bahagia rasa dapat membelek buku-buku dalam almari.. hajat di hati nak habiskan buku Syeikh Sa'id Hawwa tentang 'orang-orang yang dicintai Allah'.. semasa sedang menyusun buku di rak terjumpa sebuah buku log yang berbalut cantik.. ha.. masih cantik.. dah lama tak buka buku ni.. ni adalah buku catatan tazkirah dari mak.. buku ni mak hadiahkan untuk lillah catat apa2 pengisian.. tapi buku tu dah ada pengganti maka dia pun tersimpan ajelah di dalam almari..
kat dalam buku tu mak tampal macam2 pesanan dengan gambar2 kucing, singa, bunga etc.. smua cute2.. colorful...
page first ada nota lillah.. ada sedikit tazkirah .. dan di hujung atas ada tarikh 1 Feb 2007..
hum.. kalau tak silap masa tu lillah tengah ada masalah.. siang malam menangis.. dan mak
hadiah kan buku ni untuk memujuk hati anaknya..
mak tahu 'amanah' tu berat.. tapi mak tetap nak juga anak dia pikul 'amanah' tu..
bila dibelek-belek semula rasa terharu dengan sajak-sajak dan ayat2 yang ada dalam buku tu..
mak balut buku tu dengan kertas dari majalah.. di bahagian luarnya ada ayat
Bersyukur kepada Allah sekiranya 'terpilih' menjadi orang yang mudah melakukan kebaikan dan mudah pula menjauhi kemungkaran.dan ada satu page tu gambar ibu singa tengah dukung baby dia di mulut.. sebelah tu ada sajak ni..
Anggapanmu salah belaka...
kata mereka akulah si ibu zalim
mendera anak kandung sendiri
tahukah engkau bahawa
anggapanmu salah belaka
kadangkala lukisan luaran tak menentukan dalaman
sebenarnya akulah ibu paling bahagia
dapat memupuk kasih dalam acuan tersendiri
tidak meniru saranan luar
namun bangga kerana aku dengan caraku
jangan lekas menghukum sesuatu
yang belum pasti
kerana Allah Yang Maha Tahu
kenapa cara kau dan aku berbeza
tapi bertemu di titik destinasi
bahawa akulah pelaksana amanah
di bahu sendiri
mendidik zuriat menjadi
satu janji pasti ditunai
supaya jalur kebahagiaan abadi
menanti di sana.....
terima kasih mak..
terima kasih kerana mengenalkan kakak pada tujuan hidup dan erti cinta Allah yang agung..
di page last ada tazkirah bertajuk
'usah cuba-cuba : jangan sekali-kali berhasrat dan bercita-cita untuk melakukan dosa, boleh lenyap saki-baki iman'
insya'Allah nanti lillah share isi-isi buku comel ni dalam blog untuk dikongsi bersama pembaca2 yang dikasaihi... ;)
mak.. i love u..
wahhhhh..
BalasPadamterharu :'(...
(ish3..ada plak org yg t'haru..)
alhamdulillah..bersyukurlah insan2 yg mudah melakukan kebaikan n sukar utk melakukan kemungkaran :)..
yeayyyyyyyyyyyy..x sabar nk tunngu perkongsian yg seterusnya :)..
hum.... :D
BalasPadamx sabar nk berkongsi....................
intenet pg ni okey..
nk uplod gambo kat blog 4 mom tu ..
nti insan kerdil chek
:P
pg ni mak g hospital..
mungkin x smpt nk balik perak..
ooo...
BalasPadamok..da cek da..tq ya =)..
ooo...
semoga dipermudahkan =)..