama-sama orang-orang soleh di Hari Hisab. Satukanlah kami di syurga Engkau di darjat yang tertinggi di sisi Engkau.. Hanya kepada Engkau tempat kami menadah tangan memohon belas kasihan dan harapan.. Perkenankanlah Ya Rahim…
p/s : ini adalah artikel lama yg lillah post semula untuk seorang sahabat... moga bermanfaat utk dikongsikan... amin..
** artikel ini telah di edit sedikit kerana ada beberapa kekeliruan.. lillah mohon maaf di atas kedaifan dlm perkongsian ini.. saya masih belajar.. :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assaamualaikum wbt.
BalasPadamMenarik, tabik spring untuk mereka yang memilih menutup wajah sebagaimana pakaian para isteri-isteri Rasulullah saw.
Cuma di dalam artikel ini ada beberapa hal yang perlu diberi perhatian, ditakuti ia akan diikuti oleh pembaca lalu menyangka ia sebahagian ajaran Islam
a) Tidak melihat wajah calon pasangan- Ia bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw yang menyuruh melihat wajah calon pasangan.
Tawakal ada pada tempatnya, Rasulullah saw paling faham maksud tawakal, tapi Rasulullah saw tetap mengarahkan melihat wajah calon pasangan. Jadi mengikuti sunnah adalah yang paling terbaik.
b) Makan dalam dulang sunnah- saya belum jumpa hadith menyatakan Rasulullah saw makan dalam satu dulang bersama para sahabat, seandainya ada harap dapat dikongsi. Kita mesti membezakan makan berjemaah dengan makan dalam dulang. Makan berjemaah boleh sahaja berlaku sama ada dalam talam, guna pinggan, duduk atas kerusi, asalkan makan beramai-ramai.
Itu sahaja sebagai satu ingatan.
Apa-apa pun moga artkel ini menjadi satu motivasi buat mereka yang mahu menutup wajah. Abaikan sahaja kata-kata manusia.
salam..
BalasPadamx tau nk kata pe..
tp yg pastinya Alhamdulillah krn b'peluang kenal mak cik..syukur sgt..bertuah..
alhamdulillah =)..
akak! best giler lah cite kali neh! pasal purdah
BalasPadamto Abu Usamah
BalasPadamtrimakasih ats teguran..
sy mohon maaf, memang artikel ni byk kekeliruan..
sy akan perbetulkan.. :)
a) abah adalah kawan baik pakngah.. dan mak pun dah selalu mendengar ttg pribadi abah mlli pakngah.. abah pun sama.. mreka ada mlihat wajah mlli gambar.. tp x penah jupe face to face.. maaf sbb x explain jelas dlm artikel..
b) sy mrujuk sunnah kpd whole majlis walimah tu.. sederhana.. dan x mmberatkn phk yg nk bkahwin.. maaf sbb cara pnulisan yg mnglirukan..
maaf sgt2.. trimakasih ats teguran.. sy hargai..
sy akn wat pmbtulan
:)
to insan kerdil
BalasPadamwsalam..
kami skluarga pun sama gak.. btuah dpt knal insan kerdil yg berjiwa besar ni..
Alhamdulillah..
:)
to Bushro (betulke akk eja nama ni?)
BalasPadamadik! best gila kalau dpt jd wanita solehah kan.. jom jd wanita solehah sama2..
salam...
BalasPadamYa Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri..." (Al-Ahqaf-15)
amin ya Rabbal alamin...
BalasPadamsalam lillah... miss u so much...bes artikel 2...tanx 4 sharing... sharing make loving,,,,hehehe
BalasPadamwslm zeti...
BalasPadammiss u too..
kalo da pape prob nk shre buzz ja ym lillah..
xpun email aje..
zeti take care alwys k..
lillah syggg zeti tau
hehe
:p
salam lillah.. jazakallah...=)
BalasPadam